Monday, December 25, 2006

Harum mekar di hati

Assalamualaikum..

Kenapa tajuk tu?entah la tetiba jerk terlintas kat hati..terus jerk bubuh...

First of all...syukur sangat ke hadrat ilahi kerana apa yg selama ini mengganggu gugat hati gua ni terjawab jua akhir...dan apa yg gua perjuang kan akhir nya nampak juga...

kesungguhan,keikhlasan dan kepercayaan itu penting..dan apa yang gua cuba sampai kan akhir nya sampai...

Bila hati telah lega semua nya nampak macam amat mudah..terasa beban yang tertanggung telah di lepas kan...dan matlamat nya sampai sepenuh nya...

Insyaallah segala-gala nya bermula di sini..dan titik permulaan nya di sini..akan gua gapai..gua capai sedaya mungkin...semoga di berkati..

Orang asyik bertanya kenapa dan mengapa..sedang kan gu atidak punya jawaban untuk itu...gua sendiri ingin bertanya kenapa dan mengapa dan menjadi kegemaran gua frasa itu...

Dia mana kita mahu disitu di tunjuk kan jalan....

Oh tuhan tolong la saya...Saya ingin kan dia....

Friday, December 15, 2006

Wahai Hati Bersabar lah

Assalamualaikum...

Lately ni gua tak tau apa benda yang bergolak dalam hati dan perasaan gua ni...TAk tentu hala..berkecamuk...gua mencari sedalam-dalam nya namun gua tak jumpa...wahai hati mengapa kah kau begini...berat sungguh untuk gua tanggung...aku seperti tidak berdaya untuk menanggung nya...bagaimana ingin gua ringan kan bebanan ini...sesungguh nya gua tak sanggup....

Wahai hati..tenang la lu buat sementara ini...entah bagaimana lu boleh rasa begini...entah apa punca dan sebab nya...wahai hati jika ada sesuatu yg ingin lu sampai kan maka sampai kan lah..jika ada sesuatu yg ingin lu nampak maka perlihatkan la ia..gua dah tak sanggup berteka-teki..

So bawah ni gua sisip kan buat renungan bersama.....

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais.

Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunn! ya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian
yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manus! ia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda didalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara
lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang
bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar,darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf,
penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyak-kanlah. . beristighfar itulah senjata orang2 mukmin

Begitu lah serba sedikit...Gua ni entah laaa...gua tak paham diri gua ke..orang tak paham diri gua ke...tapi yang pasti nya hati gua selalu berdetik dan berkata-kata...di dorong dan terdorong....

Friday, December 08, 2006

New Episode

Assalamualaikum...

Bukan ada new episod pun..sesajer jer gatei nak taip cam tu....Tekak gatei ni..malam tadi pergi karaoke bersama sepupu gua,adik gua dan kawan dia...kul 12 midnight baru kuar umah..biasa la hala tujuan ke YC plaza laa..Kalau dah jumpa ngan sepupu gua ni rasa nya memang seronok...kalau bab merapu bagi kat kita orang laa...nombor satu...yang best nya pada awal-awal masuk tu nyanyi lagu yang best-best jerk...gua nyanyi lagu 'tiada lagi' amy search..gua minat tul lagu ni....tapi bila dah last-last tu suara pun dah pancit mula la kuar lagu yang bukan2....antara nya lagu 'gila judi' dato` m daud kilau..sepupu aku tu siap gelek ikut cara dato` m daud kilau...gua yang menyanyi pun dan tergolek-golek ketawa...ahaahahah...satu ringgit....dua ringgit..tiga ringgit..empat ringgit..lliimaaaaaa...ringggggit...hangus!!!!!thanx guys...walaupun gua ada masalah dalaman at least pun lu orang sungguh entertaining...

Dapat email dari kawan yang berada kat Switz....Sian gua tgk...makin kurus..tapi cute dah...gua rasa dia elok maintain kan figure cam tu...just nice....Biasa la hidup di rantau orang banyak benda yang harus kita biasa kan...sebab life style diaorang bukan sama macam kita kat malaysia ni...kat sana segala-gala nya asing sungguh...makhluk asing jerk tak da...Di sudut hati gua ni teringin nak ke sana...mana la tau rezeki gua kan...tapi tak tau laa cam mana...member tu ada ajak...dia kata tak kisah la..lepas tambang pun tak per...yang penting sampai dia kata...ermm...menarik jugak tu...nanti la gua fikir kan nya lagi...

Petang ini nak g main bowling...ngan kawan lama..yer lah gua tak tau la kenapa gua memilih untuk hidup seperti mana yang gua tempuhi kebelakangan ini..samada hendak menjaga hati orang atau gua sendiri yang ikhlas nak buat...tapi pagi ni ada sesuatu yang berlaku dalam diri gua ni...jadi gua telah memilih apa yang telah gua tinggal kan..Tak da guna nya menjaga hati orang lain sedang kan hati sendiri yang sakit...Life goes on....:-)....

Cicak man dah berada kat panggung tu..dengar dari cerita surat khabar cicakman ni menarik..nak cuba jugak la malam...after bowling..huhuhuhuhu....

Ok la...alhamdulillah kesihatan berada di tahap ok...kesihatan hati pun dan semakin pulih....Semoga gua terus tabah..insyaallah...

Monday, December 04, 2006

monday

Assalamualaikum..

Hari ni hari senin...Layu jerk g keje..gua di serang demam beb.....

Semalam g PD...Gua kena demam air laut..tak pun demam naik banana tu...hampeh....

kifarah ni...banyak wat dosa...

anyway...enjoy jerk la keje hari ni....dont worry kejap je kul 5...(menyedap kan hati sendiri)....

Gua demam!!!!!!!!huhuhuhuhuhu...

Tuesday, November 28, 2006

15 seksaan di dunia, akhirat jika tinggal solat

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."

Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.

Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: "Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab."

Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat.

Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?"

Jawab Baginda:


1. Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan,
jika hidupan mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).

2. Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya,
tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).

3. Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.

4. Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya
munafik, malah dia termasuk golongan munafik).


5. Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.

6.Doanya ditolak Allah.

Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: "Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya."

Kemudian bertanya lagi sahabat: "Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?"

Jawab Baginda:


1. Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada

belas kasihan.

2. Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi
nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit
ketika roh akan keluar.

3. Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di
dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?"

1.Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah
kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga
hari kiamat tanpa henti."

Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.

Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."

Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.

Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?"

Jawab Baginda: "Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.

"Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar."

Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.

Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.

Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59).

Selepas sebulan

Assalamualaikum....

Ada 2 hari jerk lagi untuk november berlalu pergi.....dan dua hari lagi jugak la gua akan menghantar surat perletakan jawatan di audiovox ni...Sedih jugak...ye lah dah nak dekat 5 tahun aku kat sini..mencari rezeki..suka duka..ketawa gembira..menangis jerk tak lagi kat sini...tempat ni la jugak menjadi saksi kepada kewarasan fikiran..dan tempat ini jugak la yang telah banyak memberi jasa kepada kedewasaan akal fikiran gua ni...

Disini banyak kenangan...kalau di ikut kan memang sedih..walaupun kerja gua ni tak la seperti pekerja lain..ke hulu ke hilir..tapi gua tetap di tempat duduk gua mengadap screen pc ni..dan itu jugak la keje gua hari-hari...di tempat baru entah dapat entah tidak la gua nak menaip kat blog ni...dan gua rasa gua akan hilang jugak la dari alam maya ni..kalau ada pun sekali sekala jerk laa..

Banyak benda yang gua kena tinggal kan...kawan-kawan di YM..kawan-kawan di kuala lumpur ni...kesesakan di kuala lumpur..hiruk pikuk jalan raya..uhuhuh..pasti gua akan rindu...

Tuesday, November 21, 2006

mistreated

I've been mistreated, I've been abused.
I've been struck downhearted, baby,
I've been confused'
cause I know,
yes, I know
I've been mistreated.
Since my baby left me
I've been losing my mind,

lagu ni gua suka...lagu lama ni..rasa nya orang sebaya gua memang tak ramai yang tau..tapi kalau tanya orang yang berusia 40 an memang familiar ngan lagu ni..

masa terlalu pantas berlalu....tahun nak abis weiii...tahun naik lagi satu angka..uhuhuhu....beware...ahahhaha

Thursday, November 16, 2006

JIKA IA SEBUAH CINTA

jika ia sebuah cinta.....
ia tidak mendengar...
namun sentiasa bergetarjika ia sebuah cinta.....
ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa..

jika ia sebuah cinta.....
ia tidak menyeksanamun sentiasa menguji
jika ia sebuah cinta.....
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha...

jika ia sebuah cinta.....
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati...

jika ia sebuah cinta.....
ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan...

Wednesday, November 15, 2006

Putih

Assalamualaikum......

Dia tidak mengerti lagi apa tu dunia...Dunia yang penuh dengan segala macam rencah dan kerenah..

Kehidupan yang menanti di luar sana tiada pernah terjangkau oleh fikiran kita pun.Dunia mu hanyalah meminta.Kau tak pernah mengerti bagaimana permintaan mu itu di penuhi.Kalau tidak di beri pastinya rengekan mu pasti akan terdengar.

Tapi pastinya engkau akan menjangkau dewasa.Dan corak hidup pasti akan berubah.Dan pastinya engkau adalah seperti orang-orang di sekelilingmu.orang-orang yang di sekeliling mu yang menjadi cermin untuk dirimu..Selamat Dewasa...
Posted by Picasa

Friday, November 10, 2006

ITU LAH DIA

Assalamualaikum...

Hari ni rasa cam nak menaip...tapi macam terpaksa jerk...terbuku macam-macam rasa kat hati ni..tak tau mana nak luah kan...luah kan kat dalam ni jerk la...

Dah lama tak menaip..slow motion jerk jari ni..otak pun ada beku sikit...Arrggghhhh!!!!

Sebenar nya letih jerk..Dua minggu member gua cuti sebab kawin...Jadi gua kena replace tempat dia...Selama dua minggu gak gua kena balik kul 12 tgh malam..dah macam Mr cinderella lak...Letih woooo...

Yg lain-lain tu tak da apa laa..sekadar peristiwa rutin yang membosan kan jiwa...Shut Up!!!!

Monday, October 30, 2006

Post Hari Raya

Assalamualaikum...

Selamat Hari raya kepada semua kawan-kawan yang membaca blog gua ni...Gua dengan rendah hati memohon ampun dan maaf seandainya selama gua menaip ni ada menyakit kan hati banyak pihak...maaf kan gua ek...

Mari gua bercerita sikit laa pasal sebelum dan selepas raya gua cam mana...Gua gerak dari KL pada hari sabtu selepas berbuka...gua ingat kan nak gerak lepas sahur..mak gua dah bising...ehehehe..kata nya nak berkemas rumah..yer lah rumah dah tinggal lama..mesti semak samun dah naik tinggi..

Jadi gua sampai Kg Spang Loi,Segamat,Johor dalam kul 1 pagi...Biasa la terus tido laaa....Tgk rumah bersepah nya...masa duduk pun bersepah ini kan pulak dah tinggal kan lelama tak berjaga..lagi la bersepah..

22 oct-Pepagi dah kena ke pekan..beli apa yang patut..sebab hari ni tgk anak bulan..mana la tau besok raya..balik dari pekan terus berkemas rumah...bawak la sampai ke berbuka...

23 oct-pepagi jugak berkemas..masih banyak lagi yang belum settle..sib baik tak buat sorang2..ada la adik2 yg membantu...

24 oct-Selamat hari raya...Cam biasa rutin pepagi raya..g sembahyang raya...pagi yang sangat gua rindu..syahdu la rasa nya...dan gua menikmati rasa itu...syukur...takbir dan tahmid berkumandang...

25 oct-hari ni beraya ke rumah kawan-kawan sekolah..Gua ngan sepupu gua beraya..rumah pertama yg gua pergi rumah EN Malek..Kemudian gua pergi ke rumah Cik Aisyah...Dan selepas itu gua pergi ke rumah En Hizam..Rasa macam nak pecah pundi kencing..asyik minum air jerk..kang tak minum kang tuan rumah cakap apa lak...

sebelah malam pulak..member ada buat kugiran kat kampung..Tetiba jerk gua kena jadi vocalis utama..huhuhuh..rasa cam kelakar pun ada...bidan terjun..

26 oct..gua beraya ke segamat lagi...Kali ni ke rumah En najib (hari ni dia dapat baby boy..30/10/2006 kul 4 pagi tadi)...tahniah...then dalam kul 2 petang gua gerak ke Johor bahru..Beraya belah sana lak...

27 oct-Beraya ke rumah M`ngah gua...Pastu raya umah mak mertua abang gua...PAStu tak sempat g mana-mana..

28 oct-masih kat JB..pastu balik segamat naik bas kul 330 petang...sampai kampung dah penat..rehat...

29 oct-Pepagi lagi dah gerak ke kl..lepas subuh..kul 630 pagi dari segamat then kul 9 pagi dah sampai kl..jalan smooth..tak da jem...

Dan hari ni..BEKERJA..malas nya nak keje....gua malas nak keje weiiiiii.....tolong!!!!!

Thursday, October 19, 2006

26 Ramadhan

Assalamualaikum..

Hari ni dah 26 ramadhan..ada member gua sorang tu siap berkira-kira...punya la tak sabar nak raya..maklum la kereta baru...ni la masa nya nak tunjuk kat kengkawan...tu yang gembira sakan tu..

Raya itu kemenangan bagi umat manusia yang telah berjaya menyempurnakan ramadhan nya puasa dan amal ibadah nya..dan pada 1 syawal itu di haram kan berpuasa...kita di suruh bergembira..Tapi sekang ni pengertian itu dha jadi lain...sekarang ni pegertian satu syawal bereti baju baru..langsir baru..kereta baru dan serba serbi baru...kegembiraan raya amat bererti kepada yang berduit..tapi yang tak berduit keceriaan syawal tu jadi muram...maka dan jauh lari dari konsep yang sebenar...jadi bergembira la di pagi syawal...

Hayati la keheningan pagi syawal tu...Gua amat rindu akan pagi itu..pada pagi syawal yang gua ingat matahari seolah2 tersenyum...pagi tu rasa seperti nyaman dan menyegar kan..seolah2 seisi alam bergembira ngan kehadiran 1 syawal...kicauan burung...bagi yg di kampung la..kalau kat bandar gua tak tau la sebab gua tak pernah berada di bandar pada 1 syawal..kesimpulan nya pagi syawal tu sungguh mengasyik kan lah..takbir berkumandang..seronok2..yer gua rindu kan pagi di satu syawal...

Gua lom prepare apa-apa lagi...sibuk..ngan kerja..ngan bazaar nya..ngan aktiviti malam..tinggal kang rasa ralat lak..nanti la..lusa la kot pergi beli barang yang tak da...

Sebelum terlambat..gua nak ucap kan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada kawan-kawan yang sudi menyinggah di blog gua ni..gua manusia biasa yang banyak melaku kan kesilapan...secara sengaja atau tidak sengaja..secara live atau rakaman...kata-kata yang menusuk kalbu..harap-harap sahabat-sahabat semua maaf kan la gua ni..sekali lagi selamat menyambut eidul fitri..semoga kegembiraan allah limpah kepada kita semua...

Wednesday, October 11, 2006

Penting Nya Solat 5 waktu

Soalan: Seorang muslim yang meninggalkan solat tapi berpuasa, adakah puasa nya itu akan diterima kerana dia seorang muslim? Bagaimana pula jika ia hanya bersolat hanya pada bulan ramadhan sahaja sedangkan bulan-bulan lain ia tidak menunaikan solat?.

Jawaban: Ulama' mengatakan tidak ada gunanya kebaikkan bagi sesiapa yang meninggalkan solat, walaupun ia mengeluarkan zakat, berpuasa dan mengerjakan Haji.

Didalam sebuah hadith Nabi saw, bahawa Buraydah berkata, Rasulullah saw bersabda : "Barangsiapa yang tidak bersolat Asar, maka amalamnya menjadi gugur" [hadith riwayat Al-Bukhaari #520] Hadith ini menunjukkan bahawa apabila seseorang itu tidak melakukan amalan Solat, maka segala kebaikan yang dilakukan tidak dapat memunafaatkannya, iaitu sia-sia belaka.

Menurut Shiekh Ibn Utsaimin (fataawa al-Siyaam, ms.87) : "barangsiapa yg meninggalkan solat maka tidak sah puasanya, dan tidak diterima darinya! Sesungguhnya orang yang meninggalkan Solat itu kafir dan murtad, kerana Allah swt berfirman : "Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara kamu yang seagama"[Al- Taubah: ayat-11]"

Didalam Fataawa Al-Lajnah Al-Daaimah (fatwa no:102), ketika menjawab soalan mengenai apakah hukumnya orang yang hanya berpuasa didalam bulan Ramadhan sahaja, katanya: "Solat adalah salah satu rukun Islam, dan ia merupakan rukun yang terpenting selepas mengucap 2 kalimah syahadah, ia merupakan Fardu Ain. Dan barangsiapa yang meninggalkannya kerana menafikan ianya wajib, atau tidak melakukannya kerana lalai dan malas, maka ia menjadi kafir.


Mengenai mereka yang berpuasa dibulan Ramadhan dan hanya bersolat dibulan Ramadhan sahaja, itu adalah menipu Allah, dan sangat malang bagi mereka yang mengenal Allah hanya didalam bulan Ramadhan, maka tidak sah puasa mereka jika mereka tidak bersolat selain dari bulan Ramadhan, bahkan menjadikan mereka itu kafir iaitu kufur yang besar, walaupun mereka tidak menafikan Solat itu wajib, menurut pandangan ulama' yang lebih sahih" [Fatawa Al-Lajnah Al-Daa'imah - 10/140]. wallahu'alam. wassalam ============ ======

Rujukan : 1. Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 10. Cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2000.

18 ramadhan

Assalamualaikum...

Hihihihi..pepagi dah dapat excercise ringan...moto pancit pagi ni..kena la nolak sikit ke pam minyak untuk isi angin..alhamdulillah tahan sampai ke opis..tak per sat lagi nak g tukar tiub...

Hari ni dah 18 hari ek..memang tak sabar nak raya..tapi rasa sayu nak tinggal kan ramadhan yg penuh barakah ni..Alhamdulillah bisnes bazaar berjalan cam biasa tanpa banyak halangan dan rintangan..sembutan makin menggalak kan..sedap la kot kebab yg gua buat tu..ada beberapa orang awek yg membeli..setiap hari..terpikir jugak kat benak gua ni..tak jemu ke makan kebab hari2...gua ni tak berapa minat ngan kebab ni...memang sedap tapi tak da la nak makan hari2..tak per la bagus jugak beli hari2...

Raya dah nak hampir sangat dah ni...lagu-lagu raya dah berkumandang di radio...ucapan2 raya dan terpampang kat surat2 khabar...tapi gua satu benda raya pun lom di buat persediaan..tgk lah last-last ramadhan ni nanti sempat ke tak shopping nya..shopping jugak ke??hihihihihi...Di hari raya kita kena gembira...Aidilfitri tu sendiri dah membawa maksud kejayaan...berjaya bagi orang yang berpuasa dan melaku kan sepenuh ibadat di bulan ramadhan...To HAJAR (reflection-of-me)...jgn sesedih..nanti kita pusing2 satu segamat kita beraya k..naik kete ko...hihiihi...

Sebenarnya gua ni bersedih jugak la..tak tau la gua sedih pasal apa...mungkin sesajer jerk perasaan gua ni nak sedih..layan kan jerk laa...uhuhuhuhu...Selamat berpuasa.....

Monday, October 09, 2006

Kisah

BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu wassalamuala RasulilLAH sholla ALLAHU alaihi wassalam.

Assalamualaykum warahmatulLAHI Taala wabarokaatuh,

Khas buat kehadrat saudara/ri seaqeedah yang saya hargai dan hormati kerana ALLAH Taala semata, didoakan kehadrat ALLAH Subahanu wa Taala mudah-mudahan kita semua, Ummah Muhammad Sholla ALLAHU alaihi wassalam senantiasa berada dalam afiyah IMAN dan keasyikan beramal liridholLAH, insyaALLAH,
amiin.

AlhamdulilLAH,Hari ini saya melestarikan hajat di hati untuk menyampaikan hadiah berupa sebuah cerpen yang telah saya lipat kemas dalam koleksi ilmiah saya sedari tahun yang sudah, alhamdulilLAH, ia khusus saya kunjungkan ke kantung mel kalian, moga sama-sama kita renungi dan mengambil manfaat daripadanya, insyaALLAH yang terbaik itulah diimpi, walLAHU Mustaan..

BismilLAH..17 Ramadhan 13 Tahun sebelum Hijrah Deras langkah kaki Muhammad menuruni cerun Jabal Nur, badannya menggigil, hatinya berdebar. Terkejut. Iqra’? Rasulullah?Hubungan langit dan makhluk yang berjejal di bumi bermula semula setelah ratusan tahun terputus, bersamanya satu sistem hidup yang mengeluarkan manusia daripada pekat hitam yang membening busuk kepada sinar cahaya yang gilang-gemilang menewaskan gemilang mentari…Dan 17 Ramadhan berulang lagi. Latarnya berbeda, namun ruhnya masih di situ....17 Ramadhan 1426 Hijrah“Ramadhan,terasa kehilanganmu di saat kehadiranmu.

Khalid tidak dapat meneruskan luahan perasaannya pada malam itu. Monitor komputernya dimatikan.Hatinya kosong. Sudah masuk hari ke , dia sebenarnya masih tergapai mencari ruh Ramadhan. Banyaknya informasi yang dia timba di kelas tafsir bersama abang senior ditambah lagi dengan maklumat yang dia kutip daripada buku-buku yang dibelinya masih belum menemukan dia dengan erti sebenar Ramadhan.Fikirannya terheret ke wilayah lampau. Teringat saat dia berpuasa ketika masih kecil, puasa yang-yuk kata kakaknya mengejek. Sahur bersama keluarga, di siang hari buka periuk mengintai makanan. Dia tertawa sendiri saat mengingatkan peristiwa dia mencari makanan di dalam peti sejuk. Kepalang gembira apabila menemukan potongan buah betik di dalam mangkuk buat habuan perutnya yang sedia menyanyi-nyanyi kelaparan, menjelang Maghrib, dia berbuka pula bersama orang lain yang berpuasa.Dari situ, dia menyusuri kenangan berpuasa ketika bersekolah rendah. Walaupun terasa penat saat pulang dari sekolah, umminya tidak membenarkan dia berbuka.Itulah kebijaksanaan ummi sebagai seorang ibu...,bisik hatinya akur meskipun dahulu dia pernah mengamuk setelah umminya melarang dia berbuka.

Ditanggalkan kaca matanya, matanya digosok-gosok. Mengantuk. Dia rebahkan badannya ke katil di sudut bilik G16 itu. Apartmen tempat tinggalnya terletak bersebelahan jalan utama ke Bandar Swan. Bandar itu pasti sibuk malam-malam begini. Kafir yang tidak punya tujuan hidup akan berusaha mencari keseronokan semaksima mungkin malam ini. Riuh bunyi kereta di luar tidak menghalang dia untuk cuba melelapkan matanya sambil melayani kenangan lama. Simpang Gayung, sekonyong-konyong nama bekas asrama penuhnya itu melintasi wilayah fikir. Dahulu, hampir setiap hari dia menginginkan keluar dari situ. Benarlah kata orang, kita akan hanya menghargai sesuatu setelah kita kehilangannya. Pengalaman berpuasa di situ memahat suatu macam kelainan. Tika itu, dirasakan puasa mudah baginya, mudah juga mengisi masanya dengan Quran, solat-solat sunat seperti mudahnya busa yang terhasil daripada didih air lenyap tatkala api ditutup. Hairan juga dia mengingatkan sesetengah rakannya yang tidak berpuasa Ramadhan hanya kerana kesia-siaan yang dipanggil rokok! Kata seorang rakannya dengan selamba,Aku tak tahanlah, stress sangat lepas exam tadi.Kepalanya digeleng berkali-kali, kembali dia ke kamar tidurnya setelah menjelajah kota-kota memori. Kenangan tinggal kenangan. Peristiwa yang berlalu pepak pengajaran. Dia sedaya upaya tidak mahu merasakan dirinya baik kerana Iblis dihina ALLAH kerana mengatakan dirinya lebih baik daripada Adam.

Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah."Allah berfirman: "Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina." [Al-A’raaf:12-13]Baginya, hak untuk menghakimi adalah milik ALLAH, dan tugas Rasul yang mahu ditelusurinya ialah menyeru dan menjelaskan. Jam tangannya berbunyi, mengerling kemudian dipejamkan matanya erat-erat. Kembara ke kota memori masih dia teruskan. Pengalaman berpuasa kali pertama di rantauan lekas menyerbu dia yang masih belum melelapkan mata. Dia akui, semangat kerjasama dan persahabatan lebih terasa di sini. Di tempat yang jauh daripada keluarga, sanak saudara, serta rakan-rakan sekolah yang lain. Saling membantu dan bersama membeli makanan berbuka untuk dinikmati beramai-ramai bersama saudara seislam tanpa mengira warna kulit dan bangsa. Pengalaman yang punya erti yang besar buatnya.

Barangsiapa yang menjamu orang yang berbuka puasa, maka pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa [Hadith Riwayat Ahmad&An-Nasai]

Jauh dari tanah airnya, dia belajar erti ukhuwwah dan mahabbah. Ukhuwah yang tulen, yang mempersaudarakan sesiapa sahaja atas dasar kesamaan aqidah yang diyakini.Hujan menguyur damai saat pandangannya terlempar ke luar jendela. Masa pantas berlari. Tiga Ramadhan telah berlalu sejak saat pertama kakinya disapa debu benua ini. Dia masih runsing dalam pencarian ruh Ramadhan. Dia masih mencari erti sebenar Ramadhan dan kepingin menghayati Ramadhan yang kaya dengan sejuta keistimewaan seperti digambarkan oleh Rasulullah sholla ALLAHU 'alaihi wassalam: Sesungguhnya di syurga itu terdapat pintu yang dinamakan ar-rayyan yang dikhususkan untuk golongan yang berpuasa dan pada hari kiamat tiada yang masuk melalui pintu itu melainkan hanya golongan yang berpuasa yang akan diseru mereka itu dengan ditanya : Siapakah golongan yang berpuasa ? Lalu mereka pun bangun dan memasuki pintu tersebut dan kemudiannya ditutup setelah mereka selesai melalui pintu tersebut dan tidaklah masuk selepas itu sesiapa pun [Muttafaqun ‘Alaih] Dia faham benar bahawa Ramadhan yang berlalu sudah gagal dia penuhi dengan amal. Lailatul Qadr? Tidak terlintas untuk mencari kerana malam-malam yang pergi adalah malam-malam yang dipenuhi dengan lena yang panjang.Di dunia sedikit sekali mereka tidur di waktu malam[Adz-Zariyaat:17]Kerana apa? Kerana dia tidak ambil pusing atau barang kali tidak mengerti beza Ramadhan dan bulan lainnya.AstaghfiruLlahalaziim, beristighfar dia, menyesali Ramadhan yang pergi yang gagal dimanfaatinya sebaik mungkin.Ladang kebaikan itu bernama Ramadhan, isilah ia dengan amal ibadah"[mutiara kata]

Dia makin bingung, bingung kerana masih gagal menerokai jalan keluar daripada persoalannya. Perasaannya juga tidak dapat digambarkan dan tidak dapat diceritakan. Kusut sehingga pena tidak bisa menggambarkan keperihalannya .Ramadhan yang mampir lewat ini menyaksikan cabaran yang berganda. Dahulu, dia berpuasa hanya semata-mata taqlid pada rukun Islam tanpa penghayatan sebenar serta puasa adalah sekadar untuk berhari raya, tetapi kali ini dia bertekad untuk menghadapi segala cabaran yang merentangi. Penghayatan tidak akan hadir tanpa cabaran ditempuhi. Baginya, cabaran maha getir adalah memelihara hati. Hati atau yang disebut qalbu itu sebetulnya amat sensitif terhadap persekitaran. Pintu masuk ke lubuk hati adalah pancaindera yang tampak jelas di luar yang antaranya telinga, lidah, dan lisan. Segera dia teringat analogi berkaitan nafsu dalam sebuah buku; nafsu itu ibarat budak kecil yang merengek, terpulanglah sama ada memenuhi kehendaknya atau mendidiknya. Segera pula pesan seniornya menyerbu ke danau ingatan:

dunia, jika manusia bersusah payah, maka syurga pun akan terbuka untuknya. Sebaliknya, jika di dunia syahwat menjadi pilihan hati dan akal, kelak neraka akan terbentang luas untuknya di akhirat.Syurga itu ditutupi dengan susah payah, neraka ditutupi dengan syahwat [Muttafaqun ‘Alaih]Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi menahan nafsu, menjaga mata, telinga dan lisan kita daripada mendengar serta menuturkan perkataan yang tidak menyumbang terhadap saham akhirat, nasihat ustaznya di bangku sekolah dahulu. Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Jika kamu sedang berpuasa, maka jangan berkata keji, dan jangan marah dan jika ada orang memaki atau mengajak berkelahi, hendaklah orang itu diberitahu: Saya berpuasa[Muttafaqun ‘alaih]Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa yang tidak suka meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan yang palsu , maka ALLAH tidak memerlukan daripadanya, puasa yang meninggalkan makan dan minumannya.[Muttafaqun ‘alaih]Bulan ini bulan Al-Quran maka ramailah yang mula mendekati mushaf Al-Quran yang lama berhabuk. Alhamdulillah, bersyukur dia kerana ALLAH telah mengeluarkan dia daripada golongan yang tidak mempunyai masa untuk Al-Quran. Mengeluarkan dia daripada dia yang dahulunya sedikit sekali menyentuh Quran.Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini suatu yang tidak diacuhkan. [Al-Furqan:30]Bulan Ramadhan ini, seperti kebiasaannya, akan ramai yang menyambut cabaran untuk duduk-duduk membaca Al-Quran. Malangnya, yang beristiqamah hingga ke akhir Ramadhan dan diteruskan ke bulan-bulan yang lain adalah terlampau sedikit. Lebih sedikit lagi yang berusaha mentadabbur Al-Quran. Dia gusar andai dia tidak mampu untuk beristiqamah, kerana istiqamah adalah anugerah ALLAH untuk hamba-hambaNYA yang menjadi petunjuk bahawa Allah menginginkan hambanya itu tetap dalam amalan tersebut.Ya ALLAH teguhkanlah hatiku dan jasadku untuk istiqamah, anugerahkanlah aku cinta yang amat mendalam kepada Al-Quran, hati kecilnya membisikkan doâ. Pelbagainya cabaran Ramadhan adalah bertujuan untuk mendidik hati dan ruh. Dia akui bahawa usaha untuk mendidik hati dan ruh dalam bulan-bulan yang lain adalah teramat mencabar, kerana syaitan sentiasa mengintai dan mengintip peluang keemasan untuk menghasut manusia. Tarbiyyah ruhiyah juga adalah tarbiyyah yang terawal diamalkan oleh Rasulullah SAW ke atas para sahabat baginda. Berkesannya tarbiyyah itu terbukti pada awal peristiwa Hijrah. Kesukaran untuk meninggalkan harta, rumah, dan segala yang dimiliki bukan lagi apa-apa jika ianya semata-mata untuk ALLAH, semata-mata untuk menyelamatkan aqidah.Begitulah pengorbanan Muhajirin. Jauh dari tanah air tercinta, menanti pula golongan yang menyambut mereka dengan senyuman tak pernah lekang, harta yang ingin dikongsi, malah isteri untuk diceraikan demi saudara baru yang datang dari jauh. Begitulah tulusnya hati Ansar. Dia kagum dengan 2 golongan yang sangat bererti dalam lipatan sejarah Islam ini. Maha Bijaksana ALLAH yang telah memilih mereka untuk menjadi sahabat seperjuangan junjungan kesayangan semua, Rasulullah SAW.Bukti yang kedua pula apabila datang seruan perang, perang pertama dalam sejarah umat Islam. Perang Badar. Perang yang berlaku dalam bulan Ramadhan. Antara sekalian bulan dalam takwim tahunan, ALLAH telah memilih bulan Ramadhan sebagai bulan bagi perang pertama itu. Digetap bibirnya. Qadar ALLAH maha hebat, akalnya yang singkat itu tidak terjangkau akan hebatnya ilmu Sang Khaliq. Kenangan demi kenangan bermain dalam kotak fikirannya. Sejarah umat Islam juga menjadi juadah mindanya malam ini. Mindanya mula mengalah. Matanya mulai kuyu, isyarat supaya dia lekas berehat. Dia menggagahkan diri, perlahan dia bangun dari tempat tidurnya. Monitor komputer dihidupkan kembali. Mungkin itu jawapannya. Mungkin lalu, dia menyambung:Ramadhan,ku terasa kehilanganmu di saat kehadiranmu...1000 bulan pahala amalan tersembunyi di dadamu...sedang aku masih termanggu leka...kerna aku masih keliru...sedang ini mungkin yang terakhir....Di sudut hati,Aku menginginkan redha ALLAH,Di sudut hati,Aku merayu petunjuk ALLAH:Di sudut hati, Tersimpan sebutir impian yang tinggi Aku mahu bertemu denganNYA...Aku mahu bersama RasulNYA.Aku mendambakan hidayahNYA...Teramat....Agar petunjuk mengemudiku di sini...Kerna aku tidak mahu bersungguhan merayudi hari penghisaban semua manusia...Bersumpah dan berjanji di hadapanNYA...Aku ingin beramal, aku ingin berbakti, aku ingin hidup untukNYA !Sedang masa beramal diperuntukkan di duniaHari ini adalah peluang untuk beramal dan bersiap siagaSebelum tibanya esok yang tidak pastiPunya nafaskah lagi untuk jasadku yang hina...Dan yang perluku buat hanyalah mujahadah...Mujahadah serta istiqamah...Nah,ku rasakan itulah jawapannya...Kerana ALLAH tidak pernah dan tidak akan menzalimi hamba-hambaNYA...Cuma hakikatnya manusia sendiri yang mencari musnah...Ramadhan,Pantas sekali kau berlari pergi...Sedang aku masih terpaku di sini...Tergapai cuba membongkar rahsiamu yang jauh tersimpan ...Rahsia milik mu`minuun yang akhirnya melangkah melalui ar-Rayyan***********************************************

AlhamdulilLAH, demikianlah janji seorang Muslim terhadap saudara seaqeedahnya yang lain, terlantera sudah simbahan ilmiah yang saya ingin sampaikan khas buat saudara/ri seaqeedah yang saya hormati dan hargai kerana ALLAH Taala sekalian. Moga ada khairnya, insyaALLAH. Saya akhiri titip warkah saya buat kalian dengan satu tazkirah ringkas buat pemuhasabahan kita bersama:Perubahan adalah sebahagian dari sunnah kehidupan, persoalannya perubahan yang sebagaimanakah yang kita hajati supaya berlaku ke atas diri kita. Sekiranya kita tidak berhajat kepada perubahan, persoalan yang perlu kita jawab; adakah kita masih hidup?WalLAHU Taala Alam,Saamihni ala kulli hal, insyaALLAH sama-sama doakan kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan bukan sahaja buat diri, famili bahkan UMMAH seluruhnya, amiin.Siiru ala barokatilLAH, wassalamualaykum warahmatulLAHI Taala wabarokaatuh.

Hari Yg ke 16

assalamualaikum...

Ramadhan terlalu cepat nak meninggal kan kita...hari ni dah 16 hari dah...
Ni gua serta email yang gua dapat dari seseorang...harap dapat manfaat...

BismilLAH, alhamdulilLAH, wassolatu wassalamu ‘ala RasulilLAH sholla ALLAHU ‘alaihi wassalam,

Assalamu’alaykum warahmatulLAHI Ta’ala wabarokaatuh,

Kehadarat saudara/ri seaqeedah yang rahmat ALLAH Subahanahu wa Ta’ala tidak pernah sirna darinya insyaALLAH, amiin. Pantas benar masa berlalu, si barokah: Ramadhan 1427H makin pantas menghayun langkahnya, masyaALLAH..

Teringat sabda baginda RasululLAH sholla ALLAHU ‘alaihi wassalam yang bermaksud:

“Ada dua nikmat di mana manusia sering lalai dan leka iaitu masa sihat dan masa lapang.”

(Hadis riwayat Bukhari)
SubahanalLAH, betapa masa itu adalah aset amat bernilai anugerah ALLAH Subahanahu wa Ta’ala buat makhluqnya. Masa yang berlalu tidak akan kembali lagi biar menangis air mata darah, rajuknya takkan bisa kita pujuk agar ia kembali..

ALLAH Subahanahu wa Ta’ala telah pun menegaskan:

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.”

(Surah al-'Asr, ayat 1 - 3)

MasyaALLAH, tadabburilah kalamulLAH itu.

AlhamdulilLAH,
BiiznilLAH, sempat jua saya siapkan sisipan khas sempena Ramadhan 1427H untuk dikongsikan bersama saudara/ri seaqeedah yang dihormati sekalian, biarpun dalam keberadaan masa yang tiadalah seberapa berbandingkan perbilangan tugasan pada diri khusnya dalam minggu-minggu akhir semester pengajian ini.

Segala ucap pujian hanya layak bagi ALLAH Ta’ala. Moga coretan yang saya sisipkan berikut ada kebaikannya buat kita, walLAHU Ta’ala ‘Alam. Tafadhal masykuroh, selamat membaca..

Mulakanlah dengan basmalLAH..

Thursday, October 05, 2006

tazkirah ramadhan

Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarahdaripada perasaan sombong."…

Lalu seorang lelaki bertanya kepada Rasulullahs.a.w. tentang bagaimana seorang lelaki yang memakai pakaian yang bagus dan kasut yang elok.

Maka jawab Nabi s.a.w., "Sesungguhnya ALLAH TA`ALA itu Tuhan yang bersifat dengan sifat yang cantik dan sukakan kepada kecantikan.

Yang dikatakan sombong itu ialah menolak kebenaran dan memandang remeh kepadamanusia."
( HR Muslim)

Berhati2lah terhadap mereka yang suka memuji2 dan dipuji bila kita sehaluan dengan mereka. Namun, setelah kita berselisihan pendapat dan tidak lagisehaluan, mereka mula mengeji/mencela pula.

Dari Abdullah ibnu Amr ibnu Ash ra :Nabi SAW bersabda :Ada empat perkara, barang siapa memenuhi keempat2 munafiqlah dia.Dan barang siapa yang terdapat satu perkara, maka ia juga termasuk golonganmunafiq, sehinggalah ditinggalkan sifat tersebut:

1) Apabila diberi kepercayaan, dia khianat.

2) Apabila berkata, dia dusta.

3) Apabila berjanji dia mungkir.

4) Apabila dia bermusuhan, dia sangat jahat.

Sesungguhnya yang mulia disisi Allah itu, adalah yang paling tinggi ketaqwaannya dan yang paling baik amalan / akhlaqnya, baik sesama manusia/makhluk, lebih2lagi terhadap Allah SWT. Bukan sebab guru, keturunan, ilmu, kebesaran disisimanusia. Berapa ramai dari keturunan Nabi2 as ( Adam, Nuh as, Lut as, dll ) yang ingkar kepada bapa, suami, anak mereka sendiri walaupun bapa, suami, anak mereka itu Nabi? Berapa ramai pula mereka yang lebih cerdik dah lebih pandai dari kita,tapi tidak beriman dan kufur terhadap Allah SWT. Kepandaian yang mereka miliki itu, mereka gunakan untuk mendapatkan nama, pangkat, pujian harta, perempuan dll.

Kaum Ansar mulia disebabkan ketaqwaan dan pengorbanan mereka ( terhadap AllahSWT, Nabi SAW, Islam ) dan persaudaraan/ persahabatan mereka terhadap KaumMuhajirin, BUKAN disebabkan keturunan mereka.

Dari Jabir bin Sulaim ra :Rasulullah SAW bersabda :Janganlah engkau mencaci maki seseorang, dan janganlah engkau meremehkan yang makruf sedikitpun sekalipun hanya pembicaraan dari saudaramu yang disertai muka manis dan ceria. Dan angkatlah kakimu hingga setengah betis, dan tidak boleh bagimu menghulurkan ( melampai mata kaki ), kerana ia menunjukkan kesombongan.Jika ada orang mencela atau mencacimu, dengan cacat cela yang engkau miliki,janganlah engkau membalas dengan mencaci memaki melalui cacat cela nya yang engkau ketahui, sesungguhnya perkara itu menimbulkan bencana.Hmmm.... Memberi nasihat memang senang, tapi saya pun kadang2 tersesat/terbabas juga. Semoga saya dan kita semua diampuni Allah SWT. Amiin

Semoga Ramadhan dapat melebutkan hati2 kita agar kita semua dapat bertolak ansur, saling membantu sesama kita. Amin.

[8.46] Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati);sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

[8.47] Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan/kepandaia n/kehandalan/kewara'kan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan.

[27.80] Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati(hatinya) itu menerima ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berundur ke belakang (disebabkankeingkarannya) .

[27.81] Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yangbuta supaya menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan(seruanmu itu) melainkan kepada orang-orang yang sanggup beriman akan ayat-ayatketerangan Kami, kerana mereka orang-orang yang berserah diri dengan ikhlas. Benarlah Allah SWT dan RasulNya SAW

membebel..

apa yg gua nak bebel kan hari ni ek....macam tak da idea la pulak...

adik gua tu masuk ward pagi tadi...degil tak nak dengar kata...kalau dah letih sangat memang cam tu..alhamdulillah dah kuar dah...lepas ni gua tak kasik dia buat keje yg teruk2...

mood gua pun tak berapa nak ok hari ni....kul 3 pagi tadi ada orang call..cakap kat gua adik gua masuk ward..tu yg risau tu tak leh tido...apa-apa pun dia dah balik umah...

hari ni macam malas nak niaga..tapi member nak turun..gerai bukak tapi adik2 gua yang jalan kan...bagi diaorang pengalaman..nanti senang....

ok la bulan pose tak elok cakap banyak2..zikir banyak2 tak per..

selamat beramal................

Wednesday, October 04, 2006

I`m Not Superman

Kekadang gua rasa nak jadi superman...tapi bila pk balik tak leh la pulak..kang huru hara dunia ni gua keje kan...

haa..hari ni dah 11 ramadhan...terasa sekejap nya masa berlalu..jadi kawan-kawan mari la kita rebut peluang yang ada ni untuk beramal..mana la tau tahun depan tak jumpa lagi ramadhan kan...

selamat beramal...

Thursday, September 28, 2006

Tuesday, September 26, 2006

3rd Day

Dah macam menghitung hari la pulak ek...tapi begitu la pantas nya masa berlalu...

Demi masa...
sesungguh nya manusia itu dalam kerugian..
kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar...

al-asr

semalam berniaga..memula tu hujan..lebat gak..dalam hati terfikir abis la bisnes hari ni..cepat-cepat beristifar..rezeki allah yang bagi....jangan fikir yang buruk..dan alhamdulillah..bisnes berjalan macam biasa...alhamdulillah..sesungguhnya allah maha mengetahui sedang kan aku tidak tahu walau sedikit pun rahsia nya...

semoga hari ni lebih baik dari semalam...aamiiin...

Monday, September 25, 2006

2nd day

Assalamualaikum...

Masuk hari kedua berpuasa...

Gua berniaga bazaar ramadhan...jual kebab..semalam dah start dah..alhamdulillah jualan hari pertama memberangsang kan...tak tau lah pulak hari ni...moga-moga hari ni lebih baik dari semalam...

Meletih kan..tapi menyeronokkan..GO GO chaiyok...

Friday, September 22, 2006

Ujian untuk menjadi lebih Mulia

Kata orang, hidup ini layaknya roda kehidupan. Kadang berada di atas, kadang berada di bawah. Ada pula yang bilang hidup ini seperti ombak di pantai. Kadang tenang, namun tak jarang pula menghantarkan gelombang yang begitu kencang. Apa pun perumpamaan manusia terhadap kehidupan ini, intinya adalah hidup ini takkan setenang air di dalam kolam. Akan ada goncangan-goncangan, hambatan-hambatan, dan ujian-ujian yang bermacam-macam bentuknya.

Terkadang manusia seringkali merasa tidak mampu untuk menghadapi cobaan-cobaan hidup. Bahkan banyak pula yang tak menyadari bahwa semua nikmat dan semua ujian itu hanya berasal dari satu sumber. Semua itu berasal dari pemilik seluruh jiwa-jiwa manusia dan penguasa seluruh hati-hati manusia, yaitu Allah, Sang Maha Kuasa. Parahnya, ada juga yang menyesali diri sendiri, menganggap nasib diri terlalu sial, sehingga tak pernah mendapatkan kebahagiaan dalam hidup.

Mungkin anda pernah dengar cerita sebuah cangkir cantik yang dipajang di sebuah etalase toko. Sebelum berada di sana, ia hanyalah seonggok tanah liat yang sama sekali tidak dihiraukan orang. Kemudian seorang pengrajin mengambil dirinya, membentuk tanah liat itu, kemudian membakarnya di dalam perapian. Sang tanah liat sempat marah dan benci terhadap perlakuan yang diterimanya. Ia harus menahan sakit dan kepanasan. Tak sampai di situ, ia harus rela dicat dengan berbagai warna, kemudian dibakar lagi. Segala macam perlakuan sungguh tidak mengenakkan baginya. Namun apa yang terjadi, setelah semua proses selesai, sang tanah liat mendapati dirinya telah menjadi sebuah cangkir cantik. Ia bukan lagi seonggok tanah liat yang bau, tapi ia telah menjadi sosok baru dan tentu saja lebih baik.

Mungkin kita sebagai manusia, seringkali berpikir seperti tanah liat tadi. Ujian-ujian yang mendatangi di setiap detik kehidupan selalu ditanggapi dengan ketidaksabaran, keluh kesah, dan ketidakikhlasan. Tak jarang mungkin di antara kita merasa terlalu dibebani dengan amanah-amanah, merasa hanya diri sendiri yang diberi ujian, sedang orang lain bisa bersenang-senang, dan ada juga yang justru berhenti dan tidak mau lagi berbuat karena merasa terlalu lelah, fatigue, dan kecewa. Belum lagi kondisi lingkungan, keluarga, dan teman-teman yang seringkali cuek, tidak perduli, dan sibuk dengan urusan masing-masing.

Tapi cobalah kita lihat kisah si gelas cantik tadi. Lihatlah, betapa setelah semua proses berlalu, seonggok tanah liat telah menjadi sebuah gelas cantik. Betapa indahnya perubahan itu. Saat ini anda mungkin sedang diuji berbagai macam masalah, mulai dari masalah di keluarga, orang tua, teman-teman, tempat kerja, bahkan amanah dakwah sekalipun, tapi percayalah bahwa Allah sedang membentuk anda. Bisa jadi anda tidak menyukai bentukan itu, tapi anda harus sabar. Bukankah selalu ada kemudahan setelah kesusahan? Ingat, awan tak selamanya mendung, sekali waktu ia akan cerah berawan menaungi langit. Bahkan angin topan pun tak selamanya meniupkan angin kencangnya, pada waktunya ia akan tenang dan reda kembali.

Dulu, seorang teman pernah bilang, kalau merasa diri sedang mendapatkan ujian yang begitu berat, berbaik sangkalah kepada diri sendiri dan kepada Allah. Ingat bahwa Allah selalu menurut persangkaan hamba-Nya. Anggap saja saat diuji dengan berbagai masalah, anda sedang dalam masa ujian layaknya anak sekolah. Untuk bisa naik tingkat, harus ada ujian untuk menguji kesiapan. Makin tinggi tingkat, makin tinggi pula level kerumitan ujian yang diberikan. Percayalah, kalau anda berhasil menghadapi ujian ini, anda akan berhasil naik tingkat di mata Allah, menjadi mukmin sejati. Allah tidak akan memberikan suatu ujian sesuai dengan kemampuan hamba-Nya. Kalau Allah saja yakin kita mampu, masa kita sendiri tidak yakin dengan kemampuan diri?

Buat saudara-saudaraku yang saat ini sedang diuji oleh Allah, apapun bentuk ujian itu, bergembiralah dan bersabarlah. Bergembira karena ujian berarti Allah masih peduli dan sayang kepada kita, untuk itu ia memberikan ujian agar kita lebih kuat, lebih bijak, dan lebih mulia. Allah ingin kita menjadi lebih baik di hadapan-Nya. Setelah itu, bersabarlah karena sesungguhnya kesabaran akan membuahkan ketenangan jiwa, kekuatan hati, dan sungguh Allah selalu bersama orang-orang yang sabar. Bersabarlah, karena Allah tidak akan meninggalkan hamba-Nya yang beriman, justru manusia lah yang seringkali meninggalkan sang penciptanya.
Apakah yang diperoleh orang-orang yang telah kehilangan Allah dari dalam dirinya? Dan apakah yang harus dicari oleh orang-orang yang telah menemukan Allah di dalam dirinya? Sungguh antara yang pertama dan kedua tidak akan pernah sama. Orang kedua akan mendapatkan segalanya, dan orang pertama akan kehilangan segalanya. **

Wallahualam

Thursday, September 21, 2006

Ah lan Wasahlan ya Ramadhan...

Assalamualaikum..

Marhaban Ya Ramadhan...Marhaban Ya Syahral Quran...Marhaban Ya Syahrash Shiyam....

Dalam hadits yang sudah sedia kita maklumi diceritakan Junjungan s.a.w. telah naik ke mimbar, setiap menaiki tiga anak tangga mimbar Junjungan s.a.w.mengucapkan aamiin. Perbuatan Junjungan ditanyai para sahabat.

Junjungan s.a.w. menjawab:-Jibril mendatangiku sewaktu aku menaiki anak tangga pertama, dia berkata:-

"Celakalah seorang hamba yang tidak memakmurkan bulan Ramadhan sehingga dosa-dosanya tidak diampuni.

" Aku pun berkata:-"Aamiin".

Pada anak tangga kedua, dia berkata:

"Celakalah seorang hamba yang tidak berkhidmat kepada orang tuanya sehingga dia tidak dimasukkan ke syurga.

" Aku pun berkata: "Aamiin.

"Pada anak tangga ketiga, dia berkata:

"Celakalah seorang hamba yang mendengar namamu disebut, namun dia tidak bersholawat untukmu.

" Aku pun berkata: "Aamiin".

Nah saudara, jangan sampai kita terkena malapetaka besar ini. Isikan Ramadhan dengan sebaiknya, hendaklah sentiasa berbakti kepada orang tua kita, dan jangan lupa sentiasa membasahi lidahmu dengan sholawat

Tinggal beberapa hari jerk lagi kita akan menemui bulan yg penuh dengan keberkatan...bulan turun nya al-quran...bulan yang penuh dengan kemuliaan...Hari jumaat ni tgk anak bulan..Yang pasti nya hari ahad ni kita puasa...

Keseronokan Ramadhan itu sangat aku rindu kan...Terlalu banyak keistimewaan yang tak dapat aku hurai dan gambar kan dengan perkataan..waktu malam hari yg cukup tenang walaupun aku tinggal di bandar yang hiruk pikuk ni...alhamdulillah..

Harap-harap kali ini aku lebih mengganda kan amalan2 aku...selamat datang ya ramadhan..aku merindui mu...

Friday, September 15, 2006

A brand new day Again?

assalamualaikum......


Yuhuuu....Adakala nya aku tertanya-tanya dari mana datang nya rasa itu..Dari mana datang nya perasa itu..dan dari mana datang nya perasaan itu...Ia bukan datang seperti di paksa-paksa...ia datang secara rela dan kita seakan merela kan nya...Tatkala bila aku duduk keseorangan..Andai yg datang itu manis aku tersenyum tapi ada yg datang itu pahit berkerut muka menahan rasa pedih itu...Sebagai manusia aku tidak dapat lari dari meluah kan sesuatu kepada sesuatu untuk mendapat kan sesuatu..tapi adakala nya aku melebihi garis-garis sempadan itu dalam meluah kan sesuatu...dan natijah nya memakan diri aku sendiri..persolanan ini selalu berlegar-legar..antara ingin meluah kan atau ingin aku pendam kan sahaja...tapi adakala nya secara otomatis nya ia akan terluah dengan sendiri nya...kerana aku ini bukan seorang pelakon yang baik...



Pada dasar kehidupan manusia ini sama..aku,kau,dia,kita dan mereka itu sama..namun apabila diri kita sendiri yang mewujud kan garis panduan maka aku,kau,dia,kita dan mereka berbeza...kerana perbezaan itu di wujud kan oleh diri manusia itu sendiri..kita sendiri yang meletak kan di mana letak nya diri kita..kita pilih..kaya di dunia atau kaya di akhirat..penting dunia atau penting negeri akhirat?aku ada teringat bait-bait bicara ini...`jika kamu kejar dunia nescaya kamu takkan dapat akhirat,jika kamu kejar akhirat nescaya kamu dapat kedua-dua nya`...dan bertapa sukar nya nak mengejar negeri akhirat sedang dunia ini penuh dengan keseronokan..tapi ia sementara...aku tak sedar itu..tapi aku selalu mengigat kan diri aku iaitu yang paling hampir kepada aku ialah MATI...



Dan alhamdulillah...segala dugaan yang lepas2 tu aku dapat jugak mengatasi nya...walaupun pada ketika nya aku seakan tewas..aku hilang arah..seolah hilang segala-gala nya...tapi allah itu maha pemurah lagi maha mengasihani..dia bagi segala nikmat walau pun manusia itu sendiri tidak pandai untuk bersyukur dan berterima kasih...segala puji bagi allah tuhan sekalian alam...Dan hari ni aku bangkit dari pertiduran..semoga langkah ini terus laju...laju laju dan terus laju...semoga allah permudah kan segala-gala nya...aamiiin...

Monday, September 11, 2006

A Brand New Day

Assalamualaikum wbt...

Semoga sihat sejahtera hendak kepada pembaca yang budiman...Alhamdulillah hari ni gua rasa segar..alhamdulillah jugak la kerana semua nya dah berakhir dengan aman nya...

Dan dapat la gua menikmati hidup gua ni seperti biasa dan terus bersemangat untuk menempuh alam baru..dan gua akan berusaha..go go chai yok......

ok lah tak da apa nak di cerita kan..semoga allah memelihara dan melindungi orang2 yg gua sayang..selama nya tetap di hati...

Friday, September 08, 2006

Seandai nya cinta....

Terlebih dahulu gua nak mintak izin..gua amik catitan ni dari kawan gua iaitu HAJAR....sorry paste kan kat sini...


Seandainya Cinta....
Seandainya... Andainya Cinta Itu Hendak Diberi ..."Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi.Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti"Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...


1-Kuat agamanya.Biar sibuk macam mana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah. Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam..


4-AmanahJika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.


5-Tidak borosDia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.


6-Tidak liar matanyaPerhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.


7-Terbatas pergaulanSebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.


8-Rakan pergaulannya.Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkandirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parents nya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.


10-Tenang wajah Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.


"Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya..."

Thursday, September 07, 2006

Sakit jiwa

Assalamualaikum...

Hari ni hari khamis...Kena keje shift malam ganti member yang bercuti untuk kawin..Pepagi lagi dah ada peristiwa yang tidak enak...Air tak da!!!!!uuwaaaa cam mana nak solat ni....gua putar2 tak kuar air..aduhh!!!

Perkara yang kedua...ini yang menariknya ni...mungkin gua yang bangang pergi telefon mamat kerek tu nak wat per?Yerlah gua tipon pun time orang solat subuh..tak tau la pulak lom bangun lagi..mungkin solat lewat kot..tapi masih ada orang yang masih boleh meng`cover` mamat tu..gua di persalah kan kerana tipon orang tak kena time...yer lah salah gua...

Perkara yang ketiga...Salah ke gua kalau gua nak pertahan kan hak gua...Kalau gua tahu sesuatu tu akan menyumbang sesuatu yang tak baik dalam hubungan gua..gua amik langkah pencegahan awal...rawat sebelum parah..Arghh manusia memang selalu sangka dia betul..termasuk la gua..Tapi betul ke cara berkawan macam tu?kalau bergayut iin the middle of the nite tu kira kawan la yerk...tak tau la pulak cara berkawan zaman sekang macam tu...sekali dua tak per...tapi kerap kali..jika sebelah pihak jer tak per..tapi sama-sama naik...lu orang pk cam mana?

Gua jeles lebih...jeles tak tentu pasal..gua jerk yg jenis cemburu buta..cemburu rabun..cemburu juling...semua nya gua...sebut jerk ketagori jeles gua punya la tu...angle kata anggap jerk ex u sebagai teman tapi mesra ek...terima kasih la angle...tapi kalau dah menyakit kan hati teman tapi mesra menda nya..sekang ni memang gua sorang..tak da sapa nak cool down kan gua..nak buat gua rasa selesa..teman untuk berbicara..gua tak da sapa beb yang boleh gua sandar kan kecamuk nya hati,luluh nya perasaan hati bagai terkena bom berantai yg macam kat lubnan tu...tapi adakah angle paham?Tak boleh ke bagi kata-kata semangat...bagi macam mana konfident nya lu dulu kat gua...masa gua bersenang lenang ngan lu dulu..nak jaga perhubungan ni..sama-sama jaga..tapi akhir nya lu yang undang perkara yang tak sihat dalam benda ni..bila gua cuba nak buang perkara tu lu pertahan kan...lu orang rasa bagaimana?

Dah lah tu...cukup la...Gua tak nak la kisah rumah tangga gua orang tahu...gua kena perbaiki diri...apa lagi yang tak cukup pada gua...opss memang banyak kekurangan..ok lah..jumpa lagi...

Wednesday, September 06, 2006

Putus Kasih Namun Kawan Tidak

Assalamualaikum...

Lama gak tak taip kat sini...

Gua kembali single...Pedih,SEdih..but life goes on..

adakala nya apa yg kita suka tak semesti nya jadi milik kita...itu la kehidupan..

Semoga gua tabah untuk menghadapi dugaan hebat ini..aamiiin..

Monday, September 04, 2006

Bosan gilerr!!!

Bosan la gua hari ni...sebab hari ni hari isnin...

mana gua nak lari ni...

Tuesday, August 29, 2006

Merdeka!! Merdeka!!merdeka!!!

Tanggal 31 bulan lapan 57
Merdeka merdeka tetap lah merdeka
ia pasti menjadi sejarah...

Assalamualaikum....

Tinggal sehari sahaja lagi untuk kita menyambut hari kemerdekaan...maka sibuk la di tv,di radio dan di mana-mana sajer orang memperkata kan tentang kemerdekaan..Dan sibuk jugak la soalan apa itu merdeka pada anda di tanya..

Pengertian merdeka itu sendiri ialah bebas.Seorang hamba yang bebas dari tuan nya..sebuah negeri atau negara yang bebas dari cengkaman penjajah...Maka merdeka bukan dari segi itu saja..merdeka minda nya..merdeka jati diri nya..Jadi merdeka kan la diri anda..

Kebelakangan ini banyak betul peristiwa yang berlaku di malaysia ni..apakah tanda nya..apakah hikmah nya..di mana kan peranan kita sebagai manusia di bumi malaysia ini..atau kita buat buta..buat pekak..buat bisu..tepuk dada tanya iman...

Bab kelakar pasal siti..ramai jugak orang2 lelaki yg cemburu kat dato` K tu...tafsir la sendiri `k` tu untuk apa...hihihihi...Memang kelakar laa..rasa nya semua orang setuju...

Ina-Mawi...Tak da jodoh..ini pun nak di jadi kan rancangan ekslusif ke?amik kesempatan betul..sian kat korang berdua..sepatut nya korang dah kawin dan hidup bahagia..tak kisah la tak kaya..naik kete kancil pun tak per...janji bahagia..leh g kemana-mana tanpa perhatian..qada` dan qadar...menguji sejauh mana manusia itu sedar akan diri mereka sendiri..amik iktibar..

dah lah...merdeka ni kita buat solat hajat,bermunajat kepada allah...di kekal kan keamanan yg allah kurnia kan kepada malaysia ni..selamat menyambut hari merdeka...merdeka!!!

Tuesday, August 15, 2006

Bahasa Melambang kan bangsa

Assalamualaikum...

yuhuuu...hari ni ada tajuk yang boleh di bicara kan...Syarifah Amani..pemenang anugerah pelakon wanita di festival filem malaysia..Amani..menjadi topik hangat di akhbar apabila mengundang kontroversi dengan ucapan nya...mungkin kah dia terlalu ghairah dengan kemenangan dia sehingga tidak terkawal akan kata-kata yang terkeluar dari mulut nya...sehingga kan menteri kebudayaan rasa terguris nya kata-kata dia...kecewa dengan sikap dia...uhuhuhuh...memang menakjub kan...dan memberi kesan yang amat mendalam kepada sesiapa yang membaca dan lebih berkesan pada mereka yang ada pada malam anugerah itu...

Ini lah dia bukti keberkesanan menggalak kan bahasa inggeris di budaya kan di sekolah dan di rumah..Amani bangga dengan bahasa inggeris nya dan dia rasa seperti macam bodoh jika berbicara dalam bahasa melayu sebab kurang fasih..Bagi yang mendengar nya memang la rasa mual bila seorang melayu yang di lahir kan di Malaysia meluah kan secara terbuka tentang itu..Tapi nak salah kan dia ke?mungkin tidak mungkin yer...Amani mengatakan dia mengguna kan bahasa inggeris di dalam kehidupan dia seharian..di rumah..di sekolah dan dalam pergaulan..Sorry to say kalau nak berkawan ngan Amani kena la fasih berbahasa inggeris...Kalau yang terkedik-kedik cam gua ni tak payah la..lupa kan jerk..

Dan alangkah indah nya peristiwa ini berlaku di bulan kemerdekaan...Di mana letak nya jati diri..dimana letak nya erti kemerdekaan..adakah dengan berbahasa inggeris kita ni nampak maju..nampak kelas..nampak profesional?Merdeka kah anak bangsa kita kalau macam ni..sedang kan bahasa yang di guna kan itu sendiri adalah bahasa penjajah...bahasa orang yang telah banyak membunuh datuk dan nenek kita dulu?merdeka kah?Itu kita kena tanya dengan orang-orang yang berada di atas tu..mereka punya idea dan alasan yang paling menarik untuk kita dengar..sedap jerk halwa telinga kalau kita dengar..atau pun lepas ni mereka minta maaf dan siasat..nanti baru mereka akan bagi surat tunjuk sebab...Tapi tahniah la..sebab nya kempen membudaya kan bahasa inggeris ini berjaya...berjaya sehingga kan orang melayu terasa macam bodoh bila berbicara bahasa melayu...atau pun memang bahasa melayu itu bodoh?atau orang itu yang bodoh kerana tidak berbahasa melayu?

Terima kasih Amani kerana anda telah menyedar kan beberapa orang yang tidur selama ni...orang yang lalai selama ini..terima kasih kerana mengajar erti sebuah bahasa dan maruah..Jadi terus kan cita-cita anda untuk terus mencemar budaya...hapus kan la budaya melayu yang entah apa-apa ni..perbodoh kan lah bahasa atau budaya melayu...supaya orang yang memperjuang kan bahasa melayu terasa bodoh..Dalam bulan kemerdekaan ni adalah penting untuk semua itu..rakyat akan jadi sensitif tentang bangsa dan budaya..kenang lah pejuang-pejuang bangsa...mereka yang mempertaruh kan nyawa untuk kesenangan kita hari ni..cuba tanya diri kita apa yang kita buat untuk negara..kalau tak da jangan la nak memusnah kan pula..di atas kertas sahaja malaysia ni merdeka..tapi pada roh dan jiwa tidak pernah merdeka pun..permikiran penjajah,budaya penjajah,bahasa penjajah...dan tidak mustahil agama kita pun nanti agama penjajah..dah terbukti..tak payah sebut la kan...semua orang pun tahu pasal perkara..nanti ada orang cakap lak terasa cam bodoh jerk pakai tudung..terasa cam kuno jerk pakai tudung..terasa cam tak moden jika tak pakai ketat dan sendat...tak moden lak tak nampak pusat....dan begitu la seadanya rakyat sebuah negara yang merdeka..syabas malaysia..

Terasa sedih bagaimana Tok Janggut,Dato` bahaman,Mat kilau..tokoh-tokoh ini lah yang sanggup mati demi melayu..demi bangsa dan tanah air..Tokoh-tokoh ini tidak fasih berbahasa inggeris pun...mereka amat benci akan inggeris..kerana mereka yang merasa bagaimana penjajah mengambil hak mereka...seterusnya mereka bangkit memperjuang kan maruah bangsa..maka atas perjuangan mereka la kita ni merasa apa yang kita rasa sekarang ni..sedar kan mereka-mereka ini yang mana pejuang-pejuang kemerdekaan adalah orang melayu..yang menuntut kemerdekaan dengan british itu orang melayu yang bernama Abdul Rahman...Dan yang mengistihar kan merdeka itu orang melayu yang bernama Abdul Rahman..Sedar la bangsa ku..jangan la kerana keghairahan dan ketaksuban anda kepada dunia yang anda anggap maju ini anda membelakangi budaya dan bahasa anda...

Gua bukan benci orang berbahasa inggeris..gua benci orang yang memperlekeh kan bahasa melayu...berbahasa inggeris la lu sesuka hati..tapi jangan sesekali meletak kan bahasa melayu di tapak kaki anda...Adakah anda menyesal kerana anda di lahir kan di sebuah negara yang berbahasa melayu?tepuk dada tanya la jati diri anda...

Monday, August 14, 2006

Perjalanan

...........................

Assalamualaikum,

kawan-kawan yg budi `man`...budi `woman`....beberapa orang yg gua kenal di ganggu oleh batuk dan mungkin jugak virus demam..dan alhamdulillah gua sihat....harap-harap padi tidak di makan oleh pagar...dan tak payah lah nak guna galah untuk nangka yg berada di luar pagar..sebab dah lama sangat..mungkin hari ni nangka dah di tanam di dalam pagar...

Hari sabtu itu hari gua telah menghala kan diri gua ke bandaraya yg agak nya gua suka..tapi memang gua suka..kalau gua g sana macam berada di tempat sendiri..(memang tempat sendiri pun)..uhuhuh..keberangkatan gua pun bukan la di rancang...mungkin ini la yg di kata kan takdir..rancangan awal sebenarnya nak turun CALYPSO..(kedai mamak yg ada life band kat melawati)...dan janji ngan memember nak turun...tapi gua mungkin janji..tapi gua dah inform awal2..cakap tak jadi datang..dan mereka pun maaf kan gua...selamat laa..tak kang jadi munafik..cakap tak serupa bikin...Dan alhamdulillah mereka memahami..rock terus laa..

Berangkat dari KL naik bas pukul 2.30 ptg...untuk pengetahuan harga tiket kat kl RM25...Gua suka naik bas..tapi susah nak naik bas...sebab apa gua suka naik bas..sebab nya bila naik bas suasana dalam bas tu menimbul kan suasana yg susah gua nak explain..dalam bas gua akan terkenang peristiwa yg takkan sempat gua ingat di masa gua tgh bekerja ke..tgh rehat2 kat umah ke tengah bosan ke...waktu nak tdo ke..tak pernah..hanya dalam bas sahaja gua dapat rasa feel tu..gua teringat zaman kecik2 dulu..segala peristiwa akan tergambar di kepala..kawan-kawan waktu kecil masa kat kampung...teringat cam mana susah nya masa gua kecik..teringat keadaan gua masa kecik..semua nya jelas..tak da lindung2...kekadang gua ketawa kekadang gua hiba..dan membuat kan gua sedar dan menyedari bahawa dari mana mula nya diri gua...Ada kawan2 rasa macam mana yg gua rasa?cerita la sikit ngan gua..leh share...

Ok sampai larkin dalam pukul 645 petang...tunggu awek gua datang amik...memang g jb nak jumpa dia..lama dah tak jumpa...terima kasih..

Ok this saturday...19hb ogos bertempat di Universiti Malaya..gua akan beraksi bersama kawan-kawan...Battle Of the Band..peringkat saringan akan di ada kan di kediaman ke 12 bermula pada pukul 9 pagi hingga pukul 6 petang..band gua yg di beri nama biskut akan beraksi..huhuhu...saksi kan la..lawak2 jenaka dari gua and the geng...hihihihihi...

Ok lah cukup setakat ini dulu..besok ke lusa ke..selagi jari jemari gua ni rajin gua post lagi..till then selamat maju junction eh selamat maju jaya untuk semua....tapi tidak pada IFC..Israel.. dan kawasan2 yg sama waktu dengan nya...

Wednesday, August 09, 2006

Jgn Kau pandang bibir Yg manis...

Assalamualaikum....

REaders...gua nak ngobrol pasal apa ek...Haa pasal bibir...rasa nak tergelak pun ada..entah apa yg gua tertarik pasal bibir...ok lah ini dari sudut mata dan fikiran gua...

Sebut pasal bibir ni..hihihi..seronok gak rasa nya...bibir atas dan bibir bawah...tak da bibir tengah..mengatup kan keatas dan kebawah adalah satu keje mudah..Ada tebal ada nipis..Ada merah ada hitam..ada normal ada sumbing..dan bermacam-macam betuk,warna dan rupa...dan mungkin jugak dari bibir kita leh kenal tabiat orang itu...

Bibir hitam...kuat hisap rokok ni..hihihih...tapi ada gak yg pakai lipstik hitam...

Bibir kering..kurang minum air..

Bibir basah..mesti pakai lips bam

Bibir merah..for sure lah pakai lipstik..hiihih..

ok lah tu untuk bibir...lain kali gua cakap pasal anggota lain..mungkin anggota keselamatan...

Tuesday, August 08, 2006

Cerita cerita cerita

Assalamualaikum...

Ngobrol lagi gua kat sini...Hari ni pasal apa...Cuaca kat luar tu cerah jerk gua tgk...Isshh kat dalam ni sejuk amat...hari2 gua ngan baju 2 lapis...selalu nya mata mengantuk tapi ni tak pernah lak rasa nak tido...amat sejuk agak nya..itu yang tak mau nak lelap..

This coming 19hb ni ada BOTB kat UM..Sepatut nya dah lepas dah tapi entah apa silap nya diaorang tangguh lak...Tarikh yang sepatut nya hari ni...8 hb..tapi di tanggu minggu depan 11 hari lagi...moh laa ramai2 kita kasi gegar dewan kat UM tu..gua harap sound kali ni biar la ngam sikit ek En Rom..tak da lah macam yg kat UKM tu..cam kelakar pun ada...sebab muzik tu tak sampai...harap kali Sound Man lebih power..tak sabar sebenarnya nak beraksi kembali..lama dah tak duk kat atas stage...

Semalam gua ada baca paper yang konon nya masyarakat internet ni lebih percaya kan khabar angin...Gua tertanya-tanya gak gua ni sebahagian dari masyarakat internet ke?Tapi secara otomatik nya gua ni memang masyarakat internet...Tapi gua tak mudah percaya kepada khabar angin...Pada gua internet ni tempat gua berhubung ngan kawan-kawan baik yang ada di malaysia mau pun yg kat luar malaysia tu..Kat sini la gua le menambah kan kawan..meluas kan perhubungan..jadi gua suka internet..terpulang pada diri individu itu sendiri nak mengeksploitasi kan internet tu cam mana...

Internet ni ada baik dan ada buruk nya...Dalam ni kita leh tegur sapa-sapa sajer..tak kira la pangkat apa sekali pun...lelaki ke pompuan ke tua ke muda ke..tanpa wajah tanpa suara hanya kata-kata...see bertapa indah nya internet ni...kalau kat dunia nyata rasa nya susah kita nak betegur sapa..even jiran pun kita jarang tegur...jadi langkah yg lebih baik kita mintak alamat email jiran kita..Kalau ada YM id lagi bagus..haa chatting jerk laa..at least kita leh kenal jiran kita..maklum la orang zaman sekang ni bukan nya sombong tapi sifat segan nak menegur menebal...tak tau macam mana nak mula kan..jadi pada gua internet leh merapat kan yg jauh dan memesra kan yang dekat...

Buruk nya pulak...bila orang yang tidak bertanggung jawab atau orang yang penakut ni mengambil jalan mudah untuk menfitnah orang or memburuk kan orang lain...ini yang tak bagus nya...tak da nama tak rupa jadi mereka sewenang nya mengutuk,menfitnah yang mana pada mereka orang lain tak tau ID mereka...tak per lah i dont give a damn pada benda2 macam tu...biar la mereka akan menerima balasan atas perbuatan mereka...

Yang penting nya gua enjoy ngan masyarakat internet..rock jerk la teruss!!!!

kepada kawan2....

yang nak kawen tu semoga cepat kawen...

yang berboyfren/bergirlfren(gua sekali la) tu semoga cepat kawen...

yang tak da boyfren/girlfren...cari laa..cari perigi ke cari timba ke..tak kisah la mana dulu...jgn cari perigi buta dan timba bocor dah lerrr..

Dan pesanan gua yg terakhir..dalam kita bergembira..ingat la para pejuang agama allah di palestin dan lubnan..ingat la saudara-saudara kita yg sengsara kat sana...berbuat la sesuatu..sekurang-kurang nya kita tidak lupa akan penderitaan mereka..allahu akbar!!!!

Monday, August 07, 2006

RM1 Dan RM50

Assalamualaikum wbt...kat sini gua sisip kan dialog antara dua sahabat RM1 dan RM50...enjoy and pikir2 kan lah..

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:"Oit geng,lama tak nampak, mana ko pergi?" Tanya Duit SinggitLima puluh menjawab " aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak kat One Utama.. tempat2 cam tuh lah.Eh,ko camner lak camna..?"Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, "hmm.. bosan.. balik balik tempat sama.. surau, masjid, surau... ".note: Fikirkan lah wahai sahabat handai semua...mengapakah perkara sebegini boleh berlaku....fikirkanlah?????????

Friday, August 04, 2006

Just another.............

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada kaum muslimin dan muslimat samada yg masih hidup atau yg telah...opss....untuk yg hidup jerk laa...yg dah tak da tu kita sedekah kan al-fatihah untuk mereka..(al-fatihah)...Hari ni hari jumaat..seperti lu orang semua tahu..penghulu segala hari...hari yg di pilih untuk menyambut hari kiamat...huk huk huk..ngeri jerk bunyi nya..tapi itu lah hakikat..hakikat kepada dunia ini...World gonna be end...Tak da da mawi `world` lagi nanti...hihihihih..(uiks ada gak nama mamat ni)....

Hari Rabu itu hari gua bercerita tentang Band local yang gua minat..Jadi hari ni biar la gua bercerita pasal band barat yg gua suke lak...apa?? tak boleh??apsal??gua punya suka la blog gua...hihihihihih...Sebab lagu-lagu diaorang ni la yg besa gua buat modal untuk jemming...terlalu tua??ada gak orang tanya apsal gua ni tak main lagu budak2 sekang ni...yer lah gua ni tak da la tua sangat kan...Main nirvana ke....main maroon 5 ke..main 3 doors down ke dan yang sewaktu dengan nya laa...Pada gua simple jerk...muzik ni datang dari hati...macam cinta gak..kalau hati tak suka bawak datang laa apa sekali pun..tetap tak nak...sebab tu ramai otai-otai yang mampu bertahan sampai sekang ni..Apa??Nak contoh...Ok la yang paling femes sekang ni kan PaParock kita Ramli Sarip...Pada pandangan gua dia ikhlas dengan apa yang dia buat..Jadi apa yg dia buat tu neutral..Lahir dari hati dan perasaan dia..Jadi bila ikhlas its Shows...So paham tak?sure faham kan...Macam Man Keedal...Ni satu lagi hamba gitar ni...Makan gitar,tido gitar minum teh tarik...hihihih...Dia kata dia main gitar ni bukan nak kan nama..Dia minat,dia ikhlas dan hasil nya itu la dia...Ok yang gua amik kata-kata Man Keedal"buat sesuatu kena ikhlas baru datang jujur,Kalau buat sesuatu atas dasar jujur belum tentu datang ikhlas nya"ini Man Keedal kata la...Kalau borak ngan dia memang takkan putus idea dia untuk berkata-kata..larat ngan tak larat jerk dengar...ok full stop..hihihi..

Ok lah....

Deep Purple...Ritchie Blackmore,Ian Gillan,Ian Paice,Roger Glover,Jon Lord..Klasik la gua kategori kan band ni..Sapa yg tak pernah dengar smoke on the water?highway star?Perfect stranger?sampai sekang ni..masih lagi band-band memain kan lagu-lagu nih...weei tak jemu ke?pada gua tak jemu...memang layanzz...walau pun kerap bertukar ahli..misal nya..David coverdale(voc),Glenn huge(bassist)Tommy bollin(gitar)Steve morse(gitaris sekang ni),Don airey(keyboard sekang ni),tapi band ni masih wujud lagi till now..Deep Purple...caya laa...

Iron Maiden...Steve harris,Dave murray,adrian smith,Bruce Dickinson,Jannick gers,Nicko Mcbrain..bermula pada tahun 1975 sampai sekang ni...kerana mereka percaya pada muzik yang mereka bawa...so mereka bertahan...kerap juga menukar ahli..gua nak senarai kan kat sini Clive Burr,Paul Di'Anno,Blaze Bayley,Dennis Stratton,Doug Sampson dan ramai lagi lah ada 13 orang lagi tak silap gua la..Phantom of opera,Wasted years,DEjavu dan banyak lagi number diaorang yg best2...dasyat...

Dio...Ronnie`s james Dio,Vinny Appice ,Jimmy Bain,Vivian Campbell,Simon Wright...Top numbers..Holydiver,we rock,Dont talk to strangers dan banyak lagi...sound gitar vivian campbell yang menjerit...memang layan laa..gua teruja bila dengar lagu diaorang nih..rasa semangat tu bekobar-kobar nak pegang gitar...

Cukup la tiga ni gua rasa...banyak lagi band2 yang gua suka..misal nya rainbow,black sabbath,bad company dan yang paling otai sekali LED ZEPPELIN...Gua memang suka..Ok la cukup setakat ini dulu...lain hari gua cerita lagi...cuma gua pesan kat diri gua sendiri...lagu leh dengar,melodi boleh hayati..tapi jangan sesekali mengikut agama dan cara hidup mereka...la kum dii nukum wali yadiinn....(surah al-kafiirun ayant 6).."bagi kamu agama kamu bagi ku agama ku..."

Jumpa lagi...

Wednesday, August 02, 2006

Bingkisan Hari Rabu

Assalamualaikum...

Para-para sakura...Eh salah...(lawak tak sengaja)...Pada pembaca yang amat gua hormati..Hari ni tergerak lak nak taip kat blog ni...Tapi tak ketemu apa benda yang harus gua bebel kan kat blog nih...Tapi kalau di biar kan nanti bersawang lah pulak blog gua ni...

Ok lah citer pasal gua la..Bukan nya apa..Sebab blog ni blog gua kan..seharusnya bercerita pasal gua la kan..hi hi hi...kalau nak tau pasal afdlin shauki g lah blog si afdlin tu kan...ok la kita bercerita pasal `ROCK` laa..bukan `BATU` tapi muzik yg kita sendiri panggil rock..Sebab blogger gua ni nama nya akurock.blogspot..tapi satu apa rock pun tak da dalam blog ni...(ada ke?)

Kalau nak bercerita pasal Rock muzik gua sendiri pun tak tau entah dari mana punca nya..Mengikut sumber la kan (www.lagendarock.com) lagu rock pertama kat Malaysia ni ialah Suzanna nyanyian allayarham M.Osman(al-fatihah)...Tapi mungkin orang ingat lagu tu rentak 60 an`..ala-ala ago-go (saudara aliph(www.lagendarock.com) cakap lagu MR Ali Bakar yg bagi tau)...Yer lah kot..sebab info tu datang dari Otai promoter yang bertanggungjawab menghidup kan zaman Battle Of the Band(BOTB) pada tahun 80 an` dulu..Gua ni bukan hidup pada zaman 80 an tapi gua lahir pada tahun 80...Jadi mungkin masa dalam kandungan mak gua(tq mak love so much) gua terdengar lagu rock ni...Jadi gua secara automatik nya telah menjadi minat pada muzik rock nih...Sejak bila?Gua sendiri pun tak pasti sejak bila..tapi sejak gua pegang gitar..Gua main rock..bukan lah lagu lain tak da..ada la jugak..tapi jiwa gua jiwa rock...walaupun agak lewat gua bermula iaitu pada tahun 1996...Dan rock la pilihan hati gua...

SWEET CHARITY...Ramli sarip,Rosli Mohalim,Rahman Sarbani,Allahyarham Syed Hassan Al attas(al fatihah),Ahmad Jaafar,Masrom Abd Hamid,Wan Ahmad pakcik2 ni lah yg buat gua teruja dengan muzik...Masa Gua tgk Konsert diaorang (VCD jer lah) `Sejuta Wajah 1996` teruja betul gua..Kekaguman gua memang cukup fantastik la..Semua lagu-lagu tu masuk ke dalam jiwa..Tak kira la lagu slow ke lagu fast ke memang cukup perasa nya..Gua suka...

SEARCH....Suhaimi Abd Rahman(Amy),Man Keedal,Yan,Hillary NG,Noordin (Din),Hamzah(KID)Yazid,Nasir..nama-nama yg pernah menganggotai SEARCH..ada lagi sebenarnya..Tapi line up ni familiar lah ngan SEARCH...Abang-abang ni la juga telah membuat kan gua jatuh cinta pada muzik rock ni..memang best laa...Show kat Planet Hollywood tahun lepas memang layan laa...Tapi tahun ni tak da rezeki nak tgk diaorang perform..anyway mungkin tahun-tahun akan datang..(www.duniasearch.com)...

LEFTHANDED....Ni satu lagi band peberet gua ni...Nash,Man Keedal,Man Dayak,Samad,Yan...Abang-abang ni jugak la yg mencetus kan rock di jiwa gua..Lagu-lagu yang keras serta `arrangement` muzik yang cukup bersih dan teratur...lom ada lagi band yang leh beat leffhanded..pada gua band ni unbeaten laa...lu orang gua tak tau la kan..terus kan rock brader...gua caya sama lu!!!

Dan ketiga-tiga band ni la yg betul2 membuat kan gua teruja ngan rock..Bukan gua menidak kan band2 lain..Ada jugak Gua dengar RUSTY BLADE,WINGS,JUNCTION,BURNMARK,ROCKERS,DESIRE,HANDY BLACK,STRANGERS dan banyak lagi band tapi peberet gua yang tiga tu la...jangan tanya kenapa...gua pun tak da jawapan untuk itu...

Kalau lu orang nak lebih teperinci tentang band rock kapak dulu lawati www.lagendarock.com ..kat situ banyak info...Dulu rock ni memang orang tua tak berkenan...mana nak berkenan ngan rambut panjang nya..ngan life style nya dan macam-macam faktor lagi la..itu memang kita tak leh nak nafi kan la masa tu..tapi sekang ni gua yakin rockers muda tak macam rockers2 dulu..bukan nak kata semua rockers2 dulu tak bagus ada gak yang bagus nya..tapi rockers sekang lebih clean laa (merujuk pada anggota band gua)...no drug,no alcohol,no sex just rock n roll...ibarat kata perpatah moden rock rock jugak solat jangan tinggal...atau pun rock rock jugak akhirat jangan lupa...uhuhuh..

Ok la cukup setakat ini dulu..insyaallah nanti kita bercerita lagi...sehingga itu jaga iman..jaga akidah dan jaga solat...insyaallah selamat dunia akhirat.....

Tuesday, August 01, 2006

Masa ni Gua bersama ngan Band Empire Garden.tapi band ni dah tak da..sedih gak la..tapi apa leh buat..Masa ni Band ni jadi JOhan..ada gak la kenangan manis ngan band ni..sekang gua move on ngan group baru..semoga group bari ni tersu success...wish us all the best.. Posted by Picasa

Friday, July 28, 2006

Halaman TAranum

assalamualaikum semua..
Layari lah laman...sejuk hati mendengar bacaan suci alquran...


http://eztemplate.byethost6.com/taranumonline
Assalamua'laikum wr wb........... Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu dan ingin tau......(Wallahuallam)

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnyamemeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya,ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya,sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalamkubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketikamenyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 – Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan olehMelaikat Munkar & Nankir di dalamkubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalamkubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.T . Dari Abdullah bin 'AmrR. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : Senarai di atas adalah salah satu sebabmengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu "FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!
Wassalam.