Friday, February 25, 2011

.: Al Baqarah 2:216 :.

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Assalamualaikum wbt.

Aku berlindung dengan nama Allah dari Syaitan yang direjam.

" Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedangkan peperangan itu adalah sesuatu yang paling kamu benci;dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Dan (ingatlah) Allah jua yang mengetahui (semuanya itu)sedangkan kamu tidak mengetahuinya".Al Baqarah 2:216.

Gua sangat suka ayat diatas.Sememangnya apa yang berlaku pada kita kekadang kita tidak berpuas hati.Kita selalu mengimpikan sesuatu yang indah dan bahagia.Jika kita mendapat ujian dari allah maka kita selalu menyalahkan takdir.Bagi yang tidak mengetahui isi Al Quran maka mereka sering kali berputus asa dari rahmat Allah.Pertunjuk itu akan Allah bagi kepada mereka yang mahu mencari pertunjuk.Sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap apa yang terdetik dihati ummat manusia.

Al Quran amat lah sesuai untuk sepanjang zaman.Al Quran tidak pernah sedikit pun tertinggal kebelakang malahan memberitahu masa hadapan jika manusia itu sendiri mengkaji dengan mendalam serta memohon pertunjuk dari Allah.Tapi gua tak faham kenapa ada sesetengah yang dikatakan cerdik pandai selalu berbantah-bantah dan berselisihan faham mengenai sesuatu hukum.Padahal Al Quran itu sudah cukup lengkap untuk kehidupan manusia.Beruntunglah bagi mereka yang mengkaji Al Quran serta mendapat pertunjuk dari Allah.

Ayat ini sangat memberi kesan kepada gua.Mengajar akan erti hidup ini.Setiap yang berlaku itu adalah rahmat dari Allah.Tidak ada satu pun yang Allah beri kepada manusia yang beriman itu buruk melainkan adalah ujian bagi mereka.

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)". Al Baqarah 2:214

Jadi ingin gua memberi peringatan kepada diri Gua sendiri serta saudara saudari bahawa apa yang terjadi samaada ia baik atau buruk ingat lah bahawa ianya datang dari Allah.Sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan tak kira baik atau buruk.Sesungguhnya Allah maha mengetahui.

-END-

No comments: