Monday, December 26, 2011

Berlapang dada..

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Segala puji hanya bagi Allah yang maha pemurah lagi maha kasih akan hambanya.Allah pemilik segala alam dan dia lah yang kekal dan tidak ada sekutu baginya dengan apa jua yang ada didalam alam ini.Selawat dan salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarganya, para sahabat, para tabi'in dan mereka yang menuruti mereka itu hingga ke hari pembalasan nanti.

Terima kasih dan rasa syukur tak terhingga keatas nikmat yang telah Allah kurniakan kepada saya.Nikmat udara, nikmat mata dan pandangan, nikmat telinga dan mendengar nikmat lidah dan rasa, nikmat otak dan akal serta seribu juta nikmat yang tidak terhitung banyaknya.Maha suci Allah yang menjadikan semua itu tanpa perlu kita bayar walau satu sen.Ya Allah, terima kasih ya Allah atas nikmat mu ini.

Ya Allah, terima kasih juga atas nikmat Islam ini ya Allah.Dengan rahmatmu hambamu ini rasa sangat tenang, rasa sangat dingin, rasa sangat hiba, rasa sangat aman ya Allah.Terima kasih ya Allah dengan nikmat Islam ini, hambamu rasa sangat kasih pada orang lain.Dengan rahmatmu, hambamu ini nampak akan indahnya agama yang Allah redha ini.Ya Allah, janganlah diubah sedikit pun rasa hati ini ya Allah dengan rasa lalai pada mu ya Allah.Jadikan lah hati ini hati orang yang selalu mengigatimu ya Allah.

Perjalanan-perjalanan yang telah saya tempuh hingga la saya berada pada saat ini.Bermacam-macam peristiwa, bermacam-macam perasaan, bermacam-macam permasalahan dan bermacam-macam kerenah telah saya tempuh.Suka dan duka bersilih ganti.Senyum dan tangis diselang seli dengan tawa.Akhirnya sampai di destinasi sekarang ini.Semuanya tanpa saya rancang tanpa saya ketahui pada mulanya.Segala-galanya datang dari Allah taala.Dengan izinnya dan dengan kudrat yang Allah kurniakan kepada saya.

Alhamdulillah, setelah sedar sekian lama lalu saya bangkit.Bukan tidak pernah untuk bangkit tapi mungkin pada masa itu Allah belum lagi mahu saya melakukan seperti apa yang saya lakukan sekarang.Mungkin Allah nak bagi saya rasa semua itu sebelum Allah izinkan pula saya kembali mengikut jalan Allah.Jalan menuju Allah.Bukan saya tidak mahu akan dunia.Saya sangat mahu akan dunia kerana dunia ini sebagai tempat ntuk saya mencari bekalan yang sebanyak-banyak dalam berjalan menuju ke negeri akhirat.Subhanallah.Selama ini saya hanya meminta rezeki yang banyak supaya saya boleh senang hidup didunia.Setelah Allah bagi rezeki yang banyak itu saya jadi lupa dan terus selesa dalam keadaan itu.Alhamdulillah, Allah sedarkan saya bahawa kesenangan dunia bukanlah kesenangan yang hakiki.Saya tidak jumpa didalam kesenangan dunia itu bahagia.Kerana kesenangan dunia ini tidak pernah menyenangkan saya.Otak saya selalu memikirkan benda yang tak pernah cukup.Jadi dimana bahagia didalam kesenangan dunia.

Lalu saya tinggalkan kesenangan dunia ini untuk mencari bahagia.Bahagia dalam kesenangan dunia adalah dengan berkata "cukup", maka akan datang la bahagia itu.Bila mana kita tidak bisa mengatakan cukup maka tidak akan jumpa la bahagia itu lalu kita terus mencari-cari sehingga kita tidak sedar umur kita sudah sampai kepada tarikh luputnya.Allahu rabbi.Lalu sempat atau tidak kita mencari bekal untuk ke akhirat nanti?Insyaallah dengan sifat Allah yang Rahman dan yang Rahim mudah mudahan kita sempat mencari bekalan itu.Tapi apa yang kita risaukan ialan takut-takut kalau kita ditipu syaitan lagi.Na'uzubillah..

Wahai muslim,Islam bukan hanya untuk dipertahankan tapi untuk disebar-sebarkan.Lalu bagaimana mahu kita sebarkan Islam itu?Adakah perlu kita masuk kedalam persatuan-persatuan tertentu untuk menyebarkan Islam?Tidak perlu wahai sahabat-sahabat yang dikasihi Allah.Caranya mudah.Tunjukilah perlakuan yang baik.Tak kira pada siapa-siapa.Sesama muslim atau agama lain.Tunjuk pada mereka bahawa kita ini muslim.Agama Islam adalah yang terbaik lalu kita keluar dari acuan yang baik.Maka sudah tentu ia menjadi pilihan kepada orang-orang lain.Sudah tentu orang keliling kita tak kira budha, hindu, kristian dan sebagainya akan terpesona dengan tingkah laku muslim dan pastinya akan menaikkan martabat Islam pada mata mereka.Subhanallah.

Setiap kali bertembung dengan orang bukan Islam hendaklah kita selalu mendoakan semoga Allah akan beri hidayah pada mereka supaya berubah hati mereka.Supaya mereka masuk kedalam Islam.Jangan kita terus melabel mereka dengan neraka.Kerana belum tentu lagi mereka akan ke neraka.Selagi mereka punya nyawa selagi itu mereka masih ada peluang untuk mendapat hidayah dari Allah.Allah jua lah yang berhak keatas perkara tersebut.Jangan anggap kita ini suci kerana Allah tahu siapa yang ikhlas hatinya.Jangan anggap kita Islam kita akan masuk syurga kerana selagi nyawa kita di jasad kita berpeluang untuk kufur dengan nikmat serta rahmat Allah.Na'uzubillah.

Berbuat baik lah kita sesama manusia.Tidak kira siapa-siapa.Berbuat baik la kita pada haiwan tak kira la siapa-siapa.Kerana kita diatas muka bumi ini hanyalah fakir yang hina dan hamba.Tidak punya apa-apa walau sebesar zarah pun.Kerana sedari lahir kita memang tidak punya apa-apa sehingga lah kita mati dalam kubur kita juga tidak punya apa-apa.Bayangkan.Subhanallah...Apa yang kita ada sekarang ini hanya pinjaman semata-mata.Mari lah kita jaga hubungan kita dengan Allah supaya Allah tidak tarik balik semua nikmat yang kita ada sekarang ini.Jadi apa yang saya nak sampaikan disini, Sejahat-jahat manusia, sebiadap-biadap manusia, semaksiat-maksiat manusia, sekejam-kejam manusia jika masih ada nyawa dikandung badan mereka masih ada peluang untuk mendapat hidayah dari Allah s.w.t.Jadi mari kita berlapang dada jika kita lihat saudara kita masih lagi lagha dengan kemaksiatan mari kita doakan mereka semoga Allah bagi taufik dan hidayah pada mereka supaya mereka dapat kembali semula pada jalan Allah.

Wallahua'lam.

Sunday, December 25, 2011

.; Nukilan :.

Telah ku tempuh jalan yang sukar..
Barangkali perjalanan ini adalah satu ujian..
Tidak..
Sesungguhnya perjalanan ini mengajar aku erti sebuah hubungan..

Seringkali aku jatuh tersungkur..
Lalu aku bangkit dan terus berjuang..
Lantas atas perkara apakah yang aku perjuangkan..
Sampai sekeratnya aku berhenti..

Lantas lama aku menung..
Fikir akan jalan dan perjalanan..
Arah jua tujuan..
Aku yang bernama insan..

Monday, December 19, 2011

.: Surat terbuka kepada intelek Islam Malaysia :.

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Assalamualaikum wbt,

Segala puji hanya layak bagi Allah yang memiliki segala yang ada didunia dan diangkasa.Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya dan juga sahabat-sahabatnya juga pengikut-pengikut sahabat juga pengikut-pengikut yang mengikuti mereka dari masa ke semasa hingga hari kiamat nanti.

Adalah saya menaip surat ini ada bertujuan melahirkan isi hati saya yang amat risau dengan keadaan dan situasi yang sedang berlaku dalam negara kita sekarang ini.Saya bukan la seorang yang terpelajar hingga peringkat tertinggi, saya hanya seorang rakyat biasa yang sayangkan anak-anak muda islam kita yang sekarang ini sedang jauh dan semakin jauh dari agama.Tidak dapat tidak perkara ini tidak dinafikan.Lihat saja dimana-mana samada kampung, pekan, bandar dan juga bandaraya gejala-gejala sosial amat meruncing.Gejala-gejala itu tidak perlu lah saya sebut kerana terlalu banyak kes-kes yang terpampang didada-dada akhbar dan semua orang tahu akan itu.Tapi malangnya perlaksanaan atau tidakan-tindakan yang boleh membawa anak-anak muda islam ini kembali kepada agama sangat-sangat kurang.Malahan makin banyak pula hiburan-hiburan yang melalaikan anak-anak muda islam ini dibenarkan berleluasa dimedia-media massa juga media cetak.Malah pihak pemerintah pula sibuk dengan urusan meraih kembali minat rakyat kepada mereka supaya mereka boleh memerintah lagi.Maka amatlah sedikit orang yang memperdulikan kisah anak-anak muda pemimpin masa depan ini.Lalu mereka terus hanyut dan lalai dengan dakyah-dakyah yahudi dan nasarani yang inginkan umat islam lalai.Dan nampaknya mereka hampir berjaya malah boleh dikatakan berjaya sekarang ini.

Di Malaysia sangat ramai intelek-intelek dan pemikir-pemikir Islam.Mereka ini sangat arif dalam soal-soal hukum, sejarah dan cabang-cabang ilmu yang kebanyakannya orang-orang seperti saya ini tidak tahu.Tidak ada dahan lagi untuk berpaut kecuali dengan para ilmuan dan juga ulama-ulama sahaja yang dapat membimbing serta memberi tunjuk ajar kepada orang awam seperti saya ini dengan izin Allah.Tapi amatlah malang kebelakangan ini di Youtube, Facebook dan diblog-blog para intelek ini berbalah antara satu sama lain.Mereka sibuk dengan isu wahabinya, sibuk dengan perkara khilafiahnya, sibuk dengan taksub mazhabnya, sibuk dengan membanggakankan produk yang mereka bawa dan sibuk mempertahankan hujah bahawa mereka betul dan orang lain salah.Para ilmuan muda sibuk hendak mengatakan yang si tua salah.Si tua sibuk mengatakan simuda salah.Si A sibuk melabelkan orang itu wahabi, si B sibuk mengatakan Si A menjual agama dan sebagainya.Hal ini sangat lah menduka-citakan.Sedangkan anak-anak muda sibuk dengan urusan maksiatnya, sibuk dengan urusan dosanya.Sibuk dengan dunia internetnya dan sibuk dengan urusan hiburannya.Remaja perempuan pula sibuk dengan gitarnya sebab nak jadi penyanyi dengan gitarnya.Si lelakinya sibuk dengan motor-motornya dan alatan-alatan modennya.TV pulak sibuk dengan rancangan hiburan yang hendak menarik remaja supaya banyak menonton tv dari mendegar ceramah-ceramah ilmu.Amatlah merisaukan keadaan ini.

Saya ingin mencadangkan supaya ulama-ulama, para ilmuan bersatu hati dan bekerjasama memikirkan jalan untuk menyelamatkan anak-anak muda islam ini supaya kami ini berminat dengan ilmu dan supaya dengan ilmu ini dapat memandu kami mengikut jalan yang Allah redha.Jika ulama-ulama dan para ilmuan berselisih pendapat hendaklah antara mereka menyelesaikan perkara itu secara ilmiah.Amatlah tidak beradap jika para ilmuan dan ulama-ulama saling balas membalas hujah melalui youtube, FB, Twitter dan blog-blog kerana perkara ini akan memburukkan lagi keadaan.Bagi mereka yang faham tentang agama tak per la mereka boleh faham.Jika orang itu tidak faham agama langsung mereka akan kata ah ulama-ulama dan para ilmuan pun bertelegah.Jadi bila mana mereka baru nak kenal agama tapi para ilmuan dan para ulama bertelegah dan sibuk hendak mempertahankan hujah-hujah dan juga hendak mencari pengaruh maka minat golongan muda ini akan pudar dan seterusnya makin jauh dari agama.Dan boleh jadi golongan-golongan ini akan berpuak-berpuak sudahnya jadi hancur lebur lah generasi umat Islam dan berjaya lah yahudi dan nasarani.

Jadi saya pohon supaya perkara-perkara berat seperti isu-isu wahabi dan khilafiah tidaklah di highlight sangat-sangat kerana bagi mereka yang tidak begitu dalam tentang ilmu agama mereka jadi keliru dan pening.Ustaz ni kata gitu ustaz ni kata gitu jadi mereka jadi pening.Mungkin para ilmuan dan ulama-ulama boleh berbincang supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat islam.Oleh kerana sekarang ini dunia internet telah membuatkan perkara ini semakin terbuka.Harus para ilmuan dan ulama lebih bertanggung jawab dengan apa yang ingin diperkatakan.Dan saya harap sangat ulama-ulama dan para ilmuan dapat mencari jalan untuk mengembalikan anak-anak muda Islam kembali kepada Islam yang sebenarnya.Bersatu dan wahai ilmuan dan ulama yang sangat saya hormati dan sayangi.Alangkah elok dan moleknya apabila anda semua bersatu menentang dakyah yahudi dan nasarani kerana itu lah yang sepatutnya kita tentang terlebih dahulu bukan lah perkara-perkara yang baik dalam islam ini.Musuh kita yang paling utama adalah yahudi, nasarani dah kafir laknatullah.Mari kita fahamkan anak-anak muda bahawa musuh kita yang sebenarnya adalah yahudi dan nasarani.Kita umat islam semuanya bersaudara.Jangan berbalah sesama kita.Jika kita sendiri berbalah musuh kita akan tersenyum kerana tengok kita berpecah belah.

Sebelum saya akhiri surat saya ini saya memohon ampun dan maaf sekiranya apa yang saya taip ini mengguris hati para ulama dan ilmuan semua.Amat dukacitanya saya jika surat saya ini mengguris hati para ulama dan ilmuan yang saya sangat sayangi dan hormati sekaliannya.Semoga akan ada satu jalan penyelesaian untuk memahamkan anak-anak muda islam siapa musuh kita yang paling utama iaitu Yahudi dan nasarani.Bukan berbalah antara saudara kita.Jadi la insan yang bersemangat dalam menentang yahudi dan nasarani bukan yang hanya bersemangat menentang sesama saudara seislam tapi bila lihat kemungkaran yang ditaja oleh yahudi dan nasarani kita wat donno jerk.Wallahua'alam.

Thursday, December 15, 2011

.: Pasir Tumboh, Kelantan :.

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Assalamualaikum wbt.

Bercerita akan gua akan cerita ini.Semoga dengan cerita ini kali semua akan terasa sesuatu atau cerita ini akan dia memberi lu orang semua rasa.

Alhamdulillah, gua jalan kaki dari pondok tadi ke CC ni lebih kurang 10 hingga 15 minit.Dan sampai juga gua dikedai alam maya ini.

Mesti lu orang semua nak tahu kan bagaimana kehidupan gua dipondokkan?Apa tak nak?Lu orang tak nak pun gua cerita juga lah akan cerita ini.

Ok, gua sampai di Kota Bharu pada hari sabtu pukul 8 pagi.Kemudian setelah berehat sebentar dirumah kawan gua yang memang asalnya dari Kota Bharu.Kemudian dalam pukul 1130 gua bangun dan pekena nasi berlauk ayam bersama dengan teh o yang extra manisnya macam makcik yang menjual teh o tersebut.Dan alangkah terkejut akan gua dengan harga yang tersangat lah murah.Maka harga teh o tersebut adalah .50 sen.Atau orang kelantan menyebutnya dengan SAMAH.Dan harga untuk dua orang makan adalah RM5.Memang murah.Sedap pun kanyaaa..

Selesai makan gua dan kawan gua itu memulakan perjalanan menuju ke Pondok Pasir Tumboh.Tapi mungkin tidak ada rezeki untuk gua mendaftar pada hari itu kerana orang yang bertugas pergi melawat ada kematian ditempat tersebut.Ditangguh urusan pendaftaran itu keesokan harinya.

Keesokan harinya, gua datang kembali.Dan alhamdulillah gua selamat mendaftarkan diri sebagai pelajar pondok dengan rasminya.Kemudian gua ditempatkan sementara disebuah pondok yang memang untuk sementara sahaja sebelum dapat pondok yang tetap.

Dipondok ini segalanya adalah diatas diri sendiri.Berdikari.Mereka cuma menyediakab guru untuk mengajar sahaja.Manakala mahu atau tidak mengajar bergantung pada diri sendiri.Niat dan hasrat gua memang untuk belajar jadi tempat bukan satu masalah bagi gua.Keselesaan juga bukan perkara yang boleh membuatkan gua patah semangat untuk belajar.Andaikata anda semua yang biasa duduk dibandar datang melawat ke pondok gua nescaya anda akan berasa kasihan dengan gua.Tapi oleh kerana keadaan itu lah gua lebih bersemangat untuk belajar.Kalau gua fikirkan keselesaan nescaya gua dah lama dah balik semula ke Kuala Lumpur.:)

Hari ini dah masuk hari yang ke 4 gua berada dipondok.Macam-macam rasa yang ada dalam diri.Itu yang hari ini gua gagahkan diri ke CC ini untuk berkongsi cerita dengan kalian.:)

Tidak dinafikan dalam ramai-ramai pelajar disitu ada yang bukan dengan rela hati untuk belajar.Mereka hanya datang untuk memenuhi kehendak ibu dan ayah mereka sahaja.Bukan dengan niat untuk menuntut ilmu.Tapi tak ramai la begitu.Yang ramainya dengan niat untuk menuntut ilmu.Alangkah seronoknya bila kita berada dalam kalangan mereka.Perbualan antara kami adalah perbualan ilmu.Masing-masing dengan hafalan masing-masing.Hebat.Memang lain dari pelajar universiti yang biasa.

Kehidupan dipondok bermula seawal pukul 5 pagi.5 pagi dah bangun dah.Minta maaf tiada air paip.Air yang disedut dari perigi kemudian disalurkan kedalam kolah.Kolah yang besar.Kemudian tiada bilik satu-satu seperti diasrama.Yang bagusnya mandi cara ini anda tidak akan membuka aurat.:).Hatta anda sendiri pun tidak pernah melihat aurat anda sendiri.Hebat tak?Anda mandi menggunakan kain basahan yang memang akan menutup aurat.Jika anda mahu membasuh hak yang dalam-dalam tu basuh lah sambil mengosok-gosok anggota dalaman anda tanpa melihatnya.Tengok betapa terjaga nya mata kita dari melihat aurat hatta aurat diri sendiri.:)

Kemudian setelah siap mandi gua akan bersiap untuk solat subuh berjemaah dimasjid.Pakaian seragam gua sudah tukar 100 peratus.Kain pelikat, jubah, kopiah dan serban.:).Setelah selesai solat subuh kami semua akan berwirid sampai pukul 7 hingga 7.30 pagi.Kemudian kami akan berehat hingga pukul 930 pagi.Masa ni la untuk kami sarapan ke nak bersenam ke nak sambung tidur ke dan apa-apa lah.Kemudian pukul 930 hingga ke pukul satu memang masa belajar.Anda boleh pilih untuk masuk ke kuliah mana.Ada kuliah Nahu, Sorof, Tajwid, Feqah dan sebagainya.Kemudian ada waktu senggang sebelum zohor kami akan pergi makan.Selepas zohor ada kuliah sampai pukul 4 petang.Kemudia lepas asar ada kuliah sampai kul 6 petang.6 petang masa riadah dan sampai maghrib.Lepas maghrib ada kuliah dan isyak.Lepas isyak ada kuliah sehigga pukul 1 pagi.Kemudian tidur.

Oklah.Gua tak cukup masa untuk menaip lagi.Gua terpaksa balik ke pondok.Memandangkan gua jalan kaki terasa jauh lak pondok.Ok ada masa nanti gua cerita lagi.Assalamualaikum.Jaga diri kamu baik-baik Nur Syahira Hamdan.:)

Saturday, December 10, 2011

.: Langkah pertama :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum wbt,

Segala puji hanya layak untuk Allah.Allah yang maha berkuasa, Allah yang maha agong sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat keatas jujungan mulia Nabi Muhammad s.a.w jadi marilah kita berselawat keatas penghulu segala nabi dan rasul Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga, sahabat-sahabat, pengikut-pengikut sahabat serta yang mengikuti mereka dari masa ke semasa hingga hari kiamat.

Alhamdulillah dengan limpah kurnia Allah dan dengan izinnya dapat lah gua menaip blog ini.Dapat la kiranya kita berkongsi pandangan dan juga sedikit ilmu serta sedikit peringatan bagi yang terlupa seperti gua ini.Sebagai manusia kita memang tidak pernah lari dari sifat lupa.Dan lupa itu seperti satu virus yang tanpa kita sedar.Jika kita lalai maka virus itu akan terus memakan diri kita hingga kita lupa siapa diri kita.

Sebelum gua pergi jauh dengan taipan jari jemari gua ni, gua ingin meminta maaf sekiranya apa yang gua taip ini menyinggung hati sahabat-sahabat semua.Tiada niat lain samada yang terang atau tersembunyi.Taipan ini hanyalah sebagai peringatan untuk diri gua dan sebagai hadiah untuk kalian.Dan terpulang kepada pembaca semua bagaimana hendak menerima hadiah ini.

Gua cuma ingin menyampaikan amaran, berhati-hati lah wahai sahabat-sahabat..Berhati-hatilah dengan dunia.Jadilah manusia yang menggunakan akal dan memerhatikan setiap kejadian.Gua sedih bila dapat gua perhatikan bila mana manusia itu menangis kerana menonton wayang yang bukan saja menyajikan cerita tipu tapi cerita cinta yang melalaikan sehingga menangis mengeluarkan air mata.Wahai manusia, tahukah anda diakhirat nanti bahawa air mata itu akan bertanya pada anda pada jalan manakah anda menggunakan dia?Adakah anda menangis atas dosa-dosa yang telah anda lakukan?Adakah anda menangis apabila bermunajat pada Allah lalu berasa sedih dengan keadaan diri yang masih kotor dan hina?Adakah anda menangis apabila mengenangkan api jahanam yang panas tidak terhingga itu?Tetapi alangkah ruginya anda menangis kerana menonton cerita buatan manusia sedang anda tidak berasa apa-apa bila membaca kisah orang Islam sendiri yang menolak hukum Allah.Alangkah ruginya bila kita menangis kerana menonton cerita hindustan tetapi kita tidak menangis bila teringatkan dosa yang pernah kita buat.Mana letaknya kita ni?Yang mengaku kita ini Islam?Sungguh kita berada dalam pura-pura yang nyata.

Nanti ada pulak orang kata, alah kecoh sangat, suka hati gua la nak nangis kat mana, air mata guakan, yang lu susah kenapa?Gua tak susah.Tapi gua susah hati.Sebab lu bazirkanya air mata lu.Sebab air mata bukan lu punya.Lu ada beli dekat mana air mata lu?Jangan Sommmbong sangat.Sedar sikit semua tu Allah punya.Lu tu peminjam jer.Sampai masa Allah amik balik.Lu pernah tengok orang takda mata?Takda kaki?Takda tangan?Takda telinga?Tapi masa lahir semua ada.Sebab apa bila dah besar tetiba takda?Lu nak Allah tarik balik mata lu sebab lu salah guna kemudahan tu.Tapi lu jangan risau.Allah bukan macam kerajaan dunia.Kalau tak bayar potong itu, potong ini, tak leh keluar negara, tak leh hidup road tax tak boleh itu tak boleh ini.Bukan macam bank kalau tak bayar tarik, black list dan macam-macam lagi yang menzalimi kita.Allah maha pemurah.Allah maha pengasih.Hatta orang kafir tu pun tak sembah Allah tapi Allah bagi juga rezeki.Tapi yang menjadi pelik kita orang islam ni, kita percaya pada Allah, solat lima waktu cukup tapi takut tak makan kalau kerajaan yang ada sekarang ni bertukar.Nauzubillah.Mana letaknya keyakinan kita ni?Orang pribumi tu kat hutan takda ijazah pun.Rumah tak banglo pun.Takda pakaian berjenama pun.Cawat jerk.Tapi beranak takda rancang-rancang pun.Hidup sihat jerk.Lagi sembah matahari, pokok dan batu.Kita ni rumah besar, PHD, ada segala kemudahan macam-macam tapi takut tak makan.Allahu rabbi.Jangan risau Allah tak ubah sesuatu kaum jika mereka sendiri yang mengubahnya.Ramai orang salah tafsir tentang ayat ini.Mereka kata kita kena berusaha untuk mengubah nasib kita.Kita yang mundur ni kena mengubah nasib kita supaya lebih maju.Baiklah mari gua huraikan.Tafsiran begini mengikut ulama' adalah salah.Ulama mentafsirkan seperti ini."Allah tidak akan mengubah nikmat yang Allah berikan pada satu kaum sehingga mereka sendiri yang mengubah nikmat-nikmat yang Allah beri dengan kekufuran dan kelalaian dan dengan tangan-tangan mereka sendiri".Dalil nya seperti kaum Nabi Lut,Kaum nabi Daud,Kaum nabi Musa.Pernah lu orang denganr kisah Firaun, Qarun dan Haman.Mereka ni sangat femes hingga dalam Al-Quran pun Allah sebut nama mereka.Mereka ini sangat kaya.Lu orang pasti tahu betapa kayanya mereka.Tapi Allah laknat mereka kerana mereka tolak agama Allah.Mereka tolak nabi Allah.Lalu Allah hapuskan mereka.

Orang miskin yang beriman itu lebih Allah kasih dari orang kaya yang beriman.Begitu juga sebaliknya.Allah tidak pandang manusia itu dengan banyak hartanya tapi Allah pandang manusia itu dengan banyak amalnya.Tetapi pada pandangan manusia harta banyak itu lebih dimuliakan tapi jika orang itu miskin maka dipandang hinanya.Sebab itu simiskin disuruh berusaha untuk jadi kaya.Dibagi pinjaman itu dan ini supaya simiskin boleh jadi kaya.Tapi Allah berkehendak si fulan ini miskin lalu semua yang diusahakannya gagal.Maka pinjaman harus dibayar balik dan bermula la simiskin ini lalai.Disibukkan dengan urusan dunia sehingga lalai dalam mengerjakan perintah Allah sedangkan pada mulanya tadi oleh kerana miskinnya dia taat pada Allah tapi disebabkan tangan-tangan manusia yang berperangai buruk maka telah berubah la simiskin ini tadi.Na'zubillah.

Jadi marilah kita mencari dunia sekadar keperluan kita kerana dunia ini sementara.Kita semak balik apa yang kita tak perlu.Buat senarai apa yang tak perlu kemudian buang.Mari kita cari akhirat yang kekal abadi selama-lamanya.Ingat selalu kita cari harta dunia untuk siapa?Bukankah semata-mata untuk orang lain.Mungkin hari ini harta itu kita punya besok harta itu akan jadi milik orang lain.Ketika dalam kubur nanti kita tidak ditanya berkenaan dengan harta kita yang ditinggalkan didunia tapi kita akan ditanya amal apa yang kita bawa nanti masuk dalam kubur.Adakah adil bagi kita dengan nisbah 8 jam kita bekerja untuk manusia sedangkan kita bekerja untuk Allah hanya 25 minit?Dimana betulnya manusia selalu mengatakan cari dunia dengan akhirat seimbang.Amat la jauh imbangan 8 jam dengan 25 minit itu.Kalau seimbang tentunya bekerja untuk manusia 8 jam dan bekerja untuk Allah juga 8 jam.Manusia hanya bayar kita RM3000 mungkin atau lebih tapi Allah bagi kita?Tidak terhitung banyaknya.Allah bagi kita rambut,kepala,mata,telinga,tangan,kaki,hidung,jari,kuku dan banyak lagi.Itu anggota Allah bagi lagi kita dengar sebab telinga tanpa dengar pun tidak sempurna.Allah bagi kita melihat pulak, bagi rasa, bagi hidu..Allahu rabbi..banyaknya nikmat Allah bagi.Rasa malunya diri ini dengan amal yang sedikit sedangkan kita sibuk bekerja demi untuk RM?

Wallahua'lam.

Tuesday, December 06, 2011

.: Meh citer perjalanan ke alam barzakh 2 :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum wbt,

Itu hari gua citer pasal roh orang mukmin selepas keluar dari jasad..Hari ni gua nak citer roh orang menyembah Allah dengan sesuatu yang lain dan roh orang kafir laknatullah..

Nabi s.a.w bersabda: Adapun orang kafir jika akan meninggal dunia dan menghadapi akhirat, maka turun la kepadanya malaikat dari langit dengan wajah hitam dan berpakaian hitam lalu duduk dimukanya sepanjang mata memandang kemudian datang malaikat maut dan duduk disamping kepalanya lalu berkata; Wahai roh yang jahat,keluarlah menuju murka Allah, maka tercabutlah roh dari semua anggota badannya,maka dicabut rohnya bagaikan mencabut besi dari dari bulu yang basah, maka terputuslah semua urat dan ototnya kemudian dimasukkan dalam kain hitam dan dibawa dengan bau yang sangat busuk bagaikan bangkai lalu dibawa naik ke langit.

Roh itu juga akan melalui malaikat lalu ditanya para malaikat, Roh siapakah yang jahat dan busuk itu?Di jawab : Fulan bin fulan dengan sebutan yang amat buruk sehingga sampai ke langit dunia maka diminta dibuka tetapi tidak dibuka untuknya.

Nabi s.a.w bersabda lagi: tidak dibuka pintu-pintu langit itu dan tidak dapat masuk syurga sehingga unta dapat masuk ke lubang jarum.Kemudian diperintahkan: Tulislah orang itu dalam sijjin, kemudian dilemparkan ruhnya itu begitu saja.Kemudian kembalilah roh itu kedalam jasad didalam kubur.Kemudian didatangi olehnya dua malaikat yang mendudukkannya lalu ditanya :Siapa tuhan mu?Jawabnya: Saya tidak tahu.Lalu ditanya : Apa pendapat mu terhadap orang yang diutuskan dikalangan kamu?Jawabnya: Saya tidak tahu.Maka terdengarlah seruan dari langit:Dusta hambaku, hamparkan untuknya dari neraka dan bukakan baginya pintu neraka.Terasa olehnya bahang panas api neraka dan disempitkan kubur sehingga terhimpit dan rosak tulang-tulang rusuknya kemudian datang kepadanya seorang yang buruk wajahnya dan busuk pulah baunya lalu berkata kepadanya : Sambut lah hari yang terburuk bagimu dan ini la saat yang telah Allah peringatkan kepadamu ketika kamu didunia.Lalu ditanya si kafir itu siapa kamu?Maka dijawab :Aku ialah amal burukmu.Lalu si kafir berkata :Ya tuhan jangan la engkau segerakan akan datangnya hari kiamat.

Begitulah balasan bagi orang kafir dan orang yang menyekutukan Allah dengan sesuatu.Semoga kita terhindar dariunsur-unsur syirik.Tatkala kita mengangkat takbir Allahu Akbar.Maka jadilah apa yang ada dibumi ini sangat kecil.Allah yang besar.Maka Allah itu segala-galanya dia menentukan.Simpan kemas dalam hati.Jumpa lagi.

Wallahua'lam.

Monday, December 05, 2011

.: Meh citer perjalanan ke alam barzakh :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum wbt..

Hai uols...uols jangan pelik pulak yer blog gua ni dah jadi macam blog dakwah pulak..Gua sebenarnya bukannya apa just nak berkongsi jerk ngan uols semua..mudah-mudahan dapat faedah juga bila baca blog gua ni..Bukan apa hidup di dunia ni kena la saling ingat mengingati antara satu sama lain kan..

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan
kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan” [Imam Hasan Al-Basr]


Ok..Sebagai manusia yang hina lagi fakir ini memang kompem kita tak pernah lari dari kesilapan dan kelalaian..Kita terlalu sibuk mengejar dunia..Memangggg..Segala-galanya nampak indah..Dengan kecanggihan teknologi.sempurna dari segenap aspek..Kalau nak kata dari segi makanan, memang canggih..makanan pun canggih braderr..Di Kuala Lumpur ni sebut jer nak makan apa..semua ada..dari makanan berat sampai la makanan yang ringan-ringan..dari makan ready masak sampai la makanan yang kita kena masak sendiri..dah lah bayar mahal pastu kena masak sendiri lak..nampak sangat kita ni kena tipu jerk hidup-hidup..wakakak..gua la tu kena tipu..Kalau pasal telefon tangan..wah memang canggih giler braderr..kalau nak sebut satu-satu memang sebulan la gua taip blog ni..Jadi semua manusia pun sedar..Kita ni telah dilalaikan oleh dunia hingga kita lupa akan bekalan kita ke negeri akhirat yang kekal abadi...

Ada orang kata..Lu ni apasal nak zuhud sangat...Chill la braderr..Heh..Sekarang lu boleh cakap lah ngan gua cam tu..Esok-esok datang utusan Allah yang bernama Izrail lu nak cakap apa ngan dia?Lu nak cakap rileks la bro..nak kalut kalut amik nyawa gua wat pe..amik la nyawa jiran gua dulu dia dah tua dah tu...Memang tak mampu la lu nak cakap macam tu..Sekarang lu sihat, lu ada rumah, lu ada kerja, ada duit sikit, ada bonus ASB tiap tahun lu boleh lah cakap chill la bro..Cuba lu baring terlentang sakit tengok..Lu heran tak ngan semua yang ada?Silap-silap lu suruh orang semua sedekah apa yang lu ada kepada orang lain..tapi masa tu tak guna dah..Dah terlambat braderrr...Jadi, akal yang sempurna adalah akal yang selalu muhasabah diri dan sedar siapa diri kita ni..Auf bin Abdullah berkata : orang-orang ahli khair satu sama lain berpesan satu sama lain dengan tiga kalimat.Sesiapa yang beramal untuk akhirat maka Allah akan mencukupkan urusan dunianya, sesiapa yang memperbaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan memperbaiki hubungannya sesama manusia dan barangsiapa yang memperbaiki hatinya maka Allah akan memperelokkan zahirnya..

Meh gua cerita sikit pasal perjalanan kita menuju ke alam kita yang kedua iaitu alam barzakh..Kisah ini dipetik dari Abu Laits yang meriwayatkan dari sanadnya dari al-Bara' Bin aazib r.a berkata : Kami bersama Nabi s.a.w keluar menghantar jenazah seorang sahabat Anshar, maka ketika kami sampai ke kubur dan sebelum dimasukkan dalam lahad, Nabi s.a.w mengkorek-korek dengan dahan yang ditanganya, lalu mengangkat kepala dan bersabda :Berlindung lah kamu kepada Allah dari seksa kubur dan diulangnya 2 dan 3 kali.Lalu bersabda dengan maksud:

Sesungguhnya seorang mukmin jika akan meninggal dunia menghadapai akhirat akan turun padanya malaikat yang berseri-seri bagaikan matahari membawa kafan dari syurga dan duduk mengeliling didepannya sejauh pandangan mata.Dan datang malaikat maut dari kepalanya dan duduk dikepalanya serta memanggil, Wahai roh yang tenang dan baik, keluarlah menuju pengampunan Allah dan redhanya.

Nabi s.a.w bersabda lagi dengan maksud :

Maka keluarlah ruhnya mengalir bagaikan titisan dari mulut kendi ke tempat air dan diterima dan dimasukkan kedalam kafan dan dibawa keluar semerbak harum bagaikan kasturi yang terharum di atas bumi lalu dibawa naik ke langit dan akan melalui sekumpulan malaikat.Lalu malaikat-malaikat pun bertanya kepada Izrail, Ruh siapakah yang harum ini?Dijawab oleh Izrail, Ruh fulan bin fulan sehingga sampai ke dada langit dan di sana dibukakan pintu langit, disambut oleh penduduknya dan pada tiap langit dihantar oleh malaikat Muqarrabun dibawa naik ke langit yang atas hingga langit ketujuh.Maka Allah berfirman : Catatlah suratnya illiyyin.Kemudian dikembalikan ke bumi kerana daripadanya kami jadikan dan kepadanya kami kembalikan dan daripadanya juga kami akan keluarkan bila tiba saatnya.Maka kembali lah ruh ke jasad dalam kubur.Kemudian datang dua malaikat menanya 1.Siapa tuhan kamu.Maka dijawab Allah tuhanku.2, Apakah agamamu.Maka dijawab agamaku Islam.3,ditanya bagaimana pendapatmu tentang orang yang diutuskan dikalangan kamu?Dijawab, Dia utusan Allah.Ditanya lagi bagaimana kamu mengetahui itu?.Dijawabnya Saya membaca kitab Allah lalu percaya dan membenarkanya.Maka terdengar suara:Benar hambaku, maka berikannya hamparan dari syurga serta pakaian syurga dan bukakan untuknya pintu yang menuju ke syurga supaya dia mendapat bau dan hawa syurga, lalu diluaskan kubur sepanjang mata memandang kemudian datang kepadanya seorang yang baik rupa paras dan harum baunya sambil berkata : Terimalah khabar gembira, ini saat yang dijanjikan Allah kepadamu.Lalu jasad bertanya, siapakah engkau?Jawabnya, aku lah amal perbuatanmu yang baik lalu jasad pun berkata Ya Allah segerakanlah kiamat supaya segera saya bertemu dengan keluargaku dan kawan-kawanku.

Wallahu'alam..

Jadi hari ni gua cerita pasal ruh orang mukmin, ruh orang yang banyak amal baiknya..Orang yang jaga solat 5 waktunya, orang yang rajin bersedekah pada jalan Allah, orang yang rajin berpuasa, orang yang berzakat dan orang yang mengikhlaskan hidupnya kerana Allah taala.Orang yang redha dengan apa yang Allah kurniakan padanya tak kira baik atau buruk kurniaan Allah itu.Baiklah kawan-kawan marilah kita sama-sama sedar akan diri kita bahawasanya kita akan mati.Tidak ada gunanya perhiasan dunia ini jika kita tidak menggunakannya pada jalan Allah.Kita punya duit yang banyak kita sedekahkan pada jalan Allah.Kita punya kereta mewah kita drive ke jalan Allah..kita punya blog mari kita gunakan ke jalan kebaikan..Mari kita ajak kawan-kawan kita balik semula kepada agama Allah.Jika member kita cakap hek eleh macam lu baik sangat nak nasihat orang..Balas la

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan
kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan” [Imam Hasan Al-Basr]


Semoga dengan sumbangan kita yang sedikit ini bisa kita bawa menghadap Allah dipadang Mahsyar nanti.

Saturday, December 03, 2011

.: Cerita :.

Bismillahirrahamaanirrahiim..

Assalamualaikum wbt...

Wahhhh wahhh wahhh dan wahhh...Lama giler gua tak taip blog...Maaf lah yer kengkawan..Bukannya apa gua sibuk ( alasan bodoh )...Ok lah senang citer Allah tidak memberi keizinan untuk gua menaip..Pernah juga gua menaip last last gua delete..tak tau kenapa..Allah tak izinkan..

Orait..Hari ni hari sabtu..mengikut perancangan gua sekarang ni gua sudah berada di Kelantan..mendaftar diri di Al Madrasah Al Diniyyah Al Bakriyyah Pasir Tumboh.Seperti biasa gua sebagai manusia hanya mampu merancang, Allah jua yang memberi izin.Insan yang sepatutnya menghantar gua ke sana ada aral jadi dia tidak dapat menghantar gua.Dan gua rancang kembali kepergian gua pada minggu hadapan.Semoga Allah memberi izinnya.Jadi persoalan dah terjawab kemana gua akan pergi.Kak Ita please take note.

Memang pada asalnya gua nak ke London.Tetapi Allah tidak juga memberi izin pada gua untuk kesana untuk sementara waktu ini.Mungkin dilain waktu Allah memberi izin.

Jadi hari ini gua nak menaip sesuatu yang mungkin memberi kengkawan semua sesuatu yang bermenafaat.Ianya mungkin kerana Allah juga yang memberi izin kepada setiap sesuatu.Itu pun jika manusia itu sendiri sedar siapa dirinya.Orang miskin yang tidak punya apa-apa pun hak yang mutlak.

Manusia itu fakir.

Yer.Memang manusia itu fakir miskin.Tak kira la lu sapa.Raja,perdana menteri, menteri kabinet, wakil rakyat, jurutera, loyer, dokter, auditor, kontrektor dan semua umat manusia.Ada pulak manusia yang marah nanti..wakaka..Tak percaya?Nanti ada pulak yang kata gua kaya pe.Ada rumah besar, kereta besar, isteri besar dan segala-galanya besar..No no no..jangan lupa itu semua pinjaman jer brader..Bila lu kena pulangkan balik??Tunggu lu mati la jap lagi..Satu sen duit pun lu tak bawa masuk dalam kubur.Kalau gua sebut pasal mati nanti ada gak orang marah..Abis tu kalau sibuk sangat fikir pasal mati takda lah Allah jadikan dunia ni untuk manusia.Jangan jadi bodoh brader.Jangan tertipu dengan dunia sementara ni.Memang dunia ni moden.Segala-galanya canggih.Mewah sana sini.Maka ramai la manusia yang mengejar kemewahan sementara itu.Kerana kemewahan sementara ini dizahirkan pada mata kasar sedangkan kemewahan akhirat itu tidak dizahirkan.Sungguh tidak akan sama orang yang dapat melihat dengan orang yang buta mata hatinya.Jadi ramai la manusia yang berlumba-lumba untuk mengejar kemewahan dunia hingga manusia itu lupa diri.Seorang hamba yang lupa akan tuannya.Lalu menderhaka dan mau melawan kembali tuannya.Ini la manusia yang tidak mengenang budi.

Sebenarnya ramai manusia yang takut dengan bayang-bayang diri sendiri.Sedangkan dia lupa masa dia duduk dalam perut ibu.Adakah dia risau akan makanan?Adakah dia risau akan tempat tinggal?Adakah dia risau akan takda duit nak beli makanan?No no no...tidak terlintas kan..Sebab apa?sebab Allah dah janjikan setiap rezeki untuk dia..Adakah dia berusaha?tidak..Dia hanya duduk dalam rahim sahaja..makan tido makan tido dan tendang-tendang..Tapi Allah dah sediakan untuknya rezeki.

Setelah manusia itu lahir jadi bayi dia juga tidak mempunyai daya untuk keluar mencari rezeki..bahkan nak suap makanan ke mulut pun tak mampu.Lalu siapa yang bagi dia makan?Allah yang bagi dia makan melalui si ibu.Lalu manusia menginjak dewasa dan ke sekolah..tidak punya wang juga..perbelanjaan juga ditanggung oleh Allah melalui perantaraan ibu bapa.Setelah keluar dengan Ijazah kepujian lalu manusia ini mendapat kerja..Di peringkat ini manusia mula sudah lupa akan siapa tuannya..

Dengan jawatan, gaji dan sedikit ilmu dunia mereka sudah lupa.Sekarang tiba masanya mereka hendak berkahwin.Syaratnya bakal isteri atau suami mesti juga mempunyai Ijazah supaya sama taraf.Supaya anak yang keluar dari perkahwinan itu bijak dan pandai seperti ibu ayahnya.Mereka lupa bahawa pandai dan bijak itu milik Allah.Ia tidak boleh di beli di universiti atau di kolej2..Tapi mereka bertaklid masuk universiti atau belajar di kolej supaya boleh pandai..Jangan brader bertaklid begitu..Syirik tu..Mereka bertaklid bahawa keluar universiti atau kolej pasti dapat kerja dan terjamin hidup..jangan brader bertaklid begitu..syirik tu...Kita ini kepunyaan Allah..Hamba Allah.Semua ketentuan adalah milik Allah.Hanya pada dia kita bertawakkal..

Sebenarnya minda kita di Malaysia ini telah diracun.Sangat-sangat nazak umat manusia di Malaysia ini.Pada zaman persekolahan rendah dulu kita dah dididik dengan sains.Alam dan Manusia.Dakyah Yahudi telah lama ada dalam diri manusia diMalaysia ni.Kerana apa?Apabila datang unsur islam dalam kehidupan mereka bangkit menentang.Jika kita mau kembali kepada fitrah kita dikata zuhud atau kufur nikmat.Nikmat apakah yang ada sekarang ni yang boleh membawa kita kepada akhirat kelak.Nikmat Internet?Nak tanya berapa ramai yang menggunakannya untuk tujuan yang berfaedah?mana lebih banyak buruk atau baik?dalam 10 orang berapa ramai yang tgk utube ustaz2 berbanding artis artis barat?tapi kengkawan gua yang baca ni tak lah..ni citer tempat lain..wakaka..Bila ulama-ulama atau ustaz kuarkan fatwa eh ada pulak yang nak lawan..brader lu ni kenapa..lu dah lebih hebat dari ulama ke?berapa lama satu hari lu mengaji al Quran dan mengkajinya..Berapa banyak kitab dah lu baca tentang hukum hukum feqah?berapa banyak hadith dah lu hafal dah cernakan dalam akal lu tu..Gua memang tak faham..Ini la manusia yang sombong dan lupa diri.Apabila Allah bagi mereka akal dan ilmu sedikit mula dia nak bercakap menggunakan akal dan menolak ayat-ayat Allah..Brader hukum tak boleh cakap guna akal brader..

Hari gua emosi sikit dengan manusia-manusia sombong..Manusia-manusia yang kononnya rasa diri hebat sangat.Gua memang panas bila orang-orang merendah-rendahkan alim ulama ni.Memang mereka manusia bukan nabi bukan rasul.Tapi mereka penyambung pejuangan nabi dan rasul.Lalu lu siapa untuk menghina dan memandang rendah pada alim ulama?Adakah lu lagi alim dari ulama.Toksah duk hina ulama la..eee gua geram..Esok esok bila mati mandi sendiri, kafan sendiri, tanam sendiri tak pun suruh la puak yahudi or nasrani tanam lu..owh tak nak pulak..nak tanam cara islam katanya..tapi bila tegur sikit tak nak terima..bila tanya lu orang islam ke?dia jawab a'a gua islam..Tapi bila tiba waktu solat lu tak pernah pun solat..Tapi bila bab keje lewat seminit pun lu takut bos marah.Bos lu lagi besar dari Allah ke?Ini la manusia sombong lagi tak sedar diri..Rileks la brader kalau gua tak solat pun gua ada susah kan lu ke?Memang susah..Kalau lu tak solat bila Allah turunkan bala semua orang kena.Orang yang solat pun kena bala tu.Padahal bala tu datang untuk orang yang tak solat.Tak semena-mena orang yang solat pun kena juga bala..Kalau lu islam lu solat kalau lu tak solat lu tukar la agama lain.Dalam ic tu buang islam.Dah tak nak pulak..wahh keras sungguh gua..Memang kena keras..Kerana sekarang ni puak yahudi dan nasrani telah berjaya membuatkan umat islam lalai untuk mengerjakan solat.Puak yahudi nasrani telah membuat macam-macam hiburan yang melalaikan sehingga umat islam meletakkan solat di tempat kedua.Sesungguhnya mereka telah berjaya.Manusia lebih mementingkan bola dari solat maghrib.Padahal solat maghrib wajib, bola harus tapi boleh jatuh pada haram.Lalai nya manusia.Adakah anda semua sedar bahawa yahudi dan nasrani telah berjaya membuatkan kalian semua lalai??na'uzubillah...

Waa panjang gua taip kot..Gua menyeru kepada sahabat-sahabat seagama ku..marilah kita jaga solat..tak kira kat mana pun kita..Utamakan solat dulu tak kira lah apa pun..main bola, main golf, perwakilan, facebook ke muzik muzik ke, solat dulu..kerana solat itu yang paling utama..kekuatan islam terletak pada solatnya..sebab tu musuh-musuh islam buat supaya kita semua lalai supaya kita jadi lemah..bila kita lemah senang la mereka nak serang kita.Dan nak pesan kepada kawan-kawan kembali kepada Islam..Sentiasa kemas kini kan iman..Kemas kini kan Syahadah kadan-kadang kita terlalai..sentiasa ada dalam hati Allah maha besar..Allah punya semua..kita hamba..takda daya...jangan la kita meletakkan dunia ini sebagai sandaran....jangan kita yakin dengan duit, dengan harta, dengan kedudukan, dengan ijazah dengan usaha dan makhluk lain..Hendaklah kita yakin hanya pada Allah..Allah yang menentukan segala-galanya..Allahu akbar.

Saturday, August 20, 2011

.: Taipan 20 Ramadhan :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum..

Haa kejap jer dah 20 ramadhan.Itu hari baru gua taip pada 5 ramadhan sekarang sudah 20 ramadhan..ayooo..

Lagu raya berkumandang membuatkan gua rasa berbuku dalam hati.

Tahun ni gua tak balik segamat.Harap maklum..

-End-

Monday, August 15, 2011

.: Subra Lori :.

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Assalamualaikum wbt..

" Selamat pagi Abang Makmor "..Itu la dialog si Subra Lori setiap kali gua telefon dia suruh angkat gua punya barang.Padahal umur dia dah dekat 50 tahun.Tanda hormat katanya.Panggil la adik Makmor.Boleh la jugak gua up kan sewa lori dia.hahaha..Tak pun panggil la Makmor hensem lagi la gua up sewa ngan gua lap kan lori dia tu...Walaupun lori dia dah uzur.

Setakat ini belum ada orang yang boleh challenge lagi harga sewa dia.Termurah dipasaran.Tapi dia suruh gua senyap-senyap sebab takut nanti orang marah dia sebab bagi gua harga murah.hahahaha...

Kenapa gua bercerita pasal Subra hari ni?hahaha...Entah..Gua sendiri pun tak tau..mungkin sebab pagi tadi gua call dia suruh hantar barang tapi dia kata

" Selamat pagi Abang Makmor "."Itu lori saya kasi service mungkin 1230 baru siap la bang..aamakk!!"lebih kurang la bunyinya..

Subra ni orangnya lurus..Mudah kagum dengan sesuatu..Pernah gua bagi tau dia..

" Bang Subra".

" Ya Abang Makmor ".

"Abang tau tak dunia ni hanya mimpi?".

"Iya kan Abang Makmor?"

"Iya lah...Dunia ni mimpi saja nanti kalau kita mati itu masa baru lah kita bangun!"

"Ayooo..itu macam ka Abang Makmor..Abang Makmor banyak tahu aaa..umur kicik tapi tau banyak juga ada....""Sapa kasi ajar abang makmor?"

"Owh belajar ikut cikgu la bang..lagi baca Quran semua ada cerita dalam ".

" owh Abang Makmor ada baca lah.."

" Ada la sikit2.."

"Tapi aa Abang Makmor saya ada ramai kawan melayu Islam..Saya cakap sikit jangan marah aaa Abang Makmor".

"Takda maree punya ".

" Aa saya ada kawan melayu islam tapi itu main nombor juga, apa macam?"

"Owh itu macam ka..Ok la abang subra..kalau u mau tengok Islam u jangan tengok dia punya orang tapi u kaji pasal islam..cari buku tentang islam u baca kalau u tgk itu orang islam memang u takda nampak itu islam cantik..tapi kalau u baca dan kaji tentang islam u boleh nampak itu islam sangat cantik."

"iya ka abang Makmor?"

" iya..Itu main nombor punya hal memang kasi masalah maa...Kalau kena itu nombor itu wang mau buat apa?Kalau u buat bisnes guna itu wang itu hasil bisnes semua jadi haram sampai bila-bila pun tak boleh bersih punya..Apa mau bikin?"

" Iya ka abang makmor?waaa Islam sangat lurus punya haaa..takda bengkok2"...

" iya..agama Islam memang lurus takda bengkok2 punya..Kalau haram tetap haram takda alasan lagi..."

"Haa satu lagi saya mau tanya sikit abang makmor..Jangan marah..ini sikit juga punya hal..Abang makmor napa tak mau kawin?"

"Wah u punya lori walau pun sudah lama masih kuat lagi aa bang!"

Subra pandang gua dan senyum.

-END-

Friday, August 05, 2011

.: Coretan 5 Ramadhan :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum semua...

Selamat menjalani ibadah puasa yang penuh dengan ujian.Semoga anda semua berjaya menempuh dugaan ini semua dengan tabah dan redha.

Agak lama gua menyepi dari menaip atau memuat naik video diblog gua ni.gua terlalu sibuk.Bebetul sibuk.Kekadang gua cakap kat diri gua sendiri, WTH gua buat ni.Tak masuk akal langsung.

Gua masuk keje pagi kul 8 dan balik kul 12 malam.Kerja gua bukan main-main papan kekunci laptop tau tapi bermain dengan mesin-mesin tajam yang dengan rakus memakan kayu-kayu yang gua sorong tu.memang memenatkan..Dan REDBULL menjadi peneman setia..Satu hari gua belasah 3 atau 4 tin...Sebelum puasa lah..Dah puasa ni takda dah..Rileks sikit.

Walau pun gua penat seharian bekerja tetapi bila balik rumah gua akan rasa lega sikit.Lega banyak..Sebab ada yang menanti dirumah untuk melegakan kepenatan gua.Siapa lagi kalau bukan anak-anak gua yang 17 ekor tu..Adanya mereka memang bile melegakan kepenatan.Itu lah dia rahsia sebenarnya ciptaan Allah yang satu ni..

Sedar tak sedar hari ni dah lima hari berpuasa.Terlalu cepat masa berlalu.Biasa lah bila dunia dah tua begini lah.Apabila manusia berada didalam situasi kejar mengejar masa maka sangat sibuk lah manusia dengan urusan duniawi.Termasuk lah gua..

Tahun ni tahun kedua gua berpuasa di Rawang..Tahun kedua tanpa Emak.Sedih..

Anyway....Kadang-kadang bila kita bernama manusia ini sangat-sangat pelik...Luaran kelihatan kita sempurna..Semua cukup..Cukup dari segi lahir dan batin..Tapi kita tidak pernah mencukupi antara satu sama lain..Baik dengan manusia, binatang, tumbuhan dan seluruh isi alam ini..Bahawa diingatkan sesungguhnya makhluk lain yang ada dibumi juga punya hak yang sama dengan kita.jangan kita menafikan hak mereka..Walhal mereka lebih banyak melakukan ibadat dari kita dan kurang pulang melakukan dosa dari kita.Renung-renungkan...

ok lah..gua nak rehat..Gua rasa mungkin entry ni boleh mengubat rindu kepada kawan-kawan gua yang selalu jenguk gua blog..Thanks kengkawan.semoga allah peliharakan kamu....

-END-

Saturday, July 02, 2011

.: Its Cats Show again!! :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum,

Yerp..Besok gua ada kat Atria Shopping Center Damansara.Ada pertandingan kucing.For sure la gua dan cik Syira akan masuk.

Mieko

Miemoo

Chigo

Ketiga-tiga hero ini akan bertanding.Untuk Chigo pengalaman dah dua kali.Untuk si kenik yang dua tu baru first time.

Adakah enjoy masuk cat show ni?pertama-pertamanya mesti la enjoy bagi orang yang minat.Bagi yang tak berminat memang tak rasa apa-apa lah.Tapi boleh cuba.Tak cuba tak tau.

So far memang best.

Ok gua nak balik.

-End-

Tuesday, May 31, 2011

.: Noh Ribut :.

Assalamualaikum wbt,

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Enjoy lah walau pun tak sedap..bagus untuk taik telinga!!

video

.: Bendi Amak, Ayam Den Lapeh :.

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Enjoy!!

video

Saturday, May 28, 2011

.: Serba Salah :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum,

Apa yang membuatkan gua serba salah.Urgh..Perkara ni sangat sensitif..tapi gua kena luahkan juga..

Bukan nak cerita pasal keluarga tapi gua tak tau apa gua nak buat.

Ok Bapak gua ada GF baru dan gua rasa dia nak kahwin.

Gua nak rasa apa?Entah ek.

Dia nak kawin gua no hal.Hari ni dia datang ofis gua perkenalkan Gf dia tu.Berkereta.Gua bukan hairankan kereta dia.Bagus lah.Tapi entah gua ada rasa sedih.Gua sedih sebab gua tak rasa lagi kehilangan arwah mak.Memang takda sapa yang dapat gantikan tempat Mak.Jadi gua tak pandang pun muka GF bapak gua tu.Adakah gua sombong.Mak tak ajar gua macam tu.Walau macam mana sekali pun Mak cakap benci atau tak suka mana pun kita pada orang kita kena layan orang tu dengan baik.Maaf mak anakmu ini gagal.Gua bukan tak suka GF bapak gua tapi gua tak tau perasaan gua macam mana.Ye bapak gua berhak juga keatas diri dia sendiri.Tapi bukankah terlalu awal?arghhh...

Sorry Abah, anakmu ini tak mampu lagi menerima keadaan ini dah harap abah faham.Argghh gua taknak melukakan hati sesiapa atau menyinggung hati orang lain.Maaf makcik saya belum boleh terima pengganti tempat mak saya.Hati ini tidak ada ruang pun untuk penganti mak saya.Nope tidak ada.

urghh....

Saturday, May 21, 2011

.: Gua popular di Jakarta :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum,

Tajuk pun dah kelaskan.Pelik gak lah lately ni ramai pulak pembaca dari negara jiran.Gua pernah pergi ke Jakarta.Memang heaven kat sana.Makanan?Murah sekali pak.Pakaian juga murah pak.Taksi juga murah pak segala-galanya murah.

Gua teringin nak pergi lagi.Tapi nanti la.Target gua London dulu lah.

-END-

Thursday, May 19, 2011

.: Butang Suka :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum wbt,

I pun ada Butang suka, Tapi i tak tau ada orang nak suka ke tak.hahaha..Walaupun tak klik tapi i tau dalam hati uols memang dah suka kat i.ahakz.

Apa kena gua ber'i' pulak.

-END-

Wednesday, May 18, 2011

.: Zaim Di Bung Bung Cei!:.

Bismillahirrahmanirrahiim,

Assalamualaikum wbt,

Gambar Zaim di Bung Bung Cei yang terletak dalam Jako.Bye Jako!





Saturday, May 14, 2011

.: Gua teringat :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum wbt,

Gua tetiba teringat kisah bung bung cei!

Kisah ini berkaitan dengan kisah anak buah gua tu lah si Zaim Muhaimin tu.Lu orang mesti tak taukan bung bung cei tu apa.

Pada suatu hari semasa cuti Tahun Baru Cina gua ngan anak buah gua ni berjalan-jalan di Jako.( jaya jusco ).Then macam biasa la gua akan bawak dia makan dan hang out di Secret Recipe.Dan ketika itu didepan SR itu tiba-tiba ada tarian naga.Bunyi dia macam mana?Bung bung cei bung cei!Dan start dari itu bila tanya si Zaim nak makan kek kat mana?Dia akan jawab kek Bung bung Cei!!itu lah kisahnya.Sekian.

-END-

Thursday, May 12, 2011

.: Gua berlanja Lagu Hanyut ke laut :.

video

Lagu ni gua nyanyikan untuk Cik Syira sepanjang jalan ke Cameron, perak.Hahaha..nak jugak...Sila Muntah!

.: ok ok gua taip blog :.

Bismillahirrahmaanirrahiim...

Assalamualaikum wbt,

Orait, setelah gua dapat banyak sms, banyak email, tweet, dan jugak surat layang menyuruh gua taip blog hari ini gua mengalah walau pun gua sekang sibuk melayan kerenah anak-anak gua yang tujuh tu.Tapi tak tertahan dek ugutan-ugutan Kipas Susah Mati ( die hard fan ) gua pun taip la blog hari ni.

Gua pelik gak walaupun gua taip sesuatu yang boleh membuat lu orang muntah tapi masih ada jugak yang meminta-minta gua menaip sesuatu yang boleh membuatkan lu orang muntah.Contoh ada yang mengatakan gua macam rupa CEO's Pets Villa tu.Huh ada gua kesah CEO's Pets villa tu sapa.Kelesss ke?

Ok la gua citer sikit pasal semalam.Semalam adalah tahun ketiga gua bersama dengan Cik Syahira.Alhamdulillah tiga tahun sudah.Harap akan berpanjangan sampai syurga lah.



Satu perkara yang tak pernah gua buat.Gua yang rock ni mana ada masa nak ikat tali kasut orang.Tambah lagi gua ni dah la artis.Takkan gua nak buat kerja ni.( gua nak buat statement konon2 gua bajet cam bagus lah )So lepas ni lu orang mungkin akan cakap soooo sweeetttt la makmor..Muntah sekarang..

Kekadang FB gua jadi Jem sebab banyak sangat notification.Benci!!Rasa cam nak close FB.Ayoo muntah lagi...

Satu benda yang gua argue dengan cik Syira.Cameron berada dinegeri mana.Cis!Itu lah pentingnya Geografi Edukesyennn..Awok dah kabor...Perak..Tapi awok salah..Kita bakor!!yer lah Cikgu Kamariah ajar dulu gua georafi tapi gua sempat buat kajian sejarah tempatan jerk.Tapi gua tak pasti dia ada kabor tak cameron tu kat pahang..duh!

Gua memang hantu strawberi.Dah gua nak bagi tau tu jerk.

-END-

Tuesday, May 03, 2011

.: Lari :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum,

Hai pembaca semua.Hari ni tajuk adalah lari.Lari boleh di kategorikan kepada banyak.Pertama lari-lari anak, lari setempat, lari pecut, lari berhalangan, lari bawa telur dalam seluar eh salah, lari rumah dan bermacam-macam lari.Tapi hari ini gua nak pilih kategori lari sekejap dari hiruk pikuk masalah kerja.

Haa tu lah sebabnya gua menaip ni.Gua nak lari kejap dari fikir masalah kerja.Jadi lah walaupun sekejap.Yang penting nak bersihkan otak dan re-format balik otak.

Mari gua bercerita tentang Fun Cat Show yang dianjurkan oleh Kelab Kucing Malaysia dengan kerjasama Giants,Pets Villa, Kitton pets Service, Roma dan banyak lagi.Gua join untuk kali kedua.First time dulu kat The Mines.Gua dan Cik Syira masuk bertanding tapi takda rezeki.Eh maksud gua kucing gua dan cik syira yang bernama Ichigo yang masuk.

Sebenarnya gua dan Pets Villa adalah penaja bagi show ini.Salah satu lah.Sambutan yang amat menggalakkan dari pemelihara-pemelihara kucing sangat menyenangkan hati.Mereka sangat kagum melihat design-design yang dipamerkan oleh Pets Villa ini.Siapa yang tak impress dengan binaan-binaan banglo dan villa ini.Bagi yang ada kucing pasti meleleh air liur lah apatah lagi melihat Gua yang berdiri di sebelah Villa tersebut.( nak up jugak )..

Buat masa sekarang ni ramai juga yang sudah membuat tempahan.Dan ramai juga tidak percaya ada juga orang yang buat bisnes ni diMalaysia.Ya, memang gua akui Pets Villa adalah syarikat yang pertama membuat dan memasar produk-produk ini.Ini dibuktikan bahawa syarikat-syarikat yang menjual produk seperti ni adalah ejen yang mana mereka mengimport produk-produk tersebut dari luar.Jadi gua agak berbangga juga la kerana Pets Villa adalah pioneer dalam industri ini.Dan yang paling penting adalah Pets Villa dimiliki sepenuhnya oleh anak tempatan atau lebih tepat Bumiputera Rockers.

Hahahah..Gua gelak jugak lah baca komen-komen dari kawan-kawan dan Cik Syira sendiri dimukabuku gua tu.Ada berbaur kejelesan disitu.Meh gua citer sikit.Perihal bergambar dengan Atilia tu.Gua pun bukan kenal sangat.Cuma Cik syira jer yang kenal benar ngan lagu dia.Lagu apa tu..Ala kanda kerja malam dinda kerja siang tu..Gua memula tak perasan juga.Ntah sapa yang bagi tau minah tu ada kat situ.Dia jenis yang minat kucing juga.Gua anggap macam biasa jerk.Gua kan artis mana gua nak heran dengan artis ni.Gua dah biasa dikelilingi oleh artis-artis antarabangsa.Apalah sangat artis malaysia.Kih kih kih..Lu orang dah boleh start amik baldi untuk muntah.Pada mulanya gua macam biasa jer.Then Pak Khalid as a Penaung Kelab Kucing Malaysia bawa si Atilia tu ke Booth Gua.Kemudian gua suruh lah si Shahrir gua punya Creative Director untuk entertain dia.Then Gua amik juga kesempatan suruh si Shahrir bergambar dengan dia.Lepas shahrir bergambar tetiba si Atilia tu panggil gua ajak bergambar dengan dia.Ciss..Gua ni bukan suka sangat bergambar dengan artis.Oleh kerana nak jaga air muka dia gua pun bergambar lah.kang malu lak dia kalau gua tolak macam tu jerk.Itu lah kisahnya.psttt korang dah muntah belum?hahahha..

Tapi gua jeling jugak kat Cik Syira.Lu rasa reaksi dia macam mana?hahaha...Gua ada perasan yang alas meja kat situ ada koyak sikit mungkin kerja dia kot.Jeles punya pasal.Tetiba gua tgk Mieko dah takda.Hah..Mana pulak Mieko ni pegi.Rupa-rupanya dia telah di culik oleh si Atilia ni untuk bergambar.Siapa yang tidak tergoda dengan Mieko.Sesiapa yang melihatnya pasti cair.Booth gua kekadang gua rasa bukan gua buat pameran rumah kucing tapi pameran kucing.Mieko dan Miemoo lebih femes dari produk Pets Villa.Tapi mereka sangat adorable.Baik lak tu.Macam tau-tau jerk tugak sebagai model.Lincah bermain.Tak takut orang.haihh comel mereka.

ops masa dah tamat.Ok gua chow dulu.Ada masa gua sembang lagi.

-END-

Thursday, April 28, 2011

.: Curi :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum,

Curi?Tak tergantung(Suspen) pun kan...uwekk..Gua curi masa sebenarnya untuk menaip blog.Takutnya gua dengan masa.Perkara yang paling gua takut sekang ni.

1) Dikala rata-rata orang nak masuk awal bulan semua gembira sebab nak dapat gaji, hati kecil gua pula gementar bila nak masuk awal bulan..hihihi..Tapi gua puas bila lihat wajah gembira mereka bila dapat gaji.:)

2)Gua takut sangat dengan masa.Kerana sampai sekarang gua takda masa nak fikir tentang diri gua.Maksudnya menjaga penampilan.huhuhu..Dengan selipar dan seluar berlipat dikaki takda siapa pun nak pandang.Tiada lagi singlet yang hot untuk gua ligat dipentas.

3)Masa untuk Cik teman wanita kegilaan saya juga sudah terbatas.Saya harap kamu faham.Maklum lah kanda kerja siang dinda kerja malam.

4)Oh Tuhan, Saya minta perlahankan sedikit masa untuk saya.Masa untuk saya bermunajat kepadamu.Sesungguhnya dunia ini telah memakan saya.

Tapi gua kagum juga dengan orang yang begitu bekerja keras tapi punya masa untuk semuanya.Bagaimana ya?Sebenarnya gua punya banyak masa tapi MASALAH.hahaha.Semua orang pun ada masa...lah..hadoiii..Perkara kepokokannyeee adalah caranyee menyelesaikanyeee..hadoii..Haa ya alos solah la..

Itu jer.Maaf saya tidak punya masa yang banyak untuk menaip.Sekian..

Monday, April 18, 2011

.: New Project :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum,

Hai kawan-kawan.This is my new project yang sedang berjalan.Good start and hopefully good ending.

Thursday, April 14, 2011

.; Buzy :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum,

Hai kawan-kawan.Maaf gua pohon jika sekiranya lu orang bukak-bukak blog gua ni tak ada entry baru.Mesti lu orang kecewakan?Gua pun kecewa juga sebab gua tak dapat nak buat entry baru.Agak lama juga lah kan gua tak buat entry baru.Jadi dipagi yang sungguh ceria ini gua menaip sambil perkena Nescafe halus 2+1 ni.

Kebelakangan ini gua agak sibuk.Masa tu ada tapi untuk menaip tu gua takda idea.Gua bercadang nak lantik seorang tukang taip dan tukang cerita.Gua cakap pakai mulut then mereka yang olah balik bahasa gua dan taip balik apa yang gua cakapkan itu.Macam kat mahkamah tu ada tukang taip.Hehehehe...Tapi itu tunggu gua dah kaya esok atau lusa.Wah cepat sangat tu..

Hari ini gua takda mood sangat nak bergurau ibarat kata Pipiyapong tu, tapi bukan hari ni jer malah hari-hari yang kebelakang tu.Mood untuk bergurau tu seakan tersimpan disuatu sudut gelap yang berkunci.Gua kena serius.Kerana banyak perut-perut yang harus gua isi.Banyak perkara yang wajib gua utamakan selain dari bergurau.

Dulu gua ni suka juga bergurau.Kekadang gua ni kelakar.Suka buat orang ketawa.Suka merepek juga.Sebab mungkin hidup gua dulu simple.Tidak banyak yang gua harus fikirkan.Dulu gua fikir pasal keluarga gua.Adik-adik.Bangun pagi gosok gigi terus mandi dan pergi kerja.Sekarang ni bangun pagi, fikir, gosok gigi fikir, mandi fikir even sekarang tengah menaip pun fikir.Fikir apa?Lu rasa apa yang gua fikir.Cuba lu fikir.Nak gua tinggalkan lu berfikir atau nak gua jawab?tettt..Gua jawab lah..

Apa yang gua fikir :

1.Macam mana gua nak maintainkan kehensemen gua ni tanpa make up.Ok gua cuba bergurau.Perkara pertama sekali yang gua fikir cari duit.Cari duit bukan untuk gua.Untuk pekerja-pekerja gua.Ada 6 perut untuk diisi tu.Jika takda duit macam mana gua nak bayar mereka itu.Mereka tak peduli macam mana gua nak cari duit untuk bayar mereka.Mereka hanya fikir setiap awal bulan mesti nak ada gaji.Tak kisah la gua ada duit ke takda duit ke.Tak kisah lah customer bayar ke tak bayar ke yang penting ada gaji.Itu lah juga fikiran gua masa gua bekerja dulu.Yang penting cukup masa gua nak gaji gua.uhuhuhu.Sekarang gua tahu cam mana rasanya.Ada tak pekerja yang bersikap macam ni.Bos, bulan ni takyah bayar gaji dulu lah.Bila dah ada duit bos bayar lah.Tak pun tak kisah lah tak gaji saya kerja ikhlas.Hahahah..Gua kalau bekerja pun gua takdanya nak macam tu.hahahaa..Imiginasi gua sangat tinggi.Jika ada yang macam tu mari la bekerja ngan gua.Gua sangat alu-alukan.Mimpi la Makmor.

2.Perkara kedua yang gua fikirkan.Kenapa gua gelap sekarang?Gua bergurau lagi.Perkara kedua yang gua fikirkan adalah perniagaan ini.Jika gua ceritakan pasal perniagaan kat sini gua rasa cam pening jer.Tapi takper lu orang ada hal eksklusif bila lu orang baca blog gua ni.Gua nak share ngan lu orang.Dulu memula gua buat kabinet dapur, wardrobe dan interior punya benda la kan.itu memula sekali gua buat.Ok lepas tu gua tambah cabang lagi.Gua buat Aluminium dan gelas.Tingkap rumah, pintu rumah, cermin dinding, cermin pengadang bilik air, cermin bilik air dan segala-gala jenis cermin lah.Sekarang ni gua terlibat pulak dalam kerja kontraktor buat rumah.Duh!gila siput gua nak wat benda ni.Kejuruteraan Awam.Hahaha..Gua langsung takda pengetahuan dalam bidang ini.Syukur alhamdulillah gua ada kawan yang boleh handle benda ini.Dan dia mahu bekerjasama dengan gua.Thanks Fizan.Tambahan lagi sekarang ni pulak gua buat juga produk rumah kucing yang diusahakan secara berjemaah dengan kawan gua si Shah tu.So macam mana gua tak berfikir.Kekadang gua risau otak gua ni hang.Kekadang sampai dalam mimpi pun gua mimpi gua tengah berfikir.Gua fikir gua ni bermimpi ke atau sedang jaga.Hah lu orang bayangkan.

3.Ni gua tak fikir.Tapi gua respect.Shah.Bukan gua nak puji.Tapi gua respect dia.shah ni baru habis training juruterbang.apa yang gua respect adalah dia sanggup buat kerja kayu.Potong kayu.Yerlah walaupun dia bakal Pilot tapi masih tidak kekok buat kerja-kerja kayu.Itu passion orang kata.Kalau benda yang kita minat kita mesti bersemangat dalam membuat kerja kita walau pun belum tentu ada hasilnya.Memang gua respect gila.Tapi ada orang dah takda apa-apa, pastu malas pulak tu.Haiyaaa alas solah..

Ok lah..diam tak diam dah kul 8 dah.Gua nak bersiap nak ke ofis.Ada masa gua bercerita lagi.Gua harapkan doa dari kawan-kawan semua.Doakan semoga gua success selalu dan dapat meningkatkan taraf hidup orang-orang yang bekerja dengan gua.Semoga gua berjaya bersama mereka.Chaiyok!!!

-END-

Sunday, April 03, 2011

.: Workout :.

.: Workout :.

Assalamualaikum,

Hari ni gua Workout.6 pack dah mula kelihatan..Tinggal dua pack jer lagi..Gila terliur gua tengok badan gua sendiri.Itu sahaja untuk hari ni.

-END-

Nota ibu jari kaki : Punya excited sampai tertaip kat lovelywonderland lak..hahaha..

Wednesday, March 30, 2011

.: Ama Part II :.

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Hari Ahad hari masa pertandingan kucing gua ada janji ngan Zaim nak bawak dia pergi Jako.Tapi memandangkan gua balik dah lewat kul 9 baru sampai umah dia kot so memang tak da la nak ke Jako.Masa gua mula-mula sampai umah Zaim dia dah berzikir kat gua dah..memang syahdu la ayat dia..Simple jerk ayat.

" Amaa, Jako Amaa.."
"Dah Malam la Aim..Besok kita pergi okeh?"

Balik lewatkan so memang tak pergi lah jawabnya.

Tapi hari Isnin tu gua memenuhi janji gua nak bawak dia pergi Jako.Nak naik bot katanya.Bot yang dia takut masa kuar ngan gua tempoh hari.Nak repeat balik semula.hahaha..So tercapai lah hajat dia nak g Jako dan naik bot.Bawah ni gambar dia.Lu orang tengok muka dia yang malu-malu tu.Tapi gua gembira tengok dia gembira cam tu.







Habis jer naik bot ni gua bawak dia ke SR.Tapi macam biasa lah sebelum meninggalkan Bot dia tu,

"Bye Bot"

Nota kaki : Masa gua teman Zaim naik bot tu ada sekempulan remaja lalu dan gua dengar mereka berbisik.Hensemnya.( sumpah gua tipu )

Sampai SR tu macam biasa la Zaim akan buat macam rumah dia sendiri.Hahaha..Baring atas kerusi merah panjang tu.

"Amaa, nak kek"

Sapa ajar?Gua jugak yang ajar.Feveret gua semestinya menjadi feveret dia.Choc indulgence dan Appletizer yang memang Cik Syira tak boleh minum tapi Zaim minum lebih banyak dari gua.Gua kekadang jeles sebab dia habiskan air gua.hahahaha..

Selesai semuanya dah tiba masa untuk balik.Zaim ok jer.Bila masuk kereta macam biasa,

"Bye Jako" 2 kali..Lu orang patut dengar cara bye dia tu.nanti gua rakam gua kasi dengar.Tapi bila ek?

-END-

Monday, March 28, 2011

.: 3rd HHP Cats Show 2011 :.

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Ok.Gua baru hilang penat sikit jer.Masih penat lagi.Tapi oleh kerana gua teruja untuk berkongsi pengalaman dengan lu orang semua jadi gua taip pengalaman pertama kali gua masuk pertandingan kucing.

Cerita bermula begini...

Mesti lu orang nak tahukan macam mana gua tahu ada pertandingan kucing ni kan?Gua dapat tahu dari FB.Dari Pakcupet.Lu taip jerk nama ni kat FB mesti keluarnya.Gua dah pergi kedai dia kat bangi tu.Jadi gua tahu pertandingan ni dari dia.Jadi sebelum bertanding kena la ada yuran kan.Yuran tak mahal.RM32 jer.Mahal lagi bil Astro.Jadi bila dah kompemkan tempat bermula la perjalanannya.

Sebelum kita masuk pertandingan kucing kita kena pastikan yang kucing kita lengkap dengan pemvaksinan yang berjadual.Mesti lengkap.Kemudian kita kena pastikan tidak ada kutu pada bulu-bulu mereka.Dan kita juga kena pastikan kuku mereka dipotong.Pastikan juga telinga mereka dibersihkan sebersih-bersihnya.Senang cerita g jerk lah petshop tu anta buat Grooming.Tapi kena pilih petshop juga.Pastikan yang petshop tu bebetul ikhlas dengan kucing bukan semata-mata nak berniaga jerk.Nanti alamatnya kucing comot duit melayang.

Begitu lah yang dilalui oleh cucu gua yang bernama Ichigo Kurusaki.Alhamdulillah jumpa vet yang baik dan bagus juga ambil berat.Terima kasih doktor.Nanti nak masuk pertandingan kami hantar lagi Chigo ok.

Perjalanan bermula :

630pg : Bersiap-siap dengan segala bagai.Kain alas untuk Chigo.Permainan.Tisu basah.Dan mesti dengan semangat yang berkobar-kobar.Lebih kepada keterujaan.Sangat teruja.Walaupun tak ada niat untuk menang.Cuma nak cari pengalaman dan berkenalan dengan insan-insan penyayang yang lain.

730: Bergerak dari Balakong rumah adik gua.

745: Sampai ke South City Plaza, Seri Kembangan.

800:Register dan beratur untuk pemeriksaan kali terakhir oleh doktor yang pihak penganjur sediakan.

Jadi Chigo bernombor 005 dan bertanding dalam kategori Male Long Hair.Selepas letak Ichigo dalam sangkar yang dia sediakan kami pula yang kelaparan kemudian apa lagi..sapdek time la..Sedikit ulang cerita.Ichigo waktu dalam kereta kami tak letakkan dia dalam Carrier.Kami biarkan dia lepas merayau dalam kereta.Tapi macam biasalah dia suka duk kat Port dia.bawah tempat duduk penumpang bahagian depan.Sampai di SCP tetiba kami cemas sebab Chigo tidak boleh dikeluarkan.Sebab sempit sangat.uhuhuh..Tu lah badan dan besar Chigo, mana leh duk kat port tu lagi.Dengan berkat kesungguhan Atok Chigo, akhirnya Chigo berjaya dikeluarkan.Thanks juga Nanny yang membantu walau pun Nanny sangat cemas.Biasa lah Nanny.Atok cool jerk.

Ichigo masuk Ring dalam kul 12 lebih kot.Dah tak ingat dah.Tapi acara start kul 11 pg.Dalam ketagori Ichigo, Male Long hair kami bersaing sebanyak 18 ekor.Dari 001 sampai lah 018.Masa first ring tu macam biasa la kami hantar la ke sangkar pertandingan.Letak macam biasalah.Tapi bila tengok pesaing-pesaing semuanya hebat-hebat.Kucing-kucing mereka sangat la berbulus jika nak dibanding dengan Chigo.Walaupun perasaan bercampur-campur, berdebar-debar, teruja dan terharu pun ada.Terharu bila judges tu terperanjat bila mangangkat Chigo.Its so heavy.Haih satu perasaan yang tak tergambar apabila ada orang yang menghargai sesuatu yang kita sayang.Macam nak menitis airmata pun ada.Sangat-sangat berharga pengalaman ini.Then setelah selesai juri memeriksa masanya untuk penyingkiran bermula.Wah suspen.mula-mula singkir 3.Pembantu tu nak kuarkan Chigo tapi alhamdulillah dia tersalah pandang.Penyingkiran pertama Chigo selamat.Gembira.Masuk lagi 3 kucing yang baru.Then selepas periksa kena singkir lagi 5.Waa banyak tu.Dalam hati kata haihh entahlah Chigo.Tapi atok and nanny cakap Chigo hero mesti boleh!!5 disingkirkan alhamdulillah Chigo terselemat lagi.Then tinggallah 10 ekor saja.Tiba lah masanya Mengumumkan 10 yang terbaik.uhuhuh..Nanny betting ngan Atok.Atok teka Chigo dapat no 3 tapi Nanny teka no 8.Uh Nanny ni tak condifen langsung.Bukan tak confident tapi bila tengok kucing-kucing lain memang dasyatttt!! bak kata Azmi Raja Lawak.10....9...8...Hahaha Nanny kalah kena berlanja..7...6...Aik Chigo ni no berapa..5..Pun bukan Chigo..4..Pun bukan Chigo juga..3..Pun bukan juga..2..Yeayyy..akhirnya Chigo dapat No 2..Alhamdulillah.Sangat-sangat happy.First time masuk terus jerk dapat penghargaan begini.2nd best male long hair hak milik ICHIGO KURUSAKI.Our beloved hero.

Dalam ring lain Chigo dapat tempat ke 7 dan ke 8.Alhamdulillah masih top 10.Dan menang dalam semua ring.Bukan kemenangan yang dibanggakan tapi membuktikan Nanny menjaga Chigo dengan baik sekali.Cukup makan.Cukup bersih dan cukup penyayang.Sekurang-kurangnya kepenatan Nanny terbalas jua.Alhamdulillah.Jadi kepada sesiapa yang lom ada kucing,cari la satu.Anda pasti jatuh cinta.Jangan cari alasan.Jiran lah, busuk lah, apa lah.Itu semua alasan jerk.Anda tahu tak menjaga kucing ni memerlukan displin yang tinggi?Jika anda tidak berjaya menjaga kucing dengan baik maknanya displin anda belum cukup mantop lagi.Tak percaya cuba bela satu tengok.Apa jadi.Bila dah ada kucing masuk pertandingan.Seronok.Kita boleh mengeratkan hubungan silaturahim.Kenal kawan baru dapat pengalaman baru.Seronok jumpa mereka-mereka yang penyayang ni.Kucing pun mereka sayang apatah lagi anak-anak.Jadi pengalaman ini sangat-sangat beharga.Thanks kepada penganjur,Sponsor dan juga judges yang datan dari jauh Australia sana.Jauh tul datang semata-mata.Terima kasih kerana memberi satu pengalaman yang sangat bermakna.Zillion thank you.



-END-

Friday, March 25, 2011

.: Mistik :.

Bismillahirrahmaanirrahim...

Assalamualaikum,

Hari ni rockers nak berbicara pasal mistik.Mistik tu apa?Lipstik gua tau lah.Mistik tu jap gua google.Oh tak jumpa.Meh gua buat andaian gua secara peribadi.Mistik tu adalah satu perkara atau benda atau peristiwa yang tidak dapat di huraikan secara saintifik atau dengan mata kasar sehingga kita sendiri merasainya.Contoh kehenseman Gua.Ok sila muntah.Mistik per.Gua sendiri yang merasainya.Cuba lu suruh sains kaji kehenseman seseorang terletak dimana?Tentulah dimata.Dimata orang yang memandangnya kan?Jadi gua tak salahkan lu orang bila lu orang cakap gua hensem, manis, cun dan awet muda.Memang susah nak dihuraikan.Gua sendiri pun tak boleh nak huraikan dimanakah letaknya hensem gua ni.Ok gua dah melalut panjang.Bukan itu yang gua nak taip sebenarnya.

Ok mistik.Ada barang mistik.Ada peristiwa mistik.Contoh bila kita berada disatu tempat yang baru bagi kita tapi kita rasa kita pernah pergi tempat tu sebelum ni tapi masa bila ek.Mungkin kita rasa kita pernah bermimpi ke tempat tersebut.Mistik tu.Lu orang pernah alami?Pernah kan.Atau pun bila lu orang tengok muka gua bagi yang belum kenal then lu orang akan cakap macam pernah nampak muka mamat ni kat mana ek.Lu orang rasa lu orang kenal gua.Tapi gua tak kenal lu orang.Mistik gak tu.

Ok mistik yang gua sangat termistik ialah Santau, Saka dan sihir.Perkara-perkara ini hanya orang yang mengalami nya sahaja yang tahu.Yang tidak mengalaminya memang tak tahu lah.Kita kena percaya bahawa adanya perkara ghaib.Perkara yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.Adanya jin dan Syaitan juga iblis.Itu susur galurnya.Jadi apabila manusia ini dah cukup terer untuk menjenamakan jin dan syaitan ini tentulah keluar pelbagai nama dan jenama.Padahal itu semua Jin dan syaitan.Bukan satu perkara yang mudah untuk santau menyantau orang lain.Tanpa izin Allah semua tu takkan terjadi.Habis tu orang yang kena santau tu maknanya Allah izinkan lah.Takkan Allah sezalim itu brader.Ok ini pandangan peribadi gua lah eh.Lu orang boleh baca dan terpulang pada lu orang nak terimanya macam mana.Nak terima baik jadi baik la nak terima buruk jadi buruk.

Padangan gua.

Mungkin.Ini mungkin yer.Mungkin santau atau yang seumpama dengan tu terjadi disebabkan kita lalai.Allah taala dah bagi kita panduan bagaimana untuk mengelak dari santau dan hasad dengki dari manusia dan jin ini.Dalam Surah Al Falaq yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. (1) Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. (2) Dari bahaya gelap apabila ia masuk. (3) Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). (4) Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya. / (5)

Juga terdapat dalam surah An-Nas yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. (1) Yang Menguasai sekalian manusia. (2) Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. (3) Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. (4) Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (5) (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. / (6)

Dan juga ayat kursi dari surah Al-Baqarah ayat 255 yang bermaksud :

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (255)

Ok dapat gua simpulkan selama mana kita mengingati Allah Taala selama itu lah Allah juga ingatkan kita dan menjaga kita dari segala hasad dengki manusia, jin dan syaitan.Mungkin orang boleh kata lu tak kena boleh la cakap.Nope, Iktikad gua hanya pada Allah dan hanya pada dia gua berserah.Dan setiap apa yang berlaku adalah dengan keizinanNYA.Sekiranya terjadi kepada gua, gua yakin itu adalah peringatan Allah yang paling besar untuk diri gua dan gua redha.Sebagai panduan kita bersama amalkanlah 4 Qul dan ayat Kursi ini.Insyaallah.Tapi kena ngan pantunnya juga.Jika kita tak solat 5 waktu macam mana kita nak amalkan ayat-ayat Allah ini.So pantunnya kena la cantik brader.Lu tak kerja macam mana lu nak dapat gaji?Tak faham jugak.Lu tak kerja sapa nak bagi lu orang socso dan EPF?Tak faham jugak?Sudah lah.Gua nak tidur.

Sebelum gua chow..Membacanya biar la dengan tartil.Betul tajwidnya dan harakatnya dan betul juga makhrajnya.Jangan main sedap bunyi jer nanti Syaitan pun ketawakan kita sebab baca pun salah.Ok?Sharing is caring brader and sister.

-END-

Thursday, March 24, 2011

.: perkahwinan Paling Rock :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum,

Lu orang pernah menghadiri perkahwinan rock?Takda baju melayu.Takda tanjak takda keris.Gua pernah.Gua jawab juga walaupun lu orang tak tanya.Ok.Meh gua cerita sikit.Waktu gua remaja dulu gua ni ahli muzik.Memang tak dapat lah kalau nak mengurat anak dara orang.Eh silap.Gadis-gadis hot memang suka ahli muzik.Kalau tak suka anda tak hot.Hahahaha.So gua memang antara yang disukai dan digilai oleh gadis-gadis hot termasuk la arbok-arbok (separa perempuan).Lu orang tak caya?Gua tak tau la bila gua naik stage jerk arbok-arbok ni akan jerit Kennnduuuuuu!!!Abang singlet!!



Gua memang tak layan arbok-arbok ni lagi-lagi awek yang hot-hot.Gua langsung tak pandang.Walaupun masa tu mereka dah stand by pen mintak sign kat buku nota C++ diaorang.Biarlah mereka nak cakap gua sombong.Gua punya pendirian.Memang gua tipu lah kan.Ok gua tipu.Ok gua malas nak cerita lebih-lebih.Kang banyak sangat gua menipu.

Gua nak cerita pasal perkahwinan member disebelah gua tu.Dia rock kan?Lu orang nak tau nama dia.Ezra Hanis Haji Yaakob.Ayah dia adalah guru besar sekolah rendah gua.Gua kawan dia sejak kecil lagi.Sama-sama merantau kat kl ni.Sama-sama minat main muzik yang kalau meminang memang tak diterima la pinangannya senang cerita.Rambut panjang macam tu ada ke orang tua suka?Ada jer kan tapi susah sangat la nak jumpa.Jika jumpa pun makcik tu mesti kipas susah mati (Die Hard Fan ) kumpulan Search or Man kidal.Dan sib baik bakal bapak mertua gua rock.haahahaha.Ok balik ke pangkal cerita.Ezra Hanis atau nama kampung dia Zerud atau dah glemer sekarang ni tukar kepada Roth.Kan jauh kan.

Jom tengok gambar persandingan dia di bawah ini





Dari kiri: Haji Yaakob Hj Mahadi, Guru Besar gua@Pakngah Gua, Makngah Noriah, Adik gua yang degil cam nak tercabut nyawa dan Ezra Hanis pengantin lelaki@Zerud@Roth@2 pupu gua.Dan yang bawah ni pulak gambar persandingan..




Lu orang tengok gua tu.Entah apa lah yang gua cakap buat semua orang senyum..Gua ni memang boleh ceria kan orang kan..kan kan kan kan..Eleh lu orang jeles..

Ok jika kita tengok rock tak?Tersangat lah rock.Rasa-rasanya ada tak orang yang lagi rock dari Ezra ni?Siapa sangka tak lama lagi dia akan terbang ke London.Isteri dia akan bekerja disana untuk tempoh 3 tahun.London tu weii..Gua nak g London..Gua nak tengok london bridge is falling falling down..Haa sambung.Jadi Zerud, Gua minta maaf lah gua cerita pasal lu dalam blog gua.Hehehe..Walau macam mana pun lu tetap hensem sampai mati.Hehehe.Baik-baik nanti di London.Send my regards to gua punya bekas awek Sandrawati eh eh Sandra Bullock..( Sandrawati bekas kelas mate gua dulu )..Sandra Bullock bukan ke kat Hollywood ke?

Tuesday, March 22, 2011

.: In the Making :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum wbt.

Hai semua.Hari ini gua agak sibuk sedikit membalas komen-komen dari rakan-rakan yang kenal dan yang baru kenal.Ini semua gara-gara bintang kecil dalam pembuatan.Yerp!Ichimieko@Mieko.Yerp..Dia sangat comel.Gebu.Muka sedih dan boleh mencairkan pada sesiapa yang memandangnya.Mieko memang satu fenomena.Harap gua tak melampau jangkaan.Tapi bukan Mieko sahaja yang kami ada.Kami ada maymay,moomoo,Chika,Yuka,Miumiu,miemoo dan Chiko.Mereka juga sangat comel dan gebu.haih alangkah bahagianya ada mereka yang comel-comel ni.

Ok gua tak sabar nak tunggu hari Ahad ni.Ichigo si hero gua tu akan masuk pertandingan kucing.Ini kali pertama gua masuk pertandingan kucing.Sejak ada Milah dulu tak pernah lagi masuk.Jadi kali ni cuba masuk nak cari pengalaman baru.Kemenangan tu belakang cerita.Sapa yang tak nak menang semua orang nak menang.Tapi itu bukan motif.Cuma nak mencari kenalan dan berkongsi pengalam dengan penggemar-penggemar kucing yang lain.Indahnya bila jumpa orang-orang yang penyayang ini.Jadi gua sangat teruja.Gua harap hero gua ni tak wat hal.Maklum la dia ni homely type.Tak suka lepak kat pusat beli belah.Tak ganas juga.Langsung tak samseng macam gua.Harap-harap dia akan biasa.

Hari ni gua ada buat rumah untuk mereka.Dalam rumah punya rumah.Fahamkan.Pakej sekali dengan caats tree tu.Nanti bila dah siap gua war-warkan ok.Ok lah cukup setakat ni dulu nanti-nanti gua taip lagi.Ok gua sisipkan sekeping dua gambar bintang kecil dalam pembuatan ni.












Follow jom www.ichisstories.blogspot.com

.: Ama :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum,

Baiklah, oleh kerana gua takda apa nak cerita jom gua cerita pasal anak buat gua.Gua nak kongsi juga kisah anak buah gua ngan lu orang.Ok dia adalah cucu lelaki pertama dalam keluarga gua.Sebab sebelum ni semuanya perempuan.Nama dia adalah Zaim Muhaimin B. Zulkifli.Dia ada sangat pelik sebab dia tak panggil gua dengan gelaran Pailang..Eh Paklang.Tapi anak-anak saudara gua belah eropah panggil gua Uncle.Zaim panggil gua 'Ama' sejak dari dia dapat lidah dia.Sampai la ke hari ini Ama tu memang tak pernah berubah cuma melodi-melodi Ama tu kekadang berubah ikut mood dia.

Ok, dia berusia 2 tahun.Dan gua belum pernah ada masalah dengan dia.Hahaha anda pernah ada masalah ke dengan anak saudara anda?Gila kejam kalau ada.Maksud gua Zaim tidak pernah buat perangai lah.Contoh kalau hendakkan sesuatu benda tu sampai meraung-raung dan bergolek-golek hingga terpaksa panggil security guard.Jangan tak percaya pernah terjadi.Tetapi Zaim tak pernah begitu.Dia sangat polite dan sangat penggeli.Kasut tak boleh kotor sikit pun.Hello Zaim kamu tu bukan asal dari Tokyo ok.Tapi gua respect tu.

Kegemaran dia?Dia suka memasak.Setiap kali ibu dia didapur dia pasti juga akan kedapur."Bu, nak acak".Dan ibu dia akan bagi dia sebiji bawang dan pisau tumpul untuk dia memasak.Jika tak diikutkan maka dia akan berzikir dan membuat onar didapur.Dan dia akan asyik dengan resipi bawangnya.

Dia selalu akan senyum kambing.Senyum malu-malu apabila mahukan sesuatu.Maksud gua jika dia hendakkan kita belikan mainan tatkala melewati gerai yang menjualnya, dia akan berkata begini "Ama..aa.."dengan nada yang sangat lembut dan melembutkan hati.Kemudian dia akan senyum kepada gua.Itu saja.Sudah pasti lah gua cair dan cair juga lah poket gua.Hahaha..Zaim, jika ama mampu penuhi rumah zaim dengan mainan pasti rumah zaim tidak ada ruang lagi tempat untuk menempatkan permainan tersebut.Sebab ama tau perasaan itu kerana ama tidak pernah rasa seperti mana apa yang Zaim ada sekarang ini.Ama cuma tau Dendang ngan Tora jer,lastik dan gelung getah juga daun terup kecik-kecik.Itu pun Atok abah marah sebab itu bukan mainan orang susah.Orang susah mainannya lain sangat.Tapi hari ini Ama akan cuba penuhi apa saja yang ama mampu untuk kamu.

Jako?Lu orang tau tak apa itu Jako?Tak taukan.Setiap kali lalu bangunan tu pasti dia akan berkata, "Jako!"walau pun tidak ada signboard pun.Lebih best dia tak tau membaca pun.Tapi dia tetap tau itu Jako.Ok Jako itu adalah Jaya Jusco.Benda yang paling manis adalah waktu hendak meninggalkan Jako dialognya begini "Bai Jako".Seolah melambai kawan baiknya.

Lu orang tau memek?Hahaha..Memek tu adalah panggillan dia kepada kucing yang dia tak kenal.Nampak kucing jer" Ama, memek ama.."Cuma Maru dia kenal lah.."Ayuuuu"panggilan dia untuk Maru.

"cit cit cit, cit cit cit"Lu orang tau tak bunyi apa?Itu la bunyi ebit.Rabbit..Dia akan selalu senandungkan irama tu.Arnab tu ayah dia belikan untuk dia.Tapi kesian arnab tu keseorangan.Tapi hate rabbit.Sebab rabbit ucuk.Lu orang tau la arnab kan suka kencing dan bub.So agak smelly lah.Zaim mana nak yang busuk-busuk, kotor-kotor ni.

Hurm...Itu lah anak saudara gua yang gua rindu.Gua selalu telefon dia.Dan gua suka hang out ngan dia sebab setiap kali berjalan dia akan selalu mahu di pimpin.Dan dia adalah seorang yang penakut.hahahaha.Tak macam gua yang berani.Jadi gua sertakan dibawah ni gambar dia.Selamat berkenalan.

Monday, March 21, 2011

.: Samseng Hensem :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum wbt..

Hahahaha..Bagi gua gelak dulu.Ok dah.Tajuk jer dah buat orang loya.Gua tengok-tengok gambar gua yang dulu-dulu.So gua nak kongsi ngan lu orang semua.Jika orang tanya gua pernah highlight rambut gua pun pernah buat dan takkan gua buat lagi.Cukup la sekali.Hehehe..Jadi untuk tidak menimbulkan fitnah tindik itu adalah magnet yer.Tak sanggup gua nak buat lubang walaupun gua samseng hensem.Kekadang kita kena bijak juga sekali sekala.Jadi kat bawah ni untuk tatapan lu orang semua.Jika lu orang nak print dan framekan di persilakan.Mana la tau nak letak kat butik ke..Ahaha..Tak pun nak letak kat bilik pengurus ke.


Bismillahirrahmaanirrahiim..

Wednesday, March 16, 2011

.: Kena tagged :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum...

Hai semua.Sebelum gua jawab soalan-soalan yang telah ditagged kepada gua secara sengaja oleh cik Izawati tokei Butik Puteri yang Glemer tu, gua nak membebel sikit.

Pertama : Gua happy hari ini sebab Buah Hati gua dah balik Malaysia.

Kedua : Kesan langsung dari membaca surat khabar membuatkan gua rasa dunia sudah hampir kepada penghujungnya.Arad Saudi nak serang Bahrain pulak dah.Belum pun habis kisah tsunami di negara matahari terbit tu, timbul pulak kisah perang.So dunia sudah mahu hampir kepada penghujungnya.

Ok gua nak jawab soalan periksa jap..

Soalan : Apakah yang sedang anda lakukan 30 minit yang lalu?
Sekarang 10:45 jadi pukul 10:15 tadi gua menikmati kopi panas dengan nasi lemak di warung tepi jalan sambil menikmati hujan dan mengira kereta yang lalu lalang.

Soalan : 2 jam yang lalu?
Gua layan Macam-Macam Aznil dan MHI.

Soalan : Minggu lepas?
Bekerja macam biasa.

Soalan : 3 lagu yang anda boleh dengar berulang-ulang kali?
Waktu itu by Amanmakmor ( perasan lagu sendiri sedap )
Stand up and shout by DIO
Dont Talk to stranger By DIO

Soalan : 3 binatang yang anda tidak suka?
Haruan makan anak ( eh binatang ke? )
Spesis buaya ( buaya darat )
Alim-alim kucing ( orang yang nampak warak tapi hati busuk!)

Menjawab soalan tak??

Soalan : 5 fakta tentang diri anda
Saya memang seorang yang menarik.
Orang kata senyuman saya boleh membunuh.( saya tak faham, Eh kenapa tetiba saya lak?)
Hensem
Berketrampilan
Berdisplin tinggi.
Nak tambah lagi boleh sebab banyak sangat yang menarik..( sila muntah )

Soalan : Tahun depan mungkin anda..
Gua kaya dan berkahwin.

Soalan : Saya tak reti sangat berkata..
Tidak.

Soalan : Saya pandai..
pandai-pandai la bawa diri.

Soalan : Kawan saya..
Tak ramai yang boleh dikatakan kawan.Kenalan mungkin.

Soalan : Saya ada..
Kamu...

Soalan : Saya seorang..
Usahawan.

Soalan : Adik saya..
Yang bongsu sangat degil nak tercabut nyawa..

Soalan : Saya tak pernah bosan dengan..
So you think you can dance..Wakakak..macam mana gua leh layan benda ni.

Soalan : Bilakah kali pertama bercinta..
Pertama kali kau ku cinta...Lupa lah..

Soalan : Perkara yang orang selalu tidak percaya tentang saya ialah..
Saya hensem.Come on guys..Napa lu orang tak percaya gua hensem??

Soalan : Saya rindu..
Arwah Emak saya dan kamu...

Soalan : Saya tak sabar..
Nak kaya.

Soalan : 5 laman yang selalu saya layari..
Facebook.
Blog-blog mereka.

Soalan : Anda mahu tag..
tak mahu....

Saturday, March 12, 2011

.: Cat Tree :.

Bismillahirrahmaanirrahim..

Assalamualaikum,

Ini projek gua yang terbaru.Gua cuba buat Pokok Kucing ( Cat Tree ) untuk kucing-kucing gua bermain.So ini percubaan yang pertama.Mana la tahu kemudian boleh di komersialkan.Sekarang ni gua guna bahan-bahan yang terlebih daripada projek-projek kabinet kilang gua ni.Tapi nanti bila datang perkara serius tentang pokok kucing ni baru lah gua akan guna material yang true punya.ok enjoy the photo.Jadi yang ini belum siap sepenuhnya cuma gua teruja jer dengan projek baru ni.