Sunday, January 09, 2011

.: 80% Recovered :.

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum W.B.T

Masih belum terlambat untuk gua wish selamat tahun baru kepada sesiapa saja lah.Tahun Masehi jerk kan.Yang penghijrahan kita dah pun kita lakukan.Tapi kalau nak mulakan satu langkah permulaan pun ok jugak lah.

ekceli sebenarnya gua dalam proses permulihan Akhlak.Hahahah..Gurauan tahun baru.Gua sebenarnya baru nak pulih dari serangan demam yang dasyat dalam 30 tahun gua hidup dah.Cis 21 hb ni gua 31 tahun.

Gua citer pasal demam dulu.

gua kena demam pada malam isnin.so pagi isini tu gua memang tak leh bangun sampai pagi Selasa.Jadi gua telah tidur selama 36jam lebih.12am 3rd Jan 2011 gua tido then gua bangun pada 10am 4th Jan.Then bangun kejap itu pun sebab adik ipar gua risau dan bawak gua g klinik.So balik dari klinik pun gua sambung tidur.Memang tak leh nak bangun.Bukan gua seorang yang lemah.Tapi demam ni memang tahap apa entah.Memang takda tempat la demam ni di hati sapa-sapa.

Bila dah demam kompem la tak makan.Dan selama 2 hari juga gua tak boleh makan.Tak lalu makan.Minum air jerk.Last-last kena jumpa doktor lagi dan cakap tahniah kerana anda ada penyakit baru.Gastrik.innalillahi wainna lilla hirojiun.

So today here i am.Alhamdulillah semakin pulih.

Ok back tu apa yang gua nak taip kat blog hari ni.Pasal peel,sifat atau tabiat manusia.Tabiat manusia yang merasa susah dengan kesenangan orang lain dan berasa senang dengan kesusahan orang lain.Ini la salah satu cabang hasad dengki yang sentiasa ada dalam bangsa melayu.Gua tau melayu jerk la sebab gua melayu.Cina gua tak tau lak member gua tak pernah citer lak.India gua pun tak tau.Gua tak kaji la samada dalam kaum mereka ada sifat cam ni.

Contoh 1:

Bila kita bujang mereka akan tanya; Eh bila nak kahwin?

Bila kita dah kawin; Eh bila lagi nak dapat anak?

Bila dah dapat anak; You tak nak anak perempuan / Lelaki?

Contoh 2:

Masa kita belajar : Eh bila u ni nak habis belajar?

Bila habis belajar : Eh u bila nak keje?

Bila dah keje : U ni lama dah keje napa tak pakai kete?

Bila dah ada kete : Eh u bila nak beli rumah?

Bila dah beli rumah : Eh u beli rumah kos rendah jer?

Contoh 3:

Bila kerja makan gaji : Eh bila u nak berniaga sendiri?

Bila dah bisnes : Eh cam mana bisnes u ( mungkin dia nak kita update mereka sejam sekali dengan perkembangan bisnes kita ke? )

Bila Bisnes maju : Alah mandrem la tu

Bila bisnes drop : Tu lah tak pandai.membazir jer.

Ok lah sebahagian dari perangai-perangai logistik dan sakastik.Adalah segelintir yang begitu selebihnya bersifat supportive ingin lihat bangsa sendiri maju.Yang jatuh di tarik suruh bangun.yang nak tumbang ada yang rela jagi penyokong supaya jangan rebah.Tapi nak jumpa golongan ini cukup payah.So hopefully tahun baru ni memberi semangat baru kepada semua orang.Semangat ingin lihat bangsa kita maju.gua bukan racist.Kalau gua racist mereka itu lagi racist dan semua orang sedar pasal itu.Tapi gua mau anak bangsa kita bersatu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dilayan dengan adil dalam kancah permainan perniagaan.

Wallahualam.