Saturday, August 04, 2012
Untuk saudaraku Muslimat.
Dont judge a book by it cover adalah sangat tidak sesuai untuk membalas hujah kepada seruan menutup aurat.Kerana buku yang baik dan disayangi pemiliknya akan disampul dengan baik dan diletakkan ditempat yang paling special.Tak percaya pergi tanya pemilik buku.Jadi perempuan yang baik dan beriman Allah suruh tutup perhiasan dan aurat dan labuhkan tudung hingga kedada nescaya kamu semua akan disayangi Allah dan Allah letakkan kamu semua muslimat ditempat yang paling baik.
Yer, memang tak boleh nak judge buku melalui kulitnya.Kekadang kulitnya entah apa-apa tapi isi dalamnya penuh dengan ilmu.Kekadang isi kulit gempaq tapi isi dalam entah apa-apa.Ada juga saya terkena beberapa kali apabila membeli buku.Bila dah terkena tu saya redha jer lah lain kali saya kena berhati-hati.
Tetapi ada beberapa situasi yang saya saya rasa relevan.Biasanya buku yang baik mereka akan sampulkan dengan plastik dan kita dilarang membukanya.Yang boleh baca pun sinopsisnya jer.Mahalkan.Dan biasanya diletakkan diruangan Must Read.Begitulah tingginya nilai sebuah buku memang kena sampul lah kalau nak jadi rebutan.
Attitude saya pulak buku yang baik kulitnya dan bagus isi dalamnya akan saya sampul elok-elok supaya warna dan kalernya akan kekal.Tidak lah nanti bila kulit dah tak cantik orang suka-suki buang buku saya tu.Bila disampul maka orang akan kata mesti buku ni bagus sebab tu owner dia sampul baik-baik dan letak ditempat yang baik.Kalau la saya sepah-sepahkan dengan tak bersampulnya dan tidak berkulitnya pasti orang akan pandang remeh dan hina.Kecuali kepada pencinta buku tapi nak cari pencinta buku daripada 10 manusia mungkin takda.Tengok saja la majalan-majalah di klinik tu atau di mana-mana lah teruk rupanya.Orang selak-selak jerk.Nampak tak bernilai.
Ok lah rasanya faham kot.Kita sendiri yang meletak nilai diri kita pada pandangan Allah.Kalau rasa nak letak nilai pada pandangan manusia silakan tapi jangan menyesal lak bila ianya tidak kekal malah mengundang padah.Cari la redha Allah supaya Allah redha dengan kita seterusnya pasti manusia akan redha dengan kita.Itu pasti.
Assalamualaikum..
Sedikit pedoman buat diri
Assalamualaikum wbt,
Bismillahirrahmanirrahiim..
الحمد لله رب العالمين
Selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W serta keselamatan keatasnya, keatas keluarganya serta para sahabat dan pengikut-pengikut sahabat dari dulu sampai la ke akhirat.
Shaqiq bertanya kepada Atim Al-Asham.Berapa lama engkau datang kepada ku?Jawabnya : Selama 30 tahun.Berapa banyak telah engkau dapat selama itu?Jawabnya : saya hanya belajar 6 kalimat dan seandainya saya mengamalkan pasti saya akan selamat dari fitnah ini.
1.Saya perhatikan firman Allah dalam surah Hud ayat 6.Dan tiada satu binatang yang melata dimuka bumi ini yang dijamin rezekinya oleh Allah.Dan saya merasa diri saya ini salah satu dari binantang yang melata yang dijamin rezeki oleh Allah dan saya saya yakin apa yang menjadi rezeki saya pasti akan sampai kepadaku, sebab Allah memberi rezeki kepada gajah yang besar dan tidak melupakan nyamuk yang kecil maka kerana itu lah saya serahkan urusan saya kepada Allah sehingga saya tidak risau kerananya.
2. saya perhatikan firman Allah surah Al-Hujuraat ayat 10.Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.Maka saya pandang semua orang mukmin sebagai saudara saya dan saudara harus sayang kepada saudaranya juga saya mengetahui bahawa permusuhan yang terjadi antara semua orang itu disebabkan hasad maka saya bersungguh-sungguh mengeluarkan hasad itu dari hati saya sehingga berubahlah hati saya.Seandainya seorang mukmin di timur menderita maka saya akan risau kerananya seakan-akan menimpa kepada saya.Demikian pula sekiranya seorang mukmin dihujung barat mendaat keuntungan nescaya saya akan gembira seakan-akan saya sendiri yang mendapat keuntungan itu.
3.Saya memerhati setiap manusia ada kekasih dan setiap kekasih pasti akan membuktikan kasih sayangnya maka saya dapatkan kasih sayang saya ialah taat kepada Allah, sebab semua kekasih selain itu akan putus hubungannya bila sampai saatnya kecuali taat kepada Allah yang akan kekal bersamaku dalam kubur, dimahsyar, diatas shirat maka kerana itu saya jadikan kesayanganku ialah taat kepada Allah.
4.Saya perhatikan setiap manusia ada musuh.Dan setiap permusuhan harus waspada dan hati-hati maka saya jadikan musuh saya Syaitan dan setiap orang kafir.Tetapi kemudian saya mengetahui permusuhan dengan orang kafir ringan sebab jika dia berkelahi dan membunuh saya maka saya mati syahid.aan jika saya membunuhnya maka saya dapat pahala sedang permusuhan dengan syaitan ini berat sebab dia melihat kepada saya dan saya tidak melihat kepadanya.Dia berusaha menjerumuskan saya kedalam neraka kerana itu saya tetap waspada dari dari tipu dayanya selama hidup saya dan saya tinggalkan segala permusuhan yang lain-lain.
5.Saya perhatikan setiap orang punyai rumah dan setiap rumah memerlukan penambahbaikan sedang saya mengetahui rumah saya adalah kubur maka saya sibuk dengan kemakmurannya.
6.Saya perhatikan setiap sesuatu pasti ada yang mengejarnya.Dan yang mengejar saya adalah malakul maut dan saya tidak mengetahui bila saya akan tertangkap olehnya.Kerana itu saya bersikap seperti pengantin yang akan dihantar kerumah suaminya sehingga bila-bila masa dia datang dan tidak minta ditangguh lagi
Sunday, January 22, 2012
.: Kita berpolitik sikit :.
Assalamualaikum..
Bismillahirrahmaanirrahiim..
Segala bentuk puji hanyalah bagi Allah tuan punya kepada seluruh alam ini.Tidak ada daya dan kekuatan bagi hamba ini hanya dengan izin mu Ya Allah.Selawant dan salam keatas junjungan mulia penghulu segala nabi dan rasul yang lagi mulia iaitu Nabi Muhammad s.a.w juga keatas ahli keluarga serta sahabat-sahabat dan juga pengikut-pengikut sahabat hingga ke hari akhirat.
amma ba'du...
Wahai mukmin..bertaqwa kita kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa..Dan hendaklah kita mati dalam keadaan beriman.
Terdapat ramai sahabat-sahabat dan juga taulan saya diluar sana yang telah berjaya dalam kehidupan.Alhamdulillah.Saya tumpang gembira.Anda semua sudah mampu untuk hidup dengan selesa.Anda punya kereta, anda punya rumah, anak punya isteri atau suami, anda punyai anak-anak yang comel dan segala macam nikmat duniawi.Lalu kita lupa akan tanggung jawab kita sesama manusia.Lupa tanggungjawab kita kepada agama Allah.
Apa yang saya maksudkan dengan lupa tanggungjawab pada agama ialah bukan pasal solat atau zakat atau amar makruf nahi mungkar.Tapi tanggungjawab kita pada menerangkan kepada generasi-generasi baru tentang apa itu Islam sebenarnya.
Apa yang kita tahu bila kita beragama Islam maka tergambar lah diminda kita bahawa Islam itu mengucap dua kalimah Syahadah.Solat lima waktu.Puasa Bulan Ramadhan.Zakat dan mengerjakan Haji di Makkah.Jika lengkap semuanya maknanya kita ini Islam secara keseluruhannya.Betul dah tu.Baik mari saya terangkan satu-satu.
Mengucap 2 kalimah Syahadah.
Dari mana kita dapat Islam kita ini wahai kawan-kawan?Adalah tidak lain dan tidak bukan kita mewarisinya dari Ibu dan Bapa kita.Jika la ditakdirkan ibu bapa kita bukan islam maka secara otomatisnya kita juga bukan beragama Islam dan pastinya kita sekarang sedang berlumba-berlumba mengejar dunia dan memandang orang Islam itu tidak baik.Pernah atau tidak kawan-kawan semua memikirkan untuk memperbaharui Syahadah kita?Sebagai contoh.Ibu Bapa kita rakyat malaysia.Jika kita tak daftarkan di JPN surat beranak adakah kita masih dianggap rakyat malaysia?Kemudian umur kita 12 tahun kita disuruh mendaftar diri ke JPN sekali lagi untuk membuat kad pengenalan.Jika ibu bapa kita rakyat Malaysia kalau kita tidak ada kad pengenalan adakah kita dianggap rakyat malaysia?Mungkin contoh yang saya bagi memang langsung tak boleh disamakan dengan agama.Tetapi nak bagi jelas kerana ramai yang berfikir bahawa aku dah Islam sebab mak ayah aku Islam.Sedangkan Syahadah itu adalah bentuk pengakuan dan percaya benar-benar dalam hati bahawa bersaksi bahawa tidak ada tuhan dan bersaksi juga semua berhala bukan tuhan dan tidak boleh kita menyebut patung itu tuhan kepada budha atau hindu atau sebagainya melainkan tuhan itu hanya Allah semata-mata.Jika kita menggelar patung itu tuhan kepada budha atau hindu dan sebagainya bermakna kita telah mengatakan ada pulak tuhan bagi agama lain sedangkan tuhan hanya satu iaitu Allah.Tidak ada tuhan lain.Dan kita bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah yang membawa agama islam.Tidak ada agama lain.Budha, hindu dan sebagainya tidak boleh disama ratakan dengan Islam.Ramai sekarang ni berpegang kepada semua agama sama membawa perkara kebaikan.Tidak!Islam tak sama.Islam itu agama untuk semua.Semua umat manusia kena beragama Islam sedang budha hindu dan sebagainya adalah kepercayaan mereka sahaja.Agama hanya satu ISLAM.Jadi kena jelas betul-betul Akidah kita kepercayaan kita.Sebab akidah itu sangat penting supaya kita boleh terselamat dari syirik yang kita sedar atau tidak sedar kerana zaman sekarang ini ramai yang syirik tanpa sedar.Na'uzubillah.
Apabila sudah kemas akidah kita baru comel kita punya akhlak.Baru kita yakin bahawa setiap apa yang datang kepada kita adalah anugerah Allah semuanya.Baru kita sedar bahawa apa yang kita ada sekarang ni hanya milik Allah juga.Baru lah kita berjalan diatas muka bumi ini tanpa sifat sombong dan takbur.Malah ada yang lebih teruk lagi menghina sesama manusia.Yang kaya menghina yang miskin, yang pandai menghina yang bodoh, yang sempurna menghina yang kekurangan, yang berkereta menghina yang bermotor dan sebagainya.Kerana apa?Persoalan ini dirungkai paling mudah.Kerana DUNIA.Tidak akan ada kejahatan jika tidak ada DUNIA itu didalam hati manusia kerana PUNCA segala kejahatan adalah kerana DUNIA.
Saya tidak maksudkan sesapa dalam tulisan saya ni.Secara umumnya ramai yang saya lihat bila sebut pasal mengundi maka banyak lah yang mengutarakan pendapat.Termasuk lah saya.:)..Pada hemat saya begini, jika kita ditanggung oleh kerajaan sekarang ini semasa kita belajar adakah dikira tak mengenang budi jika kita mahukan agama Islam tertegak dibumi Malaysia kita menentang dasar dan kita menegur kesalahan-kesalahan pemimpin sekarang ini?Ok saya bagi contoh lagi, adakah dikira derhaka seorang anak kepada kedua ibubapa nya yang budha atau hindu sekiranya anak ini memeluk agama Islam?Inilah persoalan yang mesti kita fikir.Kenapa ada orang yang sokong PAS yang pada dasarnya ingin memertabatkan Islam dibumi Malaysia ini?Sebabnya mudah.Mereka ingin meletakkan agama Islam sebagai dasar pemerintahan, supaya hukum-hukum Allah berjalan diatas muka bumi malaysia ini.Ada juga orang kata, tak cukup Islam lagi ke Malaysia ni.Saya akan kata TIDAK.Kerana apa?Bagi dalil..
Kerana Malaysia hanya menitik beratkan dua benda jerk.Pertama zakat dan kedua Haji.Syahadah, Solat dan puasa mana pergi?Adakah dua ini tidak penting?Memang ada sedikit perlaksanaan tetapi tidak seGAH perlaksanaan Zakat dan Haji sehingga zakat pendapatan ada pulak sedangkan dalam Islam tidak tercatat zakat pendapatan malah lebih teruk lagi ada pulak cukai pendapatan yang pastinya mengikut sistem siapa?Jawab sendiri lah dah sekolah tinggi-tinggi takkan tak leh fikir.
Takrif negara Islam apa dia?Takrif negara Islam ialah apabila sebuah negara itu mengamal sistem pemerintahan Islam dan undang-undang Islam.Negara islam bukan mengamalkan bank Islam jer bukan juga dikira mana ummat Islam ramai dalam sebuah negara tu dikira negara Islam.Contoh orang islam dikira Islam macam mana?Melalui pakaiannya atau hatinya?Pakai baju Islamik belum tentu Islam seseorang itu.Jadi faham deh.
Banyak ingin saya jelaskan.Insyaallah dimasa akan datang saya jelaskan lagi.Apa yang nak saya pesan disini ialah, kita sebagai orang Islam akhlak kita kena Islam.Tutur kata kita kena Islam.Muamalat kita kena Islam.Baru lah orang tengok Islam itu sangat cantik.Jadi tak kira siapa pun memerintah jika perjuangan mereka nak menegakkan Islam saya sokong!!Supaya bila mati nanti tidak lah kita ditanya apakah yang kamu buat untuk menolong agama Allah ini.
Saya memohon maaf sekiranya kata-kata saya menyakiti pihak yang membaca.Harap maafkan saya.Jazakallah.Wallahua'lam.

Sunday, January 08, 2012
4 hari 3 malam di Kuala Terengganu
Bismillahirrahmaanirrahiim..
Assalamualaikum wbt...
Segala puji hanya selayaknya untuk Allah azzawajal.Selawat dan salam keatas junjungan mulia rasul kita Nabi Muhammad SAW juga ahli keluarga dan sahabat dan pengikut sahabat serta pengikut-pengikut yang mengikuti mereka dari masa ke semasa hingga hari akhir.
Apa khabar sahabat-sahabat semua.Mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati hidup kita.Semoga Allah sentiasa kasih akan kita dan menjadikan hati kita kasih kepada Allah, juga kepada yang akan memberi syafaat kepada kita pada hari akhir kelak iaitu Nabi Muhammad SAW.Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di Kuala Terengganu.Pukul 2 petang nanti saya akan menaiki bas ke Kota Bharu dan kembali semula ke pondok.Alhamdulillah dan terima kasih Allah kerana memberi daya dan kekuatan untuk saya sampai di Kuala Terengganu ini.Dan memberi saya rasa ingin berkongsi kepada sahabat-sahabat saya disini.
Saya sampai di Kuala Terengganu pada hari Khamis dalam pukul 11.30 pagi dan bertolak dari Pasir Tumboh pada pukul 8 pagi.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah.Alhamdulillah sampai juga dinegeri tempat batu bersurat dijumpai.Terima kasih juga kepada rakan saya Huzaifah yang sudi menumpangkan saya dirumah beliau.Beliau tinggal di Seberang Takir.Tak jauh dari Kuala Terengganu dan untuk sampai ke rumahnya kami perlu menaiki bot penambang.Tambangnya RM1.Jarak perjalanan mengambil masa 10 minit.Tak jauh.Dekat saja dan tidak sempat untuk merasa loya atau muntah.
Hari pertama saya dibawa berjalan melawat bandar Kuala Terengganu.Bandar yang berdekatan dengan laut sangat sesuai dengan jiwa saya yang sukakan laut.Sangat menenangkan bila ditiup angin pantai.Deruan ombak menghempas pantai.Wah dah macam lirik lagu pulak.Zohor saya pada hari pertama disurau Al Mawaddah Ketapang Takir.Kemudian perjalanan diteruskan ke Masjid Kuala Ibai atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung dan Asar disana.Selepas Asar perjalanan diteruskan ke Masjid Kristal yang bernilai RM23 Juta.
Hari kedua pagi-pagi lagi dah bergerak ke Masjid Rusila untuk menghadiri kuliah Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.Kemudia bergerak semua ke Kuala Terengganu dan mendirikan Solat Jumaat di Masjid Batu Burok kerana Ustaz Azhar akan berkuliah disana.Selesai kuliah Ustaz Azhar, perjalanan diteruskan ke Batu Rakit pulak kerana Ustaz Azhar akan berkuliah di masjid Pak Tuyu.Selesai kuliah bergerak semula ke Kuala Terengganu dan saya menginap di Hotel Teratai RM60 satu malam.
Hari ketiga pagi-pagi lagi dah bergerak ke Kampung Gaung Kuala Berang.Perjalanan mengambil masa 30 minit.Ustaz Azhar menyampaikn kuliah Dhuha sempena sambutan 100 tahun Islam di Terengganu.Setelah selesai program itu sahabat saya mengajak saya ke Air Terjun Sekayu.Cantik dan bersih airnya.Cuma tak berapa cantik disitu ialah pengunjung-pengunjungnya.Lalu saya terlelap disitu.Balik dari Sekayu terus menuju ke Batu Burok Beach Resort.Sewa RM95 satu malam.Tepi Pantai Batu Burok.Setelah berehat perjalanan diteruskan ke Masjid Banggul Peradung Manir.Usai kuliah saya balik ke resort dan tidur.
Hari keempat saya disini cyber cafe Seberang Takir ini menaip blog.:) sambil menunggu untuk menaiki bas balik semula ke Pondok.Alhamdulillah dan terima kasih Allah kerana memberi kekuatan untuk merasai pengalaman manis serta pengalaman ilmu berada di Kuala Terengganu.Terasa di Kuala Terengganu ini banyak sangat ilmu dan kuliah-kuliah.Saya rasa sama juga ditempat-tempat lain cuma saya jer kurang mengetahui atau perkara ini tidak di war-warkan..Wallahua'alam.Semoga Allah permudahkan urusan saya dalam mencari ilmu.Dan dapat saya perhatikan di masjid-masjid atau disurau-surau di sekitar Kuala Terengganu ini imamnya adalah orang-orang muda.Dan yang menghadiri kuliah-kuliah juga orang-orang muda.Alhamdulillah nampaknya golongan muda dah kembali semua kepada agama Allah.Dan rakan saya Huzaifah ini juga adalah Imam di masjid Seberang Takir ni.Umurnya baru 23 tahun.Kesimpulan tentang kembara saya ini adalah kebangkitan golongan muda kepada agama Islam sedang giat berkembang.Semoga perkembangan yang positif ini berjangkit kepada negeri-negeri lain terutamanya dinegeri kelahiran saya, Johor.

Subscribe to:
Posts (Atom)