Saturday, December 04, 2010

.: Lagi bicara soal CINTA :.

Bismillahirrahmaanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t.

Maaf jika entry ini membuatkan anda tak faham.

Klasifikasi 18 U.

"Ada masalah sikit la bro nak citer."

"Ada apa masalah?"

"Ni masalah kalau bro dengar memang akan cakap saya tak berapa pandai lah" ( oh gua tak cepat judge orang )

" Eh tak lah " sambil senyum hensem.

" Ok problem masalahnya macam ni, saya ada GF.Gf saya ni memula sebagai seorang kawan.Jadi bila berkawan dia senang dengan saya so kitaorang upgrade lah hubungan kitaorang kepada processor yang lebih tinggi.Jadi kitaorang pun buat deklerasi sebagai couple mouple.Tapi sebenarnya GF saya ni dah ada mouple sebenarnya.Masa tu saya tak tau.Sampai la mouple dia ni call saya maki-maki lembut dan keras kat saya.Tapi saya ni seorang yang penyabar.So takda la acara timbal balik maki-makian itu.Sekarang ni macam mana bro, nak terus kan ke tak nak?"

Terima kasih kepada yang bertanya.Saudara N bukan nama sebenar.Di sini gua jawab isu ni dengan gaya pos @ gaya bebas mengikut perlembagaan undang-undang cinta fasa 3:2 ms 37 kitab koyak kat tengah2 budak budak buat kapal terbang.

Pertama :

Tak boleh salahkan lu jugak.Sebab lu tak tau dia dah ada mouple sebenarnya.Dan tak boleh salahkan GF sharing is caring lu tu jugak.Sebab apa gua berkata dalam hati begitu kerana mungkin layanan lu masa lu berkawan ngan dia sebelum lu upgrade hubungan lu orang lu dah layan dia baekkkk punya sampai lu sanggup tahan bau kentut dia setelah makan telur pindang orang kawin.So dia rasa lu seorang lelaki yang tahan marah, penyabar sampai lu sanggup berpura-pura menguap sambil tutup hidung kerana nak cover bau yang cukup segar tu.Sebenarnya dia nak uji lu dan lu lepas ujian tu.So lu dah tangkap hati dia sampai dia lupa kejap kat mouple dia.

Kedua :

Dia rasa lu memang lelaki yang paling layak untuk melayan pukulan padu kentut dia.Mungkin dengan mouple dia, dia tak bebas melepaskan angin kentut dia.Dengan lu dia rasa bebas sesuka hati.So dia amik keputasan untuk sama-sama mengupgradekan hubungan lu orang.Siapa salah takda saperr pun yang salah.Bila dia balik umah kemudian dating balik ngan mouple dia dia akan lupakan lu kejap.Kerana dengan mouple dia dia tak leh kentut.Kerana tak leh kentut tu la yang menyebabkan dia tak ingat lu.Tapi bila kat dalam bilik sorang-sorang dia bebas kentut dan secara tak sengaja dia teringat kenangan manis kentut bersama ngan lu dan lu orang yang paling layak untuk menahan bau kentut dia.

Ketiga :

Sekarang ni GF sharing is caring lu tu dah tersepit di tengah-tengah.Antara kentut bebas atau tahan kentut.Kekadang tahan kentut pun best jugak tapi best lagi kentut.So dia tak leh nak pilih mana yang lebih utama.Jadi kalau lu tunggu pun tak guna.Sampai bila lu nak tahan bau kentut dia?

Keempat :

Yer lah lu cakap lu dah buat sehabis baik dah.Tahan kentut dia.Kekadang cakap kentut dia wangi kekadang lu sampai request one more kat dia suruh kentut dengan bunyi sekali tapi dia still tak leh nak wat pilihan antara lu ngan mouple dia.

Kelima :

Yang menjadi masalah problemnya pada diri lu.Lu seorang lelaki lu kena tegas.Sifat sabar tahan bau kentut tu bagus.Jaga hati dia cakap kentut dia wangi pun bagus tapi masalah problemnya takkan lu nak kongsi brader.Yang dapat bau kentut lu.yang menyedapkan hati dia lu.Tapi mouple dia?

Keenam :

Sekarang ini perkara dah jadi masalah.Lu keluar dari masalah tu.Jangan duduk lama-lama tahan kentut GF sharing is caring lu tu.Kalau lu asyik bau jerk lama-lama lu pun tak leh nak wat apa.Lu stuck kat situ lah sampai bila-bila.Lu beri salam dan mintak diri untuk pergi.Walaupun dia kata ada sikit lagi angin kentut tadi balance masa makan masak lemak asam tempoyak kat kedai lu jangan tunggu.Kalau dia sms cakap nak kentut kat lu jangan balas.Kalau dia telefon nak cakap dia baru lepas batal wuduk sebab kentut lu jangan jawab call dia.Cukup is enough!!Lu boleh hidup dengan normal tanpa gangguan bau kentut GF sharing is caring lu tu.So pendapat gua blah dah bro.Ramai lagi perempuan yang control kentut bila kuar dating.-The End -

So kesimpulannya saudara N ( bukan nama sebenar ) pun tak tau apa yang dia nak.So setelah panjang lebar gua bagi ceramah bebas meliar baru la dia faham dan dia akan lebih firm lagi.Tegas kerana itu adalah sifat yang boleh menyelamatkan dia.Mudah-mudahan gua boleh selamatkan dia dari bau kentut GF sharing is caring dia tu.

.: Cinta itu sementara, Sayang itu selamanya :.

.: Saya sayang kamu Syahira Makmor kerana sayang saya selamanya :.

4 comments:

izawati ahmad said...

apsal la aku baca sampai habis ek.

eh kasi pinjam kitab cinta koyak tengah budak-budak buat kapal terbang kau tu.

AmanMakmor said...

Entah..kenapa lu baca sampai habis?hahahah..

Hajar said...

oh, ini betul2 mengingatkan aku balik kat forum tak rasmi kita kat YM dulu. hehe..

AmanMakmor said...

oh yang mana ek..aku pun lupa la makcik..