Wednesday, December 10, 2008

Bahagia

Assalamualaikum wbt...

Ops mintak maaf terlebih dahulu kepada kawan2 yang bukak blog gua ni tapi tak update-update..So sorry...

Tajuk bahagia kali ni...

Apa itu bahagia?

Bahagia...itu bergantung kepada individu..bergantung kepada apa yang dicarinya...Harta itu mungkin bahagia bagi si fakir, Melihat itu mungkin bahagia bagi si buta, Mendengar itu mungkin bahagia bagi si pekak dan sebagainya...

Siapakah orang yang bahagia?

Siapakah orang yang bahagia?waaa..gua tak tau lorr...memiliki isteri, rumah, anak-anak yang berjaya, harta yang mencukupi adakah itu kita boleh kategorikan sebagai orang yang bahagia?Hurmm susah jugakan nak kategorikan orang-orang yang bahagiakan....

Bila kah seseorang tu boleh di katakan bahagia?

Bila ek...haa..adakah sesudah mendapatkan apa yang diinginkan oleh kehendak kita sudah memadai kita di kategorikan sebagai bahagia?Aduiii semakin rumit....

Dimanakah seseorang boleh mendapatkan kebahagian?

Dimana ek?Mungkin bila balik kampung seseorang tu boleh mendapat kebahagian...atau bila dah kawin akan dapat kebahagian...atau bila dah kawin dapat anak baru lebih bahagia..dah dapat anak pastu dapat cucu lagi bahagia?

Kenapa orang mencari bahagia?

Haa kenapa pulak orang nak cari bahagia?Apakah jisim nya?kandungan bahagia itu...

Bagaimana mencari bahagia?

Menurut Hamka, mencari bahagia itu mesti ada IRADAH ( kehendak )..jika kuat IRADAH seseorang tu maka dia akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kebahagian itu...Jika lemah IRADAH nya maka bahagia itu akan berada jauh daripadanya...

Jadi kesimpulannya...Dalam apa jua kebahagian jangan cari bahagia untuk diri sendiri...hal itu akan menyebabkan kita jauh dari masyarakat dan kita akan menyumbang kera kan diri kita sendiri..Bahagiakan orang lain insyaallah kebahagian itu akan dengan sendiri datang kepada kita..insyaallah..Aamiiinnn

Tuesday, November 25, 2008

Bengkek Lagi!!!

Hurmm...

Hari ni gua bengkek lagi...
Gua memang bengkek bila orang persoal kan tanggungjawab gua padahal perkara tu tak da kena mengena ngan diri orang yang mempersoalkan tanggungjawab gua tu...Ada dia tahu gua susah cam mana?Kalau setakat mengatup kan bibir bawah ngan bibir atas memang senang lah...yer M jerk la yang susah gua ni tak susah..ada dia fikir??!!!

Gua bengkek..Kalau setakat cakap jerk tak sampai dengan perbuatan baik tak payah..semua orang pun boleh cakap...Gua bengkek bila ada orang yang hanya pandai bercakap tapi takda apa pun sumbangan dia sebenarnya...perghh menyirap limau gua....

Malas gua nak taip lagi..memang gua bengkek...kecewa..entah lah..banyak benda yang gua tanggung selama ni...tapi biar la gua sendiri yang menyimpan nya...gua bukan nak penghargaan..tapi cukup la mereka sedar apa yang gua buat selama ni adalah untuk kepentingan mereka..gua tidak pernah membelakangi mereka..bagi gua mereka adalah keutamaan gua...Tak per la..mungkin bila gua dah tak da baru mereka akan hargai kot..wallahualam...

Sorry la gua teremosi...

chowzz...

Sunday, November 23, 2008

Hati Bengkek.....

Salam to all.....

Hati bengkek...lu orang faham kan apa dia..tak faham??Meh gua terang kan sikit-sikit..gua pun tak berapa faham ekceli...ehehehehe...HAti bengkek boleh di tafsir kan sebagai bengang laa..frust pun boleh...aaa kecewa pun boleh laa...senang cerita perasaan yang dalam linkungan tu laa...atau sedara mara nya yang terdekat dengan nya laa..Tapi tak sama ngan bengkak hati..bengkak hati tu dah sakit lain dah...

Kenapa hati gua bengkek...

1.Ada sorang orang psycho...suka sangat menjaja cerita buruk gua..heh..dah dah lah tu..orang dah tahu dah gua memang jahat...tak payah la nak meraih simpati orang..lu pun dah ada life sendiri so jalani la hidup lu dengan tenang...tak payah lah nak memperkatakan kisah gua yang tak baik tu..infact gua tak pernah pun buruk-buruk kan lu...

2.Hati gua bengkek sebab hurmmm...pasal keje ni laa..aduhhh...tak dapat hit target..bukan banyak pun gap nya..satu jerk...tapi gua puas hati jugak la sebab dah usaha tapi tak dapat gak..gua redha..tapi hati gua bengkek laa..

Tu jerk la gua bengkek kan...So sapa-sapa yang bengkek tu..eheheheh...Rilek la..Bengkek is just a part of life...without it life is not harmonies...Ayat memujuk hati gua yang sedang bengkek....

Tuesday, November 18, 2008

Tag 7?

Bismillahirrahmanirrahim.....

Adoi kena tag la pulak...ok gua cuba la jawab..Sebab gua 'First time ' buat benda ni...

7 fakta tentang saya

1.Pernah patah kaki.Masa umur 17 tahun 7 hari.
2.Suka menyanyi ( walaupun selalu salah lirik ),suka main gitar.
3.Suka dengar lagu terutamanya lagu yang berentak Rock 80's
4.Suka membaca buku psychology dan motivasi.Bagi jerk la buku jenis tu confirm gua habis kan membaca nya.
5.Suka merepek bila tiba tahap bosan.Agak melampau jugak la merepek nya.
6.Tak suka tempat crowded tapi suka buat sesuatu tempat tu crowded.
7.Percaya pada gerak hati.

7 perkara menakutkan didunia

1.Takut buat salah
2.Takut nak marah orang
3.Takut orang marah
4.Takut takda mak ngan abah
5.Takut sakit kan hati orang
6.Takut munafik
7.Takut takda duit

7 lagu buat masa sekarang

1.Sempurna - Andra and the backbone( Syahira bagi lagu ni )
2.Get Low - Flo-Rida & T_pain_low
3.No One - Alicia Keys feat Entah
4.Give it To Me - Timbaland Ft Justin
5.Kita Insan Biasa - Ramli Sarip & Shima
6.I'm yours - Jason Mraz
7.Ku Merindu - Shan Ft Ella

7 perkara selalu saya sebut

1.Insyaallah
2.Alhamdulillah
3.Ye ke?
4.Eh?
5.Tak kisah
6.Hati pun susah tu...
7.Ah lantak laa..

7 perkara yang amat bernilai

1.Ketenangan.Biar pun banyak masalah.Yang penting ketenangan tu mesti ada.
2.Kesihatan
3.Emak Abah & family
4.Syahira.
5.Handphone.
6.Internet
7.Duit

7 pertama kali dalam hidup saya

1.Pertama kali buat tag ni
2.Pertama kali kehilangan kawan baik masa umor 16 ( meninggal sebab lemas )
3.Pertama kali menyertai pertandingan karaoke umur 20 tahun
4.Pertama kali bagi mak duit umur 17 tahun.
5.Pertama kali pegang duit paling banyak Rm 25000 Cash.Pastu bank in kan dalam acc company laa..
6.Pertama kali wat presentation dan bercakap depan orang ramai ialah tahun lepas.
7.Pertama kali rasa clash ialah tahun 1999.

So itu ajer..

Friday, October 17, 2008

Melaka sentral

Menunggu bas untuk balik kampung.Nak balik ke Segamat.Tiket bas pukul 9 malam.Naik bas Mara Liner.Yeayy besok tak keje dan tak perlu ke Kuala Lumpur untuk mesyuarat.Haihhh tapi the sad thing is My lovely GF tak da kat melaka dia balik kampung.Tak per la nak wat cam mana kan..So I decided to balik kampung.Pada mula nya gua nak pergi open house umah sis gua kat Balakong tapi cancel sebab gua tipon mak gua dia kata dia tak g kl sebab ada kenduri kahwin kat kampung..Miss my mom so much dan pada masa sama miss my GF too..:)

Lately ni rasa sangat bz jugak..kekadang masa tu tak pernah cukup..cheewahhh...ye ke??Tak da bz mana cuma rasa masa tu terlalu pantas untuk di kejar..tup tup dan bertukar hari..tup tup dah bertukar minggu..tup tup dah bertukar bulan...diam tak diam gua dah ada kat Melaka dekat nak setahun dah..lama jugak..tak sangka leh duk melaka dan jumpa kebahagian kat Melaka..Itu lah dia kuasa Allah kan..apa saja Allah leh rancang kan untuk kita..Alhamdulillah...

Lepas ni mungkin gua akan pindah lagi..Dalam perancangan nya nak ke Bahau...Waa jauh la gua ngan GF gua...sob sob sob...Tapi apa boleh buat demi tugas..Gua kena pergi jugak..Tak lama jugak la..mungkin setahun jugak kat sana..Tapi insyaallah mungkin ada perkara yang baik mungkin akan berlaku..mungkin jugak gua leh mendekat kan diri ngan keluarga belah sana...Bila dah rapat tu senang la cerita nya kan...ehehehehe...

Miss someone so much..walau pun ada orang yang nak kata gua rock tapi jiwang gua tak kira...gua nak jiwang gak ngan GF gua kat sini..ehehehe...( sori makcik !! )Ok gua chowzz dulu..ada masa gua taip lagi...

Monday, October 06, 2008

Erti Kebahagian

Seorang wanita cantik, kaya, dan hidup sempurna secara ekonomi dan fisik, merasa ada yang kurang dalam dirinya. Suatu hari, ketika tidak tahan dengan impitan kekosongan dalam hidup, dia mendatangi psycholog , dan bercerita. Ia ingin merasa bahagia.

Maka si psycholog memanggil seorang wanita tua penyapu lantai dan berkata kepada si wanita kaya, "Saya akan menyuruh Rabi'ah untuk menceritakan kepada Anda bagaimana dia menemukan kebahagiaan. Saya ingin Anda mendengarnya. "

Si wanita tua meletakkan gagang sapunya dan duduk di kursi dan menceritakan kisahnya: "OK, suamiku meninggal akibat malaria dan tiga bulan kemudian anak tunggalku tewas akibat kecelakaan. Aku tidak punya siapa-siapa. Aku kehilangan segalanya. Aku tidak bisa tidur, tidak bisa makan, aku tidak pernah tersenyum kepada siapa pun, bahkan aku berpikir untuk mengakhiri hidupku. Sampai suatu sore seekor anak kucing mengikutiku pulang. Sejenak aku merasa kasihan melihatnya.

Cuaca dingin di luar, jadi aku memutuskan membiarkan anak kucing itu masuk ke rumah. Aku memberikannya susu dan dia minum sampai habis. Lalu si anak kucing itu bermanja-manja di kakiku dan, untuk pertama kalinya aku tersenyum.

Sesaat kemudian aku berpikir, jikalau membantu seekor anak kucing saja bisa membuat aku tersenyum, maka mungkin melakukan sesuatu bagi orang lain akan membuatku bahagia. Maka di kemudian hari aku membawa beberapa biskuit untuk diberikan kepada jiran yang terbaring sakit di tempat tidur. Tiap hari aku mencoba melakukan sesuatu yang baik kepada setiap orang. Hal itu membuat aku bahagia tatkala melihat orang lain bahagia. Hari ini, aku tak tahu apa ada orang yang bisa tidur dan makan lebih baik dariku. Aku telah menemukan kebahagiaan dengan memberi."

Ketika si wanita kaya mendengarkan hal itu, menangislah dia. Dia memiliki banyak hal yang bisa dibeli dengan uang namun dia kehilangan sesuatu yang tidak bisa dibeli dengan uang.

Temans, mulailah memberi kebahagiaan kepada orang lain sekecil apapun itu, rasakan keajaiban sensasi kebahagiaan yang akan timbul di hati anda

Saturday, October 04, 2008

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum wbt...

Hai all...

Selamat hari raya gua ucap kan kepada kawan-kawan yang mengenali diri gua...Gua memohon ampun dah maaf sekira nya terdapat salah silap dalam berbicara di dalam blog ni..Selamat hari raya maaf zahir dan batin...

Bercerita pasal raya...Hurmm ada banyak perkara yang hendak di cerita kan..Pasal raya tak da yang sedih..tapi sebelum raya ada perkara yang menyedih kan...

Beberapa hari sebelum raya hamster gua meninggal kan dunia yang fana ni..memang bagus mati di bulan ramadhan...semoga gua jumpa mereka di syurga nnt...kalau gua masuk syurga...uhuhuhuh....Sedih beb..walaupun gua tak bela mereka tapi tingkah laku dah gelagat mereka itu sentiasa mencuit hati gua...gua memang sedih..tapi apakan daya gua redha dengan ketentuan nya...So sabar jerk la..PS: Honey kita bela harimau pulak la lepas ni..kalau harimau tu tak meninggal antara kita berdua la sapa yang kena ngap dulu...

Then bila balik kampung jerk gua rasa cam seronok sikit laa..sebab ada mak dan abah..kurang seronok sebab she's not aroung..walaupun begitu dia selalu berada di ruang mata gua ni..uhuhuuhu...so untuk menambah kan keseronokan gua..apa lagi buat aktiviti laa...first sekali gua ajak ipar gua pergi cari buluh...untuk buat lemang bukan untuk meriam buluh...mungkin dengan cara itu boleh memeriah kan lagi suasana hari raya gua yang tanpa Si Dia..Kemudian hurmm gua pk cam mana nak memeriah kan lagi raya ni..Gua pegi kedai RM 2 Gua pergi borong pelita..biasa la nak buat memang takkan jadi pelita so conclusion nya beli jerk...20 biji pelita + 4 biji free menjadi kan nya 24 biji pelita...sama ngan umor Si dia..uhuhu..Ops sorry terbocor rahsia umor lak...dan apa punnya coinsidence pelita tu warna Pink dan 2 warna coklat...dan malam tu memang meriah la sebab pelita tu memang sangat comel...dan bercahaya d malam hari...Sayang nya gua takda gambar..cuma ada video jerk...tak per gua cuba untuk papar kan kat sini...

Ok..pasal lemang..uuhhuhuh..ada macam2 cerita..yang best nya gua dah tahu cam mana nak buat lemang..so tak jadi masalah if laa kot2 orang sebelah si dia nak buat ujian lemang ngan gua..gua yakin gua boleh lulus laaa...macam2 dugaan buat lemang ni..mula2 sekali terlupa nak masuk kan garam dalam santan..uhuhuhu...kedua bila dah ready nak bakar tong tempat lemak tu terbalik..so tumpah la santan tu...kena isi balik...uhuhuh..enta macam mana la boleh terbalik..so sib baik gua ni jenis sabar...ipar gua tu dah merah muka tahan marah..ahahah..kelakar...then dengan kepanasan api lagi..tak dapat nak bayang kan..semua nya gua abadi kan dalam viewcam...yeayy pengalaman paling best buat lemang..Dan alhamdulillah lemang itu mendapat pujian orang yang memakan nya..tidak ada kerak pun..dan tak da cacat cela nya..walaupun kredit tu sikit pun tak dapat kat gua...agak sedih tapi redha...gua kan tabah dan sabar...uhuhuhuhuhu...i dont give a damn..bukan kredit tu gua nak tapi pengalaman dan ilmu membuat lemang tu gua dah ada..

Dan bila tiba hari raya..tak da apa yang best..cuma gua menang jerk la hari tu..puasa penuh..alhamdulillah kesihatan itu ada...terima kasih ya allah walaupun puasa gua ni adalah puasa yang cukup miskin atau pun mungkin puasa papa...So sampai la ke saat gua taip blog ni tidak ada sebiji rumah pun gua beraya...dari raya first sampai lah sekang ni raya keempat...keje gua makan..baring..makan..baring..dan kuih2 yang ada kat umah tu gua la yang tukang habis kan..ahahaha...tapi ada gak la tolong2 hidang2 kan kuih untuk tetamu...So itu saja raya untuk tahun ni..tahun depan???wallahualam...

Tuesday, September 23, 2008

Kini Kembali

Assalamualaikum....

Yuhuuu...kembali balik semula ke blog dah lama giler bersawang....Tapi kali ini dengan visi dan misi...uhuhuhuhu...

Gua kembali dengan sebuah ebook yang gua beli dengan harga RM40...tapi memang berbaloi membaca nya...nampak setiap ruang untuk menjadi jutawan...so kengkawan yang nak berkongsi keseronokan dan ilmu-ilmu untuk menjadi jutawan klik link ini..tak rugi beb RM 40 gua..Lagi pun banyak ilmu yang boleh di perolehi dari ebook ini..so ilmu tak boleh di jual beli...

Dalam ebook ini banyak sangat tip-tip yang mampu menjana minda kita...kenapa perlu jadi jutawan?haa itu semua akan terjawab dalam ebook ni...

So nak jadi jutawan wajib memiliki ebook ini..

Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?
+Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
+Azizi Ali, Jurulatih jutawan
+Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap
+Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
+Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
+Dato’ Hussamuddin, Pengasas Karangkraf
+Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan
+Irfan Khairi, Jutawan Internet