Friday, November 05, 2010

.: Pakwe orang vs Laki orang :.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Entah bila masa pulak gua berminat nak kupas isu ni..Fuhhh!!
Walaupun berat tapi gua cuba bagi pandangan gua.Seboleh-bolehnya gua tak nak BIAS.Selalu gua keliru dengan perkara ni.

Siapa yang mula?Perempuan ke lelaki.Lelaki ke perempuan?Kalau gua tanya perempuan mereka akan jawab lelaki yang gatal.kalau tanya lelaki mereka akan cakap perempuan yang gatal.So siapa yang menggaru siapa?Atau sama-sama yang menggaru.

Yer lah ada yang gatal ada yang garu memang la jadi.Makin garu makin sedap lama-lama melecet..Cett!!bila dah melecet dah luka baru rasa sakitnya.Bila dah sakit mula la tersedar yang sedap pada mula nya membawa kesakitan.Haa garu lagi.Nak garu pelan2 jangan sampai melecet..

Dan masalah ini macam mana nak selesaikan.Macam mana gua cakap lu.Gua pun pening bila fikir masalah ni.Kenapa gua fikir?Sebab gua fikir kerana ini masalah dunia sekarang.Masalah dunia perkahwinan.Masalah kenapa ramai sangat orang takut nak kawin.Gua takut ke?

Kenapa gua takut.Sebab gua ni dah la hensem.Bila hensem maka ramai la orang nak kat gua.kah kah kah...takda lah..Gua takut sebenarnya ngan realiti ini.Gua takut gua akan menghadapi peristiwa ini.Takut digaru dan menggaru..uhuhuhuhu...

Gua takut melukai perasaan seorang yang bernama isteri.Gua takut melukai perasaan ibu kepada anak-anak gua.Gua takut melukai perasaan anak-anak gua..Gua takut dunia mencaci gua..So lu orang kata setia lah..yang lu nak g gatal menggaru buat apakan..Betul lu orang cakap..SETIA..

Ok contoh..Masa bercinta kentut pun tahan...sampai naik biru muka tahan kentut..Bila dah kawin kadang-kadang ekzoz depan muka suami lepas asap..uhuhuhu..Naik biru pulak muka suami tahan gas...Tapi kalau sekadar bergurau sekali sekala takpe lah..uhuhuh..tak derhaka ke namanya...kalau ada silencer takpe ni siap ada sub woofer begegar gegendang telinga...Dan lelaki disuruh terima la seadanya isteri tu..

Itu contoh jerk..kalau nak bagi contoh lain pun banyak...Ada juga Isteri sangat baik..Sangat-sangat baik..Tapi pun boleh jatuh ke dalam kancah garu menggaru..Kenapa?Memang lelaki tu gatal.Tak bersyukur.

Tulang rusuk kiri yang paling atas dan yang paling bengkok.Jika gua cuba luruskan lu akan patah..Jika gua ikut lu bengkok lu akan terus bengkok..Wahai tulang yang bengkok sempurnakan la tulang rusuk gua.Lindungi lah hati gua yang telah lama terbuka..Sempurnakan tulang rusuk gua yang telah hilang..Jika lu kembali ketempat lu semula maka telah sempurna la gua.Tetap la lu disitu untuk selama-lamanya Jangan cuba menjadi tulang kaki untuk menjadi kaki gua...Jangan cuba menjadi tulang tangan untuk lu menjadi tangan gua..Tetap la lu di tempat asal lu melindungi hati gua..utuh la lu disitu selama-lamanya.

Gua petik artikel ni dari www.wana93.wordpress.com

Adam..

Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,

Gagah perkasa seperti Badang,

Kau gunakan Hawa sebagai umpan,

Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa..

Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,

Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,

Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,

Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam..

Kadangkala kekacakan yang ada padamu,

Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,

Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,

Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa..

Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,

Ambillah kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,

Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,

Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam..

Kata-kata manis nistamu bisa menggoda sanubari Hawa,

Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,

Lembutmu dalam berbicara membuatkan Hawa senang mendekatimu,

Sikap prihatinmu menjadikan Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa..

Sikap tak endahmu menjadikan Adam berani terhadapmu,

Berani mengambil peluang untuk menyentuh maruahmu,

Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,

Hingga kau pun hanyut dengan dunia cinta palsu.

Adam..

Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,

Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,

Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsu,

Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa..

Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,

Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,

Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,

Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam..

Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,

Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,

Kau harus terus berjuang menentang hawa nafsumu,

Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam..

Di mana imanmu saat matamu melihat Hawa berpakaian tidak cukup kain?

Di mana kau letakkan Allah saat hawa nafsu menjadi Tuhanmu?

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani dalam perjuangan,

Agar Hawa takut untuk menggoda dan mendekatimu.

Begitu juga Hawa..

Di mana malumu saat kau menayangkan perhiasanmu kepada ajnabi?

Di mana taqwamu saat syaitan menempiaskan bisikannya untuk menggoda Adam?

Adam menyeru agar kau pelihara maruahmu supaya tidak dicemari,

Agar kawalan nafsu sentiasa berada dalam pegangan iman Adam.

Hawa..

Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,

Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,

Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,

Agar kau suci terpelihara saat Adam datang menyuntingmu.

Hawa..

Memang Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,

Namun, itu bukanlah yang Adam impikan,

Adam mengimpikan Hawa yang kuat pegangan agama sebagai penyuci kalbu,

Adam juga menginginkan Hawa yang sopan berpakaian dan memelihara pandangan.

Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam bab agama agar bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara dirinya untuk Hawa tercinta, iaitu, isteri. Jadilah juga Adam yang bertanggungjawab menjadi ketua keluarga, imam dalam solat jemaah dan pemimpin agama seperti yang diimpi oleh kebanyakan Hawa.

Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak mulia dan baik hati. Jadilah Hawa yang malu dan menjaga aurat serta maruah diri dari sewenang-wenangnya ditonton oleh ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk suami tercinta. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri solehah serta hambaNya yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidami oleh kaum Adam.

Ok gua dah puas hati..So Lelaki adalah tuan punya tulang rusuk itu..Kalau lelaki tu dah ada tulang rusuk jangan la nak jadi tulang rusuk lelaki tu lagi..Nak letakkan mana lak?macam gua bias jerk..huhuhuhuhu...

1 comment:

Hajar said...

uhuh, thanks. aku suka artikel tuh. tapi masalahnya bape ramai yang sedar 'function' memasing kat situ? huhuh.. mudah2an kita masih sedar diri lagi. :)