Tuesday, September 28, 2010

@enstek 26.9.10



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Di sebelah gua tu lah insyaallah bakal bapa mertua gua.Belah kiri tu pulak insyaallah bakal adik ipar gua.Gua tengok gambar ni perfect.Mungkin kerana pada masa ni kitaorang sedang menonton perlawanan bolasepak antara MU dengan Bolton.Lu orang tengok betapa khusyuknya kitaorang sampai si jurugambar ambil gambar kitaorang pun kitaorang wat derk jerk.Punya la khusyuk gua cakap sama lu.Haaa kann..

Gua sampai kat Bandar Enstek lebih kurang pukul 2.30 petang.Tetamu pertama sampai.It was so teruja.Eksaited pun ye jugak.Tapi takda la nervous masa memula gua datang ngan Mr Arin dulu.Masa mula-mula datang ngan Mr Arin, perghh seram sejuk jugak la.Tapi cam biasa gua memang sentiasa nampak cool.hahahahaha.

Perangai mesti jaga.Maklum lah first impression tu sangat penting.Takkan kita terus nak show off perangai kita kan.Kena behave.Sok sok dah kona baru la kena regunya.Ibarat kata orang tak kenal maka tak cinta.

Overall that day was my happiest moment.Maklum la..mak dah takda..so pada siapa lagi nak menumpang kasih?

Thanks Pakcik Hamdan, Cik G, Syahira saya, En Amir ( walaupun rumah terbuka ni just untuk kawan-kawan rapat ibu ngan ayah )hehehehehe...Thanks for accepted me as what as i want it to be.Thank You.

Wednesday, September 22, 2010

.: Dari Meja Mr Moi :.



Bismillahirrahmanirahim..

Tengok senyuman gua tu..Kepuasan yang gua rasai setelah ofis gua siap..Dan interior nya gua yang memikirkannya dan direalisasikan oleh staf-staf gua yang rajin dan berdedikasi.

Dan akhirnya sempurna sudah office gua yang comel ni...Alhamdulillah..segala pujian hanya layak untuknya.

Chow..

Monday, September 13, 2010

.: Raya Ku :.



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum jari gua menari dengan lebih laju lagi di kesempatan ini gua nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.Sekiranya ada salah dan silap, bahasa yang tak sedap, perkataan yang mengguris hati, ayat-ayat meruntun jiwa dan sebagainya lah..Ampun dan maaf gua pohon dari lu orang semua.

Hari ni 4 syawal 1431.Gua dah start bekerja.Dalam erti kata yang sebenarnya kilang gua dah beroperasi semula.Ehehehe...Kalau nak diikutkan cuma 4 hari jerk gua bercuti.Tu lah dia kalau dah namanya bekerja sendiri effort tu kena lebih lah.Tak macam bekerja dengan orang.Kalau bekerja dengan orang memang gua tengah bercuti sakan lah ni.So itu la perbezaannya.

Raya tahun ni orang putih cakap nothing much.

Pagi raya macam biasa gua akan ke masjid untuk solat hari raya..Then after solat hari raya gua balik rumah..If Mak ada for sure gua dah balik dengan mak.Pergi solat hari raya pun dengan mak.Then g kubur pun dengan mak.Pagi-pagi dah salam cium tangan mak.Sambil gua salam gua akan cakap " Mak, ampunkan dosa-dosa anak mak ni ".Then mak akan balas " Anak-anak mak tidak pernah ada sikit dosa pun pada mak, mak dah ampunkan baik yang lepas atau yang akan datang".Then gua akan cium mak dan peluk mak.Setiap tahun gua akan buat begitu.

Malam sebelum raya mak akan sibuk-sibuk didapur.Menu hari raya mak adalah, Ayam masak merah, lodeh, rendang daging dan sambal kacang yang belum pernah gua jumpa lagi yang lebih sedap dari itu.Mak akan bangun awal.Seawal pukul 4 pagi untuk menyiapkan semua itu.Kadang-kadang sikit membebel pasal adik-adik perempuan gua yang sibuk mengemas tapi tak sibuk untuk belajar memasak.

Dan waktu subuh mak akan kejut gua.Dan macam biasa pas solat subuh gua akan mula membelasah apa yang mak masak.Sangat menyelerakan.Dan kesedapan itu sangat gua rasakan sampai sekarang ni.Dan gua takkan dapat rasa kesedapan itu lagi.Al-Fatihah untuk arwah mak.Semoga Allah menempatkan roh mak dikalangan roh orang yang di kasihi Allah.

Dan pada 1 syawal tempoh hari, adik-adik gua yang perempuan tu masak.Sedap tapi..Ibarat kata abah " Mor tu jangan tanya, dia selalu bandingkan masakan korang dengan mak, memang pada dia tak sedap walaupun korang masak sedap".uhuhuhu..Mereka masak sedap.Gua cuma rindu.

Kenapa gua rindu?Sebab mak adalah mentor gua.I will do everything for mak.I will tell mak everything dan mak sanggup jer dengar cerita gua.Apa-apa pun cerita gua.Kenangan gua ngan mak sangat banyak.Dari kecil sampai ke besar semua mak.Gua takda kawan yang boleh dengar masalah gua.Gua takda kawan yang faham apa yang gua alami dan rasa.Mak tak bias.Kalau salah dia akan kata salah.Dan kalau betul dia akan puji anak dia ni.

So raya tanpa mak memang sesuatu yang sangat berat bagi mereka yang pernah merasainya.Tapi percaya lah ia akan lebih membuatkan kita menghargai saat-saat itu.Gua ulang ayat ni lagi sekali.Sebab gua dah post ayat ni kat FB.

Raya kedua Gua tido..

Raya ketiga gua jumpa Hajar.Minum kat Nanyang kopitiam.Malam gua singgah umah zerut ada kugiran.Acara ni memang saban tahun keluarga zerut ni buat.Selalu gua turut serta la main dua tiga lagu.Tapi gua lama dah tak main muzik.Sibuk ngan urusan kerja.

Raya keempat gua dah ada kat Rawang.Dan malam ni gua menaip blog.Kita sambung nanti.

Monday, September 06, 2010

First Baby



Finishing



Ini hasil keje pekerja SL CABINET AND FURNITURE.Tinggi 9 kaki dan lebar 7 kaki.Ni sebenarnya untuk gua.Untuk bilik gua..So ada ruang kat bilik tu dan gua nak fix in kan dalam ruang tu...so akan nampak pintu depan jerk..Memang gempak.Nanti gua nak wat katil lak..Bila dah ada kilang ni macam-macam leh wat.Dan gua suka survey website luar negara.dengan ciptaan-ciptaan yang best.

So company gua ni anytime boleh menerima tempahan.Tak kisah rekaan macam mana sekali pun gua dan staf-staf gua akan buat.Itu saja untuk kali ni.Iklan ni di bawakan khas oleh minyak urut cap kepala lutut berparut!!

Sunday, September 05, 2010

Kulit Novel

Bismillahirrahmanirrahim..

Haa..Kulit muka depan novel gua dah siap.Tapi napa gua tak publish?Hahahahaha..Tunggu.Nanti gua publish.Tak tau la menarik ke tidak muka depan tu.Tapi pada gua menarik la.Kalau gua as a reader gua beli la novel ni.Nampak sangat gua bias.

Tapi tajuk nya macam gua nak ubah.Dia.Cinta.Nafsu tu gua rasa macam tak best.Gua tukar kepada Nafsu Di Sebalik Hijab.Mesti lu orang tak sabar nak tahu apa benda cerita di sebalik tajuk ni.Hurm nak gua bercerita kah?Nanti la.Sampai masanya gua bercerita.

Hari ni hari Ahad.Gua lom decide lagi nak balik bila.Mungkin hari Selasa atau hari Rabu.Jumaat dah raya.Baju melayu gua tak amik lagi kat Batu Pahat.Hurm satu keje jugak tu nak g amik.Makcik tu pulak takda call gua cakap yang baju gua tu dah siap ke belum.Baju lain gua tak beli.hahahah..Agak tak logik tahun ni gua tak shopping.Kenapa gua tak shopping?

Kenapa gua tak shopping?Gua tak shopping kerana.......................( sila isi tempat kosong tidak lebih dari 20 patah perkataan )

Gua tak shopping kerana pada tahun ni gua tak kerja.Bila tak kerja gua takda gaji.Sebab takda orang nak bayar gaji gua.Kenapa orang takda nak bayar gaji gua?Sebab gua takda bos.So bila gua takda bos maka takda orang nak bagi gua gaji.Sekarang gua lak kena bayar gaji orang.So maknanya gua bos?Itu la sebenarnya nak gua sampaikan.Apa lu ingat senang ke jadi bos?Sekarang gua tau apa rasa jadi bos.Banyak benda nak kena fikir.Dan banyak benda yang nak kena bayar.Sekarang dah tak boleh nak fikir diri sendiri.Kena fikir semua sekali.Sampai gua jadi pening.Hahahaha padan muka.

Dan walaupun pening tapi gua puas hati.Walaupun tak shopping tapi gua puas hati.Kerana walaupun gua penat tapi gua penat untuk gua sendiri.Walau apa-apa pun perjuangan gua baru sahaja bermula.Chaiyok!!Gambate!!

Saturday, September 04, 2010

Dia.Cinta.Nafsu

Bismillahirrahamanirrahim..

Ha tajuk diatas tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia ( Al-Fatihah ).Tajuk diatas ada kena mengena dengan projek gua yang akan datang.Tapi tak tau bila.Projek ni sebenarnya bukan gua sorang yang buat.Tapi akan di bantu oleh Kasih jugak.Gua ni memang tak tau la bilanya free.Maklum la sibuk menguruskan hal-hal duniawi ni.

Hanya yang baca blog gua ni jerk yang tau tentang projek KEBOM!! gua ni.Sebab gua tak pernah publish tajuk ni kat mana-mana kecuali ini blog.So u guys yang baca ini blog sangat bertuah.Tuah ayam nampak dikaki tuah manusia memang gores dan menang lah!!So nanti gua akan upload layout muka depan projek gua nanti.

Tapi lu orang perasaankan.Takkan tak perasan.Tajuknya macam tajuk Album Si Superman tu kan?Hehehe..Gua curi idea.Tapi gua tak ciplak.Dan projek ni satu projek yang suka suki.Kira takda la nanti gua nak cakap kalau lu orang beli projek ni 1 sen akan di sumbang ke rumah bimbingan Raudah ke, atau kalau ada beli projek ni setiap satu sen akan di sumbang ke tabung haji dan dikumpul sehingga lu orang boleh menunaikan haji 4 kali.No such thing.Projek ni suka suki.

Dan lu orang jangan tanya lak bila projek ni nak siap.Hahahah..Mungkin umur lu guys dah 40 ke baru projek ni siap atau mungkin tahun depan atau mungkin masa gua sanding esok gua launch projek ni.No one knows.Gua akan update kan step by step melalui blog rasmi gua ni.Mungkin minggu depan gua akan tayangkan muka depannya.Dan mungkin bulan depan gua akan bagi sikit sinopsisnya.Dan mungkin dipertengahan gua taip tetiba Uwei Hj Shaari berminat nak jadikan muvie then gua tangguh kan projek gua then gua fokus pada muvie pulak.No one knows.Gua tau ramai produser yang tengah intai gua.Tengah intai gua tengah gua taip per.Pang!!gua tampar diri gua sendiri sebab gua dah mula berangan.

So kesimpulannya, Ini projek gua anggap besar.Ini projek adalah penilaian terhadap kemampuan gua mencetuskan idea.Idea dalam penulisan.Hope Kasih akan memberi gua semangat dan kekuatan.Kalau gua tak larat, Kasih please continue this projek.Kerana Gua tau kemampuan Kasih yang sebenarnya.Gua nak mandi.

Friday, September 03, 2010

Orang lain shopping tapi Gua??

Bismillahirrahmanirrahim..

Sana sini gua tengok mereka-mereka bershopping.Gua heran.Kenapa la bila tiba nak raya je mesti nak shopping?Napa tak shopping awal-awal?Mungkin sebab nak rasa kemeriahan kot.Tah pada gua tak rasa lak meriah cam tu.Dari dulu lagi memang gua tak suka keadaan ini.Jadi pada gua lebih baik kita shopping awal-awal supaya kita tak bersesak-sesak di waktu kemuncak.

Perkara-perkara yang gua tak suka shopping masa dekat-dekat raya :

1.Kalau naik kereta memang la jem.So lu orang suruh gua naik LRT?

2.Naik LRT lu ingat nak beli tiket tu tak beratur panjang ke?Jadi apa option lu orang?

3.Puasa.For sure tak leh makan.Penat dan kurang sabar.Nanti kurang pahala.

4.Nak pilih baju susah.Sebab orang berebut-rebut.memang susah nak cari size.

5.Bila dah jumpa yang berkenan, nak beratur untuk bayar pulak.Perghh memang panjang giler dan biasanya didepan gua memang ramai kaum hawa.

So kesimpulannya jangan ajak gua shopping time crowded macam sekarang ni.Hahahahaha..Nur Syahira..uhuhuhuhu..Kamu dah shopping kan?So selamat la saya.Mana la tau satu hari gua ada anak-anak memang 1 Ramadhan gua dah shopping siap-siap untuk mereka.Tak pun 1 Rejab gua dah shopping kan untuk mereka.uhuhuhuhu...Nak wish selamat hari raya tapi lambat lagi.Nanti la.

Thursday, September 02, 2010

Rawang

Bismillahirrahmanirrahim..

No 37 jalan 1/10,
Taman Desa,
Bandar Country Homes,
48000 Rawang Selangor.

Wahahahah..Alamat gua kat Rawang.Rumah no 37 dan kilang juga no 37.Apa punya kebetulan.Puas dah gua cari rumah lain.Bukan gua sengaja nak cari rumah sama nombor dengan kilang.Puas gua tawaf, saie dan wukuf tapi masih jugak tak jumpa rumah lain.Rumah ni jugak yang dapat.Jadi inilah alamat rumah gua kat Rawang ni.

Tinggal di Rawang agak seronok juga.Lu orang ingat Rawang jem tak?Lu orang cakap tak jem?Cirit tak jem.Jem de.Terutamanya jalan ke rumah gua.Kalau tak jem 10 minit, kalau jem 30 minit.So masa tengah jem tu macam-macam benda leh buat.Kekadang gua jeling kereta sebelah.Tengok ragam driver.Yang kadang-kadang gua terfikir kot-kot orang sebelah ni berkerut-kerut dahi mungkin tahan kencing ke tahan nak melabur ke.Macam-macam rupa gua tengok.Tapi gua cool jerk.Berlakon seoalah-olah gua suka jem.Tapi dalam hati Allah jer yang tahu.

Haa rumah gua ni dekat ngan pasar.Jadi senang la nanti gua nak beli lauk ke.Hobi gua memang suka memasak.Antara masakan nya ialah fikir masak-masak, masak sebelum waktunya, buah yang masak ranum dan sebagainya.( hahaha..kesimpulannya gua malas masak )Dan bazar Ramadhan juga dekat.Bazar Ramadhan atau sekarang ni nama glemer nya PARAM..Pergh memang glemer.Ada sekali tu member gua tanya gua " Lu tak g PARAM ke?"Gua ni ketinggalan zaman ke atau mata gua tersilap baca."PARAM?"Gua tanya macam budak kecik yang sangat comel."Lu ni ketinggalan istilah la bro, PARAM tu Pasar Ramadhan."jawab member gua tu sambil dia log off FB dia.Tapi gua tak nak guna istilah tu.Tak Urban langsung.Come on gua duk Rawang ok, TOWN!ada OLD TOWN.Ok berbalik pada rumah gua sangat dekat dengan apa yang terlintas di fikiran.Pasar basah, pasar mini, mini market ( gua translate untuk nampak banyak ), kedai tayar brigeston ( betul tak gua eja ) kedai motor, kedai kek, Stesen minyak sangat dekat.Ada dua.Dan the best part is MASJID.Sangat dekat ok.Senang nak berjemaah.Amin.( Azam gua untuk lepas puasa )

Secara rasminya gua menjadi penduduk Taman Desa Country Homes.Raya nanti datang la rumah yer.Akan gua hidangkan dengan Biskut Chipboard, Kuih bauGua, Kuih Oaks, Kuih Kabinet Dapur, Kuih Wardrobe dan Kuih Habuk Kayu.Ok tinggal beberapa hari jer lagi puasa.Haihh..Mengeluh gua.