Friday, November 12, 2004

jumaat yang indah

Nabi s.a w bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua Malaikat untuk menulis segala apa yang dilakukan atau dituturkan oleh seseorang hamba-Nya (satu disebelah kanannya dan yang satu lagi disebelah kirinya); kemudian apabila orang itu mati….maka Tuhan perintahkan kedua Malaikat itu dengan firman-Nya: "Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hamba-Ku itu serta hendaklah kamu mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir hingga ke hari qiamat dan hendaklah kamu menulis pahalanya untuk hamba-Ku itu." Dan pada satu Athar, ada disebutkan bahawa kedua Malaikat itu melaknat si mati hingga ke hari Kiamat - jika ia seorang kafir.

hari ni hari jumaat..hari nak balik ke kampung....tapi malam kang....tak sabar rasa nya nak balik...nak berehat dari kesesakan di kota ni..(walaupun aku jalan kaki jer pergi kerja)satu lagi nak sambut aidilfitri....erm...rumah gua ada anak dara dua orang jerr.so kena tolong apa yang patut...sebab nya anak bujang 5 orang...tapi dua orang dah kawin tinggal la gua dan dua adik gua tu...tak tau la diaorang tu rajin berkemas ke tak...adik gua yang kerja kat kl tu dah balik kakmpung awal..biasa la umo muda memang tak sabar nak balik kampung even duit tak da pun depa nak balik kampung gak..tambahan pulak awek kat kampung lagiii laa tak sabar nak balik kampung.....adik lelaki gua yang last lak tetiba dah ada kat kl ni...entah nak buat apa datang kl pun aku tak tau....tapi ada la tu merajuk ngan abah....salah dia...gua pun kalau nak di ikut kan hati marah memang gua dah jumpa dia nak basuh cukup-cukup...tapi gua tak nak la menambah kan bilangan orang yang marah kat dia..cukup dia di marahi..tapi gua takut one day nanti dia naik minyak la pulak....nanti la gua slow talk ngan dia..kalau tak leh jugak...gua akan cari la altenatif lain....seburuk-buruk dia pun dia adik gua jugak..darah daging sendiri...tapi gua pelik ngan dia sorang ni....semoga allah jadi kan dia orang yang berguna.....amminn...

Yang tu biar dulu..settle kan raya ni dulu...yang duka-duka ni letak kan di tepi dulu..sampai masa nya kita amik dan beri perhatian...yang penting kita mesti bergembira di hari raya...kerana raya itu adalah hari kegembiraan...so walau macam mana cara sekali pun kita menyambut nya....jangan la lari dari tuntutan agama kita....sekali lagi di kesempatan ini Gua meminta maaf kepada insan-insan yang bernama kekasih,insan yang bernama kawan insan bernama kenalan..maaf kan la gua yang lemah dan banyak melakukan kesilapan ini.....di mana mengguris hati dan perasaan korang semua.....sesama la kita bermaaf-maafan di hari raya ini..kalau ada umah terbuka tu jemput lerrr....wallahualam....

No comments: