Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt.
Harap kisah ni tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
The story begin...
Dia seorang yang gigih mencari wang.Kerana semangatnya untuk melihat dirinya dan adik-adiknya terus maju.Dia punya cita-cita untuk membawa keluarganya ke satu peringkat yang lebih tinggi.
Dia seorang yang daif.Pendidikan hanya setakat darjah enam.Dia diberhentikan sekolah kerana ayahnya berfikiran dia seorang yang lembab dalam persekolahan.Tapi bukan dia minta untuk dilayan begitu.Walau bagaimana pun dia bukan seperti yang ayahnya sangkakan.
Bermula umur yang masih mentah dia gigih mencari wang untuk memenuhi keinginan.Dia ada semangat untuk mendapatkan sesuatu.Bila dia inginkan sesuatu dia akan fokus.Dan itu la kelebihannya.
Dan Alhamdulillah dengan berkat usahanya dia berjaya memenuhi segala keinginan dia.Sebagai seorang abang kepada adik-adik, dia sangat bertanggung jawab.Kalau boleh dia taknak adik-adiknya susah.Walaupun dia tak mampu nak memenuhi segala-galanya tapi dia cuba jadi sebaik mungkin.
Dalam percintaan dia sangat yang setia.Tidak pernah bertukar-tukar kekasih.Cinta nya tetap utuh pada seorang wanita.Barangkali dia tidak mahu mengikut jejak langkah ayahnya yang berkahwin dua dan mengabaikan tanggungjawab sebagai ayah.Bila dia lihat ibunya yang diabaikan begitu dia jadi sangat marah.Jiwanya yang memberontak menyebabkan dia jadi seorang yang sangat lain.Habis rumah perempuan itu di conteng dengan perkataan yang tidak elok.Segala macam tunjuk perasaan yang dia tunjukkan.Tapi apabila dia waras dia memberhentikan perbuatannya itu.Mungkin sia-sia katanya.
Bermacam-macam frasa kehidupan yang telah dia lalui.Setia kepada seorang wanita akhirnya tidak membawa kebahagian juga padanya.Kerana orang yang satu-satunya yang dia sayang dan cinta beralih arah selepas keluar dari kampung dan berkahwin dengan orang lain.Kerana lelaki itu punya kereta.
Dan dari titik itu dia tidak punya kekasih lagi.Baginya hidup dia hanya untuk mencari wang dan kepuasan diri.Sampai satu hari dia bertemu dengan seorang wanita dan jatuh cinta lagi.Kali ini dia melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi iaitu mengahwini wanita tersebut.Jodoh,
Dan kehidupan dia seakan sempurna.Punya isteri dan dikurniakan anak yang comel.Dengan berkat usaha dia selama ini dia dah punya perniagaan sendiri.Setakat nak menampung kehidupan dia duduk dikampung memang terlebih.
kisah ini agak klise.Tapi ia tetap berlaku dalam masyarakat.Kerana ada spesis yang macam pokok duit-duit.Mencari jalan mudah untuk menjadi senang.Bila kejayaan itu sampai maka kita harus lebih berhati-hati.
Ok back to topic.Dugaan itu datang tanpa kita sedari.Isterinya agak bengkeng.Orang jawa la katakan.Cakap ikut sedap mulut.Ye dia seorang yang sabar.Sampai anak berbilang pun dia masa sabar dengan kerenah kerana dia seorang yang bertanggung jawab.Dia tidak rela kerana perasaannya anak-anak pulak yang menjadi mangsa keadaan.Tapi sampai bila harus bertahan.
Bermula di sebuah kedai kopi.Anak si tauke kedai kopi ini la yang menjadi punca.Ibarat kata pepatah gua Kalau tak gatal takda yang menggaru kalau takda yang tukang garu tak melecet pulak kan.Bermula dari pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang bertambah sayang.Biar malu-malu, biar segan-segan kerana malu itu perisai............tang tu iman tu yang selalu kalah.Ketahui la pandangan kedua itu adalah syaitan.Bermula dari itu senyum-senyum bertukar nombor telefon genggam dan berpesanan ringkas.
Come on la orang tu dah ada anak tiga.Yang si dia ni pulak come on la perempuan tu sama jerk size ngan isteri kat rumah.Cam mana la leh jadi.Tapi itu la gua kata gatal dan menggaru.Maka jadi lah.Dan perkara ini berlarutan sehingga cintan cintun.Dia dah mula dingin dengan isteri dan anak-anak.Mana taknya dalam brain dia tu dah ada si pelayan kedai kopi ni tadi.
Cuba balik renung wajah isteri tu.Ini la perempuan yang gua nikahi yang gua suka dulu.Perempuan yang susah senang dengan gua.Pastu tengok wajah anak-anak.Kenapa sebelum ni sayang gua pada anak-anak melebihi sayang kepada isteri.Waktu gua balik kerja mereka berlari mendapatkan gua betapa rindunya mereka pada gua.Renungi raut wajah mereka semoga keinsafan itu timbul dalam jiwa.
Habis apa jadi ngan 'Dia'?Jalan pulang masih terbuka luas.Masih belum terlewat untuk membetulkan keadaan.
"Bahagia atas penderitaan orang lain adalah kezaliman "
Sekian.
2 comments:
yes, tiap kali kita hampir sesat, it's a good thing to stop and look back for awhile.
moga jadi pengajaran pada aku juga.
itu kalau ingat. kalau tak ingat nak menoleh? haish..
mudah2an dijauhkanlah..
Post a Comment