Wednesday, February 09, 2011

.: Cinta Rockers :.

Bismillahirrahmaanirrahim...

"Lu bukan menyintai gua Lijah, Lu just nak memiliki gua jerk!"sambil Borhan menarik-menarik bulu hidungnya.Auh cumm! Bersin pulak.Hampir sejemput bulu hidungnya ditarik.

"Tidak Abang Borhan..Lijah betul-betul cintakan Abang,Oh abang! jangan pandang belakang eh jangan tinggalkan Lijah bang."Lijah terkemut-kemut menahan kentut.

"Oh tidak Lijah.Abang akan tetap pergi untuk mencapai cita-cita abang."Auh cumm!!saki baki bersin Borhan masih ada.

"Apa lagi yang abang mahukan?Abang sudah punya kambing yang banyak,Lembu,kerbau,itik,ayam serama,kereta kebal,meriam,butik puteri,kilang,pasaraya,balairaya cuma pusara jer yang abang takda!"Tegang urat leher Lijah menerangkan.Sambil bua-buat mengeluh padahal melepaskan angin dengan teknik sedikit demi sedikit.Mujur tak berbau.

"Lu jangan nak berjenaka dengan gua Lijah.Gua tengah takda soul ni nak gelak."Borhan cuba menasihatkan diri supaya jangan ketawa sebab dia tengah amik mood serius.

"Maafkan Lijah bang.Lijah cuma tak nak abang bengis macam ni.Kembang sangat hidung abang tu."Lijah cuba menenangkan suasana dengan jenaka songsangnya.

"Sekali lagi gua nak sound lu ni Lijah.Lu jangan nak bergurau kasar ngan gua.Jangan cuba nak menggeletek celah lengan gua.""Baiklah, oleh kerana lu ni awek pertama dan terakhir gua,mari gua ceritakan cita-cita gua sebenarnya."Borhan duduk mencangkung menghadap arah Lijah.

"Cuba cerita!cuba cerita!"Sambil Lijah membelakangkan Borhan sebab dia tak sanggup nak lihat permandangan yang cuba borhan buat.Dah berseluar pendek tak pakai underwear.

"Lijah,walaupun gua dah ada seperti apa yang lu cakap tapi sebenarnya itu bukan gua yang punya.Tapi Ahmad Albab yang punya..Ding dak geding ding ding dak geding..( sila ikut melodi anak jin ).Ok gua gurau dengan lu Lijah.Yang sebenarnya harta tu was my late father yang punya you know.Itu bukan cara gua.Gua bukan eksyen Lijah, tapi gua punya prinsip.if u don't have ball don't try to grab others ball.Itulah prinsip gua Lijah.Lu ada ball?"

"What the fish abang!Are u trying to..,"

"No no don't get me wrong my dear Lijah.."

"Habis apa yang cuba abang sampaikan?"

"Entah, ayat tu ayah abang selalu bagitau abang.Bila abang tanya maksudnya dia akan cakap go find ur own ball."

----------------------

Ok Borhan ni anak orang kaya kampung.Bapak dia orang enggeris.Pada masa itu zaman Britis.Nak dijadikan cerita pada satu hari Mr Semak (bush)jalan-jalan dikampung Kepunden.Tiba-tiba Mr Semak ni sakit perut lalu hendak menumpang tandas dirumah atok Borhan.Sambil-sambil melepas tu kedengaran suara arwah emak Borhan menyanyi.Sungguh merdu suara itu.Lalu setelah selesai qodok hajat ( memang tak basuh la kan )Lalu Mr Semak ni melamar terus arwah emak si Borhan ni.Walaupun ada bau-bau sikit atok si Borhan ni pun terima la.Al maklum la masa tu orang putih laku.Siapa yang tak nak menantu orang putih weh.

---------------------

"Lijah, sebenarnya gua ni nak jadi pemain gitar yang terkenal.Macam Ritchie Blackmore tu, ygwie malmsteen,Steve vai,david beckham eh itu pemain bola,Joe satriani, Man kidal, Joe burnmark orang segamat tu, kasim Mat loha pemain gitar kugiran tauke funfair tu dan ramai lagi la.Itulah gua punya passion Lijah.Gua belum bernafsu lagi nak kawin ngan lu Lijah.gua harap lu relakan la pemergian gua ni.Kaset-kaset search, wings yang gua bagi kat lu tu lu simpan.Dengar hari-hari kecuali time Azan sebab bila lu pasang lagu tu soul gua akan sentiasa ada dengan lu.Jaket hitam gua tu lu jangan kasi bapak lu pakai pergi noreh time dia nak g tahlil jerk bagi dia pakai.takpe takda gambar tengkorak cuma ada tulisan guns n roses jerk.Key chain yang tulis I love u forever masa kita pergi konsert kumpulan tulang keting tu kat dataran merdeka simpan elok-elok.Apa lagi yang gua bagi lu ek.haa!Seluar jeans koyak kat punggung tu lu jangan gatal lak nak pakai tanpa underwear.Itu tindakan kurang bijak tu.kalau boleh jangan pakai lu framekan jer.Ok lah gua dah penat mencangkung ni lu tak pandang-pandang pun belakang.gua pergi tak lama mungkin sampai gua keluarkan lagu kat radio baru gua balik jumpa lu Lijah.Kalau lu dah kawin masa tu gua tak kisah cuma satu pesan gua panggil la Band gua buat show masa kenduri lu nanti.kalau lu tak kawin lagi gua janji lu la Gadis kain kapan eh gadis bertudung putih gua selama-lamanya.Walau pun tiada ghazal untuk rabiah, walaupun tiada mentera sekuning padi, biar putih tulang jangan putih mata,sedangkan lidah lagikan tergigit,meski pun hukum karma atau isabella sekali pun gua akan tetap mencapai cita-cita gua Lijah."Borhan berdiri sambil membetulkan seluar pendeknya.

"Abanggggg...."Lijah menoleh.Lega sebab Borhan dah bangun.

Belum pun sempat Lijah berkata apa-apa Borhan telah mengatur langkahnya ke jamban untuk mandi.Tiada lah harapan untuk Lijah memujuk Borhan supaya jangan pergi sebab tidak manis anak dara mengintai orang lelaki mandi apatah lagi Borhan memang tabiatnya mandi tanpa pelindung diri.Lijah melangkah longlai pulang ke rumah.

Bersambung......

Tuesday, February 08, 2011

SYBLOMD part II

Bismillahirrahmaanirrahim..

Assalamualaikum,

( Apa lagi la si Makmor ni nak perasan hari ni )Lu orang mesti fikir camtukan.Hah!takda?tetttt...Ke takda dah orang nak baca blog ni?

Ok kita sambung kisah semalam.Celebriti look alike me.Kah Kah Kah macam nak terkencing pulak gua rasa.Ok.Lepas gua taip episod satu semalam SOMEONE remind me."Kamu terlupa letak Adi Putra".( alamak terkantoi sengaja pulak dialog tu )Haa see kan gua dah kata.Gua bukan type R yang perasan okeh!Orang yang kata bukan gua yang kata accept amitabachan.Itu gua cuba berseloroh.Jadi tak?jadi tak?

Tapi hari ni gua takda la nak listkan celebriti look alike me tu.Cuma Adi Putra tu jer la lan.Sebab SOMEONE yang remind me."kenapa lu taip someone tu huruf besar"Eh sapa pulak yang bertanya tu?pon pon pon ( Loneranger melodi )..

Ok lah walau apa-apa pun kita ada 7 muka orang yang serupa dalam dunia ini.Takda la serupa mana tapi...alah lu orang faham la kan cam mana.Dah besar.Kita tak boleh nak salah kan sapa-sapa andai muka gua ni ditakdirkan berupa wajah-wajah celebriti malaysia.Pastu ada orang kata " muka i macam Oprah i tak kecoh pun.Setakat Adi Putra nak kecoh!"Pastu i balas eh apa lak I gua lah "Oprah eh..Oprah takda..oooopppiiiiiraaahhh! ada."Tak kelakarkan.Ok citer tu gua reka.

Ok lah.Its up to u guys la kan nama panggil gua ngan nama apa.Kamal boleh,Faizal boleh,Mani boleh ( zamani slam okeh!)Yong Joon pun boleh,auw i suka ( gaya noq okeh!)
Nuar pun boleh (owh Gosh!!)ok gua tak paksa.Hah muntah muntah.

Ok gua janji besok gua tak taip dah kisah ni.Cukup sampai episod dua ni.Tak part III ok.Gua takut nanti ada yang tak lalu nak muka gua.(gila keji muka yang manis ni tak lalu nak pandang )Hello..Ok gua cerita.Pada suatu malam tu gua g Ampang Point.Gua lalu kat satu Cafe ni.Lu tau gua nampak sapa?Maria fida eh eh cop..Maria Farida.Gua dari jauh gua dah toleh tempat lain dah.Kalau boleh gua tak nak pandang dia.Memang gua tak pandang pun.Gua kalau boleh taknak lalu kat situ.Tapi hari tu hujan.Terpaksa la gua lalu cafe tu sebab jalan tu jer boleh lalu untuk sampai ke Ampang Point tu.Masa gua nampak Maria Farida tu gua dah niat dalam hati jangan la dia pandang gua.Ok gua pun lalu.Dari jauh gua jeling sikit-sikit.Memang gua nampak dia pandang gua.Alamak gua jadi segan.Gua lalu sebelah dia gua toleh tempat lain tapi dari anak mata gua nampak dia cuba senyum kat gua.Gua cepat kan langkah gua takut dia tahan gua pulak untuk berkenalan.So bila dah melepasi dia gua rasa lega.Gua risau dia kan suka lelaki muda cam gua.Dan gua selamat sampai di Ampang Point.Kesimpulannya kalau dah Maria Farida pun tak berkelip mata ( ini gua tipu )pandang gua ini kan pula gadis-gadis marhain.( Betul ke gua Eja? )Kompem takkan pandang.

Ok ok.Lu orang dah tak nak baca lagi kan.Lu orang dah rasa nak off laptop tanpa shutdownkan?sabar-sabar.Ok gua tak teruskan.Walau bagaimanapun gua nak nasihatkan gua sendiri walau macam mana rupa kita sekali pun bersyukurla dengan apa yang Allah kurniakan.Pinjaman itu sementara.Lu tunggu umur lu 40 esok macam mana?Gua lu akan nampak lebih mudah.Gua ingat masa tu mungkin orang akan samakan lu dengan Yusof Haslam ke,A.Galak,Jalaluddin Hassan,Zami Ismail,Acappan or Isa Samad (huh Isa Samad?apa kene mengena?takda okeh..

Ok yang last.Last yang ok.Entry ini adalah untuk suka suki.Menghilangkan kebosanan gua duk kat umah.So gua cuba menghiburkan hati gua so harap boleh menghiburkan hati kalian semua.So senyum lah kerana senyum itu sungguh indah.Dengan senyuman anda boleh meredakan kemarahan seseorang.Mungkin!So kalau ada yang rasa nak termuntah..hahahah..muntah la tapi adakalanya kita akan perasan juga sekali sekala.Eh aku ni ada rupa Rosmah Mansor tak?

-END-

Monday, February 07, 2011

.: Statement yang buat lu orang muntah darah :.

Bismillahirrahmaanirahim..

Assalamualaikum..

Hari ni gua nak wat lu orang muntah darah.Nak wat lu orang rasa euwww!!Nak wat lu orang kata "Hello...Perasannya mamat ni!!""gila tak boleh blah"..Atau pun Ok stop gua tak nak baca blog ni selama-lamanya.(pergh gila zalim).

Ok.Pernah tak lu orang lu lu orang semua ( lu orang la gua bukan orang ke?)pernah di samakan muka macam artis-artis yang lu orang sendiri tak setuju langsung dan lu orang tak boleh terima langsung keadaan tu?Well sama la cam gua.Kerap kali gua disamakan atau diaorang kata muka gua ni macam :-

1.Anuar Zain.Pergh gila tak boleh blah dow!Gua tak leh terima.Tang mana gua ada iras-iras Anuar Zain?

2.Arwah Faizal Yusof.Al-Fatihah.Ni pun gua pelik.Tang mana yang serupa ek?

3.Kamal Adli.Hello come on la.I lebih kacak okeh dari dia.So please.Kah kah kah muntah ok sekarang.

4.Ariel Peterpan atau lebih femes sekang Peterporn.Apakah??Gila tak boleh blah dow!

5.Bae Yong Joon.Lu orang dah gila ke apa?Memang gua tak leh terima.kalau korang setuju lu orang kena g tukar mata lembu.

6.Zamani Slam.Huh?Lu orang dah monopos ke?Ayoo...

7.Rain.Cik Syira yang kata.Kamu please jangan kasi mereka-meraka ni terberak sambil ketawa.

8.Amitabachan..Ini gua sendiri tambah.Sila gelak.

9.Keanu Reave.Sumpah tak pernah orang sama kan.

10.Last but not least.David Bekham.Ya Allah ampun!!

So dah ada yang muntah atau rasa nak sms gua kata lu pehal?Tapi serius Shit!!Anuar Zain tu memang ramai sangat orang kata terutama Gadis ouls.Ahakz.Gedix.Kamal Adli pun ramai yang kata sampai ada makcik tu kata " eskuse me, u ke yang berlakon dalam citer Bionic tu "."ops sorry auntie, bukan I.I tak berlakon citer melayu,i berlakon citer korea."Arwah Faizal yusof pun ramai orang kata.Entah.Ramai sangat yang kata.Pening I.( Eh apsal Ber 'I'kuasa dua ).

Ok gua citer.Gua g kursus nikah.Ok ada sorang mamat ni kawan kepada kawan gua.Kawan kepada kawan GF gua sebenarnya.Eh kawan kepada..Arghh..persetankan.Ok sambung citer.Dia asyik tgk gua jerk."mamat ni pehal usha gua"Gua dah suspen.Kalau gay takkan g kursus kawin kot.Rupanya dia ingatkan gua ni pelakon.Pergh.Filem apa gua berlakon.Dia langsung tak leh terima yang gua ni cuma orang biasa bukan orang seni.Dia mati-mati nak suruh gua mengaku yang gua ni pelakon."lu pehal, gua dah kata gua bukan pelakon.Lu nak makan tomyam songkok size 22 setengah?"Akhirnya dia menyerah dan menerima hakikat yang gua ni cuma orang biasa.Entah apa-apa.

Ok lah.Gua tak tau tang mana yang sama.Tapi lu orang judge la sendiri.hahahah..

Sunday, February 06, 2011

.: 1001 :.

Bismillahirahmaanirrahim...

Assalamualaikum...

Lama gak gua tak bercerita.Asyik baca cerita orang saja.Wah guna saja tu instead of jerk.Itu tindak balas dari mendapat info dari pembacaan.Kata kerja kata nama.Gua pun dah lupa ilmu itu.Sib baik ops nasib baik tajwid tak lupa ouls.Lulus!!

Apa kena ngan gua ni.Itu la dah banyak sangat input.Bila input banyak sangat kalau tak dikeluarkan makanya akan meletup la kan.Apa-apa pun Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad.5 hari gua bercuti.Meh gua senaraikan muvi yang gua tgk.Gua beli DVD cetak rompak.Eh salah ke?Sama jerk kalau download kat internet.Wachaaa!!

1.( eh gua tak ingat ).Ok lah kita start dengan Killers.Ashton kutcher( auw HOT!! )dah macam gay dah statement gua..Katherine Heigl ( euww!) tafsirkan sendiri..wahaha..Well muvi ni consider ok la.Buat hilang boring.Jalan cerita biasa-biasa saja.Tapi worth it la kot RM8.So boleh tengok.

2. Avatar.Walaupun dah berjo'en orang tengok gua masih belum tengok.Bestkan.Kalau gua cakap tak best ramai orang akan amsterDAMN gua..

3.Prince of Persia.Jake Gyllenhaal ( Hot Dow ! ) statement noq.Gemma Arterton ( Got Damn it !)Detik hati gua.Pun dah berjo'en jugak orang tgk gua baru terhegeh-hengeh nak tgk.

4.Filem Cina.Tajuk dia bahasa cina.Gua tak tau nak tulis.Dan tak tau nak baca.Tapi perlakonnya gua tau.Donnie Yen ( super cool dia ni!! ) dan Sumo eh Sammo Hung.Gua memang tak tau citer ni tapi gua tgk Donnie Yen yang berlakon gua beli jerk.Gua start jatuh cinta ngan Donnie Yen ( jatuh cinta!! cam pelik jer )jatuh cinta ngan lakonan dia laH!of course la citer IP Man.Bukan I.P MAN tapi YIP Man okeh.Filem ni patut tengok.Ada pengajaran dalam ini cerita.You Should!!

5.Flash Point.Chinese muvi.Donnie Yen juga.Best juga.Woi tengok laH!CNY ni dow!!

6.Shaolin.Baru jerk eh SAJA keluar wayang dah ada DVD cetak rompak.Citer ni pun ok lah.boleh tgk.Tak impress me much.Walaupun ada member gua berlakon dalam citer ni.Cari sendiri la kalau nak tau.

7.Unstoppable.Denzel Washington.Sebab lu la gua tgk citer keretapi ni.Kalau tak jangan harap.Bosan.Slow.Lembab.lu nak citer apa sebenarnya??Gua tak faham.

8.Chinese muvi.Andy Lau yang berlakon.Pun tajuk tulisan cina.Gua tak faham.Jalan cerita macam Sherlock Homeless.(HOlmes)Not bad.Ending tak best.

9.Centurion.Michael Fassbender.Lu orang tak kenalkan.Gua pun tak kenal.boleh la.Tak terhibur sangat.

10.GREEN HORNET.Jay Chou.Best.Should.Recommended.Go now.3D.

11.Death Race 2.Gua segan dow tgk citer ni ngan Abah gua.Walaupun gua ni dah umor 31.Perempuan dalam citer ni seksi.Macam nak terkeluar dah buah hati dia.Walaupun gua suka.( sikit-sikit ) errr banyak eh eh sikit sikit..tapi gua buat-buat tidur..

12.Sherlock Homeless.Walau dah basi citer ni.Tapi gua lom pernah tgk der.Jadi gua dah tgk.Not bad.Robert Downey JR.lu ni cool jugakkan.

13.Ong Bak 3.BOHSAN!!!!....dah cukup.

14.Mr Bones 2.Gua tertipu ngan mamat yang jual DVD ni.Dia cakap citer ni kelakar alam barzakh.Tang mana kelakarnya gua tak tau la.Gua tgk sikit jerk.Nanti gua sambung bila abah gua takda.

15.Tekken 5.Cilakak!!ada romen-romen citer ni.Sekali lagi gua pura-pura tidur depan abah gua.pastu gua memang tidur pengsan.

16.Last muvi.Jonah Hex.Boleh.Tapi macam tak logik jerk.Woit ini muvi lah.Nak logik p tgk national geografi.Tul jugak.Hurmm..

Itu saja lah muvi yang gua tgk sepanjang gua bercuti di TOWN Rawang ni.Di rumah bernombor 60 jalan 4/10 taman desa country homes.( lebih di kenali country sherlock holmes, ini gua tambah lu orang jangan percaya )48000 Rawang Sel.So lu orang nak post surat ke email ke surat berantai ke ramalam nombor ekor ke atau mari bersama Dr Azizon ke atau sehari bersama Irfa Khairiah ke boleh jerk.Segala surat menyurat tidak akan dilayan.

Gua rasa belum terlambat untuk gua mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada umat Chinese.Happy new semoga kita hidup aman harmoni.Kekayaan tu bagi-bagi la sikit.Tak baik lo monopoli.Jangan naik harga barang lepas CNY ni.Nanti kayu lu orang kasi naik harga susah wooo..

ops ops..Gua belum bercerita lagi pasal BANJIR.Banjir satu musibah atau Nikmat.Yang pastinya ia adalah hikmah.Hikmat kepada sesiapa yang redha dengan ujian Allah.Hikmah pada sesiapa yang mencari redha Allah.( yer lah lu tak kena lu tak tau ) sapa kata tak kena?Rumah gua mungkin tinggal bumbung jerk.Jangan kata barang-barang, cicak pun tak boleh nak selamat lagi dah.Eh yeke.Bumbung tak kena lagi.Alhamdulillah Ichimaru selamat." Saya tumpang sedih dengan kejadian banjir ini.Anggap la ia satu ujian dari Allah.Sesunggunya Allah maha mengetahui akan sesuatu sedangkan kita tidak sehingga Allah memberi kita pengetahuan itu".

Babak kedua.

Panjang ke gua taip.Tak lah.Haa gua nak cerita pasal kucing pulak.Sekarang ni gua dah ada 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, dan 14.Ops 15 termasuk Ichimaru.So gua dah ada 15 ekor kucing.Banyak tak?Tak banyak la kalau nak bandingkan dengan tauke Butik Puteri tu.www.itawazi.blogspot.com ni blog dia.Beb gua selalu baca blog lu tau.hahahah..Ok Milah.u all kenal Milah?Milah si mata biru kuning itu.Telah melakukan sumbang mahram dengan anaknya sendiri.Ichigo kurosaki tu.Ayooo tak tau.Maka lahir la si IchiMooMoo dan IchiMayMay.Selang beberapa hari Anak si Milah pulak melahirkan anak.Ichiyoko anak Milah adik kepada Ichigo kurosaki.Ichigo juga telah melakukan sumbang mahram dengan adiknya.What the...Maka lahir lah Ichiyuka dan Ichika ( dayang senandung )sila refer FB gua uols.Dan selang beberapa minggu Teja pula melahirkan anak seramai eh sebanyak 5 ekor tapi R.I.P seekor.So gua pening juga nak bagi nama.So lom putuskan nak bagi nama apa.Gua happy kerana mereka sangat comel owh super comel.Ok fine semua orang akan kata kucing mereka sangat comel dalam dunia ( iza pinjam ) ok gua admit.Walaupun gua tak jaga mereka ( poyo la gua tak jaga nak ngaku )ok nanti gua jaga okeh.walaupun gua tak jaga mereka tapi gua rasa mereka dekat sangat kat gua.dekat sangat macam ada dalam hati.dalam hati ok bukan dalam baju.One day.I repeat, one day gua akan ada satu petshop.Bear in mine.Kalau takda lu orang buat-buat la lupa yer.

Ok.Gua nak.............gua nak wat apa eh..Esok gua masuk ofis semula...kerja kerja kerja kerja..cari duit cari duit cari duit cari duit...

wachaaaaaaaaaaaa!!!

Sunday, January 09, 2011

.: 80% Recovered :.

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum W.B.T

Masih belum terlambat untuk gua wish selamat tahun baru kepada sesiapa saja lah.Tahun Masehi jerk kan.Yang penghijrahan kita dah pun kita lakukan.Tapi kalau nak mulakan satu langkah permulaan pun ok jugak lah.

ekceli sebenarnya gua dalam proses permulihan Akhlak.Hahahah..Gurauan tahun baru.Gua sebenarnya baru nak pulih dari serangan demam yang dasyat dalam 30 tahun gua hidup dah.Cis 21 hb ni gua 31 tahun.

Gua citer pasal demam dulu.

gua kena demam pada malam isnin.so pagi isini tu gua memang tak leh bangun sampai pagi Selasa.Jadi gua telah tidur selama 36jam lebih.12am 3rd Jan 2011 gua tido then gua bangun pada 10am 4th Jan.Then bangun kejap itu pun sebab adik ipar gua risau dan bawak gua g klinik.So balik dari klinik pun gua sambung tidur.Memang tak leh nak bangun.Bukan gua seorang yang lemah.Tapi demam ni memang tahap apa entah.Memang takda tempat la demam ni di hati sapa-sapa.

Bila dah demam kompem la tak makan.Dan selama 2 hari juga gua tak boleh makan.Tak lalu makan.Minum air jerk.Last-last kena jumpa doktor lagi dan cakap tahniah kerana anda ada penyakit baru.Gastrik.innalillahi wainna lilla hirojiun.

So today here i am.Alhamdulillah semakin pulih.

Ok back tu apa yang gua nak taip kat blog hari ni.Pasal peel,sifat atau tabiat manusia.Tabiat manusia yang merasa susah dengan kesenangan orang lain dan berasa senang dengan kesusahan orang lain.Ini la salah satu cabang hasad dengki yang sentiasa ada dalam bangsa melayu.Gua tau melayu jerk la sebab gua melayu.Cina gua tak tau lak member gua tak pernah citer lak.India gua pun tak tau.Gua tak kaji la samada dalam kaum mereka ada sifat cam ni.

Contoh 1:

Bila kita bujang mereka akan tanya; Eh bila nak kahwin?

Bila kita dah kawin; Eh bila lagi nak dapat anak?

Bila dah dapat anak; You tak nak anak perempuan / Lelaki?

Contoh 2:

Masa kita belajar : Eh bila u ni nak habis belajar?

Bila habis belajar : Eh u bila nak keje?

Bila dah keje : U ni lama dah keje napa tak pakai kete?

Bila dah ada kete : Eh u bila nak beli rumah?

Bila dah beli rumah : Eh u beli rumah kos rendah jer?

Contoh 3:

Bila kerja makan gaji : Eh bila u nak berniaga sendiri?

Bila dah bisnes : Eh cam mana bisnes u ( mungkin dia nak kita update mereka sejam sekali dengan perkembangan bisnes kita ke? )

Bila Bisnes maju : Alah mandrem la tu

Bila bisnes drop : Tu lah tak pandai.membazir jer.

Ok lah sebahagian dari perangai-perangai logistik dan sakastik.Adalah segelintir yang begitu selebihnya bersifat supportive ingin lihat bangsa sendiri maju.Yang jatuh di tarik suruh bangun.yang nak tumbang ada yang rela jagi penyokong supaya jangan rebah.Tapi nak jumpa golongan ini cukup payah.So hopefully tahun baru ni memberi semangat baru kepada semua orang.Semangat ingin lihat bangsa kita maju.gua bukan racist.Kalau gua racist mereka itu lagi racist dan semua orang sedar pasal itu.Tapi gua mau anak bangsa kita bersatu berdiri sama tinggi duduk sama rendah dilayan dengan adil dalam kancah permainan perniagaan.

Wallahualam.

Monday, December 13, 2010

.: Sekitar Makmor Hasan :.

Bismillahirrahmaanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Gua nak citer gua tak suka nama gua masa kecik dulu dah banyak kali gua citer.Tapi gua nak citer jugak.Ok masa gua kecik ( lom sunat lagi ) ceh! Gua suka nyanyi lagu P.Ramlee."Bekorban apa saja...harta atau pun nyawa..Itu la kasih mesra..Sejati dan mulia.."Selalu gua nyanyi bawah rumah.Sebab rumah gua tinggi ada satu tunggul kat bawah rumah tu gua selalu duduk.Tapi rumah tu dah takda dah tukar baru.Dan gua akan nyanyi dengan penuh perasaan.Kekadang sampai nak nangis pun ada.Entah kenapa gua suka lirik tu.Dan pendengar setianya adalah Arwah mak gua..Al Fatihah untuk Emak.Dan emak akan tersenyum..Sangat manis emak senyum dan gua rindu akan senyuman itu.

"Mak, Napa abah bagi nama Mor ni Makmor?"

Emak senyum.Wahai emak andai ada senyuman semanis emak itu....

"Entah lah Mor, Abah tetiba je balik dah bawa surat beranak dah tertulis nama Makmor B. Hasan."

"Awak bubuh nama apa anak ni?"Tanya mak.

"Makmor".Jawab abah ringkas.

Waktu itu aku hanya tau komplen dalam hati napa la nama gua ni Makmor.Orang lain semua nama best.

Dulu masa sekolah rendah ada nyanyi lagu negeri Johor.

"Allah peliharakan sultan"
"Sihat dan ria kekal dan Makmur"

Waktu tu gua malu.Antara senyum kambing sambil tengok keadaan keliling ada tak orang perasan.Gua malu nama gua disebut ramai.

Bila cikgu tanya nama gua mesti pertanyaan tu ditanya dua kali.Samada gua tak berapa yakin nak sebut nama gua atau cikgu tak berapa yakin nama gua ni.

Ada orang kata " Abah kau tu letak nama Makmor supaya orang selalu doakan dia makmur jerk sepanjang masa.Sebab Makmor Hasan.Maknanya Hasan la yang makmur".Ada juga kebenaranya dan mungkin juga tidak.Dan sampai sekarang gua lupa nak tanya abah kenapa letak nama gua Makmor.

Kawan kampung gua panggil gua Moi.Sebab pelat nak sebut Mor.Emak abah panggil More.Makcik pakcik sedara juga begitu.Kawan-kawan jerk panggil Moi.Sampai satu tahap dulu biasa lah kanak-kanak kan suka mengata.Makmor tu sinonim ngan Aman.Aman tu ditambah pulak dengan Aman tongek.Sepatutnya tonggek.Tonggek kah gua.Mungkin dulu sekarang dah tak.Dah leper.Aman tongek aman tongek.Memang marah tahap dewa19 juga la gua masa tu.Tapi bila dewasa sikit Aman tu melekat sampai sekarang.Sekarang gua perkenalkan diri gua sebagai Aman.Dan ramai orang yang kenal gua dengan Aman.Ada juga kawan-kawan yang masih panggil Moi.Dan ada juga Makmor.

Ok.Tapi itu dulu.Sekarang gua bangga dengan nama gua.Terima kasih abah bagi nama ni.Kerana nama ini membuatkan gua rasa lain dari orang lain.Nama saya Makmor.Dengan yakin dan penuh semangat gua boleh bagi tau Ya Nama Saya Makmor.Anda ada masalah dengan itu?

"what a classic name " ada orang putih cakap kat gua ( rekaan semata ).

Mungkin abah ada sebab tersendiri kenapa dia bagi nama gua Makmor.

wassalam.

Saturday, December 04, 2010

.: Lagi bicara soal CINTA :.

Bismillahirrahmaanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t.

Maaf jika entry ini membuatkan anda tak faham.

Klasifikasi 18 U.

"Ada masalah sikit la bro nak citer."

"Ada apa masalah?"

"Ni masalah kalau bro dengar memang akan cakap saya tak berapa pandai lah" ( oh gua tak cepat judge orang )

" Eh tak lah " sambil senyum hensem.

" Ok problem masalahnya macam ni, saya ada GF.Gf saya ni memula sebagai seorang kawan.Jadi bila berkawan dia senang dengan saya so kitaorang upgrade lah hubungan kitaorang kepada processor yang lebih tinggi.Jadi kitaorang pun buat deklerasi sebagai couple mouple.Tapi sebenarnya GF saya ni dah ada mouple sebenarnya.Masa tu saya tak tau.Sampai la mouple dia ni call saya maki-maki lembut dan keras kat saya.Tapi saya ni seorang yang penyabar.So takda la acara timbal balik maki-makian itu.Sekarang ni macam mana bro, nak terus kan ke tak nak?"

Terima kasih kepada yang bertanya.Saudara N bukan nama sebenar.Di sini gua jawab isu ni dengan gaya pos @ gaya bebas mengikut perlembagaan undang-undang cinta fasa 3:2 ms 37 kitab koyak kat tengah2 budak budak buat kapal terbang.

Pertama :

Tak boleh salahkan lu jugak.Sebab lu tak tau dia dah ada mouple sebenarnya.Dan tak boleh salahkan GF sharing is caring lu tu jugak.Sebab apa gua berkata dalam hati begitu kerana mungkin layanan lu masa lu berkawan ngan dia sebelum lu upgrade hubungan lu orang lu dah layan dia baekkkk punya sampai lu sanggup tahan bau kentut dia setelah makan telur pindang orang kawin.So dia rasa lu seorang lelaki yang tahan marah, penyabar sampai lu sanggup berpura-pura menguap sambil tutup hidung kerana nak cover bau yang cukup segar tu.Sebenarnya dia nak uji lu dan lu lepas ujian tu.So lu dah tangkap hati dia sampai dia lupa kejap kat mouple dia.

Kedua :

Dia rasa lu memang lelaki yang paling layak untuk melayan pukulan padu kentut dia.Mungkin dengan mouple dia, dia tak bebas melepaskan angin kentut dia.Dengan lu dia rasa bebas sesuka hati.So dia amik keputasan untuk sama-sama mengupgradekan hubungan lu orang.Siapa salah takda saperr pun yang salah.Bila dia balik umah kemudian dating balik ngan mouple dia dia akan lupakan lu kejap.Kerana dengan mouple dia dia tak leh kentut.Kerana tak leh kentut tu la yang menyebabkan dia tak ingat lu.Tapi bila kat dalam bilik sorang-sorang dia bebas kentut dan secara tak sengaja dia teringat kenangan manis kentut bersama ngan lu dan lu orang yang paling layak untuk menahan bau kentut dia.

Ketiga :

Sekarang ni GF sharing is caring lu tu dah tersepit di tengah-tengah.Antara kentut bebas atau tahan kentut.Kekadang tahan kentut pun best jugak tapi best lagi kentut.So dia tak leh nak pilih mana yang lebih utama.Jadi kalau lu tunggu pun tak guna.Sampai bila lu nak tahan bau kentut dia?

Keempat :

Yer lah lu cakap lu dah buat sehabis baik dah.Tahan kentut dia.Kekadang cakap kentut dia wangi kekadang lu sampai request one more kat dia suruh kentut dengan bunyi sekali tapi dia still tak leh nak wat pilihan antara lu ngan mouple dia.

Kelima :

Yang menjadi masalah problemnya pada diri lu.Lu seorang lelaki lu kena tegas.Sifat sabar tahan bau kentut tu bagus.Jaga hati dia cakap kentut dia wangi pun bagus tapi masalah problemnya takkan lu nak kongsi brader.Yang dapat bau kentut lu.yang menyedapkan hati dia lu.Tapi mouple dia?

Keenam :

Sekarang ini perkara dah jadi masalah.Lu keluar dari masalah tu.Jangan duduk lama-lama tahan kentut GF sharing is caring lu tu.Kalau lu asyik bau jerk lama-lama lu pun tak leh nak wat apa.Lu stuck kat situ lah sampai bila-bila.Lu beri salam dan mintak diri untuk pergi.Walaupun dia kata ada sikit lagi angin kentut tadi balance masa makan masak lemak asam tempoyak kat kedai lu jangan tunggu.Kalau dia sms cakap nak kentut kat lu jangan balas.Kalau dia telefon nak cakap dia baru lepas batal wuduk sebab kentut lu jangan jawab call dia.Cukup is enough!!Lu boleh hidup dengan normal tanpa gangguan bau kentut GF sharing is caring lu tu.So pendapat gua blah dah bro.Ramai lagi perempuan yang control kentut bila kuar dating.-The End -

So kesimpulannya saudara N ( bukan nama sebenar ) pun tak tau apa yang dia nak.So setelah panjang lebar gua bagi ceramah bebas meliar baru la dia faham dan dia akan lebih firm lagi.Tegas kerana itu adalah sifat yang boleh menyelamatkan dia.Mudah-mudahan gua boleh selamatkan dia dari bau kentut GF sharing is caring dia tu.

.: Cinta itu sementara, Sayang itu selamanya :.

.: Saya sayang kamu Syahira Makmor kerana sayang saya selamanya :.

Wednesday, December 01, 2010

.: A story to tell :.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Harap kisah ni tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

The story begin...

Dia seorang yang gigih mencari wang.Kerana semangatnya untuk melihat dirinya dan adik-adiknya terus maju.Dia punya cita-cita untuk membawa keluarganya ke satu peringkat yang lebih tinggi.

Dia seorang yang daif.Pendidikan hanya setakat darjah enam.Dia diberhentikan sekolah kerana ayahnya berfikiran dia seorang yang lembab dalam persekolahan.Tapi bukan dia minta untuk dilayan begitu.Walau bagaimana pun dia bukan seperti yang ayahnya sangkakan.

Bermula umur yang masih mentah dia gigih mencari wang untuk memenuhi keinginan.Dia ada semangat untuk mendapatkan sesuatu.Bila dia inginkan sesuatu dia akan fokus.Dan itu la kelebihannya.

Dan Alhamdulillah dengan berkat usahanya dia berjaya memenuhi segala keinginan dia.Sebagai seorang abang kepada adik-adik, dia sangat bertanggung jawab.Kalau boleh dia taknak adik-adiknya susah.Walaupun dia tak mampu nak memenuhi segala-galanya tapi dia cuba jadi sebaik mungkin.

Dalam percintaan dia sangat yang setia.Tidak pernah bertukar-tukar kekasih.Cinta nya tetap utuh pada seorang wanita.Barangkali dia tidak mahu mengikut jejak langkah ayahnya yang berkahwin dua dan mengabaikan tanggungjawab sebagai ayah.Bila dia lihat ibunya yang diabaikan begitu dia jadi sangat marah.Jiwanya yang memberontak menyebabkan dia jadi seorang yang sangat lain.Habis rumah perempuan itu di conteng dengan perkataan yang tidak elok.Segala macam tunjuk perasaan yang dia tunjukkan.Tapi apabila dia waras dia memberhentikan perbuatannya itu.Mungkin sia-sia katanya.

Bermacam-macam frasa kehidupan yang telah dia lalui.Setia kepada seorang wanita akhirnya tidak membawa kebahagian juga padanya.Kerana orang yang satu-satunya yang dia sayang dan cinta beralih arah selepas keluar dari kampung dan berkahwin dengan orang lain.Kerana lelaki itu punya kereta.

Dan dari titik itu dia tidak punya kekasih lagi.Baginya hidup dia hanya untuk mencari wang dan kepuasan diri.Sampai satu hari dia bertemu dengan seorang wanita dan jatuh cinta lagi.Kali ini dia melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi iaitu mengahwini wanita tersebut.Jodoh,

Dan kehidupan dia seakan sempurna.Punya isteri dan dikurniakan anak yang comel.Dengan berkat usaha dia selama ini dia dah punya perniagaan sendiri.Setakat nak menampung kehidupan dia duduk dikampung memang terlebih.

kisah ini agak klise.Tapi ia tetap berlaku dalam masyarakat.Kerana ada spesis yang macam pokok duit-duit.Mencari jalan mudah untuk menjadi senang.Bila kejayaan itu sampai maka kita harus lebih berhati-hati.

Ok back to topic.Dugaan itu datang tanpa kita sedari.Isterinya agak bengkeng.Orang jawa la katakan.Cakap ikut sedap mulut.Ye dia seorang yang sabar.Sampai anak berbilang pun dia masa sabar dengan kerenah kerana dia seorang yang bertanggung jawab.Dia tidak rela kerana perasaannya anak-anak pulak yang menjadi mangsa keadaan.Tapi sampai bila harus bertahan.

Bermula di sebuah kedai kopi.Anak si tauke kedai kopi ini la yang menjadi punca.Ibarat kata pepatah gua Kalau tak gatal takda yang menggaru kalau takda yang tukang garu tak melecet pulak kan.Bermula dari pandang-pandang, jangan pegang-pegang, duduk renggang-renggang bertambah sayang.Biar malu-malu, biar segan-segan kerana malu itu perisai............tang tu iman tu yang selalu kalah.Ketahui la pandangan kedua itu adalah syaitan.Bermula dari itu senyum-senyum bertukar nombor telefon genggam dan berpesanan ringkas.

Come on la orang tu dah ada anak tiga.Yang si dia ni pulak come on la perempuan tu sama jerk size ngan isteri kat rumah.Cam mana la leh jadi.Tapi itu la gua kata gatal dan menggaru.Maka jadi lah.Dan perkara ini berlarutan sehingga cintan cintun.Dia dah mula dingin dengan isteri dan anak-anak.Mana taknya dalam brain dia tu dah ada si pelayan kedai kopi ni tadi.

Cuba balik renung wajah isteri tu.Ini la perempuan yang gua nikahi yang gua suka dulu.Perempuan yang susah senang dengan gua.Pastu tengok wajah anak-anak.Kenapa sebelum ni sayang gua pada anak-anak melebihi sayang kepada isteri.Waktu gua balik kerja mereka berlari mendapatkan gua betapa rindunya mereka pada gua.Renungi raut wajah mereka semoga keinsafan itu timbul dalam jiwa.


Habis apa jadi ngan 'Dia'?Jalan pulang masih terbuka luas.Masih belum terlewat untuk membetulkan keadaan.

"Bahagia atas penderitaan orang lain adalah kezaliman "

Sekian.

Friday, November 26, 2010

Pengaruh Facebook

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

" Ibu, Ibu, nanti adik nak sekolah kat sini.Sekolah yang ada komputer.Bila adik dah pandai komputer adik boleh buat Facebook!"

Besar sungguh pengaruh facebook.

Thursday, November 25, 2010

.: Setahun Sudah berlalu :.

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum wbt.

Ibu...

Ibu...

Engkau lah ratu hatiku...

Setahun yang gua lalui tanpa Emak adalah satu perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran.Pejam celik pejam celik, celik pejam celik pejam, pejam pejam celik celik ( sila ulang selama setahun )dan hari ini genap la setahun pemergian Emak.

Sangat true la kata pepatah hargai lah emak semasa hayatnya.Nikmati la setiap apa yang emak masak sepuas-puasnya, nikmatilah nasihat @ leteran seorang emak kerana irama itu tidak akan kedengaran lagi bila emak tiada.

Dia adalah segala-galanya.

Al fatihah untuk Emak.Semoga Allah tempatkan Emak didalam golongan yang dikasihinya.

Thursday, November 11, 2010

Bila Rockers tidokan Baby

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt

Gua berjaya tido kan Baby..Anak buah gua Adlin Naufal B Asmanizam...Gua memang terer dan ada bakat...

Itu saja cerita gua.

Friday, November 05, 2010

.: Pakwe orang vs Laki orang :.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Entah bila masa pulak gua berminat nak kupas isu ni..Fuhhh!!
Walaupun berat tapi gua cuba bagi pandangan gua.Seboleh-bolehnya gua tak nak BIAS.Selalu gua keliru dengan perkara ni.

Siapa yang mula?Perempuan ke lelaki.Lelaki ke perempuan?Kalau gua tanya perempuan mereka akan jawab lelaki yang gatal.kalau tanya lelaki mereka akan cakap perempuan yang gatal.So siapa yang menggaru siapa?Atau sama-sama yang menggaru.

Yer lah ada yang gatal ada yang garu memang la jadi.Makin garu makin sedap lama-lama melecet..Cett!!bila dah melecet dah luka baru rasa sakitnya.Bila dah sakit mula la tersedar yang sedap pada mula nya membawa kesakitan.Haa garu lagi.Nak garu pelan2 jangan sampai melecet..

Dan masalah ini macam mana nak selesaikan.Macam mana gua cakap lu.Gua pun pening bila fikir masalah ni.Kenapa gua fikir?Sebab gua fikir kerana ini masalah dunia sekarang.Masalah dunia perkahwinan.Masalah kenapa ramai sangat orang takut nak kawin.Gua takut ke?

Kenapa gua takut.Sebab gua ni dah la hensem.Bila hensem maka ramai la orang nak kat gua.kah kah kah...takda lah..Gua takut sebenarnya ngan realiti ini.Gua takut gua akan menghadapi peristiwa ini.Takut digaru dan menggaru..uhuhuhuhu...

Gua takut melukai perasaan seorang yang bernama isteri.Gua takut melukai perasaan ibu kepada anak-anak gua.Gua takut melukai perasaan anak-anak gua..Gua takut dunia mencaci gua..So lu orang kata setia lah..yang lu nak g gatal menggaru buat apakan..Betul lu orang cakap..SETIA..

Ok contoh..Masa bercinta kentut pun tahan...sampai naik biru muka tahan kentut..Bila dah kawin kadang-kadang ekzoz depan muka suami lepas asap..uhuhuhu..Naik biru pulak muka suami tahan gas...Tapi kalau sekadar bergurau sekali sekala takpe lah..uhuhuh..tak derhaka ke namanya...kalau ada silencer takpe ni siap ada sub woofer begegar gegendang telinga...Dan lelaki disuruh terima la seadanya isteri tu..

Itu contoh jerk..kalau nak bagi contoh lain pun banyak...Ada juga Isteri sangat baik..Sangat-sangat baik..Tapi pun boleh jatuh ke dalam kancah garu menggaru..Kenapa?Memang lelaki tu gatal.Tak bersyukur.

Tulang rusuk kiri yang paling atas dan yang paling bengkok.Jika gua cuba luruskan lu akan patah..Jika gua ikut lu bengkok lu akan terus bengkok..Wahai tulang yang bengkok sempurnakan la tulang rusuk gua.Lindungi lah hati gua yang telah lama terbuka..Sempurnakan tulang rusuk gua yang telah hilang..Jika lu kembali ketempat lu semula maka telah sempurna la gua.Tetap la lu disitu untuk selama-lamanya Jangan cuba menjadi tulang kaki untuk menjadi kaki gua...Jangan cuba menjadi tulang tangan untuk lu menjadi tangan gua..Tetap la lu di tempat asal lu melindungi hati gua..utuh la lu disitu selama-lamanya.

Gua petik artikel ni dari www.wana93.wordpress.com

Adam..

Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,

Gagah perkasa seperti Badang,

Kau gunakan Hawa sebagai umpan,

Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa..

Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,

Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,

Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,

Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam..

Kadangkala kekacakan yang ada padamu,

Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,

Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,

Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa..

Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,

Ambillah kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,

Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,

Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam..

Kata-kata manis nistamu bisa menggoda sanubari Hawa,

Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,

Lembutmu dalam berbicara membuatkan Hawa senang mendekatimu,

Sikap prihatinmu menjadikan Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa..

Sikap tak endahmu menjadikan Adam berani terhadapmu,

Berani mengambil peluang untuk menyentuh maruahmu,

Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,

Hingga kau pun hanyut dengan dunia cinta palsu.

Adam..

Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,

Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,

Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsu,

Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa..

Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,

Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,

Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,

Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam..

Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,

Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,

Kau harus terus berjuang menentang hawa nafsumu,

Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam..

Di mana imanmu saat matamu melihat Hawa berpakaian tidak cukup kain?

Di mana kau letakkan Allah saat hawa nafsu menjadi Tuhanmu?

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani dalam perjuangan,

Agar Hawa takut untuk menggoda dan mendekatimu.

Begitu juga Hawa..

Di mana malumu saat kau menayangkan perhiasanmu kepada ajnabi?

Di mana taqwamu saat syaitan menempiaskan bisikannya untuk menggoda Adam?

Adam menyeru agar kau pelihara maruahmu supaya tidak dicemari,

Agar kawalan nafsu sentiasa berada dalam pegangan iman Adam.

Hawa..

Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,

Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,

Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,

Agar kau suci terpelihara saat Adam datang menyuntingmu.

Hawa..

Memang Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,

Namun, itu bukanlah yang Adam impikan,

Adam mengimpikan Hawa yang kuat pegangan agama sebagai penyuci kalbu,

Adam juga menginginkan Hawa yang sopan berpakaian dan memelihara pandangan.

Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam bab agama agar bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan. Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa. Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara dirinya untuk Hawa tercinta, iaitu, isteri. Jadilah juga Adam yang bertanggungjawab menjadi ketua keluarga, imam dalam solat jemaah dan pemimpin agama seperti yang diimpi oleh kebanyakan Hawa.

Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak mulia dan baik hati. Jadilah Hawa yang malu dan menjaga aurat serta maruah diri dari sewenang-wenangnya ditonton oleh ajnabi. Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk suami tercinta. Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri solehah serta hambaNya yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidami oleh kaum Adam.

Ok gua dah puas hati..So Lelaki adalah tuan punya tulang rusuk itu..Kalau lelaki tu dah ada tulang rusuk jangan la nak jadi tulang rusuk lelaki tu lagi..Nak letakkan mana lak?macam gua bias jerk..huhuhuhuhu...

Tuesday, November 02, 2010

.: Milah :.

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t

Entry ini gua tujukan khas untuk my daughter Milah.Hari ini entah kenapa daddy sangat rindukan anak daddy yang satu ni.

Sewaktu pertama kali bertemu empat mata dengan Milah ada satu perasaan yang sangat syahdu.Sewaktu makcik Asmah ( gua ingat2 lupa nama makcik tu ) bawa Milah, Milah berbungkus dengan kain.Dan masa makcik Asmah tu uncover kain yang menyelubungi Milah gua rasa nak melonjak kegembiraan.Gua rasa sangat gembira tak terkata.Milah sangat putih.Dan sewaktu gua amik dia dia diam.Sikit pun tak meronta.Dan gua letakkan dia dalam kotak.Kesian dia terpisah dari ibunya sejak kecil lagi.

Milah ajar daddy macam mana nak jaga kucing.Walaupun daddy pernah ada kucing sebelum ni tapi daddy tak tau serba serbi pasal kucing.Hari pertama Milah ngan daddy Milah taknak makan.Daddy sangat risau.Alhamdulillah bila daddy suap Milah ngan biskut itu ( tak tau brand dia sebab dah di pack pack ) Milah mula nak makan.Tapi Milah punya satu habit.Milah cuma nak makan bila daddy ada kat sebelah Milah.Dan satu yang menghiburkan hati daddy, Milah makan dengan bunyi.Sangat comel.

Masa tu daddy tak tau nak bagi milah minum apa.So daddy belikan Milah dutch lady punya susu tanpa lemak.Sebab daddy takut kalau ada lemak Milah sakit perut.Kelakarkan daddy.uhuhuhuh..U such adorable.Daddy suka tgk Milah.Milah ada mata yang cantik.Biru sebelah dan kuning sebelah.

Dan pada malam itu jugak daddy bawak Milah g melaka untuk perkenalkan Milah pada Mummy.Padahal daddy tak tau pun mummy suka kucing.Dalam kereta Milah duduk atas deskboard.Dan Milah macam takut-takut.Dan alhamdulillah Milah selamat sampai ke Melaka.Dan alhamdulillah jugak mummy sukakan Milah.Oleh kerana daddy tak punya banyak masa untuk jaga milah jadi daddy tinggalkan milah dengan mummy.

Milah jugak ajar mummy macam mana nak jaga kucing.Dan hari-hari berikutnya Milah tinggal ngan mummy.Daddy cuma dengar khabar Milah dari mummy.Mummy jaga milah dengan sangat baik.Milah ada bear milah sendiri.Milah suka tidur terlentang.Milah suka kejar kaki orang.Dan Milah jadi kesukaan teman-teman rumah mummy.Mummy kata Milah suka bergurau pukul 3 pagi.Dan mummy terpaksa pakai stoking dan selubung time tidur sebab Milah selalu kacau mummy.Tapi mummy tak kisah sebab mummy sayangkan milah sangat2.

Bila mummy balik kampung daddy akan jaga milah pulak.Milah akan duduk ngan daddy pulak.Tapi daddy kesian Milah tinggal sorang-sorang kat rumah.So daddy bawa milah pergi kerja.Milah ikut daddy pergi sarapan.Dan bila daddy bawak Milah akan ada lah orang yang akan keluarkan Milah dari carrier.Ramai sangat orang nak Milah.Tapi mana mungkin.Daddy takkan serahkan Milah pada sapa-sapa kecuali mummy.

Begitulah rutin Milah.Bahau-Melaka.Dalam perjalanan Bahau-Melaka, Melaka-Bahau milah sangat behave.Milah tak perlu pil tidur.Milah tak perlu apa-apa.Daddy tak perlu risau Milah "bub" atau kencing sebab milah tak pernah wat hal tu.Milah akan duduk diam di atas peha daddy sampai la ke destinasi.Sampai destinasi baru lah Milah akan melepaskan hajat.U are such wonderful.

Hobi Milah adalah tengok tv.Milah suka tengok tv.Milah akan duduk depan tv sampai la cerita habis.Semakin hari semakin daddy and mummy memahami cara-cara menjaga kucing.Satu hari nak bawak milah g klinik untuk cucuk vaksin.Itu la first time Milah pergi klinik.Dan doktor juga kata milah sangat cantik.Tetapi Milah wat hal.Milah jadi garang ngan doc tu.Milah nak daddy and mummy temankan milah jmp doc.Bila mummy pujuk baru la Milah tenang.Haih dont worry Milah doc takkan apa-apa kan Milah.Bila balik Milah menung.Tapi tak lama.Lepas tu milah aktif semula.

Daddy and mummy selalu bawa Milah g taman.Daddy tak tau Milah suka ke tidak.Tapi orang kat taman tu semua nak main ngan Milah.Dan ramai juga yang bertanya macam-macam ngan daddy dan mummy.Milah macam celebriti pulak.Bangga juga daddy n mummy Milah jadi perhatian semua orang.

Milah dah jadi anak dara.Milah dah mula nak boyfriend.Daddy and mummy dah mula panik.Macam mana nak cari boyfriend untuk Milah.Kebetulan kat umah mummy ada gak si jantan yang nak cari GF.Jadi memang dah rezeki Milah dapat BF.Setelah seminggu bersama Si jantan pun harus dipulangkan.

Milah pregnant.Tapi Milah tak tunjuk pun Milah pregnant.Milah masih lincah.Tengok perut Milah yang semakin membesar daddy and mummy jadi semakin risau.Walaupun due date nya dah lepas Milah tak tunjuk pun Milah nak deliver.Uhh risau betul daddy.Siap doc bagi private number dia.If Milah tak beranak call dia.Dan doc juga memang kenal ngan Milah.Dan pada 24hb januari 2009 pukul 1 Milah selamat melahirkan anak yang pertama.Dan sebelum Milah nak melahirkan anak Milah sangat resah.Rupa-rupanya Milah cari daddy.Waktu tu daddy nak tidur.Tetiba Milah naik kat daddy dan baring.So daddy belai-belai Milah.Daddy jadi bidan terjun masa tu.Tetiba daddy dengan bunyi nafas Milah turun naik turun naik.Dan daddy tau dah tiba masanya untuk Milah melahirkan anak.Dan keluar lah anak Milah yang pertama.Warna putih.Setengah jam selepas itu lahir satu lagi warna putih juga.Sejam lepas tu lahir satu lagi.Tapi warna hitam.Pelik daddy mana datang nya warna hitam ni.Sedangkan Bf milah warna putih juga.Sejam lepas tu keluar lagi satu.Warna putih.Dan daddy ingat anak Milah 4 jerk rupanya 5.pukul 5 pagi macam tu baru lah semuanya selesai.Milah keletihan.Daddy tak kisah walaupun converter daddy penuh ngan darah Milah apa yang penting Milah selamat dan anak-anak milah juga selamat.

Dan sampai masanya daddy anta milah kat mummy.Dan mummy sangat care pasal anak-anak Milah.Setiap satu jam mummy akan bangun dari tido tengok2 kan anak2 Milah.Tapi yang sedih nya dua dari anak Milah akan di serahkan kepada keluarga satu pihak lagi.Keluarga BF milah sebab persetujuannya begitu.Walaupun sedih mummy and daddy kena hadapi juga.Sebab mummy and daddy tak nak mungkir janji.

Dan sampai sekarang Milah ngan mummy.Daddy susah nak jumpa Milah.Hanya sekali sekali jerk daddy boleh datang tgk Milah.Haih daddy sangat rindu.

Hari ini entah kenapa daddy sangat rindukan Milah.Jadi daddy coretkan sesuatu untuk Milah.Harap Milah boleh dengar luahan hati daddy ni.Daddy just nak ucapkan terima kasih kerana mengajar daddy untuk manusia yang sayangkan haiwan.Jadi orang yang tak marah bila ada kucing yang gesel kaki daddy kat kedai makan untuk meminta makanan.Walaupun daddy sangat kecil hati bila ada orang yang menghalau kucing-kucing yang datang kat meja mereka.Daddy berkecik hati juga bila ada manusia yang mengatakan "eee kotor jangan pegang"...Dan daddy lagi marah kalau ada orang yang sampai pukul kucing tu sebab mengacau mereka makan.haih..Mereka tak tau bertapa istimewanya kalian wahai makhluk comel.

Daddy nak sampaikan msg disini..takkan miskin kita kalau kita bagi kucing makan..Takkan luak makanan dalam pinggan kita tu kalau kita bagi sebahagiannya pada kucing yang sedang lapar itu.Wassalam.

Monday, October 25, 2010

Been Tagged

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Gua kena tagged ngan Iza.Kena la jawabkan. So here it is.............

WHAT WAS YOUR :

1. Last beverage : Teh O panas

2. Last phone call : Syahira Makmor

3. Last text message : Syahira Makmor

4. Last song you listened to : Entah tak ingat dalam kete tadi otw g ofis

A'ah mana No 5?

HAVE YOU EVER :

6. Dated someone twice : Someone kan bukan SomeTwo?

7. Been cheated on: Yes

8. Kissed someone and regretted it : Never regret..hihihi

9. Lost someone special : Yes, My Emak.

10. Been depressed : Masa hilang mak lah.

11. Been drunk and threw up : Na'uzubilah



LIST THREE FAVORITE COLOURS :

12. blue

13. White

14. Black


THIS YEAR HAVE YOU (2010) :

15. Made a new friend : Dulu tak.Sekarang kena cari kawan bisnes.

16. Fallen out of love : No

17. Laughed until you cried : Jarang.

18. Met someone who changed you : Nope

19. Found out who your true friends were : Sapa ek my true friends?

20. Found out someone was talking about you : To many..

21. Kissed anyone on your friend's list : Ada ke?Kalau ada sila kenyit mata.

22. How many people on your friends list do you know in real life : Hampir semua la.Tapi lately banyak lak yang tak kenal add.

23. How many kids do you want to have : Sebanyak mungkin.Selagi larat.

24. Do you have any pets : Ulang jawapan Iza..Are you kidding me?

25. Do you want to change your name : Tak nak!Makmor tu best walaupun masa kecik dulu gua rasa abah gua tak adil bagi nama ni kat gua.Tapi sekarang Thanks Abah!

26. What did you do for your last birthday : Last birthday?Pass..Tak ingat!

27. What time did you wake up today :Sebelum subuh.Sebab tetiba tekak macam kuar naga!Batuk sangat sakit.

28. What were you doing at midnight last night : Tido..

29. Name something you CANNOT wait for : Nak tgk company gua ni success.

30. Last time you saw your Father : Aha..Abah baru balik ke kampung setelah beberapa hari lepak kat kilang gua.Take care Abah.

31. What is one thing you wish you could change about your life : My life?Tak nak bawak motor.Sebab motor telah merubah hidup gua!!

32. What are you listening to right now : Bunyi aircond dalam ofis ni.

33. Have you ever talked to a person named Tom : Tom?Ada masa umur gua 21 keja kat kedai gambar.Chinese.Tapi mana tah dia lama tak jumpa.

34. What's getting on your nerves right now : Customer yang 50-50 nak wat ke taknak..

35. Most visited webpage : Facebook. LOL.

36. What's your real name : Makmor B. Hasan.Ni ic nak?

37. Nicknames : Aman, Moi, More, Hensem pun ada orang panggil gak.kah kah kah itu gua perasan..

38.My close friends : Tak ramai.Tapi tak terlintas difikiran sekarang ni nak list out.Ke takda?hahahaha






Relationship Status : In Relationship With Syahira Makmor

39. Zodiac sign : Aqua

40. Male or female : Female.

41. Elementary : In term of what?

42. Middle School : Segamat High School.( Sama cam Iza )

43. High school/college : UNITAR ( sama gak )

44. Hair colour : Black lom ada silver lagi.

45. Long or short : Short.Tp nak simpan rambut panjang semula

46. Height : 5 kaki 7

47. Do you have a crush on someone : Ramai sangat nak crush on.uhuhu..Mata keranjang gua ni.,cannot cannot..

8: What do you like about yourself : Manis.Gua sweet pe!!kah kah kah..Korang muntah la takpe..

49. Piercings : Never tapi gua ada pakai tindik magnet.

50. Tattoos : teringin nak ada.tapi never.Mandi wajib tak sah nanti.

51. Righty or lefty : Tulis kanan.Cuci kiri.hahaha..menjawab soalan tak?



FIRSTS :

52. First surgery : Banyak kali.Malas nak ingat.

53. First piercing : never

54. First best friend : Dah meninggal.

55. First sport you joined : Sporting.Abah gua yang sporting.Takda la bola sepak la.

56. First vacation : Tioman,then Jepun,Jakarta dan beijing.Adakah gua over?

58. First pair of trainers : Pass jugak lah!





RIGHT NOW

59. Eating : Tgh menaip eating pe?

60. Drinking : Teh O panas ada lagi balance

61. I'm about to : Lom Fikir lagi.

62. Listening : Lom Fikir jugak

63. Waiting : Tgh tunggu pekerja gua balik nak siapkan projek ni.



YOUR FUTURE :

64. Want kids : mesti mahu.

65. Get Married : Sgt nk kawin.

66. Career : Berniaga.


WHICH IS BETTER :

67. Lips or eyes : Dua-dua pun best.

68. Hugs or kisses : Dua dua gak.

69. Shorter or taller : Makmor Taller Syahira Shorter.

70. Older or Younger : Me older Syahira Younger.

71. Romantic or spontaneous : Romantic lah.Spontan tak suka.

72. Nice stomach or nice arms : Dua dua nice.Sick Pack and Nice muscle kat arms.

73. Sensitive or loud : Sensitive lah.

74. Hook-up or relationship : Relationship

75. Trouble-maker or hesitant : Tak suka trouble.



HAVE YOU EVER:

76. Kissed a stranger : Dont talk to stranger.apa lagi kiss.

77. Drank hard liquor : Never.

78. Lost glasses / contacts : Yes.

79. Sex on first date : Huh?Sex tu pe?Male or Female ek.

80. Broken someone's heart : Kalau boleh tak nak.Tp gua manusia biasa yang tak lari dari wat kesilapan.I'm sorry and its from the bottom of my heart.

82. Been arrested : Tak pernah.Mintak2 jangan.

83. Turned someone down : Maaf sekali lagi.

84. Cried when someone died : Yes.

85. Fallen for a friend : Pass.



DO YOU BELIEVE IN:

86. Yourself : Yakin pada allah kemudian diri sendiri.

87. Miracles : always had a dream dan mimpi itu jadi kenyataan.Biasanya yang baik2 lah.

88. Love at first sight : Sight seeing.

89. Heaven : Kumpul pahala banyak2.

90. Santa Claus : Jibril better.

91. Kiss on the first date : No

92. Angels : Izrael.



ANSWER TRUTHFULLY:

94. Had more than 1 girlfriend / boyfriend at a time : No Comment.Gua artis.hahaha.

95. Did you sing today : Yes.

96. Ever cheated on somebody : Pernah.Dan taknak buat lagi.

97. If you could go back in time, how far would you go : 12 tahun dulu masa bulan puasa 28hb jan 1998.Time tu la yang merubah segala2nya.

98. If you could pick a day from last year and relive it, what would it be : On My birthday.Saya akan benarkan kamu datang.

99. Are you afraid of falling in love : Ye, sekarang takut sebab dah ada syahira.Tapi kalau hari-hari falling in love ngan syahira gua suka.

100. Posting this as 100 truths?: Memang nak posting pun.Posto posto...

Tuesday, September 28, 2010

@enstek 26.9.10



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Di sebelah gua tu lah insyaallah bakal bapa mertua gua.Belah kiri tu pulak insyaallah bakal adik ipar gua.Gua tengok gambar ni perfect.Mungkin kerana pada masa ni kitaorang sedang menonton perlawanan bolasepak antara MU dengan Bolton.Lu orang tengok betapa khusyuknya kitaorang sampai si jurugambar ambil gambar kitaorang pun kitaorang wat derk jerk.Punya la khusyuk gua cakap sama lu.Haaa kann..

Gua sampai kat Bandar Enstek lebih kurang pukul 2.30 petang.Tetamu pertama sampai.It was so teruja.Eksaited pun ye jugak.Tapi takda la nervous masa memula gua datang ngan Mr Arin dulu.Masa mula-mula datang ngan Mr Arin, perghh seram sejuk jugak la.Tapi cam biasa gua memang sentiasa nampak cool.hahahahaha.

Perangai mesti jaga.Maklum lah first impression tu sangat penting.Takkan kita terus nak show off perangai kita kan.Kena behave.Sok sok dah kona baru la kena regunya.Ibarat kata orang tak kenal maka tak cinta.

Overall that day was my happiest moment.Maklum la..mak dah takda..so pada siapa lagi nak menumpang kasih?

Thanks Pakcik Hamdan, Cik G, Syahira saya, En Amir ( walaupun rumah terbuka ni just untuk kawan-kawan rapat ibu ngan ayah )hehehehehe...Thanks for accepted me as what as i want it to be.Thank You.

Wednesday, September 22, 2010

.: Dari Meja Mr Moi :.



Bismillahirrahmanirahim..

Tengok senyuman gua tu..Kepuasan yang gua rasai setelah ofis gua siap..Dan interior nya gua yang memikirkannya dan direalisasikan oleh staf-staf gua yang rajin dan berdedikasi.

Dan akhirnya sempurna sudah office gua yang comel ni...Alhamdulillah..segala pujian hanya layak untuknya.

Chow..

Monday, September 13, 2010

.: Raya Ku :.



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum jari gua menari dengan lebih laju lagi di kesempatan ini gua nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.Sekiranya ada salah dan silap, bahasa yang tak sedap, perkataan yang mengguris hati, ayat-ayat meruntun jiwa dan sebagainya lah..Ampun dan maaf gua pohon dari lu orang semua.

Hari ni 4 syawal 1431.Gua dah start bekerja.Dalam erti kata yang sebenarnya kilang gua dah beroperasi semula.Ehehehe...Kalau nak diikutkan cuma 4 hari jerk gua bercuti.Tu lah dia kalau dah namanya bekerja sendiri effort tu kena lebih lah.Tak macam bekerja dengan orang.Kalau bekerja dengan orang memang gua tengah bercuti sakan lah ni.So itu la perbezaannya.

Raya tahun ni orang putih cakap nothing much.

Pagi raya macam biasa gua akan ke masjid untuk solat hari raya..Then after solat hari raya gua balik rumah..If Mak ada for sure gua dah balik dengan mak.Pergi solat hari raya pun dengan mak.Then g kubur pun dengan mak.Pagi-pagi dah salam cium tangan mak.Sambil gua salam gua akan cakap " Mak, ampunkan dosa-dosa anak mak ni ".Then mak akan balas " Anak-anak mak tidak pernah ada sikit dosa pun pada mak, mak dah ampunkan baik yang lepas atau yang akan datang".Then gua akan cium mak dan peluk mak.Setiap tahun gua akan buat begitu.

Malam sebelum raya mak akan sibuk-sibuk didapur.Menu hari raya mak adalah, Ayam masak merah, lodeh, rendang daging dan sambal kacang yang belum pernah gua jumpa lagi yang lebih sedap dari itu.Mak akan bangun awal.Seawal pukul 4 pagi untuk menyiapkan semua itu.Kadang-kadang sikit membebel pasal adik-adik perempuan gua yang sibuk mengemas tapi tak sibuk untuk belajar memasak.

Dan waktu subuh mak akan kejut gua.Dan macam biasa pas solat subuh gua akan mula membelasah apa yang mak masak.Sangat menyelerakan.Dan kesedapan itu sangat gua rasakan sampai sekarang ni.Dan gua takkan dapat rasa kesedapan itu lagi.Al-Fatihah untuk arwah mak.Semoga Allah menempatkan roh mak dikalangan roh orang yang di kasihi Allah.

Dan pada 1 syawal tempoh hari, adik-adik gua yang perempuan tu masak.Sedap tapi..Ibarat kata abah " Mor tu jangan tanya, dia selalu bandingkan masakan korang dengan mak, memang pada dia tak sedap walaupun korang masak sedap".uhuhuhu..Mereka masak sedap.Gua cuma rindu.

Kenapa gua rindu?Sebab mak adalah mentor gua.I will do everything for mak.I will tell mak everything dan mak sanggup jer dengar cerita gua.Apa-apa pun cerita gua.Kenangan gua ngan mak sangat banyak.Dari kecil sampai ke besar semua mak.Gua takda kawan yang boleh dengar masalah gua.Gua takda kawan yang faham apa yang gua alami dan rasa.Mak tak bias.Kalau salah dia akan kata salah.Dan kalau betul dia akan puji anak dia ni.

So raya tanpa mak memang sesuatu yang sangat berat bagi mereka yang pernah merasainya.Tapi percaya lah ia akan lebih membuatkan kita menghargai saat-saat itu.Gua ulang ayat ni lagi sekali.Sebab gua dah post ayat ni kat FB.

Raya kedua Gua tido..

Raya ketiga gua jumpa Hajar.Minum kat Nanyang kopitiam.Malam gua singgah umah zerut ada kugiran.Acara ni memang saban tahun keluarga zerut ni buat.Selalu gua turut serta la main dua tiga lagu.Tapi gua lama dah tak main muzik.Sibuk ngan urusan kerja.

Raya keempat gua dah ada kat Rawang.Dan malam ni gua menaip blog.Kita sambung nanti.

Monday, September 06, 2010

First Baby



Finishing



Ini hasil keje pekerja SL CABINET AND FURNITURE.Tinggi 9 kaki dan lebar 7 kaki.Ni sebenarnya untuk gua.Untuk bilik gua..So ada ruang kat bilik tu dan gua nak fix in kan dalam ruang tu...so akan nampak pintu depan jerk..Memang gempak.Nanti gua nak wat katil lak..Bila dah ada kilang ni macam-macam leh wat.Dan gua suka survey website luar negara.dengan ciptaan-ciptaan yang best.

So company gua ni anytime boleh menerima tempahan.Tak kisah rekaan macam mana sekali pun gua dan staf-staf gua akan buat.Itu saja untuk kali ni.Iklan ni di bawakan khas oleh minyak urut cap kepala lutut berparut!!

Sunday, September 05, 2010

Kulit Novel

Bismillahirrahmanirrahim..

Haa..Kulit muka depan novel gua dah siap.Tapi napa gua tak publish?Hahahahaha..Tunggu.Nanti gua publish.Tak tau la menarik ke tidak muka depan tu.Tapi pada gua menarik la.Kalau gua as a reader gua beli la novel ni.Nampak sangat gua bias.

Tapi tajuk nya macam gua nak ubah.Dia.Cinta.Nafsu tu gua rasa macam tak best.Gua tukar kepada Nafsu Di Sebalik Hijab.Mesti lu orang tak sabar nak tahu apa benda cerita di sebalik tajuk ni.Hurm nak gua bercerita kah?Nanti la.Sampai masanya gua bercerita.

Hari ni hari Ahad.Gua lom decide lagi nak balik bila.Mungkin hari Selasa atau hari Rabu.Jumaat dah raya.Baju melayu gua tak amik lagi kat Batu Pahat.Hurm satu keje jugak tu nak g amik.Makcik tu pulak takda call gua cakap yang baju gua tu dah siap ke belum.Baju lain gua tak beli.hahahah..Agak tak logik tahun ni gua tak shopping.Kenapa gua tak shopping?

Kenapa gua tak shopping?Gua tak shopping kerana.......................( sila isi tempat kosong tidak lebih dari 20 patah perkataan )

Gua tak shopping kerana pada tahun ni gua tak kerja.Bila tak kerja gua takda gaji.Sebab takda orang nak bayar gaji gua.Kenapa orang takda nak bayar gaji gua?Sebab gua takda bos.So bila gua takda bos maka takda orang nak bagi gua gaji.Sekarang gua lak kena bayar gaji orang.So maknanya gua bos?Itu la sebenarnya nak gua sampaikan.Apa lu ingat senang ke jadi bos?Sekarang gua tau apa rasa jadi bos.Banyak benda nak kena fikir.Dan banyak benda yang nak kena bayar.Sekarang dah tak boleh nak fikir diri sendiri.Kena fikir semua sekali.Sampai gua jadi pening.Hahahaha padan muka.

Dan walaupun pening tapi gua puas hati.Walaupun tak shopping tapi gua puas hati.Kerana walaupun gua penat tapi gua penat untuk gua sendiri.Walau apa-apa pun perjuangan gua baru sahaja bermula.Chaiyok!!Gambate!!