Wednesday, January 05, 2005

macam biasa la beb.....

Hari ni..tak da apa yang istimewa..apa yang nak di istimewa kan..orang yang istimewa tak da di sisi..cuma nak cerita pada malam tahun baru hari tu.....ada yang best dan ada yang tak best..malam tahun baru tu gua buat bbq bersama-sama kengkawan...party tu di ada kan di bangsar rumah member gua ..tina nama nya...kalau nak di ikut kan memang ramai nak hadir..tapi kalau dah di nama kan melayu....ni bukan gua cakap eh..ni memang dah kena pada batang hidung sendiri....memang tak boleh nak berjanji ngan diaorang ni...cakap tak serupa bikin...apa leh gua buat...gua cuma tersedih sikit sebab nya makanan yang terbuang tu..kang membazir nama nya....itu yang gua sedih tu..gua ni memang jenis berpegang kepada kata-kata orang...tapi apa leh buat jamuan tu pun dah berakhir dan gua tak mahu mengungkit kisah ini..dan gua tak mahu berurusan ngan orang macam ni..dan gua tak mahu membuat janji ngan orang macam ni..cukup la sekali...no more...biar la gua cari group gua sendiri..setakat ni belum jumpa lagi orang yang betul-betul mementing kan akan kata-kata sendiri..atau lebih tepat lagi bertanggung jawab dengan apa yang telah di katakan....what ever la..lepas ni no more...enough is enough....

Malam tu pulak ada yang special nya....tersangat la special..kiranya jamuan ni sebagai farewell parti untuk orang yang paling gua sayang...pada malam itu jugak kali terakhir gua bersama ngan awek gua...sedih wooo..tapi apa leh buat...dia wajib pulang kepangkuan keluarga...takkan gua nak halang kot..kalau nak di ikut kan hati nak aja gua ikut dia balik ke johor bahru tu..tapi mana leh..kerjaya gua kat sini...nanti la kalau ada kerjaya yang best kat sana gua pasti akan ke sana..no worries..for now biar la gua menjalani kehidupan kat sini sorang-sorang di temani insan-insan lain yang setia..adik-adik gua...dan gua juga akan setia kepada insan yang bernama Safina Bte Sapuan...semoga jodoh berpanjangan..insyaallah....

Dan hari ni...mood tak berapa nak elok..tak tau kenapa...sedih sayu tanpa sebab..tetiba jadi tak tentu hala..entah la..i have to control myself..gua ni kalau dah tak betul lain macam....nanti orang pun takut nak tegur gua...dah lama dah gua tak buat perangai macam ni...entah...adakah jiwa gua kosong...gua kena penuh kan balik ngan perkara-perkara yang baik..dengan aktiviti yang boleh membuat kan jiwa gua tenang...dua tiga menjak ni gua sibuk ngan diri gua sendiri..gua tidak pedulik kan diri gua yang satu lagi...mungkin gua alpa....tak per la..perbaiki diri..kerana kehidupan ini adalah baik kepada yang lebih baik...ok lah....tak da apa lagi gua nak taip..sebenar nya banyak tapi tak tau nak mula kan dari mana...nanti la dah jumpa punca gua sambung balik laa...wallahualam....

No comments: