Wednesday, February 23, 2011

.: Bengang ;.

Bismillahirrahmaanirahiim..

Assalamualaikum,

Tajuk bengang.Bila kita sebut pasal bengang, mari kita dalami maksud bengang itu sendiri dan kadang-kala bengang juga boleh membuatkan kita jadi bangang.Aha jangan bengang siapa yang tengah bengang tu.Gua bergurau saja.Ok puas dah gua Google.Tapi tak jumpa juga.Akhirnya gua berputus asa.Hishh belum lagi.Besok gua cari juga maksud bengang tu.Tapi sebelum itu mari gua tafsirkan mengikut pemahaman gua.Bengang.Jika bahasa Indonesianya bererti menganga atau terbuka lebar.Dalam bahasa melayu keadaan atau sesuatu yang kita tak suka atau tak boleh terima dan disertakan dengan perasaan tak puas hati atau marah.Lebih kurang la kot.Ok mari kita lihat perkara yang akan membuatkan gua bengang.

1).Gua suruh seseorang pergi ambil bayaran pada pelanggan.Kemudian pelanggan tu bagi cek.Tapi tidak ditulis atas nama siapakah bayaran itu dibuat.Dan seseorang ini punya la cerdik terus pergi masukkan cek tersebut ke dalam mesin penerimaan cek tanpa menulis nama penerima.Arghhh...Punya la bengang.Jumlah banyak tuuuu.Bukan sedikit.Memang gua bengang.Perkara yang sepatutnya mudah dah jadi susah.Kenapa lu tak tanya kalau lu dah tidak tahu.Akibatnya kena jumpa semua pelanggan supaya batalkan cek tersebut dan keluarkan cek baru.Arghh!!

2).Gua bengang bila gua hari-hari kena kejutkan lu orang bangun untuk pergi kerja.Oi!Sekarang ni siapa bos siapa pekerja?Gua pula kena kejutkan lu orang.Lu orang memang dah banyak lemak.Bila dah banyak lemak lu orang nak buat kepala gua jadi semak.Memang lepak kedai mamak la macam ini.

3).Gua bengang bila lu pandu kereta perlahan macam lu pandu kereta tu di tapak ujian lesen memandu.Tambah-tambah pulak perut gua masa tu meragam atau gua nak terkucil.Ayokk.Lagi gua bengang bila gua potong lu punya la sedap bercakap di telefon genggam lu tu.Gua rasa macam nak berhenti sebelah kereta lu kemudian gua qodo' hajat kat bonet depan kereta lu biar lu tahu macam mana perasaan gua.

4).Gua bengang bila ada orang senang-senang jer bagi jawapan tidak tahu.Padahal itu kerja dia.Seolah-olah mengejek gua.(padan muka lu tak tau nak buat, gua saja jer taknak bagi tau, padan muka wekk!!).Gua rasa orang tu akan bercakap dalam hati kecil dia macam tu.Eh sekali gua bagi tandukan zidane kat dada lu baru lu tau.

5).Gua bengang bila gua dah sediakan segala-galanya tapi lu orang tak tahu nak hargai apatah lagi nak menjaganya.Gua memang bengang.Gua dapat sofa tu bukan percuma tau.Bukan nyonyeee yang jual sofa tu makcik tiri sebelah abah gua.Jika dia makcik tiri sebelah abah gua tak kisah lu nak buat apa pun tak.Lu nak masak maggie kat atas sofa tu pun boleh.( Eheheh kes rumahtangga, sofa gua bocor kena api rokok )Arghh!!

6).Gua bengang bila lu orang terlalu banyak alasan.Itu lah, ini lah,anu lah, ani lah,ono la, one la, nangkono la, nongkone la.Eshhhhh!!Lu kalau dah tak boleh cakap jer la tak boleh.What the oblogata.Kan senang tak susahkan orang.Kita manusia ini bukan sempurna.Jika kita bodoh mengaku jer la kebodohan kita supaya akan ada orang yang akan mengajar kita.Baru la kita boleh tinggalkan kebodohan tu jauh-jauh.Hishh..

Ok jangan timing.Contoh diatas adalah contoh.Tidak ada kena mengena dengan sapa-sapa.Hahaha...Jadi bila gua bengang apa gua akan buat?Gua buat-buat bangang.Lantak lu lah!Gua jika boleh tidak mahu hendak marah-marah.Sebab bila marah darah akan naik tinggi.Almaklum la umur gua ni dah 31 dah.Nak marah-marah pun nanti gua juga yang akan tercela.Jadi sabar jer lah.Pendekatan yang gua buat mari kita beritahu diri kita bahawa manusia itu tidaklah sesempurna mana.Kadang-kadang tanpa kita sedar kita juga membuatkan orang bengang.Bagi yang bengang-bengang tu cuba cari sesuatu yang menggembirakan seperti kita tengok kereta kita yang baru kita beli tu.YA AMPUN.Gua jika bengang gua tengok muka gua sendiri.Dan berkata, alangkah bertuahnya orang yang memiliki wajah ini.Gua bertuah!

-END-

No comments: