Monday, October 09, 2006

Kisah

BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu wassalamuala RasulilLAH sholla ALLAHU alaihi wassalam.

Assalamualaykum warahmatulLAHI Taala wabarokaatuh,

Khas buat kehadrat saudara/ri seaqeedah yang saya hargai dan hormati kerana ALLAH Taala semata, didoakan kehadrat ALLAH Subahanu wa Taala mudah-mudahan kita semua, Ummah Muhammad Sholla ALLAHU alaihi wassalam senantiasa berada dalam afiyah IMAN dan keasyikan beramal liridholLAH, insyaALLAH,
amiin.

AlhamdulilLAH,Hari ini saya melestarikan hajat di hati untuk menyampaikan hadiah berupa sebuah cerpen yang telah saya lipat kemas dalam koleksi ilmiah saya sedari tahun yang sudah, alhamdulilLAH, ia khusus saya kunjungkan ke kantung mel kalian, moga sama-sama kita renungi dan mengambil manfaat daripadanya, insyaALLAH yang terbaik itulah diimpi, walLAHU Mustaan..

BismilLAH..17 Ramadhan 13 Tahun sebelum Hijrah Deras langkah kaki Muhammad menuruni cerun Jabal Nur, badannya menggigil, hatinya berdebar. Terkejut. Iqra’? Rasulullah?Hubungan langit dan makhluk yang berjejal di bumi bermula semula setelah ratusan tahun terputus, bersamanya satu sistem hidup yang mengeluarkan manusia daripada pekat hitam yang membening busuk kepada sinar cahaya yang gilang-gemilang menewaskan gemilang mentari…Dan 17 Ramadhan berulang lagi. Latarnya berbeda, namun ruhnya masih di situ....17 Ramadhan 1426 Hijrah“Ramadhan,terasa kehilanganmu di saat kehadiranmu.

Khalid tidak dapat meneruskan luahan perasaannya pada malam itu. Monitor komputernya dimatikan.Hatinya kosong. Sudah masuk hari ke , dia sebenarnya masih tergapai mencari ruh Ramadhan. Banyaknya informasi yang dia timba di kelas tafsir bersama abang senior ditambah lagi dengan maklumat yang dia kutip daripada buku-buku yang dibelinya masih belum menemukan dia dengan erti sebenar Ramadhan.Fikirannya terheret ke wilayah lampau. Teringat saat dia berpuasa ketika masih kecil, puasa yang-yuk kata kakaknya mengejek. Sahur bersama keluarga, di siang hari buka periuk mengintai makanan. Dia tertawa sendiri saat mengingatkan peristiwa dia mencari makanan di dalam peti sejuk. Kepalang gembira apabila menemukan potongan buah betik di dalam mangkuk buat habuan perutnya yang sedia menyanyi-nyanyi kelaparan, menjelang Maghrib, dia berbuka pula bersama orang lain yang berpuasa.Dari situ, dia menyusuri kenangan berpuasa ketika bersekolah rendah. Walaupun terasa penat saat pulang dari sekolah, umminya tidak membenarkan dia berbuka.Itulah kebijaksanaan ummi sebagai seorang ibu...,bisik hatinya akur meskipun dahulu dia pernah mengamuk setelah umminya melarang dia berbuka.

Ditanggalkan kaca matanya, matanya digosok-gosok. Mengantuk. Dia rebahkan badannya ke katil di sudut bilik G16 itu. Apartmen tempat tinggalnya terletak bersebelahan jalan utama ke Bandar Swan. Bandar itu pasti sibuk malam-malam begini. Kafir yang tidak punya tujuan hidup akan berusaha mencari keseronokan semaksima mungkin malam ini. Riuh bunyi kereta di luar tidak menghalang dia untuk cuba melelapkan matanya sambil melayani kenangan lama. Simpang Gayung, sekonyong-konyong nama bekas asrama penuhnya itu melintasi wilayah fikir. Dahulu, hampir setiap hari dia menginginkan keluar dari situ. Benarlah kata orang, kita akan hanya menghargai sesuatu setelah kita kehilangannya. Pengalaman berpuasa di situ memahat suatu macam kelainan. Tika itu, dirasakan puasa mudah baginya, mudah juga mengisi masanya dengan Quran, solat-solat sunat seperti mudahnya busa yang terhasil daripada didih air lenyap tatkala api ditutup. Hairan juga dia mengingatkan sesetengah rakannya yang tidak berpuasa Ramadhan hanya kerana kesia-siaan yang dipanggil rokok! Kata seorang rakannya dengan selamba,Aku tak tahanlah, stress sangat lepas exam tadi.Kepalanya digeleng berkali-kali, kembali dia ke kamar tidurnya setelah menjelajah kota-kota memori. Kenangan tinggal kenangan. Peristiwa yang berlalu pepak pengajaran. Dia sedaya upaya tidak mahu merasakan dirinya baik kerana Iblis dihina ALLAH kerana mengatakan dirinya lebih baik daripada Adam.

Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah."Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina." [Al-A’raaf:12-13]Baginya, hak untuk menghakimi adalah milik ALLAH, dan tugas Rasul yang mahu ditelusurinya ialah menyeru dan menjelaskan. Jam tangannya berbunyi, mengerling kemudian dipejamkan matanya erat-erat. Kembara ke kota memori masih dia teruskan. Pengalaman berpuasa kali pertama di rantauan lekas menyerbu dia yang masih belum melelapkan mata. Dia akui, semangat kerjasama dan persahabatan lebih terasa di sini. Di tempat yang jauh daripada keluarga, sanak saudara, serta rakan-rakan sekolah yang lain. Saling membantu dan bersama membeli makanan berbuka untuk dinikmati beramai-ramai bersama saudara seislam tanpa mengira warna kulit dan bangsa. Pengalaman yang punya erti yang besar buatnya.

Barangsiapa yang menjamu orang yang berbuka puasa, maka pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa [Hadith Riwayat Ahmad&An-Nasai]

Jauh dari tanah airnya, dia belajar erti ukhuwwah dan mahabbah. Ukhuwah yang tulen, yang mempersaudarakan sesiapa sahaja atas dasar kesamaan aqidah yang diyakini.Hujan menguyur damai saat pandangannya terlempar ke luar jendela. Masa pantas berlari. Tiga Ramadhan telah berlalu sejak saat pertama kakinya disapa debu benua ini. Dia masih runsing dalam pencarian ruh Ramadhan. Dia masih mencari erti sebenar Ramadhan dan kepingin menghayati Ramadhan yang kaya dengan sejuta keistimewaan seperti digambarkan oleh Rasulullah sholla ALLAHU 'alaihi wassalam: Sesungguhnya di syurga itu terdapat pintu yang dinamakan ar-rayyan yang dikhususkan untuk golongan yang berpuasa dan pada hari kiamat tiada yang masuk melalui pintu itu melainkan hanya golongan yang berpuasa yang akan diseru mereka itu dengan ditanya : Siapakah golongan yang berpuasa ? Lalu mereka pun bangun dan memasuki pintu tersebut dan kemudiannya ditutup setelah mereka selesai melalui pintu tersebut dan tidaklah masuk selepas itu sesiapa pun [Muttafaqun ‘Alaih] Dia faham benar bahawa Ramadhan yang berlalu sudah gagal dia penuhi dengan amal. Lailatul Qadr? Tidak terlintas untuk mencari kerana malam-malam yang pergi adalah malam-malam yang dipenuhi dengan lena yang panjang.Di dunia sedikit sekali mereka tidur di waktu malam[Adz-Zariyaat:17]Kerana apa? Kerana dia tidak ambil pusing atau barang kali tidak mengerti beza Ramadhan dan bulan lainnya.AstaghfiruLlahalaziim, beristighfar dia, menyesali Ramadhan yang pergi yang gagal dimanfaatinya sebaik mungkin.Ladang kebaikan itu bernama Ramadhan, isilah ia dengan amal ibadah"[mutiara kata]

Dia makin bingung, bingung kerana masih gagal menerokai jalan keluar daripada persoalannya. Perasaannya juga tidak dapat digambarkan dan tidak dapat diceritakan. Kusut sehingga pena tidak bisa menggambarkan keperihalannya .Ramadhan yang mampir lewat ini menyaksikan cabaran yang berganda. Dahulu, dia berpuasa hanya semata-mata taqlid pada rukun Islam tanpa penghayatan sebenar serta puasa adalah sekadar untuk berhari raya, tetapi kali ini dia bertekad untuk menghadapi segala cabaran yang merentangi. Penghayatan tidak akan hadir tanpa cabaran ditempuhi. Baginya, cabaran maha getir adalah memelihara hati. Hati atau yang disebut qalbu itu sebetulnya amat sensitif terhadap persekitaran. Pintu masuk ke lubuk hati adalah pancaindera yang tampak jelas di luar yang antaranya telinga, lidah, dan lisan. Segera dia teringat analogi berkaitan nafsu dalam sebuah buku; nafsu itu ibarat budak kecil yang merengek, terpulanglah sama ada memenuhi kehendaknya atau mendidiknya. Segera pula pesan seniornya menyerbu ke danau ingatan:

dunia, jika manusia bersusah payah, maka syurga pun akan terbuka untuknya. Sebaliknya, jika di dunia syahwat menjadi pilihan hati dan akal, kelak neraka akan terbentang luas untuknya di akhirat.Syurga itu ditutupi dengan susah payah, neraka ditutupi dengan syahwat [Muttafaqun ‘Alaih]Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi menahan nafsu, menjaga mata, telinga dan lisan kita daripada mendengar serta menuturkan perkataan yang tidak menyumbang terhadap saham akhirat, nasihat ustaznya di bangku sekolah dahulu. Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika kamu sedang berpuasa, maka jangan berkata keji, dan jangan marah dan jika ada orang memaki atau mengajak berkelahi, hendaklah orang itu diberitahu: Saya berpuasa[Muttafaqun ‘alaih]Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa yang tidak suka meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan yang palsu , maka ALLAH tidak memerlukan daripadanya, puasa yang meninggalkan makan dan minumannya.[Muttafaqun ‘alaih]Bulan ini bulan Al-Quran maka ramailah yang mula mendekati mushaf Al-Quran yang lama berhabuk. Alhamdulillah, bersyukur dia kerana ALLAH telah mengeluarkan dia daripada golongan yang tidak mempunyai masa untuk Al-Quran. Mengeluarkan dia daripada dia yang dahulunya sedikit sekali menyentuh Quran.Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan. [Al-Furqan:30]Bulan Ramadhan ini, seperti kebiasaannya, akan ramai yang menyambut cabaran untuk duduk-duduk membaca Al-Quran. Malangnya, yang beristiqamah hingga ke akhir Ramadhan dan diteruskan ke bulan-bulan yang lain adalah terlampau sedikit. Lebih sedikit lagi yang berusaha mentadabbur Al-Quran. Dia gusar andai dia tidak mampu untuk beristiqamah, kerana istiqamah adalah anugerah ALLAH untuk hamba-hambaNYA yang menjadi petunjuk bahawa Allah menginginkan hambanya itu tetap dalam amalan tersebut.Ya ALLAH teguhkanlah hatiku dan jasadku untuk istiqamah, anugerahkanlah aku cinta yang amat mendalam kepada Al-Quran, hati kecilnya membisikkan doâ. Pelbagainya cabaran Ramadhan adalah bertujuan untuk mendidik hati dan ruh. Dia akui bahawa usaha untuk mendidik hati dan ruh dalam bulan-bulan yang lain adalah teramat mencabar, kerana syaitan sentiasa mengintai dan mengintip peluang keemasan untuk menghasut manusia. Tarbiyyah ruhiyah juga adalah tarbiyyah yang terawal diamalkan oleh Rasulullah SAW ke atas para sahabat baginda. Berkesannya tarbiyyah itu terbukti pada awal peristiwa Hijrah. Kesukaran untuk meninggalkan harta, rumah, dan segala yang dimiliki bukan lagi apa-apa jika ianya semata-mata untuk ALLAH, semata-mata untuk menyelamatkan aqidah.Begitulah pengorbanan Muhajirin. Jauh dari tanah air tercinta, menanti pula golongan yang menyambut mereka dengan senyuman tak pernah lekang, harta yang ingin dikongsi, malah isteri untuk diceraikan demi saudara baru yang datang dari jauh. Begitulah tulusnya hati Ansar. Dia kagum dengan 2 golongan yang sangat bererti dalam lipatan sejarah Islam ini. Maha Bijaksana ALLAH yang telah memilih mereka untuk menjadi sahabat seperjuangan junjungan kesayangan semua, Rasulullah SAW.Bukti yang kedua pula apabila datang seruan perang, perang pertama dalam sejarah umat Islam. Perang Badar. Perang yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Antara sekalian bulan dalam takwim tahunan, ALLAH telah memilih bulan Ramadhan sebagai bulan bagi perang pertama itu. Digetap bibirnya. Qadar ALLAH maha hebat, akalnya yang singkat itu tidak terjangkau akan hebatnya ilmu Sang Khaliq. Kenangan demi kenangan bermain dalam kotak fikirannya. Sejarah umat Islam juga menjadi juadah mindanya malam ini. Mindanya mula mengalah. Matanya mulai kuyu, isyarat supaya dia lekas berehat. Dia menggagahkan diri, perlahan dia bangun dari tempat tidurnya. Monitor komputer dihidupkan kembali. Mungkin itu jawapannya. Mungkin lalu, dia menyambung:Ramadhan,ku terasa kehilanganmu di saat kehadiranmu...1000 bulan pahala amalan tersembunyi di dadamu...sedang aku masih termanggu leka...kerna aku masih keliru...sedang ini mungkin yang terakhir....Di sudut hati,Aku menginginkan redha ALLAH,Di sudut hati,Aku merayu petunjuk ALLAH:Di sudut hati, Tersimpan sebutir impian yang tinggi Aku mahu bertemu denganNYA...Aku mahu bersama RasulNYA.Aku mendambakan hidayahNYA...Teramat....Agar petunjuk mengemudiku di sini...Kerna aku tidak mahu bersungguhan merayudi hari penghisaban semua manusia...Bersumpah dan berjanji di hadapanNYA...Aku ingin beramal, aku ingin berbakti, aku ingin hidup untukNYA !Sedang masa beramal diperuntukkan di duniaHari ini adalah peluang untuk beramal dan bersiap siagaSebelum tibanya esok yang tidak pastiPunya nafaskah lagi untuk jasadku yang hina...Dan yang perluku buat hanyalah mujahadah...Mujahadah serta istiqamah...Nah,ku rasakan itulah jawapannya...Kerana ALLAH tidak pernah dan tidak akan menzalimi hamba-hambaNYA...Cuma hakikatnya manusia sendiri yang mencari musnah...Ramadhan,Pantas sekali kau berlari pergi...Sedang aku masih terpaku di sini...Tergapai cuba membongkar rahsiamu yang jauh tersimpan ...Rahsia milik mu`minuun yang akhirnya melangkah melalui ar-Rayyan***********************************************

AlhamdulilLAH, demikianlah janji seorang Muslim terhadap saudara seaqeedahnya yang lain, terlantera sudah simbahan ilmiah yang saya ingin sampaikan khas buat saudara/ri seaqeedah yang saya hormati dan hargai kerana ALLAH Taala sekalian. Moga ada khairnya, insyaALLAH. Saya akhiri titip warkah saya buat kalian dengan satu tazkirah ringkas buat pemuhasabahan kita bersama:Perubahan adalah sebahagian dari sunnah kehidupan, persoalannya perubahan yang sebagaimanakah yang kita hajati supaya berlaku ke atas diri kita. Sekiranya kita tidak berhajat kepada perubahan, persoalan yang perlu kita jawab; adakah kita masih hidup?WalLAHU Taala Alam,Saamihni ala kulli hal, insyaALLAH sama-sama doakan kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan bukan sahaja buat diri, famili bahkan UMMAH seluruhnya, amiin.Siiru ala barokatilLAH, wassalamualaykum warahmatulLAHI Taala wabarokaatuh.

No comments: