Bismillahirrahmaanirrahim..
Assalamualaikum..
Aha..Gua menaip hari ini.Akhirnya Gua kalah juga dengan keinginan untuk menaip.Kenapa menaip sedangkan Lu boleh rakam suara?Itu soalan yang agak sukar untuk dijawab.Ok gua jawab.Gua tak nak lu orang tengok muka gua selalu.Sebab muka gua ini ada magis.Magis bukan manggis.Magisnya muka gua ni,Lu orang akan terkenang-kenang muka Gua yang manis berperisa strawberi ni di mana juga anda berada.Makan, minum, tidur, kerja, sambil berlelong atau sambil membuat imbangan duga yang tidak pernah terduga.( very the verangan ).Jadi Gua kurangkan video Gua ini untuk mengelakkan kalian terkenangkan wajah Gua yang hidung tak mancung pipi tersoron-sorong ini untuk seketika.Ehehehehe....( Padahal takda masa hendak menyanyi dan tidak ada roh untuk menyanyi )
Tapi bukan itu tujuan Gua menaip hari ini.( Malam ini, dah kul 1153pm ).Isu yang hendak Gua kupaskan pada hari ini adalah sesuatu yang berkenaan dengan Gua.Sepanjang 31 tahun Gua hidup, macam-macam yang dah gua lalui.Pahit, manis, kelat, payau, santan berlada, tumis lemak cili kering sampai ke ikan kering masak rendang, semuanya telah Gua lalui.Tetapi masih ada banyak perkara baru yang Gua lalui setiap hari.Itulah kehidupan namanya.Sentiasa ada perkara baru dalam hidup dan ada juga perkara lama yang akan berulang kembali tanpa kita sedari.
Ok.( Perkataan OK ni ada dalam kamus tak? ada sesiapa yang boleh bagi tahu? )Baiklah.Dalam hidup ini Gua banyak memainkan watak.Ya, watak.Pelbagai watak yang dah gua mainkan tanpa ada manusia lain yang bagi skrip pada Gua.Dan perkara itu terjadi secara tidak sengaja atau tercipta peluang untuk perkara itu berlaku atau kita berada dalam keadaan lalai.Baiklah.Watak-watak adalah seperti berikut :-
1).Watak anak.
Watak anak yang Gua mainkan sampailah sekarang ini.Anak kepada abah dan anak kepada emak.Walaupun emak telah pergi meninggalkan gua pada 26 Nov 2009 ( Al-Fatihah untuk emak )tetapi watak itu masih perlu gua mainkan kerana anak yang soleh adalah perkara yang ditinggalkan setelah kita meninggal dunia.Tetapi Gua tidak mengatakan bahawa Gua anak yang soleh walaupun gua sangat teringin menjadi anak yang soleh supaya emak gua senang di alam sana.Dan gua masih berusaha untuk kearah itu.Dan keputusannya gua masih belum mampu untuk memainkan watak seorang anak dengan jayanya.Ya, masih belum mampu lagi walaupun gua dah hidup 31 tahun.Gua mungkin tidak mampu membawa abah kemana-mana sahaja seperti mana gua merengek bila abah menghidupkan enjin motosikalnya.Kemana abah pergi pasti gua akan ikut.Dan abah akan bawa juga.Tapi cuba abah pula yang merengek bila gua hidupkan enjin kereta?Mampukah Gua untuk membawa dia?Haaa persoalan tu.Umpama macam iklah tu la.Burung apa?Burung Murai.Burung apa?Burung Murai.
2).Watak Mat Rempit.
Jangan tak percaya Gua pernah jadi Mat Rempit.Tapi di kampung aje lah.Gua suka jadi Mat Rempit.Tapi Mat Rempit zaman gua tidak sama sekali sama macam zaman sekarang.Mat Rempit zaman itu belum pandai meragut lagi.Segala-galanya berkaitan dengan keberanian dan kemenangan.Ops!Perempuan pun tidak ada ya.Berlumba motosikal ini sebenarnya adalah satu cabaran untuk diri sendiri.Keghairahan.Cara-cara kita mengambil selekoh yang tajam.Bagaimana kita memecut dengan berbaring diatas motosikal.Menukar 'Gear' dengan menggunakan tangan.Dan pastinya kemenangan itu memberi satu kepuasan.Kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Dan Gua juga tak berjaya memainkan watak Mat Rempit kerana Gua telah melanggar salah satu tiang telefon dikampung Gua dan malangnya tiang itu tidak patah malah kaki Gua yang patah.Gua tak berjaya.Walaupun masa itu nama gua meniti disetiap bibir merah makcik-makcik yang tidak mahu menjadikan gua sebagai menantu tetapi anak-anak gadis mereka bagai histeria apabila bunyi motosikal gua lalu depan rumah mereka.Ada yang pengsan.Tetapi gua masih tidak berjaya memainkan watak itu.
3).Kasanova, Playboy, Pemain.
Gua tak pernah mainkan watak ini.Walaupun Gua hensem.Jangan gelak.Betul ni.Tapi orang hensem takkan tak pernah mainkan watak ini kan?Baiklah pernah juga.Dulu.Dulu punya cerita.Masa zaman dulu.Yelah dulu punya cerita.Barang yang lepas tak elok dikenangkan.Jadi potong watak ini.
4).Ustaz
Lu orang pelik atau tidak kalau Gua pernah pegang watak ustaz.Tak pelikkan.Sebab muka Gua ini kan jenis yang baik-baik senang cerita muka bukan anak derhakalah.Ya.Gua pernah mengajar orang mengaji.Gua ajar tajwid.Nak ajar taranum Gua pun tak belajar lagi.Apa?Nak dengan Gua mengaji?Insyaallah jika tidak menimbulkan fitnah nanti Gua muat naikkan video Gua mengaji.Dan sekali lagi gua gagal untuk memainkan watak itu dengan baik sebab watak itu tidak berterusan.
5).Bos.Ketua.
Baiklah.Watak ini dari tahun 2009.Waktu bekerja dengan satu organisasi Gua jadi ketua.Waktu di organisasi ini Gua jadi ketua.Watak ini boleh Gua katakan berjaya juga kerana Gua ada buat sesuatu yang membanggakan.Dan sampai sekarang ianya menjadi rekod yang agak susah untuk dipecahkan tetapi tidak mustahil.Dan Gua bangga dengan itu.Dan sekarang di syarikat sendiri Gua memainkan watak itu sekali lagi.Kali ini lebih mencabar.Sangat-sangat mencabar.Dan watak ini terlalu banyak bermain dengan perasaan.Ekspresi muka.Ok bagi seorang bos muka mesti kena serius.Tidak boleh menunjukkan ekspresi muka selenga.Nanti dikhuatiri orang bawah kita akan memperkotak-katikkan kita.Percaya lah cakap Gua.Jadi muka kena serius.Kena tegas.Tidak boleh dipengaruhi dengan silaturahim atau kroni sewaktu membuat keputusan.Kena adil.Jika Gua cakap tidak maka keputusannya tidak.Walaupun gua tahu pekerja-pekerja akan mengejek gua kat belakang gua kena mainkan watak gua ini.Demi masa depan syarikat juga masa depan mereka-mereka yang main-mainkan gua kat belakang.Itu adalah satu perkara yang biasa.Bos mana pernah betul.Ada saja perkara yang tak kena pada mata mereka.Dulu gua bekerja Gua pun macam itu.Ada jer yang tak kena mata Gua.Tapi bila jalankan perniagaan sendiri baru lah Gua rasa kepanasannya.Watak ini masih berterusan.Harap-harap Gua berjaya.Yeay!
Baiklah.Sebenarnya banyak lagi watak.Tapi cukup lah lima ni.Jika ada masa Gua sambung dengan watak lain.Jika tidak lu orang taip lah watak-watak lu orang pulak.Boleh juga kongsi-kongsi.Baiklah, semoga berjumpa lagi.
-END-
No comments:
Post a Comment