Friday, February 25, 2011

.: Al Baqarah 2:216 :.

Bismillahirrahmaanirrahiim.

Assalamualaikum wbt.

Aku berlindung dengan nama Allah dari Syaitan yang direjam.

" Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedangkan peperangan itu adalah sesuatu yang paling kamu benci;dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Dan (ingatlah) Allah jua yang mengetahui (semuanya itu)sedangkan kamu tidak mengetahuinya".Al Baqarah 2:216.

Gua sangat suka ayat diatas.Sememangnya apa yang berlaku pada kita kekadang kita tidak berpuas hati.Kita selalu mengimpikan sesuatu yang indah dan bahagia.Jika kita mendapat ujian dari allah maka kita selalu menyalahkan takdir.Bagi yang tidak mengetahui isi Al Quran maka mereka sering kali berputus asa dari rahmat Allah.Pertunjuk itu akan Allah bagi kepada mereka yang mahu mencari pertunjuk.Sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap apa yang terdetik dihati ummat manusia.

Al Quran amat lah sesuai untuk sepanjang zaman.Al Quran tidak pernah sedikit pun tertinggal kebelakang malahan memberitahu masa hadapan jika manusia itu sendiri mengkaji dengan mendalam serta memohon pertunjuk dari Allah.Tapi gua tak faham kenapa ada sesetengah yang dikatakan cerdik pandai selalu berbantah-bantah dan berselisihan faham mengenai sesuatu hukum.Padahal Al Quran itu sudah cukup lengkap untuk kehidupan manusia.Beruntunglah bagi mereka yang mengkaji Al Quran serta mendapat pertunjuk dari Allah.

Ayat ini sangat memberi kesan kepada gua.Mengajar akan erti hidup ini.Setiap yang berlaku itu adalah rahmat dari Allah.Tidak ada satu pun yang Allah beri kepada manusia yang beriman itu buruk melainkan adalah ujian bagi mereka.

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)". Al Baqarah 2:214

Jadi ingin gua memberi peringatan kepada diri Gua sendiri serta saudara saudari bahawa apa yang terjadi samaada ia baik atau buruk ingat lah bahawa ianya datang dari Allah.Sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan tak kira baik atau buruk.Sesungguhnya Allah maha mengetahui.

-END-

Wednesday, February 23, 2011

.: Bengang ;.

Bismillahirrahmaanirahiim..

Assalamualaikum,

Tajuk bengang.Bila kita sebut pasal bengang, mari kita dalami maksud bengang itu sendiri dan kadang-kala bengang juga boleh membuatkan kita jadi bangang.Aha jangan bengang siapa yang tengah bengang tu.Gua bergurau saja.Ok puas dah gua Google.Tapi tak jumpa juga.Akhirnya gua berputus asa.Hishh belum lagi.Besok gua cari juga maksud bengang tu.Tapi sebelum itu mari gua tafsirkan mengikut pemahaman gua.Bengang.Jika bahasa Indonesianya bererti menganga atau terbuka lebar.Dalam bahasa melayu keadaan atau sesuatu yang kita tak suka atau tak boleh terima dan disertakan dengan perasaan tak puas hati atau marah.Lebih kurang la kot.Ok mari kita lihat perkara yang akan membuatkan gua bengang.

1).Gua suruh seseorang pergi ambil bayaran pada pelanggan.Kemudian pelanggan tu bagi cek.Tapi tidak ditulis atas nama siapakah bayaran itu dibuat.Dan seseorang ini punya la cerdik terus pergi masukkan cek tersebut ke dalam mesin penerimaan cek tanpa menulis nama penerima.Arghhh...Punya la bengang.Jumlah banyak tuuuu.Bukan sedikit.Memang gua bengang.Perkara yang sepatutnya mudah dah jadi susah.Kenapa lu tak tanya kalau lu dah tidak tahu.Akibatnya kena jumpa semua pelanggan supaya batalkan cek tersebut dan keluarkan cek baru.Arghh!!

2).Gua bengang bila gua hari-hari kena kejutkan lu orang bangun untuk pergi kerja.Oi!Sekarang ni siapa bos siapa pekerja?Gua pula kena kejutkan lu orang.Lu orang memang dah banyak lemak.Bila dah banyak lemak lu orang nak buat kepala gua jadi semak.Memang lepak kedai mamak la macam ini.

3).Gua bengang bila lu pandu kereta perlahan macam lu pandu kereta tu di tapak ujian lesen memandu.Tambah-tambah pulak perut gua masa tu meragam atau gua nak terkucil.Ayokk.Lagi gua bengang bila gua potong lu punya la sedap bercakap di telefon genggam lu tu.Gua rasa macam nak berhenti sebelah kereta lu kemudian gua qodo' hajat kat bonet depan kereta lu biar lu tahu macam mana perasaan gua.

4).Gua bengang bila ada orang senang-senang jer bagi jawapan tidak tahu.Padahal itu kerja dia.Seolah-olah mengejek gua.(padan muka lu tak tau nak buat, gua saja jer taknak bagi tau, padan muka wekk!!).Gua rasa orang tu akan bercakap dalam hati kecil dia macam tu.Eh sekali gua bagi tandukan zidane kat dada lu baru lu tau.

5).Gua bengang bila gua dah sediakan segala-galanya tapi lu orang tak tahu nak hargai apatah lagi nak menjaganya.Gua memang bengang.Gua dapat sofa tu bukan percuma tau.Bukan nyonyeee yang jual sofa tu makcik tiri sebelah abah gua.Jika dia makcik tiri sebelah abah gua tak kisah lu nak buat apa pun tak.Lu nak masak maggie kat atas sofa tu pun boleh.( Eheheh kes rumahtangga, sofa gua bocor kena api rokok )Arghh!!

6).Gua bengang bila lu orang terlalu banyak alasan.Itu lah, ini lah,anu lah, ani lah,ono la, one la, nangkono la, nongkone la.Eshhhhh!!Lu kalau dah tak boleh cakap jer la tak boleh.What the oblogata.Kan senang tak susahkan orang.Kita manusia ini bukan sempurna.Jika kita bodoh mengaku jer la kebodohan kita supaya akan ada orang yang akan mengajar kita.Baru la kita boleh tinggalkan kebodohan tu jauh-jauh.Hishh..

Ok jangan timing.Contoh diatas adalah contoh.Tidak ada kena mengena dengan sapa-sapa.Hahaha...Jadi bila gua bengang apa gua akan buat?Gua buat-buat bangang.Lantak lu lah!Gua jika boleh tidak mahu hendak marah-marah.Sebab bila marah darah akan naik tinggi.Almaklum la umur gua ni dah 31 dah.Nak marah-marah pun nanti gua juga yang akan tercela.Jadi sabar jer lah.Pendekatan yang gua buat mari kita beritahu diri kita bahawa manusia itu tidaklah sesempurna mana.Kadang-kadang tanpa kita sedar kita juga membuatkan orang bengang.Bagi yang bengang-bengang tu cuba cari sesuatu yang menggembirakan seperti kita tengok kereta kita yang baru kita beli tu.YA AMPUN.Gua jika bengang gua tengok muka gua sendiri.Dan berkata, alangkah bertuahnya orang yang memiliki wajah ini.Gua bertuah!

-END-

Tuesday, February 22, 2011

.: Impian :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum.....

Yeay jumpa lagi dalam blog Gua yang popular ini.Tersangatlah berangan.Tolonglah.Ada mak kisah?Mak tidak kisah tapi bapak kisah.ok ok ok.

So sebelum Gua menaip dengan lebih jauh lagi Gua nak tanya lu orang.Apakah petua yang paling mustajab untuk mendapat anak lelaki?Tentu lu orang tidak tahu bukan?Gua pun tidak tahu.Sebab gua belum berkahwin.Tapi gua ada jumpa seorang pakcik.Pakcik ni memang anak ramai.10 orang.Biasalah kan orang dulu-dulu mana ada elektrik.Pukul 6.30 jer dah gelap.Bila hari gelap takda apa aktiviti sangat lah.So aktiviti yang ada pada masa tu ehem ehem faham-faham jer lah.Eh..Bukan Gua kata tapi pakcik tu yang kata.Ok pada satu petang tu dia bercerita dengan gua.Dia tidak menceritakan lah tapi Gua yang tanya.Pakcik, pakcik ni pandai lah.Kenapa pandai?Tanya pakcik tu.Yelah, saya tengok anak pakcik sama jer jumlahnya.5 lelaki 5 perempuan.Macam di atur-atur jer.Sulong lelaki, no 2 perempuan, 3 lelaki , 4 perempuan dan begitulah seterusnya.Apakah petuanya.Sila jawab 5 saat dari sekarang.Gua cuba bergurau dengan pakcik tu.Pakcik tu jawab ada mak kisah tapi bapak kisah.Haihhh dia bergurau pulak.

Ok lah pakcik cerita.Lu nak tau kenapa macam tu?Pergh pakcik ni cakap gua lu pulak.Takda lah dia tak cakap gua-lu tu.Gua tambah mengikut bahasa Gua.Gua kan rock.Hey bila nak cerita daaa..Ok.Kalau lu kahwin nanti, apabila tiba time ehem-ehem..ehem-ehem tu apa?Jangan menyampuk!!Soalan gua kekadang setaraf tadika juga.Gua cuma nak pancing jer pakcik tu dia nak cerita tak ehem-ehem tu apa.Ok sambung, masa nak ehem-ehem tu lu kena buka semua.Tapi lampu jangan buka.Kena malap-malap jer.Gila tergantung ( suspen ) cerita pakcik ni.Ok gua dengar memang khusyuk tahap ajaran sesat punya khusuk.Taksub.Gua kalau bab-bab munakahad ni gua skor A.Dan ada benda yang lu kena pakai, sambung pakcik.Bila dah buka-buka semua, lu kena niat dalam hati lu nak anak lelaki.Tapi tidak cukup dengan itu.Lu kena ambil songkok dan pakai sehingga selesai ehem-ehem tu.Oh! maknanya gua kena pakai songkok waktu ehem-ehem kalau nak anak lelaki?Pergh!memang cara lah pakcik.Habis kalau nak anak perempuan?Takkan saya nak kena pakai tudung?

Kalau lu nak anak perempuan, Lu buka semua tapi tinggalkan tudung sahaja.Gua pun blah dari pakcik tu sebab gua tau pakcik tu cuba nak buat kelakar minta Gua berlanja carut mugholazah kat dia.Apa daa..

Ok kembali kepada tajuk blog gua ni.Impian.Semua orang tahu maksud impian.Semua orang pun ada impian.Dan impian ini adakalanya boleh kita capai dan adakalanya mustahil langsung.Tapi gua lebih suka ambil ayat ini.Tidak ada yang mustahil dalam dunia ini.Tidak ada satu pun!!Gua sangat tegas.Cuma, ada cumanya.Cuma bergantung kepada diri seseorang itu.Macam mana dikata bergantung.Cuba letakkan iktizam dalam diri jika gua tak dapat capai impian gua, gua akan suruh orang gantung diri gua.Itu la maksud dengan bergantun pada diri sendiri.Lebih mendalam lagi.Ok tegas.Gua tegas.Impian itu bergantung kepada diri individu tersebut yang berimpian, sekuat mana keinginan mereka untuk mencapai impian tersebut.Adakah ibarat mengatupkan bibir atas dan bibir bawah sahaja atau dengan sungguh-sungguh kira macam impian nasuha.Memang berimpian sungguh-sungguh.Ok gua rasa lu orang faham.Impian gua yang dah tercapai adalah seperti berikut :-

1). Tinggal di Kuala Lummpur.
Eleh remeh punya impian.Yer lah bagi lu orang memang remeh.Tapi bagi gua yang di lahirkan di kampung orang asli memang itu satu impian yang sangat besar.Lu rasa gua pergi Kuala Lumpur umur berapa?Bandaraya Segamat tu pun gua jarang-jarang jejak waktu gua kecil dulu.Inikan pula Kuala Lumpur tempat lahir tipu daya.Memang tak tergapai diakal gua ketika itu.Gua start duduk di Kuala Lumpur sedari umur gua 19 tahun.Memang bebetul tinggal di Kuala Lumpur.Sebenarnya tidak Kuala Lumpur pun.Ampang.Ampang kan Selangor.Chet!

2).Gaji RM1000.00
Hahaha..Gelak.Apa punya kecik la impian.Tapi lu orang ingat.Itu lah impian bagi orang yang gajinya RM450 ada asrama pekerja tapi makan sendiri.Gua cakap lu memang berimpian sangat nak gaji RM1000.Dapat?Hishhh..dapat..

3).Awek lawa.
Skip.Lawa kekadang mengerikan.Eeee takutnya nak masuk kedai vinci.

4).Kacak bergaya macho alamanda.
Dulu gua hitam.Muka minyak berkilat.Tangan hitam legam.Maklum la Mat Rempit.Rambut panjang mengurai bak pelepah kelapa sawit.Di biar mengerbang tanpa urusan sikat menyikat.Lagi ganas muka lagi Rempit masa itu.Mungkin hari-hari gua doa gua nak hensem dan setelah berusaha bermacam-macam cara termasuklah menggunakan spender sendiri untuk mengelap muka ( di ulang spender sendiri bukan spender jiran atau rakan-rakan bujang yang dibiar melepek kat lantai bilik air ) eee pengotor mereka.Tengok macam gua menggunakan kreativiti sendiri untuk tidak mengguna berus untuk menyental tapi menggunakan muka untuk membasuh sambil tu melicinkan kulit muka.Haa nampak!!Dua dalam satu.Entah macam mana gua boleh terpengaruh dengan petua tu.Akhirnya jadi lah seperti apa yang anda lihat sekarang.Pergi mana-mana pun memang akan ada gadis-gadis yang menoleh dua tiga kali sambil berkata " Eh, Adi putra ke?".Toleh kali ketiga mereka berlalu tanpa meninggalkan nombor telefon.Gua kurang senang orang memerhatikan Gua.Ni gua tegas.Tanya Cik Syira berapa kali dia cuba mengawal gadis-gadis yang histeria.( kah kah kah ) Gua nak termuntah sendiri.

5).Awek yang tak merajuk.
Tegas.Gua dah jumpa.Nak eja perkataan merajuk pun dia tak reti.Tak begitu Cik Syira.Untungkan.Pssttt..( Romantik tak saya masukkan kamu dalam Blog )Baru tadi dia hampir merajuk.Tapi tak jadi.

6).Ok ini Impian gua yang paling besar.Jepun.
Yeay.Gua berjaya.Walaupun gua impikan untuk ke Jepun pada tahun 2004.Tapi gua dapat pergi pada tahun 2009.Lama tak?5 tahun penantiankan.Jika gua tak sabar dan tidak berusaha langsung untuk mencapai impian gua tu adakah tercapai.Tidak, tidak, tidak dan tidak.Ingat, Allah maha mendengar, maha mengetahui apa yang hambanya betul-betul ingin atau sekadar di pinggiran sahaja.Dan yakin la sekiranya hari ini kita berdoa, Insyaallah akan ada satu hari nanti doa kita Allah makbulkan.

Ok cukup lah 6.Ok bagi gua doa ini macam kita menanam benih.Bukan benih tu lah.Benih pokok.Ok kalau kita tanam benih taugeh mestilah tumbuh taugeh.Takkan tubuh pokok getah pulak.Ok benih taugeh memang cepatkan mendatangkan hasil?Hari ni tanam semalam dah tumbuh.Antara dialog S.Samyvellu.Begitulah macam doa.Jika kita doakan impian yang besar takkan lah terus makbul hari tu juga.Kena ambil masa.Kena kaji juga yang berdoa tu.sungguh-sungguh ke tidak.Larat ke nak bawa doa-doa yang mereka minta tu.Contoh pinjaman bank.Jika kita nak pinjam 10k seminggu dah boleh lulus.Jika 100k?3 bulan.Mengikut pengalaman gua.Jadi yang punya impian itu jati dirikan impian anda itu.Sampai masa nanti ada lah tu.Tidak ada satu orang pun yang berhak mengatakan impian anda mustahil.Gua tegas!

-END-

Monday, February 21, 2011

.: Role :.

Bismillahirrahmaanirrahim..

Assalamualaikum..

Aha..Gua menaip hari ini.Akhirnya Gua kalah juga dengan keinginan untuk menaip.Kenapa menaip sedangkan Lu boleh rakam suara?Itu soalan yang agak sukar untuk dijawab.Ok gua jawab.Gua tak nak lu orang tengok muka gua selalu.Sebab muka gua ini ada magis.Magis bukan manggis.Magisnya muka gua ni,Lu orang akan terkenang-kenang muka Gua yang manis berperisa strawberi ni di mana juga anda berada.Makan, minum, tidur, kerja, sambil berlelong atau sambil membuat imbangan duga yang tidak pernah terduga.( very the verangan ).Jadi Gua kurangkan video Gua ini untuk mengelakkan kalian terkenangkan wajah Gua yang hidung tak mancung pipi tersoron-sorong ini untuk seketika.Ehehehehe....( Padahal takda masa hendak menyanyi dan tidak ada roh untuk menyanyi )

Tapi bukan itu tujuan Gua menaip hari ini.( Malam ini, dah kul 1153pm ).Isu yang hendak Gua kupaskan pada hari ini adalah sesuatu yang berkenaan dengan Gua.Sepanjang 31 tahun Gua hidup, macam-macam yang dah gua lalui.Pahit, manis, kelat, payau, santan berlada, tumis lemak cili kering sampai ke ikan kering masak rendang, semuanya telah Gua lalui.Tetapi masih ada banyak perkara baru yang Gua lalui setiap hari.Itulah kehidupan namanya.Sentiasa ada perkara baru dalam hidup dan ada juga perkara lama yang akan berulang kembali tanpa kita sedari.

Ok.( Perkataan OK ni ada dalam kamus tak? ada sesiapa yang boleh bagi tahu? )Baiklah.Dalam hidup ini Gua banyak memainkan watak.Ya, watak.Pelbagai watak yang dah gua mainkan tanpa ada manusia lain yang bagi skrip pada Gua.Dan perkara itu terjadi secara tidak sengaja atau tercipta peluang untuk perkara itu berlaku atau kita berada dalam keadaan lalai.Baiklah.Watak-watak adalah seperti berikut :-

1).Watak anak.

Watak anak yang Gua mainkan sampailah sekarang ini.Anak kepada abah dan anak kepada emak.Walaupun emak telah pergi meninggalkan gua pada 26 Nov 2009 ( Al-Fatihah untuk emak )tetapi watak itu masih perlu gua mainkan kerana anak yang soleh adalah perkara yang ditinggalkan setelah kita meninggal dunia.Tetapi Gua tidak mengatakan bahawa Gua anak yang soleh walaupun gua sangat teringin menjadi anak yang soleh supaya emak gua senang di alam sana.Dan gua masih berusaha untuk kearah itu.Dan keputusannya gua masih belum mampu untuk memainkan watak seorang anak dengan jayanya.Ya, masih belum mampu lagi walaupun gua dah hidup 31 tahun.Gua mungkin tidak mampu membawa abah kemana-mana sahaja seperti mana gua merengek bila abah menghidupkan enjin motosikalnya.Kemana abah pergi pasti gua akan ikut.Dan abah akan bawa juga.Tapi cuba abah pula yang merengek bila gua hidupkan enjin kereta?Mampukah Gua untuk membawa dia?Haaa persoalan tu.Umpama macam iklah tu la.Burung apa?Burung Murai.Burung apa?Burung Murai.

2).Watak Mat Rempit.

Jangan tak percaya Gua pernah jadi Mat Rempit.Tapi di kampung aje lah.Gua suka jadi Mat Rempit.Tapi Mat Rempit zaman gua tidak sama sekali sama macam zaman sekarang.Mat Rempit zaman itu belum pandai meragut lagi.Segala-galanya berkaitan dengan keberanian dan kemenangan.Ops!Perempuan pun tidak ada ya.Berlumba motosikal ini sebenarnya adalah satu cabaran untuk diri sendiri.Keghairahan.Cara-cara kita mengambil selekoh yang tajam.Bagaimana kita memecut dengan berbaring diatas motosikal.Menukar 'Gear' dengan menggunakan tangan.Dan pastinya kemenangan itu memberi satu kepuasan.Kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.Dan Gua juga tak berjaya memainkan watak Mat Rempit kerana Gua telah melanggar salah satu tiang telefon dikampung Gua dan malangnya tiang itu tidak patah malah kaki Gua yang patah.Gua tak berjaya.Walaupun masa itu nama gua meniti disetiap bibir merah makcik-makcik yang tidak mahu menjadikan gua sebagai menantu tetapi anak-anak gadis mereka bagai histeria apabila bunyi motosikal gua lalu depan rumah mereka.Ada yang pengsan.Tetapi gua masih tidak berjaya memainkan watak itu.

3).Kasanova, Playboy, Pemain.

Gua tak pernah mainkan watak ini.Walaupun Gua hensem.Jangan gelak.Betul ni.Tapi orang hensem takkan tak pernah mainkan watak ini kan?Baiklah pernah juga.Dulu.Dulu punya cerita.Masa zaman dulu.Yelah dulu punya cerita.Barang yang lepas tak elok dikenangkan.Jadi potong watak ini.

4).Ustaz

Lu orang pelik atau tidak kalau Gua pernah pegang watak ustaz.Tak pelikkan.Sebab muka Gua ini kan jenis yang baik-baik senang cerita muka bukan anak derhakalah.Ya.Gua pernah mengajar orang mengaji.Gua ajar tajwid.Nak ajar taranum Gua pun tak belajar lagi.Apa?Nak dengan Gua mengaji?Insyaallah jika tidak menimbulkan fitnah nanti Gua muat naikkan video Gua mengaji.Dan sekali lagi gua gagal untuk memainkan watak itu dengan baik sebab watak itu tidak berterusan.

5).Bos.Ketua.

Baiklah.Watak ini dari tahun 2009.Waktu bekerja dengan satu organisasi Gua jadi ketua.Waktu di organisasi ini Gua jadi ketua.Watak ini boleh Gua katakan berjaya juga kerana Gua ada buat sesuatu yang membanggakan.Dan sampai sekarang ianya menjadi rekod yang agak susah untuk dipecahkan tetapi tidak mustahil.Dan Gua bangga dengan itu.Dan sekarang di syarikat sendiri Gua memainkan watak itu sekali lagi.Kali ini lebih mencabar.Sangat-sangat mencabar.Dan watak ini terlalu banyak bermain dengan perasaan.Ekspresi muka.Ok bagi seorang bos muka mesti kena serius.Tidak boleh menunjukkan ekspresi muka selenga.Nanti dikhuatiri orang bawah kita akan memperkotak-katikkan kita.Percaya lah cakap Gua.Jadi muka kena serius.Kena tegas.Tidak boleh dipengaruhi dengan silaturahim atau kroni sewaktu membuat keputusan.Kena adil.Jika Gua cakap tidak maka keputusannya tidak.Walaupun gua tahu pekerja-pekerja akan mengejek gua kat belakang gua kena mainkan watak gua ini.Demi masa depan syarikat juga masa depan mereka-mereka yang main-mainkan gua kat belakang.Itu adalah satu perkara yang biasa.Bos mana pernah betul.Ada saja perkara yang tak kena pada mata mereka.Dulu gua bekerja Gua pun macam itu.Ada jer yang tak kena mata Gua.Tapi bila jalankan perniagaan sendiri baru lah Gua rasa kepanasannya.Watak ini masih berterusan.Harap-harap Gua berjaya.Yeay!

Baiklah.Sebenarnya banyak lagi watak.Tapi cukup lah lima ni.Jika ada masa Gua sambung dengan watak lain.Jika tidak lu orang taip lah watak-watak lu orang pulak.Boleh juga kongsi-kongsi.Baiklah, semoga berjumpa lagi.

-END-

Thursday, February 17, 2011

.: There is no tears in heaven :.

Gua takda gitar untuk dimainkan diofis ni..Jadi gua berkaraoke la pulak...So here it is tears in heaven nyanyian Eric Clapton.Nyanyian gua takda la sesempurna mana.Alah lu orang tau tu kan.hehehe..Oh ye, permintaan u all semua akan ditunai insyaallah.Tapi tak janji la janji rock.Ok guys layannnzzz....

video

Saturday, February 12, 2011

.: Suatu Masa :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum,

Hari ni gua nak nyanyi lagu M.Nasir yang bertajuk Suatu Masa.Sila abaikan penyanyi yang tak berbaju itu.Owh nampak bahu saja.Sebab gua rasa bahu gua seksi.Apakah?Tidak sesuai okeh.Apa-apa pun just enjoy dan jangan terbuai dengan lirik lagu ini.Dan jangan kaitkan lagu ini dengan gua yer..Sebab gua tak pernah ramas-ramas surat.Nak sertakan dengan lirik tak?Rasa takyah lah..Anyway Dari feedback yang gua terima dari peminat-peminat semua ( ada kew?) Pehal gua tambah w tu?Oh gua memahami lapisan peminat gua yang bukan saja dari golongan 80's tapi 2000's pun ada.Ada gua dengar member gua cakap baby dia tak leh tidur satu malam tapi bila dengan lagu Waktu Itu tu terus tidur.Dari situ gua dah dapat agak dah baby tu mesti tak nak dengar suara gua.Di sebabkan lagu ini juga jalan kat federal highway jem sebab tak leh bagi tumpuan ketika memandu.Gile dasyat gua perasan.

Ok lah gua banyak keje ni..Lu orang enjoy jerk la lagu ni.Insyaallah ada masa nanti gua cuba compose lagu baru.Hurmm ada satu berita baik.Anda juga boleh request lagu di blog ini untuk gua nyanyikan.Gua harap lah.Memang takda la nak request.Dan berita baik juga Lagu Wak lu eh lagu Waktu Itu dah mencapai 33k hits.(Tolong buang k tu yer )Ok fans sila tambahkan hits itu.( Fans Ke?)Tak boleh blahhh...ok uols..layan...
video

Friday, February 11, 2011

.: Waktu itu Song With Lirik :.

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Assalamualaikum wbt..

Ok Macam mana gua nak mulakan..Ok gua tak tau lagu ni sedap ke tak sedap ke.Boleh cair taik telinga lu orang ke tak ke gua tak tau lah.Tapi lagu ni gua compose....gua dah bagi tau entry yang sebelum ni.Ok bawah ni gua sertakan lirik dan Video.Lu orang jangan pandang sangat gua tu.( Berapa besar lubang hidung daaa..Macam serombong kapal daaa )

Waktu itu.

Lirik : Makmor
Lagu :Makmor


Waktu itu kau datang padaku...
Waktu itu kau suram padaku...
Dengan selamba siapa nama kamu..
Jelinganmu seakan memberitahu....

Waktu itu kau benci padaku..
Waktu itu siapa lah aku..
Rasa itu mengubah kamu
Dari benci menjadi rindu..

Kini kau dan aku...
Bicara berlagu rindu..
Kini kau dan aku..
Dua jiwa jadi satu...

Selamanya berdua...
Biar duka dan lara..
Kita tempuh bersama
Hingga ke akhirnya....

Waktu itu kau senyum padaku..
Waktu itu kautertunduk malu..
Waktu itu kau diam membisu
Waktu itu ............................


video

Thursday, February 10, 2011

.: Waktu Itu :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum..

Actually sebenarnya itu adalah tajuk single terbaru saya...Wahh!!! tetiba cakap saya..Yer betul cakap saudari tu teruskan dengan Gua tu..Sempoi..Cakap ngan GF boleh la saya saya..Okeh gua berangan!!

Tapi gua taip dengan muka serius ni.Waktu Itu adalah tajuk lagu yang gua cipta waktu lepas maghrib tadi.Siap dengan liriknya sekali.Dan gua rakam melalui HP gua yang tak berapa nak canggih ni.Ok gua dah suruh seseorang iaitu GF saya ( eleh taip jerk lah GF lagi mau guna seseorang ! )buatkan video backgroundnya supaya saya boleh upload di blog saya..Alah saya lagi...Chet!!

Gua nak pos lirik tapi gua rasa sekali la dengan lagunya.Paling cepat pun siang besok.Dan dengan bangganya hari ni gua mengumumkan gua dah ada 3 orang follower yang nyata..kih kih kih..gua happy walaupun sebelum ni gua tau hampir seribu orang yang errrrr...seribu ke?malas gua nak teruskan..tetiba hiba...hahahhihihihuhuhu..

Ok serius.Pasal lagu gua tu hurmm gua rasa sedap..( biasa la kan gua ni memang kuat perasan )Sebab walaupun simple tapi its means something.Sebab sebelum ni gua pernah janji kat Cik Syira untuk cipta satu lagu khas untuk dia tapi tak pernah pun terjadi..Entah kenapa yer..Tapi lepas maghrib tadi macam senang lak lagu tu.Walaupun tersangat lah raw bunyinya bila kita rakam dalam HP tapi kira ok lah..

Anyway kejayaan ini takkan dapat dicapai tanpa sokongan peminat-peminat semua yang selama ini menyokong saya tanpa rasa jemu walaupun saya dilanda gosip yang bertimpa-timpa.Saya dikata meniru gaya Ian Somerhalder oleh peminat fanatik saya..( kah kah kah Cik Hajar sila jangan bengang )Saya dikata jambu ( hehehehe )Saya juga dikatakan seorang yang kuat perasan padahal saya tau komen-komen mereka semuanya reverse.Diaorang suka saya cuma ego nak mengaku.( gua tak tahan nak gelak )

Ok la serius.Insyaallah besok gua rasa..BYE

.: Bfast dengan Bloging :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum.

Gua lom ada idea nak sambung citer semalam.Lagi pun watak Borhan tu tak senonoh.Hahaha.Memang giler ah taip blog pepagi.Gua lom pernah buat lagi.Hari ni dalam sejarah takkan mungkin berulang la kiranya.

Biasanya bila gua buka page blog ni gua akan bukak 3 blog jer.Huh! 3 blog jer?tapi lu jangan ingat gua tak suka membaca.Gua suka membaca.Tapi gua tak buat berjalan antara blog ke blog.sebab?Sebab gua banyak keje.( Alasan tak cukup kuat )

Biasanya gua akan ke blog of course la blog awek gua.kemudian either Hajar's Blog or Iza's Blog.Biasanya Hajar dulu then dari blog Hajar gua akan ke blog Iza.Kekadang bila ada masa terluang gua akan ke blog Pipiyapong.Kalau gua rasa lebih terluang gua juga akan ke blog ijaicool tu.

Ok la speaking of blog, masuk ofis tadi gua terus bukak blog.Then gua buka blog Hajar.Lelaki bersama kucing adalah sangat cute.Gua rasa tanpa kucing pun gua cute.Ditambah pula ngan kucing gua akan jadi super duper cute.Hahahaha..



Gambar ni Hajar upload kat blog dia..Ian with Ginger.



Ni gambar gua.Isn't that super duper cute??Owh Goshh..Memang akan buat gadis mintak sign kat diari mereka okeh!

Actually sebenarnya gua bukan nak perkatakan lelaki + Cat ni cute tapi oleh kerana Cik Hajar dah memuji gua secara tak sengaja gua pun terpanggil untuk menjelaskan fakta-fakta yang menarik.Eh ada ke fakta-fakta yang menarik?Okeh gua sebenarnya nak bagi bonus untuk lu orang semua.Lu orang nak dengar gua nyanyi tak?Live from jamban masa tu lah live tapi dah rakam tak live la.Tapi masa rakam tu live la.Serius memang live.Jap gua cuba upload video tu.


video

Wednesday, February 09, 2011

.: Cinta Rockers :.

Bismillahirrahmaanirrahim...

"Lu bukan menyintai gua Lijah, Lu just nak memiliki gua jerk!"sambil Borhan menarik-menarik bulu hidungnya.Auh cumm! Bersin pulak.Hampir sejemput bulu hidungnya ditarik.

"Tidak Abang Borhan..Lijah betul-betul cintakan Abang,Oh abang! jangan pandang belakang eh jangan tinggalkan Lijah bang."Lijah terkemut-kemut menahan kentut.

"Oh tidak Lijah.Abang akan tetap pergi untuk mencapai cita-cita abang."Auh cumm!!saki baki bersin Borhan masih ada.

"Apa lagi yang abang mahukan?Abang sudah punya kambing yang banyak,Lembu,kerbau,itik,ayam serama,kereta kebal,meriam,butik puteri,kilang,pasaraya,balairaya cuma pusara jer yang abang takda!"Tegang urat leher Lijah menerangkan.Sambil bua-buat mengeluh padahal melepaskan angin dengan teknik sedikit demi sedikit.Mujur tak berbau.

"Lu jangan nak berjenaka dengan gua Lijah.Gua tengah takda soul ni nak gelak."Borhan cuba menasihatkan diri supaya jangan ketawa sebab dia tengah amik mood serius.

"Maafkan Lijah bang.Lijah cuma tak nak abang bengis macam ni.Kembang sangat hidung abang tu."Lijah cuba menenangkan suasana dengan jenaka songsangnya.

"Sekali lagi gua nak sound lu ni Lijah.Lu jangan nak bergurau kasar ngan gua.Jangan cuba nak menggeletek celah lengan gua.""Baiklah, oleh kerana lu ni awek pertama dan terakhir gua,mari gua ceritakan cita-cita gua sebenarnya."Borhan duduk mencangkung menghadap arah Lijah.

"Cuba cerita!cuba cerita!"Sambil Lijah membelakangkan Borhan sebab dia tak sanggup nak lihat permandangan yang cuba borhan buat.Dah berseluar pendek tak pakai underwear.

"Lijah,walaupun gua dah ada seperti apa yang lu cakap tapi sebenarnya itu bukan gua yang punya.Tapi Ahmad Albab yang punya..Ding dak geding ding ding dak geding..( sila ikut melodi anak jin ).Ok gua gurau dengan lu Lijah.Yang sebenarnya harta tu was my late father yang punya you know.Itu bukan cara gua.Gua bukan eksyen Lijah, tapi gua punya prinsip.if u don't have ball don't try to grab others ball.Itulah prinsip gua Lijah.Lu ada ball?"

"What the fish abang!Are u trying to..,"

"No no don't get me wrong my dear Lijah.."

"Habis apa yang cuba abang sampaikan?"

"Entah, ayat tu ayah abang selalu bagitau abang.Bila abang tanya maksudnya dia akan cakap go find ur own ball."

----------------------

Ok Borhan ni anak orang kaya kampung.Bapak dia orang enggeris.Pada masa itu zaman Britis.Nak dijadikan cerita pada satu hari Mr Semak (bush)jalan-jalan dikampung Kepunden.Tiba-tiba Mr Semak ni sakit perut lalu hendak menumpang tandas dirumah atok Borhan.Sambil-sambil melepas tu kedengaran suara arwah emak Borhan menyanyi.Sungguh merdu suara itu.Lalu setelah selesai qodok hajat ( memang tak basuh la kan )Lalu Mr Semak ni melamar terus arwah emak si Borhan ni.Walaupun ada bau-bau sikit atok si Borhan ni pun terima la.Al maklum la masa tu orang putih laku.Siapa yang tak nak menantu orang putih weh.

---------------------

"Lijah, sebenarnya gua ni nak jadi pemain gitar yang terkenal.Macam Ritchie Blackmore tu, ygwie malmsteen,Steve vai,david beckham eh itu pemain bola,Joe satriani, Man kidal, Joe burnmark orang segamat tu, kasim Mat loha pemain gitar kugiran tauke funfair tu dan ramai lagi la.Itulah gua punya passion Lijah.Gua belum bernafsu lagi nak kawin ngan lu Lijah.gua harap lu relakan la pemergian gua ni.Kaset-kaset search, wings yang gua bagi kat lu tu lu simpan.Dengar hari-hari kecuali time Azan sebab bila lu pasang lagu tu soul gua akan sentiasa ada dengan lu.Jaket hitam gua tu lu jangan kasi bapak lu pakai pergi noreh time dia nak g tahlil jerk bagi dia pakai.takpe takda gambar tengkorak cuma ada tulisan guns n roses jerk.Key chain yang tulis I love u forever masa kita pergi konsert kumpulan tulang keting tu kat dataran merdeka simpan elok-elok.Apa lagi yang gua bagi lu ek.haa!Seluar jeans koyak kat punggung tu lu jangan gatal lak nak pakai tanpa underwear.Itu tindakan kurang bijak tu.kalau boleh jangan pakai lu framekan jer.Ok lah gua dah penat mencangkung ni lu tak pandang-pandang pun belakang.gua pergi tak lama mungkin sampai gua keluarkan lagu kat radio baru gua balik jumpa lu Lijah.Kalau lu dah kawin masa tu gua tak kisah cuma satu pesan gua panggil la Band gua buat show masa kenduri lu nanti.kalau lu tak kawin lagi gua janji lu la Gadis kain kapan eh gadis bertudung putih gua selama-lamanya.Walau pun tiada ghazal untuk rabiah, walaupun tiada mentera sekuning padi, biar putih tulang jangan putih mata,sedangkan lidah lagikan tergigit,meski pun hukum karma atau isabella sekali pun gua akan tetap mencapai cita-cita gua Lijah."Borhan berdiri sambil membetulkan seluar pendeknya.

"Abanggggg...."Lijah menoleh.Lega sebab Borhan dah bangun.

Belum pun sempat Lijah berkata apa-apa Borhan telah mengatur langkahnya ke jamban untuk mandi.Tiada lah harapan untuk Lijah memujuk Borhan supaya jangan pergi sebab tidak manis anak dara mengintai orang lelaki mandi apatah lagi Borhan memang tabiatnya mandi tanpa pelindung diri.Lijah melangkah longlai pulang ke rumah.

Bersambung......

Tuesday, February 08, 2011

SYBLOMD part II

Bismillahirrahmaanirrahim..

Assalamualaikum,

( Apa lagi la si Makmor ni nak perasan hari ni )Lu orang mesti fikir camtukan.Hah!takda?tetttt...Ke takda dah orang nak baca blog ni?

Ok kita sambung kisah semalam.Celebriti look alike me.Kah Kah Kah macam nak terkencing pulak gua rasa.Ok.Lepas gua taip episod satu semalam SOMEONE remind me."Kamu terlupa letak Adi Putra".( alamak terkantoi sengaja pulak dialog tu )Haa see kan gua dah kata.Gua bukan type R yang perasan okeh!Orang yang kata bukan gua yang kata accept amitabachan.Itu gua cuba berseloroh.Jadi tak?jadi tak?

Tapi hari ni gua takda la nak listkan celebriti look alike me tu.Cuma Adi Putra tu jer la lan.Sebab SOMEONE yang remind me."kenapa lu taip someone tu huruf besar"Eh sapa pulak yang bertanya tu?pon pon pon ( Loneranger melodi )..

Ok lah walau apa-apa pun kita ada 7 muka orang yang serupa dalam dunia ini.Takda la serupa mana tapi...alah lu orang faham la kan cam mana.Dah besar.Kita tak boleh nak salah kan sapa-sapa andai muka gua ni ditakdirkan berupa wajah-wajah celebriti malaysia.Pastu ada orang kata " muka i macam Oprah i tak kecoh pun.Setakat Adi Putra nak kecoh!"Pastu i balas eh apa lak I gua lah "Oprah eh..Oprah takda..oooopppiiiiiraaahhh! ada."Tak kelakarkan.Ok citer tu gua reka.

Ok lah.Its up to u guys la kan nama panggil gua ngan nama apa.Kamal boleh,Faizal boleh,Mani boleh ( zamani slam okeh!)Yong Joon pun boleh,auw i suka ( gaya noq okeh!)
Nuar pun boleh (owh Gosh!!)ok gua tak paksa.Hah muntah muntah.

Ok gua janji besok gua tak taip dah kisah ni.Cukup sampai episod dua ni.Tak part III ok.Gua takut nanti ada yang tak lalu nak muka gua.(gila keji muka yang manis ni tak lalu nak pandang )Hello..Ok gua cerita.Pada suatu malam tu gua g Ampang Point.Gua lalu kat satu Cafe ni.Lu tau gua nampak sapa?Maria fida eh eh cop..Maria Farida.Gua dari jauh gua dah toleh tempat lain dah.Kalau boleh gua tak nak pandang dia.Memang gua tak pandang pun.Gua kalau boleh taknak lalu kat situ.Tapi hari tu hujan.Terpaksa la gua lalu cafe tu sebab jalan tu jer boleh lalu untuk sampai ke Ampang Point tu.Masa gua nampak Maria Farida tu gua dah niat dalam hati jangan la dia pandang gua.Ok gua pun lalu.Dari jauh gua jeling sikit-sikit.Memang gua nampak dia pandang gua.Alamak gua jadi segan.Gua lalu sebelah dia gua toleh tempat lain tapi dari anak mata gua nampak dia cuba senyum kat gua.Gua cepat kan langkah gua takut dia tahan gua pulak untuk berkenalan.So bila dah melepasi dia gua rasa lega.Gua risau dia kan suka lelaki muda cam gua.Dan gua selamat sampai di Ampang Point.Kesimpulannya kalau dah Maria Farida pun tak berkelip mata ( ini gua tipu )pandang gua ini kan pula gadis-gadis marhain.( Betul ke gua Eja? )Kompem takkan pandang.

Ok ok.Lu orang dah tak nak baca lagi kan.Lu orang dah rasa nak off laptop tanpa shutdownkan?sabar-sabar.Ok gua tak teruskan.Walau bagaimanapun gua nak nasihatkan gua sendiri walau macam mana rupa kita sekali pun bersyukurla dengan apa yang Allah kurniakan.Pinjaman itu sementara.Lu tunggu umur lu 40 esok macam mana?Gua lu akan nampak lebih mudah.Gua ingat masa tu mungkin orang akan samakan lu dengan Yusof Haslam ke,A.Galak,Jalaluddin Hassan,Zami Ismail,Acappan or Isa Samad (huh Isa Samad?apa kene mengena?takda okeh..

Ok yang last.Last yang ok.Entry ini adalah untuk suka suki.Menghilangkan kebosanan gua duk kat umah.So gua cuba menghiburkan hati gua so harap boleh menghiburkan hati kalian semua.So senyum lah kerana senyum itu sungguh indah.Dengan senyuman anda boleh meredakan kemarahan seseorang.Mungkin!So kalau ada yang rasa nak termuntah..hahahah..muntah la tapi adakalanya kita akan perasan juga sekali sekala.Eh aku ni ada rupa Rosmah Mansor tak?

-END-

Monday, February 07, 2011

.: Statement yang buat lu orang muntah darah :.

Bismillahirrahmaanirahim..

Assalamualaikum..

Hari ni gua nak wat lu orang muntah darah.Nak wat lu orang rasa euwww!!Nak wat lu orang kata "Hello...Perasannya mamat ni!!""gila tak boleh blah"..Atau pun Ok stop gua tak nak baca blog ni selama-lamanya.(pergh gila zalim).

Ok.Pernah tak lu orang lu lu orang semua ( lu orang la gua bukan orang ke?)pernah di samakan muka macam artis-artis yang lu orang sendiri tak setuju langsung dan lu orang tak boleh terima langsung keadaan tu?Well sama la cam gua.Kerap kali gua disamakan atau diaorang kata muka gua ni macam :-

1.Anuar Zain.Pergh gila tak boleh blah dow!Gua tak leh terima.Tang mana gua ada iras-iras Anuar Zain?

2.Arwah Faizal Yusof.Al-Fatihah.Ni pun gua pelik.Tang mana yang serupa ek?

3.Kamal Adli.Hello come on la.I lebih kacak okeh dari dia.So please.Kah kah kah muntah ok sekarang.

4.Ariel Peterpan atau lebih femes sekang Peterporn.Apakah??Gila tak boleh blah dow!

5.Bae Yong Joon.Lu orang dah gila ke apa?Memang gua tak leh terima.kalau korang setuju lu orang kena g tukar mata lembu.

6.Zamani Slam.Huh?Lu orang dah monopos ke?Ayoo...

7.Rain.Cik Syira yang kata.Kamu please jangan kasi mereka-meraka ni terberak sambil ketawa.

8.Amitabachan..Ini gua sendiri tambah.Sila gelak.

9.Keanu Reave.Sumpah tak pernah orang sama kan.

10.Last but not least.David Bekham.Ya Allah ampun!!

So dah ada yang muntah atau rasa nak sms gua kata lu pehal?Tapi serius Shit!!Anuar Zain tu memang ramai sangat orang kata terutama Gadis ouls.Ahakz.Gedix.Kamal Adli pun ramai yang kata sampai ada makcik tu kata " eskuse me, u ke yang berlakon dalam citer Bionic tu "."ops sorry auntie, bukan I.I tak berlakon citer melayu,i berlakon citer korea."Arwah Faizal yusof pun ramai orang kata.Entah.Ramai sangat yang kata.Pening I.( Eh apsal Ber 'I'kuasa dua ).

Ok gua citer.Gua g kursus nikah.Ok ada sorang mamat ni kawan kepada kawan gua.Kawan kepada kawan GF gua sebenarnya.Eh kawan kepada..Arghh..persetankan.Ok sambung citer.Dia asyik tgk gua jerk."mamat ni pehal usha gua"Gua dah suspen.Kalau gay takkan g kursus kawin kot.Rupanya dia ingatkan gua ni pelakon.Pergh.Filem apa gua berlakon.Dia langsung tak leh terima yang gua ni cuma orang biasa bukan orang seni.Dia mati-mati nak suruh gua mengaku yang gua ni pelakon."lu pehal, gua dah kata gua bukan pelakon.Lu nak makan tomyam songkok size 22 setengah?"Akhirnya dia menyerah dan menerima hakikat yang gua ni cuma orang biasa.Entah apa-apa.

Ok lah.Gua tak tau tang mana yang sama.Tapi lu orang judge la sendiri.hahahah..

Sunday, February 06, 2011

.: 1001 :.

Bismillahirahmaanirrahim...

Assalamualaikum...

Lama gak gua tak bercerita.Asyik baca cerita orang saja.Wah guna saja tu instead of jerk.Itu tindak balas dari mendapat info dari pembacaan.Kata kerja kata nama.Gua pun dah lupa ilmu itu.Sib baik ops nasib baik tajwid tak lupa ouls.Lulus!!

Apa kena ngan gua ni.Itu la dah banyak sangat input.Bila input banyak sangat kalau tak dikeluarkan makanya akan meletup la kan.Apa-apa pun Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad.5 hari gua bercuti.Meh gua senaraikan muvi yang gua tgk.Gua beli DVD cetak rompak.Eh salah ke?Sama jerk kalau download kat internet.Wachaaa!!

1.( eh gua tak ingat ).Ok lah kita start dengan Killers.Ashton kutcher( auw HOT!! )dah macam gay dah statement gua..Katherine Heigl ( euww!) tafsirkan sendiri..wahaha..Well muvi ni consider ok la.Buat hilang boring.Jalan cerita biasa-biasa saja.Tapi worth it la kot RM8.So boleh tengok.

2. Avatar.Walaupun dah berjo'en orang tengok gua masih belum tengok.Bestkan.Kalau gua cakap tak best ramai orang akan amsterDAMN gua..

3.Prince of Persia.Jake Gyllenhaal ( Hot Dow ! ) statement noq.Gemma Arterton ( Got Damn it !)Detik hati gua.Pun dah berjo'en jugak orang tgk gua baru terhegeh-hengeh nak tgk.

4.Filem Cina.Tajuk dia bahasa cina.Gua tak tau nak tulis.Dan tak tau nak baca.Tapi perlakonnya gua tau.Donnie Yen ( super cool dia ni!! ) dan Sumo eh Sammo Hung.Gua memang tak tau citer ni tapi gua tgk Donnie Yen yang berlakon gua beli jerk.Gua start jatuh cinta ngan Donnie Yen ( jatuh cinta!! cam pelik jer )jatuh cinta ngan lakonan dia laH!of course la citer IP Man.Bukan I.P MAN tapi YIP Man okeh.Filem ni patut tengok.Ada pengajaran dalam ini cerita.You Should!!

5.Flash Point.Chinese muvi.Donnie Yen juga.Best juga.Woi tengok laH!CNY ni dow!!

6.Shaolin.Baru jerk eh SAJA keluar wayang dah ada DVD cetak rompak.Citer ni pun ok lah.boleh tgk.Tak impress me much.Walaupun ada member gua berlakon dalam citer ni.Cari sendiri la kalau nak tau.

7.Unstoppable.Denzel Washington.Sebab lu la gua tgk citer keretapi ni.Kalau tak jangan harap.Bosan.Slow.Lembab.lu nak citer apa sebenarnya??Gua tak faham.

8.Chinese muvi.Andy Lau yang berlakon.Pun tajuk tulisan cina.Gua tak faham.Jalan cerita macam Sherlock Homeless.(HOlmes)Not bad.Ending tak best.

9.Centurion.Michael Fassbender.Lu orang tak kenalkan.Gua pun tak kenal.boleh la.Tak terhibur sangat.

10.GREEN HORNET.Jay Chou.Best.Should.Recommended.Go now.3D.

11.Death Race 2.Gua segan dow tgk citer ni ngan Abah gua.Walaupun gua ni dah umor 31.Perempuan dalam citer ni seksi.Macam nak terkeluar dah buah hati dia.Walaupun gua suka.( sikit-sikit ) errr banyak eh eh sikit sikit..tapi gua buat-buat tidur..

12.Sherlock Homeless.Walau dah basi citer ni.Tapi gua lom pernah tgk der.Jadi gua dah tgk.Not bad.Robert Downey JR.lu ni cool jugakkan.

13.Ong Bak 3.BOHSAN!!!!....dah cukup.

14.Mr Bones 2.Gua tertipu ngan mamat yang jual DVD ni.Dia cakap citer ni kelakar alam barzakh.Tang mana kelakarnya gua tak tau la.Gua tgk sikit jerk.Nanti gua sambung bila abah gua takda.

15.Tekken 5.Cilakak!!ada romen-romen citer ni.Sekali lagi gua pura-pura tidur depan abah gua.pastu gua memang tidur pengsan.

16.Last muvi.Jonah Hex.Boleh.Tapi macam tak logik jerk.Woit ini muvi lah.Nak logik p tgk national geografi.Tul jugak.Hurmm..

Itu saja lah muvi yang gua tgk sepanjang gua bercuti di TOWN Rawang ni.Di rumah bernombor 60 jalan 4/10 taman desa country homes.( lebih di kenali country sherlock holmes, ini gua tambah lu orang jangan percaya )48000 Rawang Sel.So lu orang nak post surat ke email ke surat berantai ke ramalam nombor ekor ke atau mari bersama Dr Azizon ke atau sehari bersama Irfa Khairiah ke boleh jerk.Segala surat menyurat tidak akan dilayan.

Gua rasa belum terlambat untuk gua mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada umat Chinese.Happy new semoga kita hidup aman harmoni.Kekayaan tu bagi-bagi la sikit.Tak baik lo monopoli.Jangan naik harga barang lepas CNY ni.Nanti kayu lu orang kasi naik harga susah wooo..

ops ops..Gua belum bercerita lagi pasal BANJIR.Banjir satu musibah atau Nikmat.Yang pastinya ia adalah hikmah.Hikmat kepada sesiapa yang redha dengan ujian Allah.Hikmah pada sesiapa yang mencari redha Allah.( yer lah lu tak kena lu tak tau ) sapa kata tak kena?Rumah gua mungkin tinggal bumbung jerk.Jangan kata barang-barang, cicak pun tak boleh nak selamat lagi dah.Eh yeke.Bumbung tak kena lagi.Alhamdulillah Ichimaru selamat." Saya tumpang sedih dengan kejadian banjir ini.Anggap la ia satu ujian dari Allah.Sesunggunya Allah maha mengetahui akan sesuatu sedangkan kita tidak sehingga Allah memberi kita pengetahuan itu".

Babak kedua.

Panjang ke gua taip.Tak lah.Haa gua nak cerita pasal kucing pulak.Sekarang ni gua dah ada 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, dan 14.Ops 15 termasuk Ichimaru.So gua dah ada 15 ekor kucing.Banyak tak?Tak banyak la kalau nak bandingkan dengan tauke Butik Puteri tu.www.itawazi.blogspot.com ni blog dia.Beb gua selalu baca blog lu tau.hahahah..Ok Milah.u all kenal Milah?Milah si mata biru kuning itu.Telah melakukan sumbang mahram dengan anaknya sendiri.Ichigo kurosaki tu.Ayooo tak tau.Maka lahir la si IchiMooMoo dan IchiMayMay.Selang beberapa hari Anak si Milah pulak melahirkan anak.Ichiyoko anak Milah adik kepada Ichigo kurosaki.Ichigo juga telah melakukan sumbang mahram dengan adiknya.What the...Maka lahir lah Ichiyuka dan Ichika ( dayang senandung )sila refer FB gua uols.Dan selang beberapa minggu Teja pula melahirkan anak seramai eh sebanyak 5 ekor tapi R.I.P seekor.So gua pening juga nak bagi nama.So lom putuskan nak bagi nama apa.Gua happy kerana mereka sangat comel owh super comel.Ok fine semua orang akan kata kucing mereka sangat comel dalam dunia ( iza pinjam ) ok gua admit.Walaupun gua tak jaga mereka ( poyo la gua tak jaga nak ngaku )ok nanti gua jaga okeh.walaupun gua tak jaga mereka tapi gua rasa mereka dekat sangat kat gua.dekat sangat macam ada dalam hati.dalam hati ok bukan dalam baju.One day.I repeat, one day gua akan ada satu petshop.Bear in mine.Kalau takda lu orang buat-buat la lupa yer.

Ok.Gua nak.............gua nak wat apa eh..Esok gua masuk ofis semula...kerja kerja kerja kerja..cari duit cari duit cari duit cari duit...

wachaaaaaaaaaaaa!!!