Bismillahirrahmaanirrahiim...
Assalamualaikum wbt,
Segala puji hanya layak bagi Allah yang memiliki segala yang ada didunia dan diangkasa.Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya dan juga sahabat-sahabatnya juga pengikut-pengikut sahabat juga pengikut-pengikut yang mengikuti mereka dari masa ke semasa hingga hari kiamat nanti.
Adalah saya menaip surat ini ada bertujuan melahirkan isi hati saya yang amat risau dengan keadaan dan situasi yang sedang berlaku dalam negara kita sekarang ini.Saya bukan la seorang yang terpelajar hingga peringkat tertinggi, saya hanya seorang rakyat biasa yang sayangkan anak-anak muda islam kita yang sekarang ini sedang jauh dan semakin jauh dari agama.Tidak dapat tidak perkara ini tidak dinafikan.Lihat saja dimana-mana samada kampung, pekan, bandar dan juga bandaraya gejala-gejala sosial amat meruncing.Gejala-gejala itu tidak perlu lah saya sebut kerana terlalu banyak kes-kes yang terpampang didada-dada akhbar dan semua orang tahu akan itu.Tapi malangnya perlaksanaan atau tidakan-tindakan yang boleh membawa anak-anak muda islam ini kembali kepada agama sangat-sangat kurang.Malahan makin banyak pula hiburan-hiburan yang melalaikan anak-anak muda islam ini dibenarkan berleluasa dimedia-media massa juga media cetak.Malah pihak pemerintah pula sibuk dengan urusan meraih kembali minat rakyat kepada mereka supaya mereka boleh memerintah lagi.Maka amatlah sedikit orang yang memperdulikan kisah anak-anak muda pemimpin masa depan ini.Lalu mereka terus hanyut dan lalai dengan dakyah-dakyah yahudi dan nasarani yang inginkan umat islam lalai.Dan nampaknya mereka hampir berjaya malah boleh dikatakan berjaya sekarang ini.
Di Malaysia sangat ramai intelek-intelek dan pemikir-pemikir Islam.Mereka ini sangat arif dalam soal-soal hukum, sejarah dan cabang-cabang ilmu yang kebanyakannya orang-orang seperti saya ini tidak tahu.Tidak ada dahan lagi untuk berpaut kecuali dengan para ilmuan dan juga ulama-ulama sahaja yang dapat membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada orang awam seperti saya ini dengan izin Allah.Tapi amatlah malang kebelakangan ini di Youtube, Facebook dan diblog-blog para intelek ini berbalah antara satu sama lain.Mereka sibuk dengan isu wahabinya, sibuk dengan perkara khilafiahnya, sibuk dengan taksub mazhabnya, sibuk dengan membanggakankan produk yang mereka bawa dan sibuk mempertahankan hujah bahawa mereka betul dan orang lain salah.Para ilmuan muda sibuk hendak mengatakan yang si tua salah.Si tua sibuk mengatakan simuda salah.Si A sibuk melabelkan orang itu wahabi, si B sibuk mengatakan Si A menjual agama dan sebagainya.Hal ini sangat lah menduka-citakan.Sedangkan anak-anak muda sibuk dengan urusan maksiatnya, sibuk dengan urusan dosanya.Sibuk dengan dunia internetnya dan sibuk dengan urusan hiburannya.Remaja perempuan pula sibuk dengan gitarnya sebab nak jadi penyanyi dengan gitarnya.Si lelakinya sibuk dengan motor-motornya dan alatan-alatan modennya.TV pulak sibuk dengan rancangan hiburan yang hendak menarik remaja supaya banyak menonton tv dari mendegar ceramah-ceramah ilmu.Amatlah merisaukan keadaan ini.
Saya ingin mencadangkan supaya ulama-ulama, para ilmuan bersatu hati dan bekerjasama memikirkan jalan untuk menyelamatkan anak-anak muda islam ini supaya kami ini berminat dengan ilmu dan supaya dengan ilmu ini dapat memandu kami mengikut jalan yang Allah redha.Jika ulama-ulama dan para ilmuan berselisih pendapat hendaklah antara mereka menyelesaikan perkara itu secara ilmiah.Amatlah tidak beradap jika para ilmuan dan ulama-ulama saling balas membalas hujah melalui youtube, FB, Twitter dan blog-blog kerana perkara ini akan memburukkan lagi keadaan.Bagi mereka yang faham tentang agama tak per la mereka boleh faham.Jika orang itu tidak faham agama langsung mereka akan kata ah ulama-ulama dan para ilmuan pun bertelegah.Jadi bila mana mereka baru nak kenal agama tapi para ilmuan dan para ulama bertelegah dan sibuk hendak mempertahankan hujah-hujah dan juga hendak mencari pengaruh maka minat golongan muda ini akan pudar dan seterusnya makin jauh dari agama.Dan boleh jadi golongan-golongan ini akan berpuak-berpuak sudahnya jadi hancur lebur lah generasi umat Islam dan berjaya lah yahudi dan nasarani.
Jadi saya pohon supaya perkara-perkara berat seperti isu-isu wahabi dan khilafiah tidaklah di highlight sangat-sangat kerana bagi mereka yang tidak begitu dalam tentang ilmu agama mereka jadi keliru dan pening.Ustaz ni kata gitu ustaz ni kata gitu jadi mereka jadi pening.Mungkin para ilmuan dan ulama-ulama boleh berbincang supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat islam.Oleh kerana sekarang ini dunia internet telah membuatkan perkara ini semakin terbuka.Harus para ilmuan dan ulama lebih bertanggung jawab dengan apa yang ingin diperkatakan.Dan saya harap sangat ulama-ulama dan para ilmuan dapat mencari jalan untuk mengembalikan anak-anak muda Islam kembali kepada Islam yang sebenarnya.Bersatu dan wahai ilmuan dan ulama yang sangat saya hormati dan sayangi.Alangkah elok dan moleknya apabila anda semua bersatu menentang dakyah yahudi dan nasarani kerana itu lah yang sepatutnya kita tentang terlebih dahulu bukan lah perkara-perkara yang baik dalam islam ini.Musuh kita yang paling utama adalah yahudi, nasarani dah kafir laknatullah.Mari kita fahamkan anak-anak muda bahawa musuh kita yang sebenarnya adalah yahudi dan nasarani.Kita umat islam semuanya bersaudara.Jangan berbalah sesama kita.Jika kita sendiri berbalah musuh kita akan tersenyum kerana tengok kita berpecah belah.
Sebelum saya akhiri surat saya ini saya memohon ampun dan maaf sekiranya apa yang saya taip ini mengguris hati para ulama dan ilmuan semua.Amat dukacitanya saya jika surat saya ini mengguris hati para ulama dan ilmuan yang saya sangat sayangi dan hormati sekaliannya.Semoga akan ada satu jalan penyelesaian untuk memahamkan anak-anak muda islam siapa musuh kita yang paling utama iaitu Yahudi dan nasarani.Bukan berbalah antara saudara kita.Jadi la insan yang bersemangat dalam menentang yahudi dan nasarani bukan yang hanya bersemangat menentang sesama saudara seislam tapi bila lihat kemungkaran yang ditaja oleh yahudi dan nasarani kita wat donno jerk.Wallahua'alam.
No comments:
Post a Comment