Tuesday, February 08, 2011

SYBLOMD part II

Bismillahirrahmaanirrahim..

Assalamualaikum,

( Apa lagi la si Makmor ni nak perasan hari ni )Lu orang mesti fikir camtukan.Hah!takda?tetttt...Ke takda dah orang nak baca blog ni?

Ok kita sambung kisah semalam.Celebriti look alike me.Kah Kah Kah macam nak terkencing pulak gua rasa.Ok.Lepas gua taip episod satu semalam SOMEONE remind me."Kamu terlupa letak Adi Putra".( alamak terkantoi sengaja pulak dialog tu )Haa see kan gua dah kata.Gua bukan type R yang perasan okeh!Orang yang kata bukan gua yang kata accept amitabachan.Itu gua cuba berseloroh.Jadi tak?jadi tak?

Tapi hari ni gua takda la nak listkan celebriti look alike me tu.Cuma Adi Putra tu jer la lan.Sebab SOMEONE yang remind me."kenapa lu taip someone tu huruf besar"Eh sapa pulak yang bertanya tu?pon pon pon ( Loneranger melodi )..

Ok lah walau apa-apa pun kita ada 7 muka orang yang serupa dalam dunia ini.Takda la serupa mana tapi...alah lu orang faham la kan cam mana.Dah besar.Kita tak boleh nak salah kan sapa-sapa andai muka gua ni ditakdirkan berupa wajah-wajah celebriti malaysia.Pastu ada orang kata " muka i macam Oprah i tak kecoh pun.Setakat Adi Putra nak kecoh!"Pastu i balas eh apa lak I gua lah "Oprah eh..Oprah takda..oooopppiiiiiraaahhh! ada."Tak kelakarkan.Ok citer tu gua reka.

Ok lah.Its up to u guys la kan nama panggil gua ngan nama apa.Kamal boleh,Faizal boleh,Mani boleh ( zamani slam okeh!)Yong Joon pun boleh,auw i suka ( gaya noq okeh!)
Nuar pun boleh (owh Gosh!!)ok gua tak paksa.Hah muntah muntah.

Ok gua janji besok gua tak taip dah kisah ni.Cukup sampai episod dua ni.Tak part III ok.Gua takut nanti ada yang tak lalu nak muka gua.(gila keji muka yang manis ni tak lalu nak pandang )Hello..Ok gua cerita.Pada suatu malam tu gua g Ampang Point.Gua lalu kat satu Cafe ni.Lu tau gua nampak sapa?Maria fida eh eh cop..Maria Farida.Gua dari jauh gua dah toleh tempat lain dah.Kalau boleh gua tak nak pandang dia.Memang gua tak pandang pun.Gua kalau boleh taknak lalu kat situ.Tapi hari tu hujan.Terpaksa la gua lalu cafe tu sebab jalan tu jer boleh lalu untuk sampai ke Ampang Point tu.Masa gua nampak Maria Farida tu gua dah niat dalam hati jangan la dia pandang gua.Ok gua pun lalu.Dari jauh gua jeling sikit-sikit.Memang gua nampak dia pandang gua.Alamak gua jadi segan.Gua lalu sebelah dia gua toleh tempat lain tapi dari anak mata gua nampak dia cuba senyum kat gua.Gua cepat kan langkah gua takut dia tahan gua pulak untuk berkenalan.So bila dah melepasi dia gua rasa lega.Gua risau dia kan suka lelaki muda cam gua.Dan gua selamat sampai di Ampang Point.Kesimpulannya kalau dah Maria Farida pun tak berkelip mata ( ini gua tipu )pandang gua ini kan pula gadis-gadis marhain.( Betul ke gua Eja? )Kompem takkan pandang.

Ok ok.Lu orang dah tak nak baca lagi kan.Lu orang dah rasa nak off laptop tanpa shutdownkan?sabar-sabar.Ok gua tak teruskan.Walau bagaimanapun gua nak nasihatkan gua sendiri walau macam mana rupa kita sekali pun bersyukurla dengan apa yang Allah kurniakan.Pinjaman itu sementara.Lu tunggu umur lu 40 esok macam mana?Gua lu akan nampak lebih mudah.Gua ingat masa tu mungkin orang akan samakan lu dengan Yusof Haslam ke,A.Galak,Jalaluddin Hassan,Zami Ismail,Acappan or Isa Samad (huh Isa Samad?apa kene mengena?takda okeh..

Ok yang last.Last yang ok.Entry ini adalah untuk suka suki.Menghilangkan kebosanan gua duk kat umah.So gua cuba menghiburkan hati gua so harap boleh menghiburkan hati kalian semua.So senyum lah kerana senyum itu sungguh indah.Dengan senyuman anda boleh meredakan kemarahan seseorang.Mungkin!So kalau ada yang rasa nak termuntah..hahahah..muntah la tapi adakalanya kita akan perasan juga sekali sekala.Eh aku ni ada rupa Rosmah Mansor tak?

-END-

1 comment:

Hajar said...

kalau kau menyombong ngan si maria fida tu ada yang tak dapat balik segamat nanti. lol! :P