Bismillahirrahmaanirrahim...
"Lu bukan menyintai gua Lijah, Lu just nak memiliki gua jerk!"sambil Borhan menarik-menarik bulu hidungnya.Auh cumm! Bersin pulak.Hampir sejemput bulu hidungnya ditarik.
"Tidak Abang Borhan..Lijah betul-betul cintakan Abang,Oh abang! jangan pandang belakang eh jangan tinggalkan Lijah bang."Lijah terkemut-kemut menahan kentut.
"Oh tidak Lijah.Abang akan tetap pergi untuk mencapai cita-cita abang."Auh cumm!!saki baki bersin Borhan masih ada.
"Apa lagi yang abang mahukan?Abang sudah punya kambing yang banyak,Lembu,kerbau,itik,ayam serama,kereta kebal,meriam,butik puteri,kilang,pasaraya,balairaya cuma pusara jer yang abang takda!"Tegang urat leher Lijah menerangkan.Sambil bua-buat mengeluh padahal melepaskan angin dengan teknik sedikit demi sedikit.Mujur tak berbau.
"Lu jangan nak berjenaka dengan gua Lijah.Gua tengah takda soul ni nak gelak."Borhan cuba menasihatkan diri supaya jangan ketawa sebab dia tengah amik mood serius.
"Maafkan Lijah bang.Lijah cuma tak nak abang bengis macam ni.Kembang sangat hidung abang tu."Lijah cuba menenangkan suasana dengan jenaka songsangnya.
"Sekali lagi gua nak sound lu ni Lijah.Lu jangan nak bergurau kasar ngan gua.Jangan cuba nak menggeletek celah lengan gua.""Baiklah, oleh kerana lu ni awek pertama dan terakhir gua,mari gua ceritakan cita-cita gua sebenarnya."Borhan duduk mencangkung menghadap arah Lijah.
"Cuba cerita!cuba cerita!"Sambil Lijah membelakangkan Borhan sebab dia tak sanggup nak lihat permandangan yang cuba borhan buat.Dah berseluar pendek tak pakai underwear.
"Lijah,walaupun gua dah ada seperti apa yang lu cakap tapi sebenarnya itu bukan gua yang punya.Tapi Ahmad Albab yang punya..Ding dak geding ding ding dak geding..( sila ikut melodi anak jin ).Ok gua gurau dengan lu Lijah.Yang sebenarnya harta tu was my late father yang punya you know.Itu bukan cara gua.Gua bukan eksyen Lijah, tapi gua punya prinsip.if u don't have ball don't try to grab others ball.Itulah prinsip gua Lijah.Lu ada ball?"
"What the fish abang!Are u trying to..,"
"No no don't get me wrong my dear Lijah.."
"Habis apa yang cuba abang sampaikan?"
"Entah, ayat tu ayah abang selalu bagitau abang.Bila abang tanya maksudnya dia akan cakap go find ur own ball."
----------------------
Ok Borhan ni anak orang kaya kampung.Bapak dia orang enggeris.Pada masa itu zaman Britis.Nak dijadikan cerita pada satu hari Mr Semak (bush)jalan-jalan dikampung Kepunden.Tiba-tiba Mr Semak ni sakit perut lalu hendak menumpang tandas dirumah atok Borhan.Sambil-sambil melepas tu kedengaran suara arwah emak Borhan menyanyi.Sungguh merdu suara itu.Lalu setelah selesai qodok hajat ( memang tak basuh la kan )Lalu Mr Semak ni melamar terus arwah emak si Borhan ni.Walaupun ada bau-bau sikit atok si Borhan ni pun terima la.Al maklum la masa tu orang putih laku.Siapa yang tak nak menantu orang putih weh.
---------------------
"Lijah, sebenarnya gua ni nak jadi pemain gitar yang terkenal.Macam Ritchie Blackmore tu, ygwie malmsteen,Steve vai,david beckham eh itu pemain bola,Joe satriani, Man kidal, Joe burnmark orang segamat tu, kasim Mat loha pemain gitar kugiran tauke funfair tu dan ramai lagi la.Itulah gua punya passion Lijah.Gua belum bernafsu lagi nak kawin ngan lu Lijah.gua harap lu relakan la pemergian gua ni.Kaset-kaset search, wings yang gua bagi kat lu tu lu simpan.Dengar hari-hari kecuali time Azan sebab bila lu pasang lagu tu soul gua akan sentiasa ada dengan lu.Jaket hitam gua tu lu jangan kasi bapak lu pakai pergi noreh time dia nak g tahlil jerk bagi dia pakai.takpe takda gambar tengkorak cuma ada tulisan guns n roses jerk.Key chain yang tulis I love u forever masa kita pergi konsert kumpulan tulang keting tu kat dataran merdeka simpan elok-elok.Apa lagi yang gua bagi lu ek.haa!Seluar jeans koyak kat punggung tu lu jangan gatal lak nak pakai tanpa underwear.Itu tindakan kurang bijak tu.kalau boleh jangan pakai lu framekan jer.Ok lah gua dah penat mencangkung ni lu tak pandang-pandang pun belakang.gua pergi tak lama mungkin sampai gua keluarkan lagu kat radio baru gua balik jumpa lu Lijah.Kalau lu dah kawin masa tu gua tak kisah cuma satu pesan gua panggil la Band gua buat show masa kenduri lu nanti.kalau lu tak kawin lagi gua janji lu la Gadis kain kapan eh gadis bertudung putih gua selama-lamanya.Walau pun tiada ghazal untuk rabiah, walaupun tiada mentera sekuning padi, biar putih tulang jangan putih mata,sedangkan lidah lagikan tergigit,meski pun hukum karma atau isabella sekali pun gua akan tetap mencapai cita-cita gua Lijah."Borhan berdiri sambil membetulkan seluar pendeknya.
"Abanggggg...."Lijah menoleh.Lega sebab Borhan dah bangun.
Belum pun sempat Lijah berkata apa-apa Borhan telah mengatur langkahnya ke jamban untuk mandi.Tiada lah harapan untuk Lijah memujuk Borhan supaya jangan pergi sebab tidak manis anak dara mengintai orang lelaki mandi apatah lagi Borhan memang tabiatnya mandi tanpa pelindung diri.Lijah melangkah longlai pulang ke rumah.
Bersambung......
No comments:
Post a Comment