Saturday, September 04, 2010

Dia.Cinta.Nafsu

Bismillahirrahamanirrahim..

Ha tajuk diatas tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia ( Al-Fatihah ).Tajuk diatas ada kena mengena dengan projek gua yang akan datang.Tapi tak tau bila.Projek ni sebenarnya bukan gua sorang yang buat.Tapi akan di bantu oleh Kasih jugak.Gua ni memang tak tau la bilanya free.Maklum la sibuk menguruskan hal-hal duniawi ni.

Hanya yang baca blog gua ni jerk yang tau tentang projek KEBOM!! gua ni.Sebab gua tak pernah publish tajuk ni kat mana-mana kecuali ini blog.So u guys yang baca ini blog sangat bertuah.Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia memang gores dan menang lah!!So nanti gua akan upload layout muka depan projek gua nanti.

Tapi lu orang perasaankan.Takkan tak perasan.Tajuknya macam tajuk Album Si Superman tu kan?Hehehe..Gua curi idea.Tapi gua tak ciplak.Dan projek ni satu projek yang suka suki.Kira takda la nanti gua nak cakap kalau lu orang beli projek ni 1 sen akan di sumbang ke rumah bimbingan Raudah ke, atau kalau ada beli projek ni setiap satu sen akan di sumbang ke tabung haji dan dikumpul sehingga lu orang boleh menunaikan haji 4 kali.No such thing.Projek ni suka suki.

Dan lu orang jangan tanya lak bila projek ni nak siap.Hahahah..Mungkin umur lu guys dah 40 ke baru projek ni siap atau mungkin tahun depan atau mungkin masa gua sanding esok gua launch projek ni.No one knows.Gua akan update kan step by step melalui blog rasmi gua ni.Mungkin minggu depan gua akan tayangkan muka depannya.Dan mungkin bulan depan gua akan bagi sikit sinopsisnya.Dan mungkin dipertengahan gua taip tetiba Uwei Hj Shaari berminat nak jadikan muvie then gua tangguh kan projek gua then gua fokus pada muvie pulak.No one knows.Gua tau ramai produser yang tengah intai gua.Tengah intai gua tengah gua taip per.Pang!!gua tampar diri gua sendiri sebab gua dah mula berangan.

So kesimpulannya, Ini projek gua anggap besar.Ini projek adalah penilaian terhadap kemampuan gua mencetuskan idea.Idea dalam penulisan.Hope Kasih akan memberi gua semangat dan kekuatan.Kalau gua tak larat, Kasih please continue this projek.Kerana Gua tau kemampuan Kasih yang sebenarnya.Gua nak mandi.

Friday, September 03, 2010

Orang lain shopping tapi Gua??

Bismillahirrahmanirrahim..

Sana sini gua tengok mereka-mereka bershopping.Gua heran.Kenapa la bila tiba nak raya je mesti nak shopping?Napa tak shopping awal-awal?Mungkin sebab nak rasa kemeriahan kot.Tah pada gua tak rasa lak meriah cam tu.Dari dulu lagi memang gua tak suka keadaan ini.Jadi pada gua lebih baik kita shopping awal-awal supaya kita tak bersesak-sesak di waktu kemuncak.

Perkara-perkara yang gua tak suka shopping masa dekat-dekat raya :

1.Kalau naik kereta memang la jem.So lu orang suruh gua naik LRT?

2.Naik LRT lu ingat nak beli tiket tu tak beratur panjang ke?Jadi apa option lu orang?

3.Puasa.For sure tak leh makan.Penat dan kurang sabar.Nanti kurang pahala.

4.Nak pilih baju susah.Sebab orang berebut-rebut.memang susah nak cari size.

5.Bila dah jumpa yang berkenan, nak beratur untuk bayar pulak.Perghh memang panjang giler dan biasanya didepan gua memang ramai kaum hawa.

So kesimpulannya jangan ajak gua shopping time crowded macam sekarang ni.Hahahahaha..Nur Syahira..uhuhuhuhu..Kamu dah shopping kan?So selamat la saya.Mana la tau satu hari gua ada anak-anak memang 1 Ramadhan gua dah shopping siap-siap untuk mereka.Tak pun 1 Rejab gua dah shopping kan untuk mereka.uhuhuhuhu...Nak wish selamat hari raya tapi lambat lagi.Nanti la.

Thursday, September 02, 2010

Rawang

Bismillahirrahmanirrahim..

No 37 jalan 1/10,
Taman Desa,
Bandar Country Homes,
48000 Rawang Selangor.

Wahahahah..Alamat gua kat Rawang.Rumah no 37 dan kilang juga no 37.Apa punya kebetulan.Puas dah gua cari rumah lain.Bukan gua sengaja nak cari rumah sama nombor dengan kilang.Puas gua tawaf, saie dan wukuf tapi masih jugak tak jumpa rumah lain.Rumah ni jugak yang dapat.Jadi inilah alamat rumah gua kat Rawang ni.

Tinggal di Rawang agak seronok juga.Lu orang ingat Rawang jem tak?Lu orang cakap tak jem?Cirit tak jem.Jem de.Terutamanya jalan ke rumah gua.Kalau tak jem 10 minit, kalau jem 30 minit.So masa tengah jem tu macam-macam benda leh buat.Kekadang gua jeling kereta sebelah.Tengok ragam driver.Yang kadang-kadang gua terfikir kot-kot orang sebelah ni berkerut-kerut dahi mungkin tahan kencing ke tahan nak melabur ke.Macam-macam rupa gua tengok.Tapi gua cool jerk.Berlakon seoalah-olah gua suka jem.Tapi dalam hati Allah jer yang tahu.

Haa rumah gua ni dekat ngan pasar.Jadi senang la nanti gua nak beli lauk ke.Hobi gua memang suka memasak.Antara masakan nya ialah fikir masak-masak, masak sebelum waktunya, buah yang masak ranum dan sebagainya.( hahaha..kesimpulannya gua malas masak )Dan bazar Ramadhan juga dekat.Bazar Ramadhan atau sekarang ni nama glemer nya PARAM..Pergh memang glemer.Ada sekali tu member gua tanya gua " Lu tak g PARAM ke?"Gua ni ketinggalan zaman ke atau mata gua tersilap baca."PARAM?"Gua tanya macam budak kecik yang sangat comel."Lu ni ketinggalan istilah la bro, PARAM tu Pasar Ramadhan."jawab member gua tu sambil dia log off FB dia.Tapi gua tak nak guna istilah tu.Tak Urban langsung.Come on gua duk Rawang ok, TOWN!ada OLD TOWN.Ok berbalik pada rumah gua sangat dekat dengan apa yang terlintas di fikiran.Pasar basah, pasar mini, mini market ( gua translate untuk nampak banyak ), kedai tayar brigeston ( betul tak gua eja ) kedai motor, kedai kek, Stesen minyak sangat dekat.Ada dua.Dan the best part is MASJID.Sangat dekat ok.Senang nak berjemaah.Amin.( Azam gua untuk lepas puasa )

Secara rasminya gua menjadi penduduk Taman Desa Country Homes.Raya nanti datang la rumah yer.Akan gua hidangkan dengan Biskut Chipboard, Kuih bauGua, Kuih Oaks, Kuih Kabinet Dapur, Kuih Wardrobe dan Kuih Habuk Kayu.Ok tinggal beberapa hari jer lagi puasa.Haihh..Mengeluh gua.

Tuesday, August 31, 2010

Fruit Cocktail dan masak nasi

Bismillahirrahamnirrahim..

Hahahaha..bagi gua gelak dulu...hahahaha..dan hahahah..dan hahahah..ok stop!

Gua teringin ngak minum cocktail.Rupanya tak susah.Main bubuh jerk semua bahan tu.Then ready untuk diminum.Laici, Cube Nenas,Nata De Coco, Susu cair, Cocktail fruits dan ais.Tara!!! jadi dah.Punya la senang.Ni ada lagi kat peti ais.Tadi gua dah belasah 4 gelas.Tapi gua ingat benda ni tak elok untuk kesihatan.Tak boleh dijadikan amalan seharian.Sekali sekali ok kot.Bukannya apa, gua teringin tadi.So try buat.Tak sesusah mana ye puan-puan ( sila ikut versi chef Wan ).

Dan hari ni setelah sekian lama nya gua tak memasak nasi, akhirnya gua merajinkan diri untuk memasak nasi.Bukan gua tak nak masak, tapi kat batu pahat nak masak guna apa?Periuk nasi pun takda.Usahkan periuk, beras pun takda.So buat apa lah susah-susah pergi jerk kat kedai gerakkan bibir atas dengan bibir bawah anda tu.Sebut Nasi goreng Cili Padi Satu!!Maka dengan segera dan sepantas kilat la chef kat kedai tu masakkan.Dan hari ni gua masak nasi.Alhamdulillah nasi gua sangat kelas.Betul beb tak tipu.Just nice.Sampai staf gua cakap "selera hari ni abang man, nasi macam ni orang memang suka".Bagus si Apai ni.Masih mengekalkan tatasusila orang kampung.Sopan budaknya dan rajin bekerja.Hah berbalik pada nasi gua.Memang superb.Lu orang tak caya?Sila call gua untuk tempahan.Gua akan masakkan nasi dirumah lu orang.Gua serius!!

Gua bukan puji, ( oi tak habis lagi!! ).Ok ok cukup.Cukup pasal nasi dan ayamekor buah tu.( Cocktail Fruit ).Mana tau besok gua buat benda lain lak.Ayam kurma yusof tayyub ke.Tak pun mungkin gua buat cis bedebah kek cina ni sedap ke..( panjang nama kek )Tak pun mungkin gua akan buat sotong goreng bersalut bulu roma india sebelah rumah kat Rawang ( mak aih lagi panjang nama lauk ) ke.Gua memang suka buat lauk ngan nama-nama panjang-panjang ni.Orang yang makan nanti mesti panjang jerk tangan nak tambah nasi.Itu gua boleh kompem!!Tengok jari la sapa yang masak.Untung Syahira dapat gua.

Alhamdulillah gua lom berdarah lagi untuk cuti puasa.Tapi kalau bab puasa gua memang real lah.Gua rasa sejak gua umur 6 tahun tak pernah gua ponteng puasa.Ops ada.Time gua accident.Gua kena hari rabu.Raya hari jumaat masa tu tahun 1998.Gua tak ingat bulan berapa.gua rasa bulan satu kot.Selepas seminggu gua menyambut hari lahir gua.Pergh sadis beb.Tapi tu cuti 2 hari jerk.Pastu takda da cuti puasa.Syukur Alhamdulillah.Owh gua nak g pekena COCKTAIL jap.

SL Cabinet And Furniture

Bismillahirahmanirrahim.

Lama giler tak menaip kat blog ni.Sibuk pun tidak juga.Cuma malas.Bila dah malas satu apa benda pun tak jalan.

SL Cabinet And Funiture adalah satu projek usahasama antara Gua, Abang gua, dan En yusop @ Usop.Permulaan untuk projek ni menelan berlanja hampir RM100k.Banyak juga.Semua wang itu dikeluarkan oleh Abang gua.Gua cuma menguruskan projek ini dan memastikan projek ni berjalan lancar.Untuk kerja-kerja cabinet ni gua serahkan kepada En Usop.Kompem korang tak kenal.

Pada firasat gua, kerja ini mudah.Tetapi sebenarnya bila dah buat, aduiii sangat memenatkan.Walaupun penat gua rasa sangat seronok sebab kepuasannya ada disitu.Dimana?Disitu lah!Untuk plan yang pertama sudah berjaya.Mencari kilang.Kilang SL Cabinet and Furniture ini berada di Rawang Selangor.Kos untuk menjayakan kilang ini menelan berlanja hampir RM30K.Kira sempurna la kilang tersebut.

Untuk proses seterusnya, gua hendak mencari bilik pameran bak kata orang putih SHOWROOM.Keputusan sebulat suara telah bersetuju untuk mencari bilik pameran di Rawang juga.Pada mulanya gua mencadangkan bilik pameran ini ditempatkan di Gombak.Tetapi memandangkan lokasi kilang dan bilik pameran agak jauh jadi kami sebulat suara telah mengambil keputusan menempatkan bilik pameran kami ini di Rawang juga.InsyaAllah, semuanya akan settle selepas raya dan selepas raya kami akan beroperasi sepenuhnnya.

Sekian berita dari Radio Malaysia Rawang Selangor.Kita berjumpa lagi di masa-masa akan datang.Assalamualaikum.

Monday, February 15, 2010

Adik..............

Adik...

Dulu kau sangat dekat di hati ku...
Dulu aku kau cari untuk selesai kan permasahan mu...
Dulu kau selalu bertanya kan ku....
Dulu kau kata jika aku tiada siapa-siapa tinggal la bersama ku..
Dulu aku bilang tidak mungkin!kau akan bersuami..
Dulu kau bilang tidak mengapa..Suami ku akan faham...
Dulu pernah kau datang kepada ku dengan pertanyaan...
Dulu aku bilang walau apa pun yang terjadi aku sentiasa ada untuk kau..

Kini aku sedar...
Kini aku akui aku bukan siapa-siapa untuk kau..
Kini pertanyaan sudah boleh kau jawab sendiri..
Kini aku tidak punya siapa-siapa tapi kau tidak peduli..
kini kau sudah tidak boleh sentiasa berada untuk aku..

kini aku sedar...kau sudah dewasa..

Friday, January 22, 2010

30's

Gua dah 30 tahun...Yeahhhh...

Mungkin ada 30 tahun lagi gua untuk hidup...Sebab rata2 umat sekarang ni umor 60 dah jalan...

Dalam bidang yang gua keje ni pun rata-rata orang yang sakit start umor 56 hingga 60..sebab lepas pencen jerk mula la sakit datang...Kencing manis la darah tinggi la...gout la..hurmm gua buat kesimpulan "kita adalah apa yang kita makan masa kita muda"

The best thing happen was gua potong kek for the first time...Sepanjang umor gua tak pernah potong kek tapi birthday gua kali ni gua tiup lilin...Thanks staff2 gua yang buat surprise party untuk gua..Hargai it so much...Dan cup cakes yang comel...Thanks untuk Syahira yang bersusah payah untuk gua..Luv u..

Harapan untuk kali ni...Tahun ni gua nak capai cita2 gua...harap-harap semuanya berjalan lancar...walaupun untuk awal tahun ni ada dugaan yang datang..tapi hopefully ia sebagai appetizer untuk menerus kan hari-hari yang mendatang....

Saturday, January 09, 2010

2010 hye-hye...2009 bye-bye

assalamualaikum...

Gua rasa kalau nak rangkum kan semua cerita satu tahun masuk dalam satu entry Nelson Mandela pun tak mampu nak wat..Bila dah pemimpin yang terer tabah tak hengat tu tak leh secara otomatik nya gua juga nggak bisa!!!Jadi gua bikin yang bisa2 aja ya!!

January 2009


Time ni gua kat Bahau N9..Bahso dah jadi lain..Eden dah kono makan masak lomak cili api...Ada kenangan pahit ada kenangan manis ada kenangan masin ada kenangan ajinamoto..ada kenangan kicap cap kipas udang...( iklan percuma tiada bayaran )Ado sorang wan @ opah la kek bahau sanun laa..Kuek botu ngisap..( hisap rokok daa )...Eden tanya..

" Wan, dah lamo ko ngisap ni wan "
" Haihhhh....Lamo dah.."
" Camno buleh ngisap lak ni Wan?"
" Eh eh Budak ni..banyak lak tanyo..Kang den tampar berlumbo gigi masuk kedalam"

takda sebenarnya ayat yang last tu..tapi gua tanya napa hisap rokok dia kata suka2 dulu nak cuba..sebab bila di urut orang orang akan bagi dia hadiah rokok..bila dah banyak sangat orang bagi dia rokok dia pun cuba..bila cuba sedap..bila sedap sampai sekarang pun hisap..

" Apo nak buek wan..Isap yo lah "

Bahau ok..Town pun ok..Pekan kot..pekan koboi yang aman gitu...24 hour life..ada dangdut walau pun tak pernah masuk..hotel banyak gak...domino's,McD,starbuck,GSC,Redbox,batu belah batu bertangkup yang gua sebut start dominos tu takda kat Bahau...Tapi Bahau ada wayang...boleh tahan la...sebab kalau orang tak cukup kita kena tunggu orang cukup dulu baru boleh masuk dan tgk itu celita..kalau tak ale olang aaaa...tatak buleh woooo...Kan seronok cam tu kan kan kan....

21st Januari


Of course la birthday gua...huh..Gua bangga beb gua cepat tua..Cuma gua pelik..Adakah gua ni seperti Benjamin Button...Masa Gua meninggal sok mungkin gua jadi bayi..Ada kemungkinan juga..Sebab semakin kearah itu..

February 2009


Gua Masih di Bahau N9 lagi....Kalau nak di ceghito kan lah pasal N9 sembilan ni memang tak habih jang oiii!!Dan gua bertuah juga sebab gua bertemu dengan ketua adat perpatih N9 tau..cuma gua tak amik gambar jerk..gua jarang amik gambar ngan peminat..peminat jerk nak amik gambar ngan gua...Datuk Khalid Bongek..Gua dapat tanya direct tau..terbaik dari ladang..orang negeri sembilan pun lom tontu lai dapek camno den dapek...duduk semeja minum secawan makan sepinggan..hebat2..Umannnnggg aiihh..Godang...haaa begitu la bunyinya..untung jugak keje berjalan ni..dapat gak kenal budaya orang..ragam orang...ragam kucing ragam ayam ragam kambing..gua rasa kambing kat sana tak makan rumput mentah..diaorang makan rumput ikan masin...sebab nak lawan ngan masak lemak cili api...

Den dah ghaso dah..masakan kalau bab cili bab lomak memang N9 is number one..Yeaaa..congratulation...sobab tu kalau bab buasir dan gomuk...uhuhu jangan teraso yo cito bonar...dapek kek orang N9 jugak...takda la selingan jerk..sobab bakal orang rumah den orang N9..kang naik lak berlanjo serba terlanjang..lagi susah dari serba berdiri..semua nak kono boli..baju...kain dan macam2 lah...

Dan yang paling best....Gua ada anak dah...Nama dia Milah..Sangat comel dan sangat nakal..sangat aktif sangat lincah...yeaaa...gua dapat dia dari seorang makcik yang baik hati bernama makcik Asmah...Terima kasih makcik sebab bagi seekor kucing yang sangat comel...but pada gua dia bukan kucing...dia adalah buah hati gua yang sangat gua sayang...walaupun dia sangat nakallll.....sangat manis saat itu...Milah...

March 2009


Bulan ni gua dapat duit banyak jugak la...Nak kena bagi tau ke?Hurm k lah gua bagi tau...Gua dapat..tak yah la tapi banyak...kalau setakat nak kawin tu boleh giler dan boleh buat grand macam anak D.O..Haa banyak kan...Dan ni bulan jugak bisnes untuk centre Bahau tidak memberansang kan...Stress stress stress till my sister lain mak lain bapak lain agama keep crying..haihh pity her...pity me too..kena gak tempias....

April 2009


Dapat duit apa lagi???Haa tak reti2 nak shopping...uhuhuhu...Gua sambar satu sut untuk gua bawak g Jepun on Mei...haa..Puas hati...

Mei 2009

Best Part of my life...Dream come true...Gua sampai kat Jepun...yuhuuu..Gua jejak kaki gua ke bumi Tokyo..Alhamdulillah...Gua pijak lantai Disneyland...Unforgetable...Dan tak semena-mena Company hantar gua ke Jakarta pulak atas urusan keje dan leisure....dadadidududidadadi...terima kasih daun keladi...So dalam satu bulan tu gua pergi dua negara..syukur-syukur...jauh berjalan luas pandangan...luas pandangan luas pengalaman..

Dan Masa ni Ibu tercinta...Dah mula menunjuk kan kesihatan nya mula terganggu...

Jun 2009
Gua dah sebulan bertugas di Batu Pahat...Alhamdulillah kedudukan pun sudah bertukar...Kepercayaan yang harus di bayar dengan kejayaan...Di mana gua letak kan masa depan gua sebagai batu pengukur untuk tugas ini..if gua success gua stay.. jika tidak gua berhenti...

Kesihatan mak masih tidak berubah...

Julai 2009

Time ni kredibiliti gua teruji...Alhamdulillah gua laku kan dengan agak cemerlang...

Memecah rekod kehadiran ahli
Memecah rekod jumlah mesin terjual

Amat membangga kan juga...tapi it is not me..it is about BP teams..Congrate guys..

Mak semakin hari semakin letih dia rasa...Kesian mak...

August 2009
Nothing much...Birthday Syahira Saya...

September 2009

Berlalu seperti angin lalu...sibuk ngan urusan mak...

October 2009


Masih dengan urusan hospital...tolak sana tolak sini...haihhh...

November 2009

25th..Akhir nya mak pergi..

December 2009
Mungkin Beijing untuk mengubat hati gua yang lara..Semangat gua tiada langsung..Tapi gua wajib kuat...Gua wajib meneruskan hidup ini..gua wajib..dan gua wajib mandi wajib jika....termimpi...ops...salah gua salah landasan....

Ok guys...

Welcome 2010....good bye 2009....see yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....................

Monday, December 14, 2009

Batu Pahat

12:17am

Bilik selimut hijau...

Weekend yang amat memenatkan badan...

Khamis pukul 7:15pm gua sampai kat balakong rumah adik gua..

Truttt truttt..bunyi caller ringtone hp adik gua..Dia tak guna lagu macam abah..abah guna lagu nuno'menjaga hati' untuk caller ringtone..hishh abah pun guna caller ringtone..gua pun tak guna...

"Hello" Gua meng hello

"Haa Hello " ( tak reti bagi salam ke abang aku ni ) rekaan semata-mata...

" Mie, ko balik umah kul berapa?"

" kul 7..Napa? "

"tkda la, nak datang umah ko"

"ok!"

7:15 gua sampai umah dia tapi dia takda...cishh...keling tul..

7:30 baru adik gua sampai umah...Lu bayang kan sesaat pun menunggu rasa cam neraka ini kan pulak 15 minit...banyak benda leh buat 15 minit tu..download lagu kat youtube tu dah boleh play dah..itu pun kalau letak modem tu kat tingkat..( logik tak gua letak modem kat luar tingkat untuk laju kan internet? )

Gua mandi then solat maghrib...malam jumaat..Baca yasin untuk arwah mak..wat tahlil sekali..semoga ianya sampai kat mak..

Malam ni sebenarnya gua ada jemming kul 11...Lepas pekena nasi ayam adik gua tapau dari pasar malam then gua gerak dari rumah...nak amik zerud..Zerud ni gitaris gua..Sila rujuk entry Gua Rockstar..Gua amik zerud kat pandan indah..jemming kat up town danau kota...

10:25pm

Gua sampai kat oldtown danau kota..Arwah mak gua panggil oldtown tu kedai kota lama..Arwah mak selalu cam tu..Semua dia translate kan...Hurm orang2 tua tu lom sampai lagi..takda displin..nak marah orang tua..gua pekena ais limau teh o kat oldtown...ahli table gua,Zerud dan Akem..

11:00pm

Pun tak sampai jugak lagi orang tua ahli band gua ni..haii...gua bertiga amik keputusan pergi ke studio tu sendiri...kalau diaorang lambat biar gua bertiga jerk yang jem...sampai kat studio ada band budak2 tgh jemming...

"aaaakkuuuu bukan la supermanmm...aakuuu jugak bisa nangis......."

Kecik2 dah main lagu indon..haihh..lagu malaysia kan banyak dikkk..ni semua salah dj...tapi tak per...lu orang main cun jugak la...besok bila dah besar main lagu band malaysia or mat saleh ok?huhuhuhu..

11:30pm

Baru start jemming...One two three...Bawak lagu cant get enough dari bad company..
itu jerk lagu sampai habis jemming...kata praktis kan....susah gak jemming ngan orang tua ni...haihh layan jerk laa..

"gua tak puas hati la tadi jemming " komplem akem...drummer gua yang tak reti penat..

"a`ah gua pun sama " Zerud

"jemming lagi la.." Gua sambung..

Lu bayang kan 1230 am tu masih lagi ajak jemming....giler..tapi sebelum tu minum dulu..kul 2 lebih kurang gua bertiga gerak ke pandan indah..Nak jemming lagi kat sana..nak klimaks kan..kata akem la...Main tak klimaks tak best katanya..Macam double padle jerk kata-kata dia tu..

Gua jemming lebih kurang 2 jam lagi...kali ni Akem sampai bukak baju..Itu perkara harus yang dia selalu laku kan kalau jemming...sebab semua lagu yang kitaorng bawak memang fast number...sebab ramai drummer yang kitaorang audition selalu gagal..gagal mengekal kan stamina di tahap maksima..Akem sorang jerk boleh...Tah dari mana dia dapat stamina tu...Ada pakai jin drum kot..

4:00 am

Baru habis jemming...4 pagi lu bayang kan la...lepas jemming g kedai mamak lak minum..tapi akem tak join..nak keje katanya...gua minum ngan zerud dan awek zerud..Zerud kata dia memang dating selalu kul 4 pagi ngan awek dia...huhuh..biasa la kl life..memang cam tu...kul 4 macam kul 4 petang..sama jerk orang nya..tetap ramai..itu yang gua pelik dari dulu sampai sekarang..diaorang ni tido time bila...tapi gua gak cam tu dulu sebelum gua bertukar jadi manusia balik semula...tapi bila dah bertukar jadi manusia biasa nak kembali menjadi musician haihhh memang parah di buat nya...boleh tahan ke sampai kul 4 pagi tak tido tiap2 hari..mampuss....430 gua minta diri untuk pulang...menuju ke balakong...

5:15 am

Gua sampai balakong...Haihh nak tido kang for sure gua tinggal solat subuh...Gua on laptop...Layan mafia war..sampai kul 5:48am gua stop..After solat subuh gua tido...perrghh nikmat nya jumpa bantal ngan tilam...

To be continue...

Thursday, December 10, 2009

Akan menuju ke K-Yell

4:59pm

Dalam bilik langsing coklat...

Gua bersiap-siap hendak pergi ke Kuala Lumpur..Tempat lahir tipu daya..Pernah dulu gua duk sana..9 tahun..Macam-macam ada..

Malam ni gua ada praktis ngan orang tua la kot...mungkin late 40's la gua rasa..late 40's pun masih main muzik lagi..Praktis untuk show gua pada bulan Januari nanti tu..Ekceli bukan show..its a contest...Bahasa rock nya Battle of the band..Gua salah faham..

Alhamdulillah syukur kepada allah..gua dah dapat cari lagu-lagu yang di senarai kan..Thanks kepada youtube..banyak giler membantu..

kul berapa gua nak gerak...5.30 ok kot....

Gua masih lom fikir baju apa gua nak perform nanti..

Tuesday, December 08, 2009

kill the king

11:52pm

Lokasi: Bilik langsir coklat..

Hari ni gua mentelaah lagu..Setelah sekian lama gua tak pegang gitar bass..Kill the king dan starstruk dari band yang giler punya best dulu Rainbow...Gua first time dengar dua lagu ni..Sib baik kena ngan jiwa gua...Ni semua pasal show yang kat Taman Tasik Titiwangsa tu la...Gua masih pening gua nak pakai baju apa...Gua fikir nak pinjam baju man kidal..tapi tak tau la dia kasi ke tak...

Gua tak tau member sebilik gua ni ok ke tak ok dengan tingkah laku gua ni..Yer lah lagu ni dah la lama...pas lama bingit jugak..Takda lah bunyi indon..yang ala-ala suara dalam tu...kekadang gua fikir orang indonesia suara nya begitu..kalau bercakap bunyi camtu cam mana?Gua bertanggung jawab jugak atas pencemaran bunyi yang akan dia tanggung..Gua syak yang dia cam suruh gua pergi umah sebelah praktis gitar...mungkin jugak suruh g pondok guard..

Batuk gua ni tak hilang..Dah 2 minggu 3 jam 5 minit masih ada lagi..Gua malas nak telan ubat..biasa la hari-hari gua cakap ubat tu tak bagus kat makcik makcik..Makcik Maznah, makcik Norliah dan pakcik Bahari..Selalu naik basikal datang terapi...Gua pulak takut nak makan ubat takut kesan sampingan..Boleh effect buah pinggang oooo...Nanti tak pasal2 kena pakai fistola..tak nak lah...

Gua cuti lagi..Dah seminggu lebih gua cuti...Rasa cam best jerk..Itu hari gua dah naik keje tapi gua rasa dahi gua cam panas...Otak beku..Tak leh nak fikir pun pasal keje..dari gua menyusah kan budak2 gua yang memang selalu susah lebih baik gua susah kan diri gua sendiri..Dan gua rasa tak susah kalau tak keje..Isnin minggu depan gua naik la balik keje...

pukul 1200 am dah...

Gua nak tido..Roommate...Gua fikir dia nak kemana dengan facebook?

Monday, December 07, 2009

Kerja

10:13am

Di tempat kerja...

Takda semangat langsung gua nak keje..

Mungkin lepas balik dari Beijing gua ada semangat balik untuk keje kot..Member gua Jackie Chan dah berapa kali SMS gua tanya bila gua nak datang...Hope dia boleh tunggu gua kat lapangan kapal terbang nanti..

Gua fikir cam mana nak menghadapi hari2 mendatang ni...Emak dah takda..Bukan gua tak redha mak pergi..Tapi gua perlu masa untuk pulih...Sementara tu gua nak wat apa untuk pulih kan diri gua..

Gua ada projek bulan Januari ni..Tapi lom prepare apa-apa lagi...

Sedikit review tentang projek gua ni...Band gua akan perform untuk karnival DO Re Mi di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur...Corwd lebih kurang 1.2 juta orang yang di jangka tak datang...Tarikh gua lom dapat lagi..Tu yang gua nervous ni..Gua fikir nak pakai baju per nanti..Suar-suar ketat gua dah tak leh pakai..Rambut panjang pun gua dah potong..sebab tema nanti Rock Band...Tak per la mungkin gua dress up biasa-biasa jerk..

Ok..Gua nak lelap kejap..Badan rasa Dedar...

Sunday, December 06, 2009

1:34 pm

Dalam Bilik..

Di luar hari hendak hujan..Musim banjir sekarang ni...

Dulu time di kampung cuti sekolah cam ni gua buat apa ek..?

Masuk hutan keluar hutan..cari port buat pondok untuk melepak..Hisap rokok barangkali..Seronok tengok orang-orang tua kat kampung hisap rokok gua pun nak cuba gak..Nampak cam macho jerk..Lebih terer kalau hisap rokok boleh kuar asap ikut idung..Memang lu akan jadi idola kawan-kawan lu...Nak naik taraf sikit hembus asap sambil buat bulat2..Gua rasa kalau ada digital kamera time tu memang geng2 dah amik gambar buat kenang-kenangan..Nak cari stok rokok??Senang jerk..Dulu masa sekolah cikgu rajin suruh gua beli rokok..Jadi lesen besar gua dah ada kat situ...Muka gua nak hisap rokok??ada ke orang percaya?

Kalau hujan macam ni lebat dua tiga hari kat kampung spang loi orang dah mula la nak panik..Biasa la banjir dah mula nak datang..Gua??Teramat la gembira masa tu..Dalam kepala dah terbayang dah aktiviti banjir..memang pasti la suar baju takkan kering..duk dalam air la gua..Dulu kalau nak mandi banjir bukan cari tempat yang air nya tenang..lagi kuar arus banjir lagi seronok la kitaorang mandi banjir..Extreme..

Tapi sekarang spang loi tak banjir kot lagi..parit dah banyak..Ketua kampung pun dah banyak dah buat parit...Tapi kalau banjir pun best jugak..Ikan banyak tu..Takda la chance orang yang kaki tuba tu nak menuba ikan..

Hari nak ujan..Gua nak mandi..

Monday, November 30, 2009

Akhir nya Emak pergi...

Tanggal 25hb November 2009....

Jam 9.00 pagi

Satu berita paling menyayat hati telah gua terima.Insan sangat2 gua sayang telah menyahut panggilan Ilahi.Innalillahiwainnalillahirojiun..

First sekali Hp gua berdering mangalun kan lagu cari jodoh band Wali.Saat itu jua hati berdegup kencang..Dah memang menjadi kebiasaannya begitu..Kerana nada dering itu gua set kan untuk ahli keluarga.Sejak mak sakit batuk2 tak berhenti dulu sejak itu la apabila mendengar deringan Hp ini membuatkan jantung gua bertukar irama..Biasa nya akan kedengaran suara-suara adik beradik ku berbicara..Tapi hari tu lain..No Hp yang terpapar adalah nama abah..Tapi suara abah tidak kedengaran..Gua cuma dengar suara esak tangis..

"kenapa abah, Kenapa?"

masih juga tidak ada jawapan..Esak tangis jugak yang kedengaran..

Hati gua makin tak sedap..

"Abah, Bagi telefon kat orang lain, biar orang lain yang cakap!"

tak puas hati gua..

Dan kedengaran suara kakak ipar yang lebih muda 4 tahun dari gua.

" Mak dah takda, balik la Aman."

Waktu itu kaki gua dah tak boleh nak berpijak lagi di bumi..Rasa longlai..rasa sangat kekosongan..Musnah sudah impian gua nak hantar mak ke tanah suci buat umrah..Kenangan bersama mak berselang seli dengan impian, gelak ketawa mak..

Mak seorang yang suka ketawa juga..Dan suka buat orang ketawa..Sangat menghiburkan..
Boleh kongsi apa saja cerita..Dia sangat berfikiran terbuka..Gua boleh share ngan dia segala2 nya..Masalah kerja, masalah GF dan macam2 lagi la..Mak sudi jerk dengar..Sekali sekala bergurau nak menyejukkan hati anak nya ini..

Gua bagi tau staf gua yang mak gua dah takda..Gua nak balik..Terus gua ke kereta..Agak lama juga berada dalam kereta dengan enjin kereta yang berhidup...Kosong..Tangan gua menggigil..Gua bermimpi kah?Kemudian mata gua mula berkaca...akan jatuh kan air mata ini..Tapi mak tak bagi gua menangis kalau dia takda..itu pesan dia..Kalau nangis dia seksa katanya..Jadi gua cuba tahan..

" Mak..Napa Mak pergi?"

Jatuh juga air mata gua..Lantas gua beristifar..

" Maaf Mak jatuh juga air mata anak mu ini "

Perlahan gua gerak kan kereta gua balik ke rumah.Kemas baju apa yang patut..Pakaian bekalan untuk raya haji sekali...

Kereta gua pandu dengan tidak ada perasaan..Rayban gua kena kan supaya tidak nampak air mata gua gugur satu persatu...Gua bermonolog sendirian dalam perjalan..Kerana memang itu lah yang akan berlaku sekiranya gua ingin melepas kan perasaan..

"Mak, Mor tahu mak dengar..Mor tahu mak nampak anak mak ini sedang bersedih..Mor tahu mak akan ke syurga...Dan anak mu ini akan sentiasa mendoa kan Mak.."

Air mata gua terus mengalir..Sms takziah dari kawan2 bertali arus..Terima kasih yang tak terhingga atas doa2 kalian..

11.00am

Sampai di perkarangan rumah gua..Ramai orang..Macam ada kenduri kahwin..alhamdulillah ramai orang datang tengok..Masih tenang...Tengok abang yang sulung..Sugul..Abang ngah..Biasa jerk..Adik..Biasa..Adik yang perempuan bengkak mata menangis..gua masih lagi kat bawah..lom naik ke atas rumah..Ramai sangat orang..Kedengaran orang perempuan sedang membaca surah yasin beramai-ramai..Kumpulan yasin mak..

1130

Gua naik keatas..Gua lihat sekujur tubuh..

" Emak " dalam hati..

Gua amik surah yasin dan gua baca perlahan-lahan..tidak terlalu laju...tidak terlalu perlahan..

"Emak suka dengar mor baca surah yasin " kata-kata mak semasa dia sedang sakit..

Sesekali gua tenung muka mak yang di tutupi kain putih yang jarang..tudung mak barangkali..Mak belum mandi..Gua lihat muka mak macam orang tido..Semasa sakit muka mak sangat sembab..Bibir membengkak...Tapi mak sangat lawa pagi ni..

" Lawa Mak " dalam hati gua.." Alhamdulillah"

Menunggu adik perempuan yang dari kl balik..Dah dekat nak sampai..Kat luar hari nak hujan...

Syahira sampai...

" Terima kasih sayang sebab datang " dalam hati gua..ingin senyum tapi gua tak mampu..

" tu ha..ummi dah berlari2 dah tu " suara sapa gua tak tahu..Adik gua yang baru tiba dari KL..Mata bengkak..menangis dari kl barangkali..Meluru naik ke atas rumah..Sendu tangis..lantas gua cakap kat pada dia..

" ummi "...lalu gua buat isyarat jangan menangis..Perlahan-lahan dia cuba mengawal perasaan nya..Lalu di buka nya kain yang menutup wajah emak..Dia ingin mengucupi emak..Dengan hati2 takut air matanya jatuh ke muka emak..

1230

Segala peralatan mandi sudah siap..Air pun dah di sedia kan..Lima orang anak lelaki emak mengangkat mak..

" Jangan mandi kan mak lama-lama..Mak sejuk " Dialog mak masa dia sakit sewaktu dia nak mandi..

Proses mandi sangat mudah.Tidak ada najis barangkali..

230

Proses kafan selesai..

Memberi peluang yang terakhir pada anak2 untuk mencium emak untuk kali yang terakhir..Semasa kafan air mata gua tak mahu berhenti untuk mengalir..

"astaghafirullah, maaf mak sekali lagi anak mu menjatuh kan air mata "

Emak akan di bawa ke masjid untuk di sembahyang kan..

Ramai juga di masjid orang yang menyembahyang kan mak..

315pm

Sampai sudah emak di tempat persemadian yang abadi...lima orang anak lelaki emak menyambut emak di dalam..

" kena kan hidung mak ke tanah " arahan seorang pakcik..

"ya kalthom bte Sariah ".......................

Talkin di baca...Semakin jauh emak meninggal kan gua...

30hb nov 2009

Gua menaip blog ni...rasa hati yang kosong..Tidak ada lagi tempat gua bermanja..Tidak ada lagi orang yang akan dengar keluhan gua pasal hidup..

" Mak, hidup ni susah kan mak?"

Mak senyum jerk....Al-fatihah...

Monday, November 02, 2009

Betul ke??

Got this thing from my friend blog...

Betul ke??


Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.
The seriousness of your love:

You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

Your views on education

You may not like to study but you have many practical ideas. You listen to your own instincts and tend to follow your heart, so you will probably end up with an unusual job.

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:

You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed. Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous.

What are you most afraid of:

You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.
Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

Wednesday, October 14, 2009

Aku bukan untuk siapa-siapa....

haihhhhhh...

Gua mengeluh ni..tahu allah tak bagi kita mengeluh..tapi gua mengeluh jugak..apa yang gua keluh kan??

Gua teringin ngak pekik LIFE is Suckkkkk!!!!tapi gua dah lama tak wat cam tu..Tp nanti ada lak orang nasihat kat gua suruh sabar...Dugaannnnnn...gua tau tu semua..

Gua paham ibu bapa nak yang terbaik untuk anak2..tapi anak dah suka..Gua pulak bukan jenis yang suka paksa2..gua memang tak suka paksa orang...Lu tak nak sudaa...Gua tak nak pening2..walau pun gua terpaksa korban kan perasaan gua..tapi perasaan tu kejap jerk..bila dah ada family di sisi ada kengkawan ada benda yang boleh buat kita lupa lama-lama perasaan tu hilang laa..percaya la cakap gua..takda orang yang akan selama-lamanya hidup dalam kenangan...

arghhhh...

Ingin gua luah kan pada siapa???Lom pernah ada orang yang faham gua...Gua hanya mau seseorang yang hanya mendengar jerk apa yang gua nak kata....tapi bila gua mahu time tu memang takda...

Sunday, October 04, 2009

aku rockstar!!!


Empire Garden

Dari kiri, Hidayat 2nd gitar, Ayen tukang jerit, Zerud lead gitar , Gua..pemain biola ( Bass Daaa )takda dalam gambar Drummer..sapa ek nama drummer gua?oh Sham @ sham pekak..macam mana si pekak leh main dram??pelik gua...allah punya kuasa..

Hurmmm masa ni bangga juga la kuar majalah ROTTW..majalah muzik malaysia..pastu terpampang lak gambar kitaorang..kenangan manis kot ni...

Masa ni Empire Garden tengah nak bina Empire kat UKM ( universiti kebangsaan Malaysia )tapi apa jadi??Entah apa jadi lepas tu..hahahha

Thursday, October 01, 2009

PPUM

Gua di PPUM..Pusat Perubatan University Malaya...
Teman mak gua...Haih..Gua takda mood sebenarnya nak menaip ni..Tapi entah pada siapa nak gua luahkan apa yang ada di dalam jiwa gua ni...

Pada tahun 2006 mak gua di kesan mengidap kanser payudara...Early stage..Then Doktor cakap kena buang ketumbuhan yang ada dalam breast tu...Tapi ada satu masalah..Doktor check jantung mak gua tak berapa kuat untuk menjalani pembedahan itu..Jadi sesuatu harus di buat..Bateri mesti di pasang untuk membantu jantung mak gua untuk mengepam darah..Hurmm...Then masuk la bateri dalam badan mak gua....setelah pembedahan itu berjaya kemudian baru la operate untuk keluar kan ketumbuhan pada breast pulak...Seksa..memang seksa..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya kan..?

Tapi alhamdulillah segala nya berjalan dengan lanjar...tapi mak gua bawak satu beban..bateri dalam badan dia..jadi banyak perkara yang beliau tak leh nak buat...
tapi apa boleh buat...once doktor dah suruh macam tu terpaksa la macam tu...

Selama 3 tahun mak gua berulang alik ke HKL..Hospital BESAR Kuala Lumpur...then dalam tahun ini mak gua terasa sakit di bahagian tulang dada..dia ada mengadu kat doktor tapi doktor just cakap itu normal..saraf jerk tu..then solution dia bagi ubat tahan sakit..itu saja..sampai la satu tahap ada ketumbuhan besar pada bahagian tulang dada mak gua..time tu la doktor baru nak laku kan city scan dan bone scan..lu orang tau la.once dah nampak ketumbuhan macam tu makna nya cancer mak gua dah berada di tahap ke empat...maksudnya memang susah nak di bendung lagi cancer tu...dan u know what..doktor HKL tu just lepas tangan jerk..dia hanya kata memang tak boleh buat apa-apa untuk emak gua..hurmm...apa punya doktor laa..tapi apa boleh buat..

Tapi takkan la takda la apa-apa yang boleh di laku kan lagi..at least pun bagi la jalan untuk melega kan perasaan pesakit..sekurang-kurang nya bagi appointment ngan kaunselor ke bagi kaunseling ke kat mak gua tu...ini tidak..just kata memang takda harapan..

Dan hari ni dah masuk 7 hari mak gua kat PPUM ni...semalam buat city scan lagi..dan doktor kata masih ada cara lagi untuk kita cuba...ok la at least kita takda la di suruh menyerah jerk...insyaallah kalau takda aral melintang isnin ni mak gua akan buat kemoterapi..then buat radioterapi...memang tak boleh sembuh..tapi sekurang2 nya boleh melambatkan proses cancer tu...Dont worry Mak..Anak mak ini akan buat yang terbaik untuk mak...

doa kalian gua harap kan..

Monday, August 24, 2009

Takkan pernah sama...

Assalamualaikum..

Ahlan wasahlan ya Ramadhan.Selamat berpuasa kepada kawan-kawan rakan seperjuangan.Jika ada salah dan silap harap di maafin ya dong.Gua lama dah tak taip kat blog gua ni.Dah bersawang dah ek.Tak pe la as long as blog ni masih wujud lagi.As long as gua masih ada lagi tempat nak meluah kan perasaan dalam hati.

Diam tak diam dah tiga hari dah kita berpuasa.Alhamdulillah dapat berjumpa Ramadhan lagi tahun ni.Tahun depan?Hanya Allah saja yang tahu.

Semakin menginjak usia semakin Ramadhan itu gua rasa sangat tidak sempurna.Sebenarnya Ramadhan itu sudah cukup sempurna.Tapi kebiasaan itu menyebabkan gua rasa seperti tidak seronok.

Pertama : Waktu berbuka sudah tidak lagi bersama keluarga.( padan muka sebab siapa suruh tak kawin2 )Yelah adik beradik ramai yang dah kahwin.Nak berbuka sama macam dulu?Jangan harap.

Kedua : Tahun ni dah tak leh nak merasa masakan Emak.Dan ini part yang paling sedih ni.Emak dah tak mampu nak masak lagi.( Cukup la sampai di situ sajer).Gua harap kawan-kawan mendoakan supaya Emak gua cepat sembuh.

Jadi ramadhan tidak akan pernah sama seperti dulu-dulu.Walau apa pun alasannya, hidup perlu terus.Dan ia takkan pernah sama.

Wednesday, December 10, 2008

Bahagia

Assalamualaikum wbt...

Ops mintak maaf terlebih dahulu kepada kawan2 yang bukak blog gua ni tapi tak update-update..So sorry...

Tajuk bahagia kali ni...

Apa itu bahagia?

Bahagia...itu bergantung kepada individu..bergantung kepada apa yang dicarinya...Harta itu mungkin bahagia bagi si fakir, Melihat itu mungkin bahagia bagi si buta, Mendengar itu mungkin bahagia bagi si pekak dan sebagainya...

Siapakah orang yang bahagia?

Siapakah orang yang bahagia?waaa..gua tak tau lorr...memiliki isteri, rumah, anak-anak yang berjaya, harta yang mencukupi adakah itu kita boleh kategorikan sebagai orang yang bahagia?Hurmm susah jugakan nak kategorikan orang-orang yang bahagiakan....

Bila kah seseorang tu boleh di katakan bahagia?

Bila ek...haa..adakah sesudah mendapatkan apa yang diinginkan oleh kehendak kita sudah memadai kita di kategorikan sebagai bahagia?Aduiii semakin rumit....

Dimanakah seseorang boleh mendapatkan kebahagian?

Dimana ek?Mungkin bila balik kampung seseorang tu boleh mendapat kebahagian...atau bila dah kawin akan dapat kebahagian...atau bila dah kawin dapat anak baru lebih bahagia..dah dapat anak pastu dapat cucu lagi bahagia?

Kenapa orang mencari bahagia?

Haa kenapa pulak orang nak cari bahagia?Apakah jisim nya?kandungan bahagia itu...

Bagaimana mencari bahagia?

Menurut Hamka, mencari bahagia itu mesti ada IRADAH ( kehendak )..jika kuat IRADAH seseorang tu maka dia akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kebahagian itu...Jika lemah IRADAH nya maka bahagia itu akan berada jauh daripadanya...

Jadi kesimpulannya...Dalam apa jua kebahagian jangan cari bahagia untuk diri sendiri...hal itu akan menyebabkan kita jauh dari masyarakat dan kita akan menyumbang kera kan diri kita sendiri..Bahagiakan orang lain insyaallah kebahagian itu akan dengan sendiri datang kepada kita..insyaallah..Aamiiinnn