Assalamualaikum...
Selamat Hari raya kepada semua kawan-kawan yang membaca blog gua ni...Gua dengan rendah hati memohon ampun dan maaf seandainya selama gua menaip ni ada menyakit kan hati banyak pihak...maaf kan gua ek...
Mari gua bercerita sikit laa pasal sebelum dan selepas raya gua cam mana...Gua gerak dari KL pada hari sabtu selepas berbuka...gua ingat kan nak gerak lepas sahur..mak gua dah bising...ehehehe..kata nya nak berkemas rumah..yer lah rumah dah tinggal lama..mesti semak samun dah naik tinggi..
Jadi gua sampai Kg Spang Loi,Segamat,Johor dalam kul 1 pagi...Biasa la terus tido laaa....Tgk rumah bersepah nya...masa duduk pun bersepah ini kan pulak dah tinggal kan lelama tak berjaga..lagi la bersepah..
22 oct-Pepagi dah kena ke pekan..beli apa yang patut..sebab hari ni tgk anak bulan..mana la tau besok raya..balik dari pekan terus berkemas rumah...bawak la sampai ke berbuka...
23 oct-pepagi jugak berkemas..masih banyak lagi yang belum settle..sib baik tak buat sorang2..ada la adik2 yg membantu...
24 oct-Selamat hari raya...Cam biasa rutin pepagi raya..g sembahyang raya...pagi yang sangat gua rindu..syahdu la rasa nya...dan gua menikmati rasa itu...syukur...takbir dan tahmid berkumandang...
25 oct-hari ni beraya ke rumah kawan-kawan sekolah..Gua ngan sepupu gua beraya..rumah pertama yg gua pergi rumah EN Malek..Kemudian gua pergi ke rumah Cik Aisyah...Dan selepas itu gua pergi ke rumah En Hizam..Rasa macam nak pecah pundi kencing..asyik minum air jerk..kang tak minum kang tuan rumah cakap apa lak...
sebelah malam pulak..member ada buat kugiran kat kampung..Tetiba jerk gua kena jadi vocalis utama..huhuhuh..rasa cam kelakar pun ada...bidan terjun..
26 oct..gua beraya ke segamat lagi...Kali ni ke rumah En najib (hari ni dia dapat baby boy..30/10/2006 kul 4 pagi tadi)...tahniah...then dalam kul 2 petang gua gerak ke Johor bahru..Beraya belah sana lak...
27 oct-Beraya ke rumah M`ngah gua...Pastu raya umah mak mertua abang gua...PAStu tak sempat g mana-mana..
28 oct-masih kat JB..pastu balik segamat naik bas kul 330 petang...sampai kampung dah penat..rehat...
29 oct-Pepagi lagi dah gerak ke kl..lepas subuh..kul 630 pagi dari segamat then kul 9 pagi dah sampai kl..jalan smooth..tak da jem...
Dan hari ni..BEKERJA..malas nya nak keje....gua malas nak keje weiiiiii.....tolong!!!!!
Monday, October 30, 2006
Thursday, October 19, 2006
26 Ramadhan
Assalamualaikum..
Hari ni dah 26 ramadhan..ada member gua sorang tu siap berkira-kira...punya la tak sabar nak raya..maklum la kereta baru...ni la masa nya nak tunjuk kat kengkawan...tu yang gembira sakan tu..
Raya itu kemenangan bagi umat manusia yang telah berjaya menyempurnakan ramadhan nya puasa dan amal ibadah nya..dan pada 1 syawal itu di haram kan berpuasa...kita di suruh bergembira..Tapi sekang ni pengertian itu dha jadi lain...sekarang ni pegertian satu syawal bereti baju baru..langsir baru..kereta baru dan serba serbi baru...kegembiraan raya amat bererti kepada yang berduit..tapi yang tak berduit keceriaan syawal tu jadi muram...maka dan jauh lari dari konsep yang sebenar...jadi bergembira la di pagi syawal...
Hayati la keheningan pagi syawal tu...Gua amat rindu akan pagi itu..pada pagi syawal yang gua ingat matahari seolah2 tersenyum...pagi tu rasa seperti nyaman dan menyegar kan..seolah2 seisi alam bergembira ngan kehadiran 1 syawal...kicauan burung...bagi yg di kampung la..kalau kat bandar gua tak tau la sebab gua tak pernah berada di bandar pada 1 syawal..kesimpulan nya pagi syawal tu sungguh mengasyik kan lah..takbir berkumandang..seronok2..yer gua rindu kan pagi di satu syawal...
Gua lom prepare apa-apa lagi...sibuk..ngan kerja..ngan bazaar nya..ngan aktiviti malam..tinggal kang rasa ralat lak..nanti la..lusa la kot pergi beli barang yang tak da...
Sebelum terlambat..gua nak ucap kan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada kawan-kawan yang sudi menyinggah di blog gua ni..gua manusia biasa yang banyak melaku kan kesilapan...secara sengaja atau tidak sengaja..secara live atau rakaman...kata-kata yang menusuk kalbu..harap-harap sahabat-sahabat semua maaf kan la gua ni..sekali lagi selamat menyambut eidul fitri..semoga kegembiraan allah limpah kepada kita semua...

Wednesday, October 11, 2006
Penting Nya Solat 5 waktu
Soalan: Seorang muslim yang meninggalkan solat tapi berpuasa, adakah puasa nya itu akan diterima kerana dia seorang muslim? Bagaimana pula jika ia hanya bersolat hanya pada bulan ramadhan sahaja sedangkan bulan-bulan lain ia tidak menunaikan solat?.
Jawaban: Ulama' mengatakan tidak ada gunanya kebaikkan bagi sesiapa yang meninggalkan solat, walaupun ia mengeluarkan zakat, berpuasa dan mengerjakan Haji.
Didalam sebuah hadith Nabi saw, bahawa Buraydah berkata, Rasulullah saw bersabda : "Barangsiapa yang tidak bersolat Asar, maka amalamnya menjadi gugur" [hadith riwayat Al-Bukhaari #520] Hadith ini menunjukkan bahawa apabila seseorang itu tidak melakukan amalan Solat, maka segala kebaikan yang dilakukan tidak dapat memunafaatkannya, iaitu sia-sia belaka.
Menurut Shiekh Ibn Utsaimin (fataawa al-Siyaam, ms.87) : "barangsiapa yg meninggalkan solat maka tidak sah puasanya, dan tidak diterima darinya! Sesungguhnya orang yang meninggalkan Solat itu kafir dan murtad, kerana Allah swt berfirman : "Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama"[Al- Taubah: ayat-11]"
Didalam Fataawa Al-Lajnah Al-Daaimah (fatwa no:102), ketika menjawab soalan mengenai apakah hukumnya orang yang hanya berpuasa didalam bulan Ramadhan sahaja, katanya: "Solat adalah salah satu rukun Islam, dan ia merupakan rukun yang terpenting selepas mengucap 2 kalimah syahadah, ia merupakan Fardu Ain. Dan barangsiapa yang meninggalkannya kerana menafikan ianya wajib, atau tidak melakukannya kerana lalai dan malas, maka ia menjadi kafir.
Mengenai mereka yang berpuasa dibulan Ramadhan dan hanya bersolat dibulan Ramadhan sahaja, itu adalah menipu Allah, dan sangat malang bagi mereka yang mengenal Allah hanya didalam bulan Ramadhan, maka tidak sah puasa mereka jika mereka tidak bersolat selain dari bulan Ramadhan, bahkan menjadikan mereka itu kafir iaitu kufur yang besar, walaupun mereka tidak menafikan Solat itu wajib, menurut pandangan ulama' yang lebih sahih" [Fatawa Al-Lajnah Al-Daa'imah - 10/140]. wallahu'alam. wassalam ============ ======
Rujukan : 1. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 10. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000.

18 ramadhan
Assalamualaikum...
Hihihihi..pepagi dah dapat excercise ringan...moto pancit pagi ni..kena la nolak sikit ke pam minyak untuk isi angin..alhamdulillah tahan sampai ke opis..tak per sat lagi nak g tukar tiub...
Hari ni dah 18 hari ek..memang tak sabar nak raya..tapi rasa sayu nak tinggal kan ramadhan yg penuh barakah ni..Alhamdulillah bisnes bazaar berjalan cam biasa tanpa banyak halangan dan rintangan..sembutan makin menggalak kan..sedap la kot kebab yg gua buat tu..ada beberapa orang awek yg membeli..setiap hari..terpikir jugak kat benak gua ni..tak jemu ke makan kebab hari2...gua ni tak berapa minat ngan kebab ni...memang sedap tapi tak da la nak makan hari2..tak per la bagus jugak beli hari2...
Raya dah nak hampir sangat dah ni...lagu-lagu raya dah berkumandang di radio...ucapan2 raya dan terpampang kat surat2 khabar...tapi gua satu benda raya pun lom di buat persediaan..tgk lah last-last ramadhan ni nanti sempat ke tak shopping nya..shopping jugak ke??hihihihihi...Di hari raya kita kena gembira...Aidilfitri tu sendiri dah membawa maksud kejayaan...berjaya bagi orang yang berpuasa dan melaku kan sepenuh ibadat di bulan ramadhan...To HAJAR (reflection-of-me)...jgn sesedih..nanti kita pusing2 satu segamat kita beraya k..naik kete ko...hihiihi...
Sebenarnya gua ni bersedih jugak la..tak tau la gua sedih pasal apa...mungkin sesajer jerk perasaan gua ni nak sedih..layan kan jerk laa...uhuhuhuhu...Selamat berpuasa.....

Monday, October 09, 2006
Kisah
BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu wassalamuala RasulilLAH sholla ALLAHU alaihi wassalam.
Assalamualaykum warahmatulLAHI Taala wabarokaatuh,
Khas buat kehadrat saudara/ri seaqeedah yang saya hargai dan hormati kerana ALLAH Taala semata, didoakan kehadrat ALLAH Subahanu wa Taala mudah-mudahan kita semua, Ummah Muhammad Sholla ALLAHU alaihi wassalam senantiasa berada dalam afiyah IMAN dan keasyikan beramal liridholLAH, insyaALLAH,
amiin.
AlhamdulilLAH,Hari ini saya melestarikan hajat di hati untuk menyampaikan hadiah berupa sebuah cerpen yang telah saya lipat kemas dalam koleksi ilmiah saya sedari tahun yang sudah, alhamdulilLAH, ia khusus saya kunjungkan ke kantung mel kalian, moga sama-sama kita renungi dan mengambil manfaat daripadanya, insyaALLAH yang terbaik itulah diimpi, walLAHU Mustaan..
BismilLAH..17 Ramadhan 13 Tahun sebelum Hijrah Deras langkah kaki Muhammad menuruni cerun Jabal Nur, badannya menggigil, hatinya berdebar. Terkejut. Iqra’? Rasulullah?Hubungan langit dan makhluk yang berjejal di bumi bermula semula setelah ratusan tahun terputus, bersamanya satu sistem hidup yang mengeluarkan manusia daripada pekat hitam yang membening busuk kepada sinar cahaya yang gilang-gemilang menewaskan gemilang mentari…Dan 17 Ramadhan berulang lagi. Latarnya berbeda, namun ruhnya masih di situ....17 Ramadhan 1426 Hijrah“Ramadhan,terasa kehilanganmu di saat kehadiranmu.
Khalid tidak dapat meneruskan luahan perasaannya pada malam itu. Monitor komputernya dimatikan.Hatinya kosong. Sudah masuk hari ke , dia sebenarnya masih tergapai mencari ruh Ramadhan. Banyaknya informasi yang dia timba di kelas tafsir bersama abang senior ditambah lagi dengan maklumat yang dia kutip daripada buku-buku yang dibelinya masih belum menemukan dia dengan erti sebenar Ramadhan.Fikirannya terheret ke wilayah lampau. Teringat saat dia berpuasa ketika masih kecil, puasa yang-yuk kata kakaknya mengejek. Sahur bersama keluarga, di siang hari buka periuk mengintai makanan. Dia tertawa sendiri saat mengingatkan peristiwa dia mencari makanan di dalam peti sejuk. Kepalang gembira apabila menemukan potongan buah betik di dalam mangkuk buat habuan perutnya yang sedia menyanyi-nyanyi kelaparan, menjelang Maghrib, dia berbuka pula bersama orang lain yang berpuasa.Dari situ, dia menyusuri kenangan berpuasa ketika bersekolah rendah. Walaupun terasa penat saat pulang dari sekolah, umminya tidak membenarkan dia berbuka.Itulah kebijaksanaan ummi sebagai seorang ibu...,bisik hatinya akur meskipun dahulu dia pernah mengamuk setelah umminya melarang dia berbuka.
Ditanggalkan kaca matanya, matanya digosok-gosok. Mengantuk. Dia rebahkan badannya ke katil di sudut bilik G16 itu. Apartmen tempat tinggalnya terletak bersebelahan jalan utama ke Bandar Swan. Bandar itu pasti sibuk malam-malam begini. Kafir yang tidak punya tujuan hidup akan berusaha mencari keseronokan semaksima mungkin malam ini. Riuh bunyi kereta di luar tidak menghalang dia untuk cuba melelapkan matanya sambil melayani kenangan lama. Simpang Gayung, sekonyong-konyong nama bekas asrama penuhnya itu melintasi wilayah fikir. Dahulu, hampir setiap hari dia menginginkan keluar dari situ. Benarlah kata orang, kita akan hanya menghargai sesuatu setelah kita kehilangannya. Pengalaman berpuasa di situ memahat suatu macam kelainan. Tika itu, dirasakan puasa mudah baginya, mudah juga mengisi masanya dengan Quran, solat-solat sunat seperti mudahnya busa yang terhasil daripada didih air lenyap tatkala api ditutup. Hairan juga dia mengingatkan sesetengah rakannya yang tidak berpuasa Ramadhan hanya kerana kesia-siaan yang dipanggil rokok! Kata seorang rakannya dengan selamba,Aku tak tahanlah, stress sangat lepas exam tadi.Kepalanya digeleng berkali-kali, kembali dia ke kamar tidurnya setelah menjelajah kota-kota memori. Kenangan tinggal kenangan. Peristiwa yang berlalu pepak pengajaran. Dia sedaya upaya tidak mahu merasakan dirinya baik kerana Iblis dihina ALLAH kerana mengatakan dirinya lebih baik daripada Adam.
Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah."Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina." [Al-A’raaf:12-13]Baginya, hak untuk menghakimi adalah milik ALLAH, dan tugas Rasul yang mahu ditelusurinya ialah menyeru dan menjelaskan. Jam tangannya berbunyi, mengerling kemudian dipejamkan matanya erat-erat. Kembara ke kota memori masih dia teruskan. Pengalaman berpuasa kali pertama di rantauan lekas menyerbu dia yang masih belum melelapkan mata. Dia akui, semangat kerjasama dan persahabatan lebih terasa di sini. Di tempat yang jauh daripada keluarga, sanak saudara, serta rakan-rakan sekolah yang lain. Saling membantu dan bersama membeli makanan berbuka untuk dinikmati beramai-ramai bersama saudara seislam tanpa mengira warna kulit dan bangsa. Pengalaman yang punya erti yang besar buatnya.
Barangsiapa yang menjamu orang yang berbuka puasa, maka pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa [Hadith Riwayat Ahmad&An-Nasai]
Jauh dari tanah airnya, dia belajar erti ukhuwwah dan mahabbah. Ukhuwah yang tulen, yang mempersaudarakan sesiapa sahaja atas dasar kesamaan aqidah yang diyakini.Hujan menguyur damai saat pandangannya terlempar ke luar jendela. Masa pantas berlari. Tiga Ramadhan telah berlalu sejak saat pertama kakinya disapa debu benua ini. Dia masih runsing dalam pencarian ruh Ramadhan. Dia masih mencari erti sebenar Ramadhan dan kepingin menghayati Ramadhan yang kaya dengan sejuta keistimewaan seperti digambarkan oleh Rasulullah sholla ALLAHU 'alaihi wassalam: Sesungguhnya di syurga itu terdapat pintu yang dinamakan ar-rayyan yang dikhususkan untuk golongan yang berpuasa dan pada hari kiamat tiada yang masuk melalui pintu itu melainkan hanya golongan yang berpuasa yang akan diseru mereka itu dengan ditanya : Siapakah golongan yang berpuasa ? Lalu mereka pun bangun dan memasuki pintu tersebut dan kemudiannya ditutup setelah mereka selesai melalui pintu tersebut dan tidaklah masuk selepas itu sesiapa pun [Muttafaqun ‘Alaih] Dia faham benar bahawa Ramadhan yang berlalu sudah gagal dia penuhi dengan amal. Lailatul Qadr? Tidak terlintas untuk mencari kerana malam-malam yang pergi adalah malam-malam yang dipenuhi dengan lena yang panjang.Di dunia sedikit sekali mereka tidur di waktu malam[Adz-Zariyaat:17]Kerana apa? Kerana dia tidak ambil pusing atau barang kali tidak mengerti beza Ramadhan dan bulan lainnya.AstaghfiruLlahalaziim, beristighfar dia, menyesali Ramadhan yang pergi yang gagal dimanfaatinya sebaik mungkin.Ladang kebaikan itu bernama Ramadhan, isilah ia dengan amal ibadah"[mutiara kata]
Dia makin bingung, bingung kerana masih gagal menerokai jalan keluar daripada persoalannya. Perasaannya juga tidak dapat digambarkan dan tidak dapat diceritakan. Kusut sehingga pena tidak bisa menggambarkan keperihalannya .Ramadhan yang mampir lewat ini menyaksikan cabaran yang berganda. Dahulu, dia berpuasa hanya semata-mata taqlid pada rukun Islam tanpa penghayatan sebenar serta puasa adalah sekadar untuk berhari raya, tetapi kali ini dia bertekad untuk menghadapi segala cabaran yang merentangi. Penghayatan tidak akan hadir tanpa cabaran ditempuhi. Baginya, cabaran maha getir adalah memelihara hati. Hati atau yang disebut qalbu itu sebetulnya amat sensitif terhadap persekitaran. Pintu masuk ke lubuk hati adalah pancaindera yang tampak jelas di luar yang antaranya telinga, lidah, dan lisan. Segera dia teringat analogi berkaitan nafsu dalam sebuah buku; nafsu itu ibarat budak kecil yang merengek, terpulanglah sama ada memenuhi kehendaknya atau mendidiknya. Segera pula pesan seniornya menyerbu ke danau ingatan:
dunia, jika manusia bersusah payah, maka syurga pun akan terbuka untuknya. Sebaliknya, jika di dunia syahwat menjadi pilihan hati dan akal, kelak neraka akan terbentang luas untuknya di akhirat.Syurga itu ditutupi dengan susah payah, neraka ditutupi dengan syahwat [Muttafaqun ‘Alaih]Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi menahan nafsu, menjaga mata, telinga dan lisan kita daripada mendengar serta menuturkan perkataan yang tidak menyumbang terhadap saham akhirat, nasihat ustaznya di bangku sekolah dahulu. Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika kamu sedang berpuasa, maka jangan berkata keji, dan jangan marah dan jika ada orang memaki atau mengajak berkelahi, hendaklah orang itu diberitahu: Saya berpuasa[Muttafaqun ‘alaih]Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa yang tidak suka meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan yang palsu , maka ALLAH tidak memerlukan daripadanya, puasa yang meninggalkan makan dan minumannya.[Muttafaqun ‘alaih]Bulan ini bulan Al-Quran maka ramailah yang mula mendekati mushaf Al-Quran yang lama berhabuk. Alhamdulillah, bersyukur dia kerana ALLAH telah mengeluarkan dia daripada golongan yang tidak mempunyai masa untuk Al-Quran. Mengeluarkan dia daripada dia yang dahulunya sedikit sekali menyentuh Quran.Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan. [Al-Furqan:30]Bulan Ramadhan ini, seperti kebiasaannya, akan ramai yang menyambut cabaran untuk duduk-duduk membaca Al-Quran. Malangnya, yang beristiqamah hingga ke akhir Ramadhan dan diteruskan ke bulan-bulan yang lain adalah terlampau sedikit. Lebih sedikit lagi yang berusaha mentadabbur Al-Quran. Dia gusar andai dia tidak mampu untuk beristiqamah, kerana istiqamah adalah anugerah ALLAH untuk hamba-hambaNYA yang menjadi petunjuk bahawa Allah menginginkan hambanya itu tetap dalam amalan tersebut.Ya ALLAH teguhkanlah hatiku dan jasadku untuk istiqamah, anugerahkanlah aku cinta yang amat mendalam kepada Al-Quran, hati kecilnya membisikkan doâ. Pelbagainya cabaran Ramadhan adalah bertujuan untuk mendidik hati dan ruh. Dia akui bahawa usaha untuk mendidik hati dan ruh dalam bulan-bulan yang lain adalah teramat mencabar, kerana syaitan sentiasa mengintai dan mengintip peluang keemasan untuk menghasut manusia. Tarbiyyah ruhiyah juga adalah tarbiyyah yang terawal diamalkan oleh Rasulullah SAW ke atas para sahabat baginda. Berkesannya tarbiyyah itu terbukti pada awal peristiwa Hijrah. Kesukaran untuk meninggalkan harta, rumah, dan segala yang dimiliki bukan lagi apa-apa jika ianya semata-mata untuk ALLAH, semata-mata untuk menyelamatkan aqidah.Begitulah pengorbanan Muhajirin. Jauh dari tanah air tercinta, menanti pula golongan yang menyambut mereka dengan senyuman tak pernah lekang, harta yang ingin dikongsi, malah isteri untuk diceraikan demi saudara baru yang datang dari jauh. Begitulah tulusnya hati Ansar. Dia kagum dengan 2 golongan yang sangat bererti dalam lipatan sejarah Islam ini. Maha Bijaksana ALLAH yang telah memilih mereka untuk menjadi sahabat seperjuangan junjungan kesayangan semua, Rasulullah SAW.Bukti yang kedua pula apabila datang seruan perang, perang pertama dalam sejarah umat Islam. Perang Badar. Perang yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Antara sekalian bulan dalam takwim tahunan, ALLAH telah memilih bulan Ramadhan sebagai bulan bagi perang pertama itu. Digetap bibirnya. Qadar ALLAH maha hebat, akalnya yang singkat itu tidak terjangkau akan hebatnya ilmu Sang Khaliq. Kenangan demi kenangan bermain dalam kotak fikirannya. Sejarah umat Islam juga menjadi juadah mindanya malam ini. Mindanya mula mengalah. Matanya mulai kuyu, isyarat supaya dia lekas berehat. Dia menggagahkan diri, perlahan dia bangun dari tempat tidurnya. Monitor komputer dihidupkan kembali. Mungkin itu jawapannya. Mungkin lalu, dia menyambung:Ramadhan,ku terasa kehilanganmu di saat kehadiranmu...1000 bulan pahala amalan tersembunyi di dadamu...sedang aku masih termanggu leka...kerna aku masih keliru...sedang ini mungkin yang terakhir....Di sudut hati,Aku menginginkan redha ALLAH,Di sudut hati,Aku merayu petunjuk ALLAH:Di sudut hati, Tersimpan sebutir impian yang tinggi Aku mahu bertemu denganNYA...Aku mahu bersama RasulNYA.Aku mendambakan hidayahNYA...Teramat....Agar petunjuk mengemudiku di sini...Kerna aku tidak mahu bersungguhan merayudi hari penghisaban semua manusia...Bersumpah dan berjanji di hadapanNYA...Aku ingin beramal, aku ingin berbakti, aku ingin hidup untukNYA !Sedang masa beramal diperuntukkan di duniaHari ini adalah peluang untuk beramal dan bersiap siagaSebelum tibanya esok yang tidak pastiPunya nafaskah lagi untuk jasadku yang hina...Dan yang perluku buat hanyalah mujahadah...Mujahadah serta istiqamah...Nah,ku rasakan itulah jawapannya...Kerana ALLAH tidak pernah dan tidak akan menzalimi hamba-hambaNYA...Cuma hakikatnya manusia sendiri yang mencari musnah...Ramadhan,Pantas sekali kau berlari pergi...Sedang aku masih terpaku di sini...Tergapai cuba membongkar rahsiamu yang jauh tersimpan ...Rahsia milik mu`minuun yang akhirnya melangkah melalui ar-Rayyan***********************************************
AlhamdulilLAH, demikianlah janji seorang Muslim terhadap saudara seaqeedahnya yang lain, terlantera sudah simbahan ilmiah yang saya ingin sampaikan khas buat saudara/ri seaqeedah yang saya hormati dan hargai kerana ALLAH Taala sekalian. Moga ada khairnya, insyaALLAH. Saya akhiri titip warkah saya buat kalian dengan satu tazkirah ringkas buat pemuhasabahan kita bersama:Perubahan adalah sebahagian dari sunnah kehidupan, persoalannya perubahan yang sebagaimanakah yang kita hajati supaya berlaku ke atas diri kita. Sekiranya kita tidak berhajat kepada perubahan, persoalan yang perlu kita jawab; adakah kita masih hidup?WalLAHU Taala Alam,Saamihni ala kulli hal, insyaALLAH sama-sama doakan kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan bukan sahaja buat diri, famili bahkan UMMAH seluruhnya, amiin.Siiru ala barokatilLAH, wassalamualaykum warahmatulLAHI Taala wabarokaatuh.

Hari Yg ke 16
assalamualaikum...
Ramadhan terlalu cepat nak meninggal kan kita...hari ni dah 16 hari dah...
Ni gua serta email yang gua dapat dari seseorang...harap dapat manfaat...
BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu wassalamu ‘ala RasulilLAH sholla ALLAHU ‘alaihi wassalam,
Assalamu’alaykum warahmatulLAHI Ta’ala wabarokaatuh,
Kehadarat saudara/ri seaqeedah yang rahmat ALLAH Subahanahu wa Ta’ala tidak pernah sirna darinya insyaALLAH, amiin. Pantas benar masa berlalu, si barokah: Ramadhan 1427H makin pantas menghayun langkahnya, masyaALLAH..
Teringat sabda baginda RasululLAH sholla ALLAHU ‘alaihi wassalam yang bermaksud:
“Ada dua nikmat di mana manusia sering lalai dan leka iaitu masa sihat dan masa lapang.”
(Hadis riwayat Bukhari)
SubahanalLAH, betapa masa itu adalah aset amat bernilai anugerah ALLAH Subahanahu wa Ta’ala buat makhluqnya. Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi biar menangis air mata darah, rajuknya takkan bisa kita pujuk agar ia kembali..
ALLAH Subahanahu wa Ta’ala telah pun menegaskan:
“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.”
(Surah al-'Asr, ayat 1 - 3)
MasyaALLAH, tadabburilah kalamulLAH itu.
AlhamdulilLAH,
BiiznilLAH, sempat jua saya siapkan sisipan khas sempena Ramadhan 1427H untuk dikongsikan bersama saudara/ri seaqeedah yang dihormati sekalian, biarpun dalam keberadaan masa yang tiadalah seberapa berbandingkan perbilangan tugasan pada diri khusnya dalam minggu-minggu akhir semester pengajian ini.
Segala ucap pujian hanya layak bagi ALLAH Ta’ala. Moga coretan yang saya sisipkan berikut ada kebaikannya buat kita, walLAHU Ta’ala ‘Alam. Tafadhal masykuroh, selamat membaca..
Mulakanlah dengan basmalLAH..

Thursday, October 05, 2006
tazkirah ramadhan
Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarahdaripada perasaan sombong."…
Lalu seorang lelaki bertanya kepada Rasulullahs.a.w. tentang bagaimana seorang lelaki yang memakai pakaian yang bagus dan kasut yang elok.
Maka jawab Nabi s.a.w., "Sesungguhnya ALLAH TA`ALA itu Tuhan yang bersifat dengan sifat yang cantik dan sukakan kepada kecantikan.
Yang dikatakan sombong itu ialah menolak kebenaran dan memandang remeh kepadamanusia."
( HR Muslim)
Berhati2lah terhadap mereka yang suka memuji2 dan dipuji bila kita sehaluan dengan mereka. Namun, setelah kita berselisihan pendapat dan tidak lagisehaluan, mereka mula mengeji/mencela pula.
Dari Abdullah ibnu Amr ibnu Ash ra :Nabi SAW bersabda :Ada empat perkara, barang siapa memenuhi keempat2 munafiqlah dia.Dan barang siapa yang terdapat satu perkara, maka ia juga termasuk golonganmunafiq, sehinggalah ditinggalkan sifat tersebut:
1) Apabila diberi kepercayaan, dia khianat.
2) Apabila berkata, dia dusta.
3) Apabila berjanji dia mungkir.
4) Apabila dia bermusuhan, dia sangat jahat.
Sesungguhnya yang mulia disisi Allah itu, adalah yang paling tinggi ketaqwaannya dan yang paling baik amalan / akhlaqnya, baik sesama manusia/makhluk, lebih2lagi terhadap Allah SWT. Bukan sebab guru, keturunan, ilmu, kebesaran disisimanusia. Berapa ramai dari keturunan Nabi2 as ( Adam, Nuh as, Lut as, dll ) yang ingkar kepada bapa, suami, anak mereka sendiri walaupun bapa, suami, anak mereka itu Nabi? Berapa ramai pula mereka yang lebih cerdik dah lebih pandai dari kita,tapi tidak beriman dan kufur terhadap Allah SWT. Kepandaian yang mereka miliki itu, mereka gunakan untuk mendapatkan nama, pangkat, pujian harta, perempuan dll.
Kaum Ansar mulia disebabkan ketaqwaan dan pengorbanan mereka ( terhadap AllahSWT, Nabi SAW, Islam ) dan persaudaraan/ persahabatan mereka terhadap KaumMuhajirin, BUKAN disebabkan keturunan mereka.
Dari Jabir bin Sulaim ra :Rasulullah SAW bersabda :Janganlah engkau mencaci maki seseorang, dan janganlah engkau meremehkan yang makruf sedikitpun sekalipun hanya pembicaraan dari saudaramu yang disertai muka manis dan ceria. Dan angkatlah kakimu hingga setengah betis, dan tidak boleh bagimu menghulurkan ( melampai mata kaki ), kerana ia menunjukkan kesombongan.Jika ada orang mencela atau mencacimu, dengan cacat cela yang engkau miliki,janganlah engkau membalas dengan mencaci memaki melalui cacat cela nya yang engkau ketahui, sesungguhnya perkara itu menimbulkan bencana.Hmmm.... Memberi nasihat memang senang, tapi saya pun kadang2 tersesat/terbabas juga. Semoga saya dan kita semua diampuni Allah SWT. Amiin
Semoga Ramadhan dapat melebutkan hati2 kita agar kita semua dapat bertolak ansur, saling membantu sesama kita. Amin.
[8.46] Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati);sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
[8.47] Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan/kepandaia n/kehandalan/kewara'kan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan.
[27.80] Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati(hatinya) itu menerima ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berundur ke belakang (disebabkankeingkarannya) .
[27.81] Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yangbuta supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan(seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sanggup beriman akan ayat-ayatketerangan Kami, kerana mereka orang-orang yang berserah diri dengan ikhlas. Benarlah Allah SWT dan RasulNya SAW

membebel..
apa yg gua nak bebel kan hari ni ek....macam tak da idea la pulak...
adik gua tu masuk ward pagi tadi...degil tak nak dengar kata...kalau dah letih sangat memang cam tu..alhamdulillah dah kuar dah...lepas ni gua tak kasik dia buat keje yg teruk2...
mood gua pun tak berapa nak ok hari ni....kul 3 pagi tadi ada orang call..cakap kat gua adik gua masuk ward..tu yg risau tu tak leh tido...apa-apa pun dia dah balik umah...
hari ni macam malas nak niaga..tapi member nak turun..gerai bukak tapi adik2 gua yang jalan kan...bagi diaorang pengalaman..nanti senang....
ok la bulan pose tak elok cakap banyak2..zikir banyak2 tak per..
selamat beramal................

Wednesday, October 04, 2006
I`m Not Superman
Kekadang gua rasa nak jadi superman...tapi bila pk balik tak leh la pulak..kang huru hara dunia ni gua keje kan...
haa..hari ni dah 11 ramadhan...terasa sekejap nya masa berlalu..jadi kawan-kawan mari la kita rebut peluang yang ada ni untuk beramal..mana la tau tahun depan tak jumpa lagi ramadhan kan...
selamat beramal...

Tuesday, October 03, 2006
Subscribe to:
Posts (Atom)