Thursday, March 03, 2011

.: Sedekah dan pemintanya :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum,

Hai semua yang ada dilangit dan dibumi.Wah sekarang bahasa gua merangkumi alam semesta.Kekadang gua hanya lihat dunia tanpa mempedulikan makhluk alam lain.Tapi tak bermakna gua berkawan dengan jin sekarang ini.Jangan risau pula yer.Samada kita sedar atau tidak itu la realitinya.Mereka tetap ada dimana jua kita berada.(mode seram)

Tapi hari ini gua bukan nak bercakap pasal jin atau makhluk lain yang ada dialam lain tapi hari ni gua nak bercakap tentang sedekah dan pemintanya.Bukannya apa gua pernah ingat satu ketika ada seorang kawan.Dia selalu mempertikaikan peminta sedekah.Kekadang dia bagi seringgit tetapi setelah dia bagi dia akan kata " entah ye entah tidak la susah ".Skripnya macam itu lah.Gua sound tepat kat lubang hidung dia, "lu ni nak bagi bagi jer lah kalau taknak bagi lu diam jer.Dia bebetul susah atau tidak itu antara dia dengan Allah bukan urusan kita!"Gua tegas.Dia buat-buat cari mamak nak order teh o ais limau.

Jadi hari ni gua nak kongsi satu ayat dari surah Al Baqarah ayat 263 yang maksudnya berbunyi begini :-

(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar. Al-Baqarah 263.

Allah dah bagi tau kita segala-galanya dalam AlQuran.Cuma kita mahu atau tidak mahu untuk mengkaji atau belajar dari apa yang Allah beritahu kita dalam AlQuran.Bukankah AlQuran itu satu pertunjuk yang jelas dan nyata?Jika kita ada sebarang masalah kita boleh rujuk kepada AlQuran.Segala-gala masalah dan penyelesaiannya semua ada didalam AlQuran.

Jadi jika ada peminta sedekah yang datang kepada kita jika kita nak bagi bagi jer jangan kita persoalkan pula.Jika tak nak bagi berlemah lembut lah dengan mereka dan ucaplah perkataan-perkataan yang baik.Mudah mudahan Allah meredhai kita.Ok cukup setakat hari ini jika diizinkan Allah gua akan berkongsi lagi.

-END-

No comments: