Bismillahirrahmaanirrahiim..
Assalamualaikum wbt..
Hai uols...uols jangan pelik pulak yer blog gua ni dah jadi macam blog dakwah pulak..Gua sebenarnya bukannya apa just nak berkongsi jerk ngan uols semua..mudah-mudahan dapat faedah juga bila baca blog gua ni..Bukan apa hidup di dunia ni kena la saling ingat mengingati antara satu sama lain kan..
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan
kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan” [Imam Hasan Al-Basr]
Ok..Sebagai manusia yang hina lagi fakir ini memang kompem kita tak pernah lari dari kesilapan dan kelalaian..Kita terlalu sibuk mengejar dunia..Memangggg..Segala-galanya nampak indah..Dengan kecanggihan teknologi.sempurna dari segenap aspek..Kalau nak kata dari segi makanan, memang canggih..makanan pun canggih braderr..Di Kuala Lumpur ni sebut jer nak makan apa..semua ada..dari makanan berat sampai la makanan yang ringan-ringan..dari makan ready masak sampai la makanan yang kita kena masak sendiri..dah lah bayar mahal pastu kena masak sendiri lak..nampak sangat kita ni kena tipu jerk hidup-hidup..wakakak..gua la tu kena tipu..Kalau pasal telefon tangan..wah memang canggih giler braderr..kalau nak sebut satu-satu memang sebulan la gua taip blog ni..Jadi semua manusia pun sedar..Kita ni telah dilalaikan oleh dunia hingga kita lupa akan bekalan kita ke negeri akhirat yang kekal abadi...
Ada orang kata..Lu ni apasal nak zuhud sangat...Chill la braderr..Heh..Sekarang lu boleh cakap lah ngan gua cam tu..Esok-esok datang utusan Allah yang bernama Izrail lu nak cakap apa ngan dia?Lu nak cakap rileks la bro..nak kalut kalut amik nyawa gua wat pe..amik la nyawa jiran gua dulu dia dah tua dah tu...Memang tak mampu la lu nak cakap macam tu..Sekarang lu sihat, lu ada rumah, lu ada kerja, ada duit sikit, ada bonus ASB tiap tahun lu boleh lah cakap chill la bro..Cuba lu baring terlentang sakit tengok..Lu heran tak ngan semua yang ada?Silap-silap lu suruh orang semua sedekah apa yang lu ada kepada orang lain..tapi masa tu tak guna dah..Dah terlambat braderrr...Jadi, akal yang sempurna adalah akal yang selalu muhasabah diri dan sedar siapa diri kita ni..Auf bin Abdullah berkata : orang-orang ahli khair satu sama lain berpesan satu sama lain dengan tiga kalimat.Sesiapa yang beramal untuk akhirat maka Allah akan mencukupkan urusan dunianya, sesiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan memperbaiki hubungannya sesama manusia dan barangsiapa yang memperbaiki hatinya maka Allah akan memperelokkan zahirnya..
Meh gua cerita sikit pasal perjalanan kita menuju ke alam kita yang kedua iaitu alam barzakh..Kisah ini dipetik dari Abu Laits yang meriwayatkan dari sanadnya dari al-Bara' Bin aazib r.a berkata : Kami bersama Nabi s.a.w keluar menghantar jenazah seorang sahabat Anshar, maka ketika kami sampai ke kubur dan sebelum dimasukkan dalam lahad, Nabi s.a.w mengkorek-korek dengan dahan yang ditanganya, lalu mengangkat kepala dan bersabda :Berlindung lah kamu kepada Allah dari seksa kubur dan diulangnya 2 dan 3 kali.Lalu bersabda dengan maksud:
Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia menghadapai akhirat akan turun padanya malaikat yang berseri-seri bagaikan matahari membawa kafan dari syurga dan duduk mengeliling didepannya sejauh pandangan mata.Dan datang malaikat maut dari kepalanya dan duduk dikepalanya serta memanggil, Wahai roh yang tenang dan baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan redhanya.
Nabi s.a.w bersabda lagi dengan maksud :
Maka keluarlah ruhnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi ke tempat air dan diterima dan dimasukkan kedalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum di atas bumi lalu dibawa naik ke langit dan akan melalui sekumpulan malaikat.Lalu malaikat-malaikat pun bertanya kepada Izrail, Ruh siapakah yang harum ini?Dijawab oleh Izrail, Ruh fulan bin fulan sehingga sampai ke dada langit dan di sana dibukakan pintu langit, disambut oleh penduduknya dan pada tiap langit dihantar oleh malaikat Muqarrabun dibawa naik ke langit yang atas hingga langit ketujuh.Maka Allah berfirman : Catatlah suratnya illiyyin.Kemudian dikembalikan ke bumi kerana daripadanya kami jadikan dan kepadanya kami kembalikan dan daripadanya juga kami akan keluarkan bila tiba saatnya.Maka kembali lah ruh ke jasad dalam kubur.Kemudian datang dua malaikat menanya 1.Siapa tuhan kamu.Maka dijawab Allah tuhanku.2, Apakah agamamu.Maka dijawab agamaku Islam.3,ditanya bagaimana pendapatmu tentang orang yang diutuskan dikalangan kamu?Dijawab, Dia utusan Allah.Ditanya lagi bagaimana kamu mengetahui itu?.Dijawabnya Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkanya.Maka terdengar suara:Benar hambaku, maka berikannya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju ke syurga supaya dia mendapat bau dan hawa syurga, lalu diluaskan kubur sepanjang mata memandang kemudian datang kepadanya seorang yang baik rupa paras dan harum baunya sambil berkata : Terimalah khabar gembira, ini saat yang dijanjikan Allah kepadamu.Lalu jasad bertanya, siapakah engkau?Jawabnya, aku lah amal perbuatanmu yang baik lalu jasad pun berkata Ya Allah segerakanlah kiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan-kawanku.
Wallahu'alam..
Jadi hari ni gua cerita pasal ruh orang mukmin, ruh orang yang banyak amal baiknya..Orang yang jaga solat 5 waktunya, orang yang rajin bersedekah pada jalan Allah, orang yang rajin berpuasa, orang yang berzakat dan orang yang mengikhlaskan hidupnya kerana Allah taala.Orang yang redha dengan apa yang Allah kurniakan padanya tak kira baik atau buruk kurniaan Allah itu.Baiklah kawan-kawan marilah kita sama-sama sedar akan diri kita bahawasanya kita akan mati.Tidak ada gunanya perhiasan dunia ini jika kita tidak menggunakannya pada jalan Allah.Kita punya duit yang banyak kita sedekahkan pada jalan Allah.Kita punya kereta mewah kita drive ke jalan Allah..kita punya blog mari kita gunakan ke jalan kebaikan..Mari kita ajak kawan-kawan kita balik semula kepada agama Allah.Jika member kita cakap hek eleh macam lu baik sangat nak nasihat orang..Balas la
Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan
kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan” [Imam Hasan Al-Basr]
Semoga dengan sumbangan kita yang sedikit ini bisa kita bawa menghadap Allah dipadang Mahsyar nanti.
No comments:
Post a Comment