Tuesday, August 15, 2006

Bahasa Melambang kan bangsa

Assalamualaikum...

yuhuuu...hari ni ada tajuk yang boleh di bicara kan...Syarifah Amani..pemenang anugerah pelakon wanita di festival filem malaysia..Amani..menjadi topik hangat di akhbar apabila mengundang kontroversi dengan ucapan nya...mungkin kah dia terlalu ghairah dengan kemenangan dia sehingga tidak terkawal akan kata-kata yang terkeluar dari mulut nya...sehingga kan menteri kebudayaan rasa terguris nya kata-kata dia...kecewa dengan sikap dia...uhuhuhuh...memang menakjub kan...dan memberi kesan yang amat mendalam kepada sesiapa yang membaca dan lebih berkesan pada mereka yang ada pada malam anugerah itu...

Ini lah dia bukti keberkesanan menggalak kan bahasa inggeris di budaya kan di sekolah dan di rumah..Amani bangga dengan bahasa inggeris nya dan dia rasa seperti macam bodoh jika berbicara dalam bahasa melayu sebab kurang fasih..Bagi yang mendengar nya memang la rasa mual bila seorang melayu yang di lahir kan di Malaysia meluah kan secara terbuka tentang itu..Tapi nak salah kan dia ke?mungkin tidak mungkin yer...Amani mengatakan dia mengguna kan bahasa inggeris di dalam kehidupan dia seharian..di rumah..di sekolah dan dalam pergaulan..Sorry to say kalau nak berkawan ngan Amani kena la fasih berbahasa inggeris...Kalau yang terkedik-kedik cam gua ni tak payah la..lupa kan jerk..

Dan alangkah indah nya peristiwa ini berlaku di bulan kemerdekaan...Di mana letak nya jati diri..dimana letak nya erti kemerdekaan..adakah dengan berbahasa inggeris kita ni nampak maju..nampak kelas..nampak profesional?Merdeka kah anak bangsa kita kalau macam ni..sedang kan bahasa yang di guna kan itu sendiri adalah bahasa penjajah...bahasa orang yang telah banyak membunuh datuk dan nenek kita dulu?merdeka kah?Itu kita kena tanya dengan orang-orang yang berada di atas tu..mereka punya idea dan alasan yang paling menarik untuk kita dengar..sedap jerk halwa telinga kalau kita dengar..atau pun lepas ni mereka minta maaf dan siasat..nanti baru mereka akan bagi surat tunjuk sebab...Tapi tahniah la..sebab nya kempen membudaya kan bahasa inggeris ini berjaya...berjaya sehingga kan orang melayu terasa macam bodoh bila berbicara bahasa melayu...atau pun memang bahasa melayu itu bodoh?atau orang itu yang bodoh kerana tidak berbahasa melayu?

Terima kasih Amani kerana anda telah menyedar kan beberapa orang yang tidur selama ni...orang yang lalai selama ini..terima kasih kerana mengajar erti sebuah bahasa dan maruah..Jadi terus kan cita-cita anda untuk terus mencemar budaya...hapus kan la budaya melayu yang entah apa-apa ni..perbodoh kan lah bahasa atau budaya melayu...supaya orang yang memperjuang kan bahasa melayu terasa bodoh..Dalam bulan kemerdekaan ni adalah penting untuk semua itu..rakyat akan jadi sensitif tentang bangsa dan budaya..kenang lah pejuang-pejuang bangsa...mereka yang mempertaruh kan nyawa untuk kesenangan kita hari ni..cuba tanya diri kita apa yang kita buat untuk negara..kalau tak da jangan la nak memusnah kan pula..di atas kertas sahaja malaysia ni merdeka..tapi pada roh dan jiwa tidak pernah merdeka pun..permikiran penjajah,budaya penjajah,bahasa penjajah...dan tidak mustahil agama kita pun nanti agama penjajah..dah terbukti..tak payah sebut la kan...semua orang pun tahu pasal perkara..nanti ada orang cakap lak terasa cam bodoh jerk pakai tudung..terasa cam kuno jerk pakai tudung..terasa cam tak moden jika tak pakai ketat dan sendat...tak moden lak tak nampak pusat....dan begitu la seadanya rakyat sebuah negara yang merdeka..syabas malaysia..

Terasa sedih bagaimana Tok Janggut,Dato` bahaman,Mat kilau..tokoh-tokoh ini lah yang sanggup mati demi melayu..demi bangsa dan tanah air..Tokoh-tokoh ini tidak fasih berbahasa inggeris pun...mereka amat benci akan inggeris..kerana mereka yang merasa bagaimana penjajah mengambil hak mereka...seterusnya mereka bangkit memperjuang kan maruah bangsa..maka atas perjuangan mereka la kita ni merasa apa yang kita rasa sekarang ni..sedar kan mereka-mereka ini yang mana pejuang-pejuang kemerdekaan adalah orang melayu..yang menuntut kemerdekaan dengan british itu orang melayu yang bernama Abdul Rahman...Dan yang mengistihar kan merdeka itu orang melayu yang bernama Abdul Rahman..Sedar la bangsa ku..jangan la kerana keghairahan dan ketaksuban anda kepada dunia yang anda anggap maju ini anda membelakangi budaya dan bahasa anda...

Gua bukan benci orang berbahasa inggeris..gua benci orang yang memperlekeh kan bahasa melayu...berbahasa inggeris la lu sesuka hati..tapi jangan sesekali meletak kan bahasa melayu di tapak kaki anda...Adakah anda menyesal kerana anda di lahir kan di sebuah negara yang berbahasa melayu?tepuk dada tanya la jati diri anda...

No comments: