Saturday, August 04, 2012

Untuk saudaraku Muslimat.

Dont judge a book by it cover adalah sangat tidak sesuai untuk membalas hujah kepada seruan menutup aurat.Kerana buku yang baik dan disayangi pemiliknya akan disampul dengan baik dan diletakkan ditempat yang paling special.Tak percaya pergi tanya pemilik buku.Jadi perempuan yang baik dan beriman Allah suruh tutup perhiasan dan aurat dan labuhkan tudung hingga kedada nescaya kamu semua akan disayangi Allah dan Allah letakkan kamu semua muslimat ditempat yang paling baik. Yer, memang tak boleh nak judge buku melalui kulitnya.Kekadang kulitnya entah apa-apa tapi isi dalamnya penuh dengan ilmu.Kekadang isi kulit gempaq tapi isi dalam entah apa-apa.Ada juga saya terkena beberapa kali apabila membeli buku.Bila dah terkena tu saya redha jer lah lain kali saya kena berhati-hati. Tetapi ada beberapa situasi yang saya saya rasa relevan.Biasanya buku yang baik mereka akan sampulkan dengan plastik dan kita dilarang membukanya.Yang boleh baca pun sinopsisnya jer.Mahalkan.Dan biasanya diletakkan diruangan Must Read.Begitulah tingginya nilai sebuah buku memang kena sampul lah kalau nak jadi rebutan. Attitude saya pulak buku yang baik kulitnya dan bagus isi dalamnya akan saya sampul elok-elok supaya warna dan kalernya akan kekal.Tidak lah nanti bila kulit dah tak cantik orang suka-suki buang buku saya tu.Bila disampul maka orang akan kata mesti buku ni bagus sebab tu owner dia sampul baik-baik dan letak ditempat yang baik.Kalau la saya sepah-sepahkan dengan tak bersampulnya dan tidak berkulitnya pasti orang akan pandang remeh dan hina.Kecuali kepada pencinta buku tapi nak cari pencinta buku daripada 10 manusia mungkin takda.Tengok saja la majalan-majalah di klinik tu atau di mana-mana lah teruk rupanya.Orang selak-selak jerk.Nampak tak bernilai. Ok lah rasanya faham kot.Kita sendiri yang meletak nilai diri kita pada pandangan Allah.Kalau rasa nak letak nilai pada pandangan manusia silakan tapi jangan menyesal lak bila ianya tidak kekal malah mengundang padah.Cari la redha Allah supaya Allah redha dengan kita seterusnya pasti manusia akan redha dengan kita.Itu pasti. Assalamualaikum..

Sedikit pedoman buat diri

Assalamualaikum wbt, Bismillahirrahmanirrahiim.. الحمد لله رب العالمين Selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W serta keselamatan keatasnya, keatas keluarganya serta para sahabat dan pengikut-pengikut sahabat dari dulu sampai la ke akhirat. Shaqiq bertanya kepada Atim Al-Asham.Berapa lama engkau datang kepada ku?Jawabnya : Selama 30 tahun.Berapa banyak telah engkau dapat selama itu?Jawabnya : saya hanya belajar 6 kalimat dan seandainya saya mengamalkan pasti saya akan selamat dari fitnah ini. 1.Saya perhatikan firman Allah dalam surah Hud ayat 6.Dan tiada satu binatang yang melata dimuka bumi ini yang dijamin rezekinya oleh Allah.Dan saya merasa diri saya ini salah satu dari binantang yang melata yang dijamin rezeki oleh Allah dan saya saya yakin apa yang menjadi rezeki saya pasti akan sampai kepadaku, sebab Allah memberi rezeki kepada gajah yang besar dan tidak melupakan nyamuk yang kecil maka kerana itu lah saya serahkan urusan saya kepada Allah sehingga saya tidak risau kerananya. 2. saya perhatikan firman Allah surah Al-Hujuraat ayat 10.Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.Maka saya pandang semua orang mukmin sebagai saudara saya dan saudara harus sayang kepada saudaranya juga saya mengetahui bahawa permusuhan yang terjadi antara semua orang itu disebabkan hasad maka saya bersungguh-sungguh mengeluarkan hasad itu dari hati saya sehingga berubahlah hati saya.Seandainya seorang mukmin di timur menderita maka saya akan risau kerananya seakan-akan menimpa kepada saya.Demikian pula sekiranya seorang mukmin dihujung barat mendaat keuntungan nescaya saya akan gembira seakan-akan saya sendiri yang mendapat keuntungan itu. 3.Saya memerhati setiap manusia ada kekasih dan setiap kekasih pasti akan membuktikan kasih sayangnya maka saya dapatkan kasih sayang saya ialah taat kepada Allah, sebab semua kekasih selain itu akan putus hubungannya bila sampai saatnya kecuali taat kepada Allah yang akan kekal bersamaku dalam kubur, dimahsyar, diatas shirat maka kerana itu saya jadikan kesayanganku ialah taat kepada Allah. 4.Saya perhatikan setiap manusia ada musuh.Dan setiap permusuhan harus waspada dan hati-hati maka saya jadikan musuh saya Syaitan dan setiap orang kafir.Tetapi kemudian saya mengetahui permusuhan dengan orang kafir ringan sebab jika dia berkelahi dan membunuh saya maka saya mati syahid.aan jika saya membunuhnya maka saya dapat pahala sedang permusuhan dengan syaitan ini berat sebab dia melihat kepada saya dan saya tidak melihat kepadanya.Dia berusaha menjerumuskan saya kedalam neraka kerana itu saya tetap waspada dari dari tipu dayanya selama hidup saya dan saya tinggalkan segala permusuhan yang lain-lain. 5.Saya perhatikan setiap orang punyai rumah dan setiap rumah memerlukan penambahbaikan sedang saya mengetahui rumah saya adalah kubur maka saya sibuk dengan kemakmurannya. 6.Saya perhatikan setiap sesuatu pasti ada yang mengejarnya.Dan yang mengejar saya adalah malakul maut dan saya tidak mengetahui bila saya akan tertangkap olehnya.Kerana itu saya bersikap seperti pengantin yang akan dihantar kerumah suaminya sehingga bila-bila masa dia datang dan tidak minta ditangguh lagi

Sunday, January 22, 2012

.: Kita berpolitik sikit :.

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Segala bentuk puji hanyalah bagi Allah tuan punya kepada seluruh alam ini.Tidak ada daya dan kekuatan bagi hamba ini hanya dengan izin mu Ya Allah.Selawant dan salam keatas junjungan mulia penghulu segala nabi dan rasul yang lagi mulia iaitu Nabi Muhammad s.a.w juga keatas ahli keluarga serta sahabat-sahabat dan juga pengikut-pengikut sahabat hingga ke hari akhirat.

amma ba'du...

Wahai mukmin..bertaqwa kita kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa..Dan hendaklah kita mati dalam keadaan beriman.

Terdapat ramai sahabat-sahabat dan juga taulan saya diluar sana yang telah berjaya dalam kehidupan.Alhamdulillah.Saya tumpang gembira.Anda semua sudah mampu untuk hidup dengan selesa.Anda punya kereta, anda punya rumah, anak punya isteri atau suami, anda punyai anak-anak yang comel dan segala macam nikmat duniawi.Lalu kita lupa akan tanggung jawab kita sesama manusia.Lupa tanggungjawab kita kepada agama Allah.

Apa yang saya maksudkan dengan lupa tanggungjawab pada agama ialah bukan pasal solat atau zakat atau amar makruf nahi mungkar.Tapi tanggungjawab kita pada menerangkan kepada generasi-generasi baru tentang apa itu Islam sebenarnya.

Apa yang kita tahu bila kita beragama Islam maka tergambar lah diminda kita bahawa Islam itu mengucap dua kalimah Syahadah.Solat lima waktu.Puasa Bulan Ramadhan.Zakat dan mengerjakan Haji di Makkah.Jika lengkap semuanya maknanya kita ini Islam secara keseluruhannya.Betul dah tu.Baik mari saya terangkan satu-satu.

Mengucap 2 kalimah Syahadah.

Dari mana kita dapat Islam kita ini wahai kawan-kawan?Adalah tidak lain dan tidak bukan kita mewarisinya dari Ibu dan Bapa kita.Jika la ditakdirkan ibu bapa kita bukan islam maka secara otomatisnya kita juga bukan beragama Islam dan pastinya kita sekarang sedang berlumba-berlumba mengejar dunia dan memandang orang Islam itu tidak baik.Pernah atau tidak kawan-kawan semua memikirkan untuk memperbaharui Syahadah kita?Sebagai contoh.Ibu Bapa kita rakyat malaysia.Jika kita tak daftarkan di JPN surat beranak adakah kita masih dianggap rakyat malaysia?Kemudian umur kita 12 tahun kita disuruh mendaftar diri ke JPN sekali lagi untuk membuat kad pengenalan.Jika ibu bapa kita rakyat Malaysia kalau kita tidak ada kad pengenalan adakah kita dianggap rakyat malaysia?Mungkin contoh yang saya bagi memang langsung tak boleh disamakan dengan agama.Tetapi nak bagi jelas kerana ramai yang berfikir bahawa aku dah Islam sebab mak ayah aku Islam.Sedangkan Syahadah itu adalah bentuk pengakuan dan percaya benar-benar dalam hati bahawa bersaksi bahawa tidak ada tuhan dan bersaksi juga semua berhala bukan tuhan dan tidak boleh kita menyebut patung itu tuhan kepada budha atau hindu atau sebagainya melainkan tuhan itu hanya Allah semata-mata.Jika kita menggelar patung itu tuhan kepada budha atau hindu dan sebagainya bermakna kita telah mengatakan ada pulak tuhan bagi agama lain sedangkan tuhan hanya satu iaitu Allah.Tidak ada tuhan lain.Dan kita bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah yang membawa agama islam.Tidak ada agama lain.Budha, hindu dan sebagainya tidak boleh disama ratakan dengan Islam.Ramai sekarang ni berpegang kepada semua agama sama membawa perkara kebaikan.Tidak!Islam tak sama.Islam itu agama untuk semua.Semua umat manusia kena beragama Islam sedang budha hindu dan sebagainya adalah kepercayaan mereka sahaja.Agama hanya satu ISLAM.Jadi kena jelas betul-betul Akidah kita kepercayaan kita.Sebab akidah itu sangat penting supaya kita boleh terselamat dari syirik yang kita sedar atau tidak sedar kerana zaman sekarang ini ramai yang syirik tanpa sedar.Na'uzubillah.

Apabila sudah kemas akidah kita baru comel kita punya akhlak.Baru kita yakin bahawa setiap apa yang datang kepada kita adalah anugerah Allah semuanya.Baru kita sedar bahawa apa yang kita ada sekarang ni hanya milik Allah juga.Baru lah kita berjalan diatas muka bumi ini tanpa sifat sombong dan takbur.Malah ada yang lebih teruk lagi menghina sesama manusia.Yang kaya menghina yang miskin, yang pandai menghina yang bodoh, yang sempurna menghina yang kekurangan, yang berkereta menghina yang bermotor dan sebagainya.Kerana apa?Persoalan ini dirungkai paling mudah.Kerana DUNIA.Tidak akan ada kejahatan jika tidak ada DUNIA itu didalam hati manusia kerana PUNCA segala kejahatan adalah kerana DUNIA.

Saya tidak maksudkan sesapa dalam tulisan saya ni.Secara umumnya ramai yang saya lihat bila sebut pasal mengundi maka banyak lah yang mengutarakan pendapat.Termasuk lah saya.:)..Pada hemat saya begini, jika kita ditanggung oleh kerajaan sekarang ini semasa kita belajar adakah dikira tak mengenang budi jika kita mahukan agama Islam tertegak dibumi Malaysia kita menentang dasar dan kita menegur kesalahan-kesalahan pemimpin sekarang ini?Ok saya bagi contoh lagi, adakah dikira derhaka seorang anak kepada kedua ibubapa nya yang budha atau hindu sekiranya anak ini memeluk agama Islam?Inilah persoalan yang mesti kita fikir.Kenapa ada orang yang sokong PAS yang pada dasarnya ingin memertabatkan Islam dibumi Malaysia ini?Sebabnya mudah.Mereka ingin meletakkan agama Islam sebagai dasar pemerintahan, supaya hukum-hukum Allah berjalan diatas muka bumi malaysia ini.Ada juga orang kata, tak cukup Islam lagi ke Malaysia ni.Saya akan kata TIDAK.Kerana apa?Bagi dalil..

Kerana Malaysia hanya menitik beratkan dua benda jerk.Pertama zakat dan kedua Haji.Syahadah, Solat dan puasa mana pergi?Adakah dua ini tidak penting?Memang ada sedikit perlaksanaan tetapi tidak seGAH perlaksanaan Zakat dan Haji sehingga zakat pendapatan ada pulak sedangkan dalam Islam tidak tercatat zakat pendapatan malah lebih teruk lagi ada pulak cukai pendapatan yang pastinya mengikut sistem siapa?Jawab sendiri lah dah sekolah tinggi-tinggi takkan tak leh fikir.

Takrif negara Islam apa dia?Takrif negara Islam ialah apabila sebuah negara itu mengamal sistem pemerintahan Islam dan undang-undang Islam.Negara islam bukan mengamalkan bank Islam jer bukan juga dikira mana ummat Islam ramai dalam sebuah negara tu dikira negara Islam.Contoh orang islam dikira Islam macam mana?Melalui pakaiannya atau hatinya?Pakai baju Islamik belum tentu Islam seseorang itu.Jadi faham deh.

Banyak ingin saya jelaskan.Insyaallah dimasa akan datang saya jelaskan lagi.Apa yang nak saya pesan disini ialah, kita sebagai orang Islam akhlak kita kena Islam.Tutur kata kita kena Islam.Muamalat kita kena Islam.Baru lah orang tengok Islam itu sangat cantik.Jadi tak kira siapa pun memerintah jika perjuangan mereka nak menegakkan Islam saya sokong!!Supaya bila mati nanti tidak lah kita ditanya apakah yang kamu buat untuk menolong agama Allah ini.

Saya memohon maaf sekiranya kata-kata saya menyakiti pihak yang membaca.Harap maafkan saya.Jazakallah.Wallahua'lam.

Sunday, January 08, 2012

4 hari 3 malam di Kuala Terengganu

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum wbt...

Segala puji hanya selayaknya untuk Allah azzawajal.Selawat dan salam keatas junjungan mulia rasul kita Nabi Muhammad SAW juga ahli keluarga dan sahabat dan pengikut sahabat serta pengikut-pengikut yang mengikuti mereka dari masa ke semasa hingga hari akhir.

Apa khabar sahabat-sahabat semua.Mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati hidup kita.Semoga Allah sentiasa kasih akan kita dan menjadikan hati kita kasih kepada Allah, juga kepada yang akan memberi syafaat kepada kita pada hari akhir kelak iaitu Nabi Muhammad SAW.Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di Kuala Terengganu.Pukul 2 petang nanti saya akan menaiki bas ke Kota Bharu dan kembali semula ke pondok.Alhamdulillah dan terima kasih Allah kerana memberi daya dan kekuatan untuk saya sampai di Kuala Terengganu ini.Dan memberi saya rasa ingin berkongsi kepada sahabat-sahabat saya disini.

Saya sampai di Kuala Terengganu pada hari Khamis dalam pukul 11.30 pagi dan bertolak dari Pasir Tumboh pada pukul 8 pagi.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam setengah.Alhamdulillah sampai juga dinegeri tempat batu bersurat dijumpai.Terima kasih juga kepada rakan saya Huzaifah yang sudi menumpangkan saya dirumah beliau.Beliau tinggal di Seberang Takir.Tak jauh dari Kuala Terengganu dan untuk sampai ke rumahnya kami perlu menaiki bot penambang.Tambangnya RM1.Jarak perjalanan mengambil masa 10 minit.Tak jauh.Dekat saja dan tidak sempat untuk merasa loya atau muntah.

Hari pertama saya dibawa berjalan melawat bandar Kuala Terengganu.Bandar yang berdekatan dengan laut sangat sesuai dengan jiwa saya yang sukakan laut.Sangat menenangkan bila ditiup angin pantai.Deruan ombak menghempas pantai.Wah dah macam lirik lagu pulak.Zohor saya pada hari pertama disurau Al Mawaddah Ketapang Takir.Kemudian perjalanan diteruskan ke Masjid Kuala Ibai atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung dan Asar disana.Selepas Asar perjalanan diteruskan ke Masjid Kristal yang bernilai RM23 Juta.

Hari kedua pagi-pagi lagi dah bergerak ke Masjid Rusila untuk menghadiri kuliah Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.Kemudia bergerak semua ke Kuala Terengganu dan mendirikan Solat Jumaat di Masjid Batu Burok kerana Ustaz Azhar akan berkuliah disana.Selesai kuliah Ustaz Azhar, perjalanan diteruskan ke Batu Rakit pulak kerana Ustaz Azhar akan berkuliah di masjid Pak Tuyu.Selesai kuliah bergerak semula ke Kuala Terengganu dan saya menginap di Hotel Teratai RM60 satu malam.

Hari ketiga pagi-pagi lagi dah bergerak ke Kampung Gaung Kuala Berang.Perjalanan mengambil masa 30 minit.Ustaz Azhar menyampaikn kuliah Dhuha sempena sambutan 100 tahun Islam di Terengganu.Setelah selesai program itu sahabat saya mengajak saya ke Air Terjun Sekayu.Cantik dan bersih airnya.Cuma tak berapa cantik disitu ialah pengunjung-pengunjungnya.Lalu saya terlelap disitu.Balik dari Sekayu terus menuju ke Batu Burok Beach Resort.Sewa RM95 satu malam.Tepi Pantai Batu Burok.Setelah berehat perjalanan diteruskan ke Masjid Banggul Peradung Manir.Usai kuliah saya balik ke resort dan tidur.

Hari keempat saya disini cyber cafe Seberang Takir ini menaip blog.:) sambil menunggu untuk menaiki bas balik semula ke Pondok.Alhamdulillah dan terima kasih Allah kerana memberi kekuatan untuk merasai pengalaman manis serta pengalaman ilmu berada di Kuala Terengganu.Terasa di Kuala Terengganu ini banyak sangat ilmu dan kuliah-kuliah.Saya rasa sama juga ditempat-tempat lain cuma saya jer kurang mengetahui atau perkara ini tidak di war-warkan..Wallahua'alam.Semoga Allah permudahkan urusan saya dalam mencari ilmu.Dan dapat saya perhatikan di masjid-masjid atau disurau-surau di sekitar Kuala Terengganu ini imamnya adalah orang-orang muda.Dan yang menghadiri kuliah-kuliah juga orang-orang muda.Alhamdulillah nampaknya golongan muda dah kembali semua kepada agama Allah.Dan rakan saya Huzaifah ini juga adalah Imam di masjid Seberang Takir ni.Umurnya baru 23 tahun.Kesimpulan tentang kembara saya ini adalah kebangkitan golongan muda kepada agama Islam sedang giat berkembang.Semoga perkembangan yang positif ini berjangkit kepada negeri-negeri lain terutamanya dinegeri kelahiran saya, Johor.

Monday, December 26, 2011

Berlapang dada..

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Segala puji hanya bagi Allah yang maha pemurah lagi maha kasih akan hambanya.Allah pemilik segala alam dan dia lah yang kekal dan tidak ada sekutu baginya dengan apa jua yang ada didalam alam ini.Selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarganya, para sahabat, para tabi'in dan mereka yang menuruti mereka itu hingga ke hari pembalasan nanti.

Terima kasih dan rasa syukur tak terhingga keatas nikmat yang telah Allah kurniakan kepada saya.Nikmat udara, nikmat mata dan pandangan, nikmat telinga dan mendengar nikmat lidah dan rasa, nikmat otak dan akal serta seribu juta nikmat yang tidak terhitung banyaknya.Maha suci Allah yang menjadikan semua itu tanpa perlu kita bayar walau satu sen.Ya Allah, terima kasih ya Allah atas nikmat mu ini.

Ya Allah, terima kasih juga atas nikmat Islam ini ya Allah.Dengan rahmatmu hambamu ini rasa sangat tenang, rasa sangat dingin, rasa sangat hiba, rasa sangat aman ya Allah.Terima kasih ya Allah dengan nikmat Islam ini, hambamu rasa sangat kasih pada orang lain.Dengan rahmatmu, hambamu ini nampak akan indahnya agama yang Allah redha ini.Ya Allah, janganlah diubah sedikit pun rasa hati ini ya Allah dengan rasa lalai pada mu ya Allah.Jadikan lah hati ini hati orang yang selalu mengigatimu ya Allah.

Perjalanan-perjalanan yang telah saya tempuh hingga la saya berada pada saat ini.Bermacam-macam peristiwa, bermacam-macam perasaan, bermacam-macam permasalahan dan bermacam-macam kerenah telah saya tempuh.Suka dan duka bersilih ganti.Senyum dan tangis diselang seli dengan tawa.Akhirnya sampai di destinasi sekarang ini.Semuanya tanpa saya rancang tanpa saya ketahui pada mulanya.Segala-galanya datang dari Allah taala.Dengan izinnya dan dengan kudrat yang Allah kurniakan kepada saya.

Alhamdulillah, setelah sedar sekian lama lalu saya bangkit.Bukan tidak pernah untuk bangkit tapi mungkin pada masa itu Allah belum lagi mahu saya melakukan seperti apa yang saya lakukan sekarang.Mungkin Allah nak bagi saya rasa semua itu sebelum Allah izinkan pula saya kembali mengikut jalan Allah.Jalan menuju Allah.Bukan saya tidak mahu akan dunia.Saya sangat mahu akan dunia kerana dunia ini sebagai tempat ntuk saya mencari bekalan yang sebanyak-banyak dalam berjalan menuju ke negeri akhirat.Subhanallah.Selama ini saya hanya meminta rezeki yang banyak supaya saya boleh senang hidup didunia.Setelah Allah bagi rezeki yang banyak itu saya jadi lupa dan terus selesa dalam keadaan itu.Alhamdulillah, Allah sedarkan saya bahawa kesenangan dunia bukanlah kesenangan yang hakiki.Saya tidak jumpa didalam kesenangan dunia itu bahagia.Kerana kesenangan dunia ini tidak pernah menyenangkan saya.Otak saya selalu memikirkan benda yang tak pernah cukup.Jadi dimana bahagia didalam kesenangan dunia.

Lalu saya tinggalkan kesenangan dunia ini untuk mencari bahagia.Bahagia dalam kesenangan dunia adalah dengan berkata "cukup", maka akan datang la bahagia itu.Bila mana kita tidak bisa mengatakan cukup maka tidak akan jumpa la bahagia itu lalu kita terus mencari-cari sehingga kita tidak sedar umur kita sudah sampai kepada tarikh luputnya.Allahu rabbi.Lalu sempat atau tidak kita mencari bekal untuk ke akhirat nanti?Insyaallah dengan sifat Allah yang Rahman dan yang Rahim mudah mudahan kita sempat mencari bekalan itu.Tapi apa yang kita risaukan ialan takut-takut kalau kita ditipu syaitan lagi.Na'uzubillah..

Wahai muslim,Islam bukan hanya untuk dipertahankan tapi untuk disebar-sebarkan.Lalu bagaimana mahu kita sebarkan Islam itu?Adakah perlu kita masuk kedalam persatuan-persatuan tertentu untuk menyebarkan Islam?Tidak perlu wahai sahabat-sahabat yang dikasihi Allah.Caranya mudah.Tunjukilah perlakuan yang baik.Tak kira pada siapa-siapa.Sesama muslim atau agama lain.Tunjuk pada mereka bahawa kita ini muslim.Agama Islam adalah yang terbaik lalu kita keluar dari acuan yang baik.Maka sudah tentu ia menjadi pilihan kepada orang-orang lain.Sudah tentu orang keliling kita tak kira budha, hindu, kristian dan sebagainya akan terpesona dengan tingkah laku muslim dan pastinya akan menaikkan martabat Islam pada mata mereka.Subhanallah.

Setiap kali bertembung dengan orang bukan Islam hendaklah kita selalu mendoakan semoga Allah akan beri hidayah pada mereka supaya berubah hati mereka.Supaya mereka masuk kedalam Islam.Jangan kita terus melabel mereka dengan neraka.Kerana belum tentu lagi mereka akan ke neraka.Selagi mereka punya nyawa selagi itu mereka masih ada peluang untuk mendapat hidayah dari Allah.Allah jua lah yang berhak keatas perkara tersebut.Jangan anggap kita ini suci kerana Allah tahu siapa yang ikhlas hatinya.Jangan anggap kita Islam kita akan masuk syurga kerana selagi nyawa kita di jasad kita berpeluang untuk kufur dengan nikmat serta rahmat Allah.Na'uzubillah.

Berbuat baik lah kita sesama manusia.Tidak kira siapa-siapa.Berbuat baik la kita pada haiwan tak kira la siapa-siapa.Kerana kita diatas muka bumi ini hanyalah fakir yang hina dan hamba.Tidak punya apa-apa walau sebesar zarah pun.Kerana sedari lahir kita memang tidak punya apa-apa sehingga lah kita mati dalam kubur kita juga tidak punya apa-apa.Bayangkan.Subhanallah...Apa yang kita ada sekarang ini hanya pinjaman semata-mata.Mari lah kita jaga hubungan kita dengan Allah supaya Allah tidak tarik balik semua nikmat yang kita ada sekarang ini.Jadi apa yang saya nak sampaikan disini, Sejahat-jahat manusia, sebiadap-biadap manusia, semaksiat-maksiat manusia, sekejam-kejam manusia jika masih ada nyawa dikandung badan mereka masih ada peluang untuk mendapat hidayah dari Allah s.w.t.Jadi mari kita berlapang dada jika kita lihat saudara kita masih lagi lagha dengan kemaksiatan mari kita doakan mereka semoga Allah bagi taufik dan hidayah pada mereka supaya mereka dapat kembali semula pada jalan Allah.

Wallahua'lam.

Sunday, December 25, 2011

.; Nukilan :.

Telah ku tempuh jalan yang sukar..
Barangkali perjalanan ini adalah satu ujian..
Tidak..
Sesungguhnya perjalanan ini mengajar aku erti sebuah hubungan..

Seringkali aku jatuh tersungkur..
Lalu aku bangkit dan terus berjuang..
Lantas atas perkara apakah yang aku perjuangkan..
Sampai sekeratnya aku berhenti..

Lantas lama aku menung..
Fikir akan jalan dan perjalanan..
Arah jua tujuan..
Aku yang bernama insan..

Monday, December 19, 2011

.: Surat terbuka kepada intelek Islam Malaysia :.

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Assalamualaikum wbt,

Segala puji hanya layak bagi Allah yang memiliki segala yang ada didunia dan diangkasa.Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya dan juga sahabat-sahabatnya juga pengikut-pengikut sahabat juga pengikut-pengikut yang mengikuti mereka dari masa ke semasa hingga hari kiamat nanti.

Adalah saya menaip surat ini ada bertujuan melahirkan isi hati saya yang amat risau dengan keadaan dan situasi yang sedang berlaku dalam negara kita sekarang ini.Saya bukan la seorang yang terpelajar hingga peringkat tertinggi, saya hanya seorang rakyat biasa yang sayangkan anak-anak muda islam kita yang sekarang ini sedang jauh dan semakin jauh dari agama.Tidak dapat tidak perkara ini tidak dinafikan.Lihat saja dimana-mana samada kampung, pekan, bandar dan juga bandaraya gejala-gejala sosial amat meruncing.Gejala-gejala itu tidak perlu lah saya sebut kerana terlalu banyak kes-kes yang terpampang didada-dada akhbar dan semua orang tahu akan itu.Tapi malangnya perlaksanaan atau tidakan-tindakan yang boleh membawa anak-anak muda islam ini kembali kepada agama sangat-sangat kurang.Malahan makin banyak pula hiburan-hiburan yang melalaikan anak-anak muda islam ini dibenarkan berleluasa dimedia-media massa juga media cetak.Malah pihak pemerintah pula sibuk dengan urusan meraih kembali minat rakyat kepada mereka supaya mereka boleh memerintah lagi.Maka amatlah sedikit orang yang memperdulikan kisah anak-anak muda pemimpin masa depan ini.Lalu mereka terus hanyut dan lalai dengan dakyah-dakyah yahudi dan nasarani yang inginkan umat islam lalai.Dan nampaknya mereka hampir berjaya malah boleh dikatakan berjaya sekarang ini.

Di Malaysia sangat ramai intelek-intelek dan pemikir-pemikir Islam.Mereka ini sangat arif dalam soal-soal hukum, sejarah dan cabang-cabang ilmu yang kebanyakannya orang-orang seperti saya ini tidak tahu.Tidak ada dahan lagi untuk berpaut kecuali dengan para ilmuan dan juga ulama-ulama sahaja yang dapat membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada orang awam seperti saya ini dengan izin Allah.Tapi amatlah malang kebelakangan ini di Youtube, Facebook dan diblog-blog para intelek ini berbalah antara satu sama lain.Mereka sibuk dengan isu wahabinya, sibuk dengan perkara khilafiahnya, sibuk dengan taksub mazhabnya, sibuk dengan membanggakankan produk yang mereka bawa dan sibuk mempertahankan hujah bahawa mereka betul dan orang lain salah.Para ilmuan muda sibuk hendak mengatakan yang si tua salah.Si tua sibuk mengatakan simuda salah.Si A sibuk melabelkan orang itu wahabi, si B sibuk mengatakan Si A menjual agama dan sebagainya.Hal ini sangat lah menduka-citakan.Sedangkan anak-anak muda sibuk dengan urusan maksiatnya, sibuk dengan urusan dosanya.Sibuk dengan dunia internetnya dan sibuk dengan urusan hiburannya.Remaja perempuan pula sibuk dengan gitarnya sebab nak jadi penyanyi dengan gitarnya.Si lelakinya sibuk dengan motor-motornya dan alatan-alatan modennya.TV pulak sibuk dengan rancangan hiburan yang hendak menarik remaja supaya banyak menonton tv dari mendegar ceramah-ceramah ilmu.Amatlah merisaukan keadaan ini.

Saya ingin mencadangkan supaya ulama-ulama, para ilmuan bersatu hati dan bekerjasama memikirkan jalan untuk menyelamatkan anak-anak muda islam ini supaya kami ini berminat dengan ilmu dan supaya dengan ilmu ini dapat memandu kami mengikut jalan yang Allah redha.Jika ulama-ulama dan para ilmuan berselisih pendapat hendaklah antara mereka menyelesaikan perkara itu secara ilmiah.Amatlah tidak beradap jika para ilmuan dan ulama-ulama saling balas membalas hujah melalui youtube, FB, Twitter dan blog-blog kerana perkara ini akan memburukkan lagi keadaan.Bagi mereka yang faham tentang agama tak per la mereka boleh faham.Jika orang itu tidak faham agama langsung mereka akan kata ah ulama-ulama dan para ilmuan pun bertelegah.Jadi bila mana mereka baru nak kenal agama tapi para ilmuan dan para ulama bertelegah dan sibuk hendak mempertahankan hujah-hujah dan juga hendak mencari pengaruh maka minat golongan muda ini akan pudar dan seterusnya makin jauh dari agama.Dan boleh jadi golongan-golongan ini akan berpuak-berpuak sudahnya jadi hancur lebur lah generasi umat Islam dan berjaya lah yahudi dan nasarani.

Jadi saya pohon supaya perkara-perkara berat seperti isu-isu wahabi dan khilafiah tidaklah di highlight sangat-sangat kerana bagi mereka yang tidak begitu dalam tentang ilmu agama mereka jadi keliru dan pening.Ustaz ni kata gitu ustaz ni kata gitu jadi mereka jadi pening.Mungkin para ilmuan dan ulama-ulama boleh berbincang supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat islam.Oleh kerana sekarang ini dunia internet telah membuatkan perkara ini semakin terbuka.Harus para ilmuan dan ulama lebih bertanggung jawab dengan apa yang ingin diperkatakan.Dan saya harap sangat ulama-ulama dan para ilmuan dapat mencari jalan untuk mengembalikan anak-anak muda Islam kembali kepada Islam yang sebenarnya.Bersatu dan wahai ilmuan dan ulama yang sangat saya hormati dan sayangi.Alangkah elok dan moleknya apabila anda semua bersatu menentang dakyah yahudi dan nasarani kerana itu lah yang sepatutnya kita tentang terlebih dahulu bukan lah perkara-perkara yang baik dalam islam ini.Musuh kita yang paling utama adalah yahudi, nasarani dah kafir laknatullah.Mari kita fahamkan anak-anak muda bahawa musuh kita yang sebenarnya adalah yahudi dan nasarani.Kita umat islam semuanya bersaudara.Jangan berbalah sesama kita.Jika kita sendiri berbalah musuh kita akan tersenyum kerana tengok kita berpecah belah.

Sebelum saya akhiri surat saya ini saya memohon ampun dan maaf sekiranya apa yang saya taip ini mengguris hati para ulama dan ilmuan semua.Amat dukacitanya saya jika surat saya ini mengguris hati para ulama dan ilmuan yang saya sangat sayangi dan hormati sekaliannya.Semoga akan ada satu jalan penyelesaian untuk memahamkan anak-anak muda islam siapa musuh kita yang paling utama iaitu Yahudi dan nasarani.Bukan berbalah antara saudara kita.Jadi la insan yang bersemangat dalam menentang yahudi dan nasarani bukan yang hanya bersemangat menentang sesama saudara seislam tapi bila lihat kemungkaran yang ditaja oleh yahudi dan nasarani kita wat donno jerk.Wallahua'alam.

Thursday, December 15, 2011

.: Pasir Tumboh, Kelantan :.

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Assalamualaikum wbt.

Bercerita akan gua akan cerita ini.Semoga dengan cerita ini kali semua akan terasa sesuatu atau cerita ini akan dia memberi lu orang semua rasa.

Alhamdulillah, gua jalan kaki dari pondok tadi ke CC ni lebih kurang 10 hingga 15 minit.Dan sampai juga gua dikedai alam maya ini.

Mesti lu orang semua nak tahu kan bagaimana kehidupan gua dipondokkan?Apa tak nak?Lu orang tak nak pun gua cerita juga lah akan cerita ini.

Ok, gua sampai di Kota Bharu pada hari sabtu pukul 8 pagi.Kemudian setelah berehat sebentar dirumah kawan gua yang memang asalnya dari Kota Bharu.Kemudian dalam pukul 1130 gua bangun dan pekena nasi berlauk ayam bersama dengan teh o yang extra manisnya macam makcik yang menjual teh o tersebut.Dan alangkah terkejut akan gua dengan harga yang tersangat lah murah.Maka harga teh o tersebut adalah .50 sen.Atau orang kelantan menyebutnya dengan SAMAH.Dan harga untuk dua orang makan adalah RM5.Memang murah.Sedap pun kanyaaa..

Selesai makan gua dan kawan gua itu memulakan perjalanan menuju ke Pondok Pasir Tumboh.Tapi mungkin tidak ada rezeki untuk gua mendaftar pada hari itu kerana orang yang bertugas pergi melawat ada kematian ditempat tersebut.Ditangguh urusan pendaftaran itu keesokan harinya.

Keesokan harinya, gua datang kembali.Dan alhamdulillah gua selamat mendaftarkan diri sebagai pelajar pondok dengan rasminya.Kemudian gua ditempatkan sementara disebuah pondok yang memang untuk sementara sahaja sebelum dapat pondok yang tetap.

Dipondok ini segalanya adalah diatas diri sendiri.Berdikari.Mereka cuma menyediakab guru untuk mengajar sahaja.Manakala mahu atau tidak mengajar bergantung pada diri sendiri.Niat dan hasrat gua memang untuk belajar jadi tempat bukan satu masalah bagi gua.Keselesaan juga bukan perkara yang boleh membuatkan gua patah semangat untuk belajar.Andaikata anda semua yang biasa duduk dibandar datang melawat ke pondok gua nescaya anda akan berasa kasihan dengan gua.Tapi oleh kerana keadaan itu lah gua lebih bersemangat untuk belajar.Kalau gua fikirkan keselesaan nescaya gua dah lama dah balik semula ke Kuala Lumpur.:)

Hari ini dah masuk hari yang ke 4 gua berada dipondok.Macam-macam rasa yang ada dalam diri.Itu yang hari ini gua gagahkan diri ke CC ini untuk berkongsi cerita dengan kalian.:)

Tidak dinafikan dalam ramai-ramai pelajar disitu ada yang bukan dengan rela hati untuk belajar.Mereka hanya datang untuk memenuhi kehendak ibu dan ayah mereka sahaja.Bukan dengan niat untuk menuntut ilmu.Tapi tak ramai la begitu.Yang ramainya dengan niat untuk menuntut ilmu.Alangkah seronoknya bila kita berada dalam kalangan mereka.Perbualan antara kami adalah perbualan ilmu.Masing-masing dengan hafalan masing-masing.Hebat.Memang lain dari pelajar universiti yang biasa.

Kehidupan dipondok bermula seawal pukul 5 pagi.5 pagi dah bangun dah.Minta maaf tiada air paip.Air yang disedut dari perigi kemudian disalurkan kedalam kolah.Kolah yang besar.Kemudian tiada bilik satu-satu seperti diasrama.Yang bagusnya mandi cara ini anda tidak akan membuka aurat.:).Hatta anda sendiri pun tidak pernah melihat aurat anda sendiri.Hebat tak?Anda mandi menggunakan kain basahan yang memang akan menutup aurat.Jika anda mahu membasuh hak yang dalam-dalam tu basuh lah sambil mengosok-gosok anggota dalaman anda tanpa melihatnya.Tengok betapa terjaga nya mata kita dari melihat aurat hatta aurat diri sendiri.:)

Kemudian setelah siap mandi gua akan bersiap untuk solat subuh berjemaah dimasjid.Pakaian seragam gua sudah tukar 100 peratus.Kain pelikat, jubah, kopiah dan serban.:).Setelah selesai solat subuh kami semua akan berwirid sampai pukul 7 hingga 7.30 pagi.Kemudian kami akan berehat hingga pukul 930 pagi.Masa ni la untuk kami sarapan ke nak bersenam ke nak sambung tidur ke dan apa-apa lah.Kemudian pukul 930 hingga ke pukul satu memang masa belajar.Anda boleh pilih untuk masuk ke kuliah mana.Ada kuliah Nahu, Sorof, Tajwid, Feqah dan sebagainya.Kemudian ada waktu senggang sebelum zohor kami akan pergi makan.Selepas zohor ada kuliah sampai pukul 4 petang.Kemudia lepas asar ada kuliah sampai kul 6 petang.6 petang masa riadah dan sampai maghrib.Lepas maghrib ada kuliah dan isyak.Lepas isyak ada kuliah sehigga pukul 1 pagi.Kemudian tidur.

Oklah.Gua tak cukup masa untuk menaip lagi.Gua terpaksa balik ke pondok.Memandangkan gua jalan kaki terasa jauh lak pondok.Ok ada masa nanti gua cerita lagi.Assalamualaikum.Jaga diri kamu baik-baik Nur Syahira Hamdan.:)