Monday, December 13, 2010

.: Sekitar Makmor Hasan :.

Bismillahirrahmaanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Gua nak citer gua tak suka nama gua masa kecik dulu dah banyak kali gua citer.Tapi gua nak citer jugak.Ok masa gua kecik ( lom sunat lagi ) ceh! Gua suka nyanyi lagu P.Ramlee."Bekorban apa saja...harta atau pun nyawa..Itu la kasih mesra..Sejati dan mulia.."Selalu gua nyanyi bawah rumah.Sebab rumah gua tinggi ada satu tunggul kat bawah rumah tu gua selalu duduk.Tapi rumah tu dah takda dah tukar baru.Dan gua akan nyanyi dengan penuh perasaan.Kekadang sampai nak nangis pun ada.Entah kenapa gua suka lirik tu.Dan pendengar setianya adalah Arwah mak gua..Al Fatihah untuk Emak.Dan emak akan tersenyum..Sangat manis emak senyum dan gua rindu akan senyuman itu.

"Mak, Napa abah bagi nama Mor ni Makmor?"

Emak senyum.Wahai emak andai ada senyuman semanis emak itu....

"Entah lah Mor, Abah tetiba je balik dah bawa surat beranak dah tertulis nama Makmor B. Hasan."

"Awak bubuh nama apa anak ni?"Tanya mak.

"Makmor".Jawab abah ringkas.

Waktu itu aku hanya tau komplen dalam hati napa la nama gua ni Makmor.Orang lain semua nama best.

Dulu masa sekolah rendah ada nyanyi lagu negeri Johor.

"Allah peliharakan sultan"
"Sihat dan ria kekal dan Makmur"

Waktu tu gua malu.Antara senyum kambing sambil tengok keadaan keliling ada tak orang perasan.Gua malu nama gua disebut ramai.

Bila cikgu tanya nama gua mesti pertanyaan tu ditanya dua kali.Samada gua tak berapa yakin nak sebut nama gua atau cikgu tak berapa yakin nama gua ni.

Ada orang kata " Abah kau tu letak nama Makmor supaya orang selalu doakan dia makmur jerk sepanjang masa.Sebab Makmor Hasan.Maknanya Hasan la yang makmur".Ada juga kebenaranya dan mungkin juga tidak.Dan sampai sekarang gua lupa nak tanya abah kenapa letak nama gua Makmor.

Kawan kampung gua panggil gua Moi.Sebab pelat nak sebut Mor.Emak abah panggil More.Makcik pakcik sedara juga begitu.Kawan-kawan jerk panggil Moi.Sampai satu tahap dulu biasa lah kanak-kanak kan suka mengata.Makmor tu sinonim ngan Aman.Aman tu ditambah pulak dengan Aman tongek.Sepatutnya tonggek.Tonggek kah gua.Mungkin dulu sekarang dah tak.Dah leper.Aman tongek aman tongek.Memang marah tahap dewa19 juga la gua masa tu.Tapi bila dewasa sikit Aman tu melekat sampai sekarang.Sekarang gua perkenalkan diri gua sebagai Aman.Dan ramai orang yang kenal gua dengan Aman.Ada juga kawan-kawan yang masih panggil Moi.Dan ada juga Makmor.

Ok.Tapi itu dulu.Sekarang gua bangga dengan nama gua.Terima kasih abah bagi nama ni.Kerana nama ini membuatkan gua rasa lain dari orang lain.Nama saya Makmor.Dengan yakin dan penuh semangat gua boleh bagi tau Ya Nama Saya Makmor.Anda ada masalah dengan itu?

"what a classic name " ada orang putih cakap kat gua ( rekaan semata ).

Mungkin abah ada sebab tersendiri kenapa dia bagi nama gua Makmor.

wassalam.

1 comment:

Hajar said...

yup. aku pun. dulu aku pelik napa nama aku lain daripada nama kakak2 aku.

tapi sekarang ni aku bersyukur sangat sebab mak aku letak nama ni. at least bila aku rasa down, ia akan mengingatkan aku ketabahan Siti Hajar yang ditinggalkan bersama anaknya, Nabi Ismail A.S di padang pasir. :)