Thursday, December 15, 2011

.: Pasir Tumboh, Kelantan :.

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Assalamualaikum wbt.

Bercerita akan gua akan cerita ini.Semoga dengan cerita ini kali semua akan terasa sesuatu atau cerita ini akan dia memberi lu orang semua rasa.

Alhamdulillah, gua jalan kaki dari pondok tadi ke CC ni lebih kurang 10 hingga 15 minit.Dan sampai juga gua dikedai alam maya ini.

Mesti lu orang semua nak tahu kan bagaimana kehidupan gua dipondokkan?Apa tak nak?Lu orang tak nak pun gua cerita juga lah akan cerita ini.

Ok, gua sampai di Kota Bharu pada hari sabtu pukul 8 pagi.Kemudian setelah berehat sebentar dirumah kawan gua yang memang asalnya dari Kota Bharu.Kemudian dalam pukul 1130 gua bangun dan pekena nasi berlauk ayam bersama dengan teh o yang extra manisnya macam makcik yang menjual teh o tersebut.Dan alangkah terkejut akan gua dengan harga yang tersangat lah murah.Maka harga teh o tersebut adalah .50 sen.Atau orang kelantan menyebutnya dengan SAMAH.Dan harga untuk dua orang makan adalah RM5.Memang murah.Sedap pun kanyaaa..

Selesai makan gua dan kawan gua itu memulakan perjalanan menuju ke Pondok Pasir Tumboh.Tapi mungkin tidak ada rezeki untuk gua mendaftar pada hari itu kerana orang yang bertugas pergi melawat ada kematian ditempat tersebut.Ditangguh urusan pendaftaran itu keesokan harinya.

Keesokan harinya, gua datang kembali.Dan alhamdulillah gua selamat mendaftarkan diri sebagai pelajar pondok dengan rasminya.Kemudian gua ditempatkan sementara disebuah pondok yang memang untuk sementara sahaja sebelum dapat pondok yang tetap.

Dipondok ini segalanya adalah diatas diri sendiri.Berdikari.Mereka cuma menyediakab guru untuk mengajar sahaja.Manakala mahu atau tidak mengajar bergantung pada diri sendiri.Niat dan hasrat gua memang untuk belajar jadi tempat bukan satu masalah bagi gua.Keselesaan juga bukan perkara yang boleh membuatkan gua patah semangat untuk belajar.Andaikata anda semua yang biasa duduk dibandar datang melawat ke pondok gua nescaya anda akan berasa kasihan dengan gua.Tapi oleh kerana keadaan itu lah gua lebih bersemangat untuk belajar.Kalau gua fikirkan keselesaan nescaya gua dah lama dah balik semula ke Kuala Lumpur.:)

Hari ini dah masuk hari yang ke 4 gua berada dipondok.Macam-macam rasa yang ada dalam diri.Itu yang hari ini gua gagahkan diri ke CC ini untuk berkongsi cerita dengan kalian.:)

Tidak dinafikan dalam ramai-ramai pelajar disitu ada yang bukan dengan rela hati untuk belajar.Mereka hanya datang untuk memenuhi kehendak ibu dan ayah mereka sahaja.Bukan dengan niat untuk menuntut ilmu.Tapi tak ramai la begitu.Yang ramainya dengan niat untuk menuntut ilmu.Alangkah seronoknya bila kita berada dalam kalangan mereka.Perbualan antara kami adalah perbualan ilmu.Masing-masing dengan hafalan masing-masing.Hebat.Memang lain dari pelajar universiti yang biasa.

Kehidupan dipondok bermula seawal pukul 5 pagi.5 pagi dah bangun dah.Minta maaf tiada air paip.Air yang disedut dari perigi kemudian disalurkan kedalam kolah.Kolah yang besar.Kemudian tiada bilik satu-satu seperti diasrama.Yang bagusnya mandi cara ini anda tidak akan membuka aurat.:).Hatta anda sendiri pun tidak pernah melihat aurat anda sendiri.Hebat tak?Anda mandi menggunakan kain basahan yang memang akan menutup aurat.Jika anda mahu membasuh hak yang dalam-dalam tu basuh lah sambil mengosok-gosok anggota dalaman anda tanpa melihatnya.Tengok betapa terjaga nya mata kita dari melihat aurat hatta aurat diri sendiri.:)

Kemudian setelah siap mandi gua akan bersiap untuk solat subuh berjemaah dimasjid.Pakaian seragam gua sudah tukar 100 peratus.Kain pelikat, jubah, kopiah dan serban.:).Setelah selesai solat subuh kami semua akan berwirid sampai pukul 7 hingga 7.30 pagi.Kemudian kami akan berehat hingga pukul 930 pagi.Masa ni la untuk kami sarapan ke nak bersenam ke nak sambung tidur ke dan apa-apa lah.Kemudian pukul 930 hingga ke pukul satu memang masa belajar.Anda boleh pilih untuk masuk ke kuliah mana.Ada kuliah Nahu, Sorof, Tajwid, Feqah dan sebagainya.Kemudian ada waktu senggang sebelum zohor kami akan pergi makan.Selepas zohor ada kuliah sampai pukul 4 petang.Kemudia lepas asar ada kuliah sampai kul 6 petang.6 petang masa riadah dan sampai maghrib.Lepas maghrib ada kuliah dan isyak.Lepas isyak ada kuliah sehigga pukul 1 pagi.Kemudian tidur.

Oklah.Gua tak cukup masa untuk menaip lagi.Gua terpaksa balik ke pondok.Memandangkan gua jalan kaki terasa jauh lak pondok.Ok ada masa nanti gua cerita lagi.Assalamualaikum.Jaga diri kamu baik-baik Nur Syahira Hamdan.:)

No comments: