Monday, September 13, 2010
.: Raya Ku :.
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t
Sebelum jari gua menari dengan lebih laju lagi di kesempatan ini gua nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.Sekiranya ada salah dan silap, bahasa yang tak sedap, perkataan yang mengguris hati, ayat-ayat meruntun jiwa dan sebagainya lah..Ampun dan maaf gua pohon dari lu orang semua.
Hari ni 4 syawal 1431.Gua dah start bekerja.Dalam erti kata yang sebenarnya kilang gua dah beroperasi semula.Ehehehe...Kalau nak diikutkan cuma 4 hari jerk gua bercuti.Tu lah dia kalau dah namanya bekerja sendiri effort tu kena lebih lah.Tak macam bekerja dengan orang.Kalau bekerja dengan orang memang gua tengah bercuti sakan lah ni.So itu la perbezaannya.
Raya tahun ni orang putih cakap nothing much.
Pagi raya macam biasa gua akan ke masjid untuk solat hari raya..Then after solat hari raya gua balik rumah..If Mak ada for sure gua dah balik dengan mak.Pergi solat hari raya pun dengan mak.Then g kubur pun dengan mak.Pagi-pagi dah salam cium tangan mak.Sambil gua salam gua akan cakap " Mak, ampunkan dosa-dosa anak mak ni ".Then mak akan balas " Anak-anak mak tidak pernah ada sikit dosa pun pada mak, mak dah ampunkan baik yang lepas atau yang akan datang".Then gua akan cium mak dan peluk mak.Setiap tahun gua akan buat begitu.
Malam sebelum raya mak akan sibuk-sibuk didapur.Menu hari raya mak adalah, Ayam masak merah, lodeh, rendang daging dan sambal kacang yang belum pernah gua jumpa lagi yang lebih sedap dari itu.Mak akan bangun awal.Seawal pukul 4 pagi untuk menyiapkan semua itu.Kadang-kadang sikit membebel pasal adik-adik perempuan gua yang sibuk mengemas tapi tak sibuk untuk belajar memasak.
Dan waktu subuh mak akan kejut gua.Dan macam biasa pas solat subuh gua akan mula membelasah apa yang mak masak.Sangat menyelerakan.Dan kesedapan itu sangat gua rasakan sampai sekarang ni.Dan gua takkan dapat rasa kesedapan itu lagi.Al-Fatihah untuk arwah mak.Semoga Allah menempatkan roh mak dikalangan roh orang yang di kasihi Allah.
Dan pada 1 syawal tempoh hari, adik-adik gua yang perempuan tu masak.Sedap tapi..Ibarat kata abah " Mor tu jangan tanya, dia selalu bandingkan masakan korang dengan mak, memang pada dia tak sedap walaupun korang masak sedap".uhuhuhu..Mereka masak sedap.Gua cuma rindu.
Kenapa gua rindu?Sebab mak adalah mentor gua.I will do everything for mak.I will tell mak everything dan mak sanggup jer dengar cerita gua.Apa-apa pun cerita gua.Kenangan gua ngan mak sangat banyak.Dari kecil sampai ke besar semua mak.Gua takda kawan yang boleh dengar masalah gua.Gua takda kawan yang faham apa yang gua alami dan rasa.Mak tak bias.Kalau salah dia akan kata salah.Dan kalau betul dia akan puji anak dia ni.
So raya tanpa mak memang sesuatu yang sangat berat bagi mereka yang pernah merasainya.Tapi percaya lah ia akan lebih membuatkan kita menghargai saat-saat itu.Gua ulang ayat ni lagi sekali.Sebab gua dah post ayat ni kat FB.
Raya kedua Gua tido..
Raya ketiga gua jumpa Hajar.Minum kat Nanyang kopitiam.Malam gua singgah umah zerut ada kugiran.Acara ni memang saban tahun keluarga zerut ni buat.Selalu gua turut serta la main dua tiga lagu.Tapi gua lama dah tak main muzik.Sibuk ngan urusan kerja.
Raya keempat gua dah ada kat Rawang.Dan malam ni gua menaip blog.Kita sambung nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment