Tuesday, March 08, 2011

.: Masalah orang masalah Gua, Masalah Gua masalah Gua :.

Bismillahirrahmaanirrahim..

Assalamualaikum.

Entry hari ini mungkin beremosi berbaur provokasi.HaHaHa dan Ha..Takda lah..Gurau jerk.Malam tadi gua tak tidur langsung.Oleh kerana dua orang tamu yang bertandang kerumah gua.Apa-apa pun terima kasih kerana sudi menjengah gua.Memang gua akui ada baik dan ada buruknya tetamu ini.Mereka gua kenal dari kecil hingga la sekarang ini.Baik buruk mereka gua tahu sangat dan begitu juga la baik buruknya gua ini mereka arif sangat.

Jika gua nak ceritakan kisah mereka ini memang penat lah jari gua menaip.Maka akan berjela-jela la blog gua hari ini.Gua taknak lu orang bosan baca.Walaupun gua tahu lu orang suka baca blog gua.Terima kasih.Okay apa yang gua nak ceritakan hari ini adalah cerita masalah.Ya, semua orang yang ada didalam dunia ini ada masalah.Orang yang tiada masalah adalah orang hilang akalnya.Wah halusnya bahasa.Yang menjadi persoalannya kenapa masalah orang jadi masalah gua dan masalah gua tetap masalah gua.Kenapa masalah gua tak jadi masalah orang lain?Itu yang gua hairan tu.

Rentetan.

1.Setiap kali ada masalah keluarga tak kiralah abang ke adik ke semua campak masalah kat gua.Oi gua anak no 3 lah.Yang sulung ada.Yang no 2 pun ada.Apa ke heiii..Ceciterr..Bukan gua komplen tau.Gua hanya hairan.

Tetiba gua tak jumpa no 2.Hahahaha.Gua hairan lah.Serius benar gua hairan.Gua ni ada signboard "Sila adukan masalah anda pada orang ini".HaHaHa dan Ha.Gua gelak geram sebenarnya.Masalah kambing, masalah lembu, masalah ayam, masalah taik kelawar dan semua jenis masalah lah gua dah jumpa pengadunya.Ada yang minta selesaikan, ada yang minta pendapat merangkap selesaikan dan ada juga lu selesaikan tak kira!Macam-macam perangai orangkan.Gua masih bertahan lagi.Cuma gua hairan, jika orang mengadu masalah kat gua, jika gua ada masalah gua nak mengadu kat sapa?

Jawapannya :

Cukup lah hanya Allah bagi gua.Dia lah yang maha mengerti.

No comments: