Wednesday, March 02, 2011

.: Seputar Dua putar :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum,

Hari ini dah 2hb March 2011.Dah enam bulan syarikat gua beroperasi.Pejam celik, pejam celik, celik pejam, celik pejam ( senaman mata yang menggoda ).Sila lakukan didepan teman lelaki atau teman gadis lu orang pasti mereka akan terpesona.Jika gua buat terus pengsan teman gadis gua.Kalau tak pengsan mungkin muntah.Ok ok berbalik pada penceritaan gua.Dah enam bulan operasi.Alhamdulillah segala-galanya berjalan dengan baik seperti apa yang gua hendak dan gua harap keredhaan Allah jua adanya.

Dalam tempoh edah ( maaf gua berjenaka lembut ), dalam tempoh enam bulan pelbagai masalah yang datang.Alhamdulillah gua dapat atasi masalah itu dengan Tenang Stesen Labis ( maaf sekali lagi gua berjenaka ).Dati enterprise kepada SDN. BHD.Dari projek 7k hingga lah kepada 42k terbesar setakat ini.Peningkatan itu cukup memberangsangkan.Tapi lu orang jangan ingat gua banyak duit pula yer.Tapi jika nak minta berlanja tu gua ok lagi.Gua tegaskan gua bukan nak tunjukkan jumlah projek gua kang kata gua riak pulak.Ye lah setakat projek gua ni memang kecil-kecil anak lah jika nak dibandingkan dengan syarikat-syarikat lain yang mungkin dapat projek juta-juta.Tapi bagi gua yang tak ada pengalaman berniaga ni projek sebesar itu dah cukup memuaskan hati gua.Eh kenapa gua cerita ni?Macam tak kena tempat jer.Eh eh gua punya suka la blog gua.Hahahah..( gua main kasar ).

Ok cerita pasal projek.Sekarang ni gua sedang mengusahakan satu projek make over.Semalam ada makcik datang pejabat gua.Dan dia memerlukan kepakaran gua untuk make over kedai baru dia.Ok makcik ni bercadang nak buka butik muslimah.Tapi lebih kepada pakaian arab.Jubah dan semua yang berkaitan dengannya dan dia bercadang nak letak unta didepan kedainya...( jangan percaya gua tipu )Tapi itu idea gua la.Jika bebetul pun cantik juga.Orang boleh tengok unta sambil tengok baju.Dan mungkin gua akan tabur pasir dalam kedai dia.Tak perlu pakai lantai tile atau lantai kayu.Pakai pasir jer sebagai lantai.Then dalam kedai dia tu gua nak letak pokok kurma dan batu-batu.Jadi diaorang boleh berbincang berkenaan dengan rekaan jubah sambil pekena kurma.Penyaman udara tak perlu.Biar panas supaya kita boleh feel irama padang pasir.Kalau boleh ambil pekerja tambahan untuk menjadi model orang arab jahiliah supaya nampak lebih true.Senang jika pelanggan tak confirm dan teragak-agak kita letak jer pedang kat leher mereka supaya confirmkan.Lebih kurang macam tu idea yang ada dalam kepala gua ini untuk makcik ni.Harapan gua supaya makcik ni boleh terima idea gua ni dan gua berdoa semoga tidak mendapat sumpah seranah berbaur anak derhaka dari makcik ni.Hahahha..( ok gua bergurau )

Ok Serius.Sila abaikan kisah unta, pasir dan kurma diatas.Memang idea gila tu takkan makcik tu nak.Tapi perkara tu tak mustahil.Ada sesiapa nak suruh gua buat butik berkonsepkan macam tu?Sila hubungi saya yer.Ok ok ok ok gua serius.Gua dah ada idea sebenarnya nak wat apa.Jika projek ni confirm nescaya lepas ni Eric Leong letak jawatan.hehehehe.Jadi tunggu jer la keputusannya nanti.

Ok lah tu jer waktu senggang kita kali ni.Ada masa gua taip lagi yer.

-END_

No comments: