Kau kata kau cinta
Kau kata kau sayang
Kini entah di mana
Tiada lagi kemesraan
Kau kata setia
Hanya aku saja
Tapi hilang ke mana
Tiada lagi kenangan
Ku tabahkan hati
Ku genggam azimat
Untuk ku balut luka semakin mendalam
Biarku hadapi walaupun tergugat
Akan ku benamkan biar jadi debu
Kini ku mengerti
Istilah sebenar
Di dalam bercinta
Tiada kepastian
Tiada penentuan
Akan kebahagiaan
Semua percintaan
Haruslah berkorban
Tiada batasan
lagu dari brader ramli sarip......tiada kena mengena dengan gua sebenar nya...tapi ianya ada kena mengena ngan cinta...ianya satu soalan kepada diri individu dan satu huraian kepada individu bercinta....Tapi pada gua ianya lagu yang bermelodi...sedap di dengar dan sedap bila di nyanyi kan bersama gitar kapok....Pada gua hala tuju sebuah kota percintaan itu adalah terpulang kepada kemahuan penghuni yang ada di dalam nya...adakah mahu hidup dalam kepura-puraan atau lebih kepada sikap yang realistik.....realistik kepada perasaan manusia...yang kadang kala tak tentu hala...perasaan yang sukar di sama erti kan dengan apa-apa....itu la realistik...satu lagi konkongan perasaan atau kebebasan....itu terpulang kepada individu itu sendiri..jika sama-sama dah setuju...semua nya boleh jalan....itu cinta pada mata gua yang mungkin tak berapa jelas pandangan nya...kerana gua bukan doktor cinta...
So kekecelaruan hati gua ni bercampur dengan kegundahan.....tapi ia tidak la menganggu kehidupan gua..benda tu biasa laa...seperti ayat yang gua selalu pegang dalam hati..life must goes on....itu dah cukup untuk memberi motivasi pada diri gua...past is past...hari ini mengubat atau pembetulan untuk hari semalam...hanya gua yang paham gua...dan gua bagi peluang untuk orang kenal gua....
Anyway.....jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment