Bismillahirrahmaanirrahim...
Assalamualaikum,
Hari ni rockers nak berbicara pasal mistik.Mistik tu apa?Lipstik gua tau lah.Mistik tu jap gua google.Oh tak jumpa.Meh gua buat andaian gua secara peribadi.Mistik tu adalah satu perkara atau benda atau peristiwa yang tidak dapat di huraikan secara saintifik atau dengan mata kasar sehingga kita sendiri merasainya.Contoh kehenseman Gua.Ok sila muntah.Mistik per.Gua sendiri yang merasainya.Cuba lu suruh sains kaji kehenseman seseorang terletak dimana?Tentulah dimata.Dimata orang yang memandangnya kan?Jadi gua tak salahkan lu orang bila lu orang cakap gua hensem, manis, cun dan awet muda.Memang susah nak dihuraikan.Gua sendiri pun tak boleh nak huraikan dimanakah letaknya hensem gua ni.Ok gua dah melalut panjang.Bukan itu yang gua nak taip sebenarnya.
Ok mistik.Ada barang mistik.Ada peristiwa mistik.Contoh bila kita berada disatu tempat yang baru bagi kita tapi kita rasa kita pernah pergi tempat tu sebelum ni tapi masa bila ek.Mungkin kita rasa kita pernah bermimpi ke tempat tersebut.Mistik tu.Lu orang pernah alami?Pernah kan.Atau pun bila lu orang tengok muka gua bagi yang belum kenal then lu orang akan cakap macam pernah nampak muka mamat ni kat mana ek.Lu orang rasa lu orang kenal gua.Tapi gua tak kenal lu orang.Mistik gak tu.
Ok mistik yang gua sangat termistik ialah Santau, Saka dan sihir.Perkara-perkara ini hanya orang yang mengalami nya sahaja yang tahu.Yang tidak mengalaminya memang tak tahu lah.Kita kena percaya bahawa adanya perkara ghaib.Perkara yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.Adanya jin dan Syaitan juga iblis.Itu susur galurnya.Jadi apabila manusia ini dah cukup terer untuk menjenamakan jin dan syaitan ini tentulah keluar pelbagai nama dan jenama.Padahal itu semua Jin dan syaitan.Bukan satu perkara yang mudah untuk santau menyantau orang lain.Tanpa izin Allah semua tu takkan terjadi.Habis tu orang yang kena santau tu maknanya Allah izinkan lah.Takkan Allah sezalim itu brader.Ok ini pandangan peribadi gua lah eh.Lu orang boleh baca dan terpulang pada lu orang nak terimanya macam mana.Nak terima baik jadi baik la nak terima buruk jadi buruk.
Padangan gua.
Mungkin.Ini mungkin yer.Mungkin santau atau yang seumpama dengan tu terjadi disebabkan kita lalai.Allah taala dah bagi kita panduan bagaimana untuk mengelak dari santau dan hasad dengki dari manusia dan jin ini.Dalam Surah Al Falaq yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (1) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (2) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (3) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (4) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya. / (5)
Juga terdapat dalam surah An-Nas yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (1) Yang Menguasai sekalian manusia. (2) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. (3) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. (4) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (5) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. / (6)
Dan juga ayat kursi dari surah Al-Baqarah ayat 255 yang bermaksud :
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (255)
Ok dapat gua simpulkan selama mana kita mengingati Allah Taala selama itu lah Allah juga ingatkan kita dan menjaga kita dari segala hasad dengki manusia, jin dan syaitan.Mungkin orang boleh kata lu tak kena boleh la cakap.Nope, Iktikad gua hanya pada Allah dan hanya pada dia gua berserah.Dan setiap apa yang berlaku adalah dengan keizinanNYA.Sekiranya terjadi kepada gua, gua yakin itu adalah peringatan Allah yang paling besar untuk diri gua dan gua redha.Sebagai panduan kita bersama amalkanlah 4 Qul dan ayat Kursi ini.Insyaallah.Tapi kena ngan pantunnya juga.Jika kita tak solat 5 waktu macam mana kita nak amalkan ayat-ayat Allah ini.So pantunnya kena la cantik brader.Lu tak kerja macam mana lu nak dapat gaji?Tak faham jugak.Lu tak kerja sapa nak bagi lu orang socso dan EPF?Tak faham jugak?Sudah lah.Gua nak tidur.
Sebelum gua chow..Membacanya biar la dengan tartil.Betul tajwidnya dan harakatnya dan betul juga makhrajnya.Jangan main sedap bunyi jer nanti Syaitan pun ketawakan kita sebab baca pun salah.Ok?Sharing is caring brader and sister.
-END-
No comments:
Post a Comment