Tuesday, February 22, 2011

.: Impian :.

Bismillahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum.....

Yeay jumpa lagi dalam blog Gua yang popular ini.Tersangatlah berangan.Tolonglah.Ada mak kisah?Mak tidak kisah tapi bapak kisah.ok ok ok.

So sebelum Gua menaip dengan lebih jauh lagi Gua nak tanya lu orang.Apakah petua yang paling mustajab untuk mendapat anak lelaki?Tentu lu orang tidak tahu bukan?Gua pun tidak tahu.Sebab gua belum berkahwin.Tapi gua ada jumpa seorang pakcik.Pakcik ni memang anak ramai.10 orang.Biasalah kan orang dulu-dulu mana ada elektrik.Pukul 6.30 jer dah gelap.Bila hari gelap takda apa aktiviti sangat lah.So aktiviti yang ada pada masa tu ehem ehem faham-faham jer lah.Eh..Bukan Gua kata tapi pakcik tu yang kata.Ok pada satu petang tu dia bercerita dengan gua.Dia tidak menceritakan lah tapi Gua yang tanya.Pakcik, pakcik ni pandai lah.Kenapa pandai?Tanya pakcik tu.Yelah, saya tengok anak pakcik sama jer jumlahnya.5 lelaki 5 perempuan.Macam di atur-atur jer.Sulong lelaki, no 2 perempuan, 3 lelaki , 4 perempuan dan begitulah seterusnya.Apakah petuanya.Sila jawab 5 saat dari sekarang.Gua cuba bergurau dengan pakcik tu.Pakcik tu jawab ada mak kisah tapi bapak kisah.Haihhh dia bergurau pulak.

Ok lah pakcik cerita.Lu nak tau kenapa macam tu?Pergh pakcik ni cakap gua lu pulak.Takda lah dia tak cakap gua-lu tu.Gua tambah mengikut bahasa Gua.Gua kan rock.Hey bila nak cerita daaa..Ok.Kalau lu kahwin nanti, apabila tiba time ehem-ehem..ehem-ehem tu apa?Jangan menyampuk!!Soalan gua kekadang setaraf tadika juga.Gua cuma nak pancing jer pakcik tu dia nak cerita tak ehem-ehem tu apa.Ok sambung, masa nak ehem-ehem tu lu kena buka semua.Tapi lampu jangan buka.Kena malap-malap jer.Gila tergantung ( suspen ) cerita pakcik ni.Ok gua dengar memang khusyuk tahap ajaran sesat punya khusuk.Taksub.Gua kalau bab-bab munakahad ni gua skor A.Dan ada benda yang lu kena pakai, sambung pakcik.Bila dah buka-buka semua, lu kena niat dalam hati lu nak anak lelaki.Tapi tidak cukup dengan itu.Lu kena ambil songkok dan pakai sehingga selesai ehem-ehem tu.Oh! maknanya gua kena pakai songkok waktu ehem-ehem kalau nak anak lelaki?Pergh!memang cara lah pakcik.Habis kalau nak anak perempuan?Takkan saya nak kena pakai tudung?

Kalau lu nak anak perempuan, Lu buka semua tapi tinggalkan tudung sahaja.Gua pun blah dari pakcik tu sebab gua tau pakcik tu cuba nak buat kelakar minta Gua berlanja carut mugholazah kat dia.Apa daa..

Ok kembali kepada tajuk blog gua ni.Impian.Semua orang tahu maksud impian.Semua orang pun ada impian.Dan impian ini adakalanya boleh kita capai dan adakalanya mustahil langsung.Tapi gua lebih suka ambil ayat ini.Tidak ada yang mustahil dalam dunia ini.Tidak ada satu pun!!Gua sangat tegas.Cuma, ada cumanya.Cuma bergantung kepada diri seseorang itu.Macam mana dikata bergantung.Cuba letakkan iktizam dalam diri jika gua tak dapat capai impian gua, gua akan suruh orang gantung diri gua.Itu la maksud dengan bergantun pada diri sendiri.Lebih mendalam lagi.Ok tegas.Gua tegas.Impian itu bergantung kepada diri individu tersebut yang berimpian, sekuat mana keinginan mereka untuk mencapai impian tersebut.Adakah ibarat mengatupkan bibir atas dan bibir bawah sahaja atau dengan sungguh-sungguh kira macam impian nasuha.Memang berimpian sungguh-sungguh.Ok gua rasa lu orang faham.Impian gua yang dah tercapai adalah seperti berikut :-

1). Tinggal di Kuala Lummpur.
Eleh remeh punya impian.Yer lah bagi lu orang memang remeh.Tapi bagi gua yang di lahirkan di kampung orang asli memang itu satu impian yang sangat besar.Lu rasa gua pergi Kuala Lumpur umur berapa?Bandaraya Segamat tu pun gua jarang-jarang jejak waktu gua kecil dulu.Inikan pula Kuala Lumpur tempat lahir tipu daya.Memang tak tergapai diakal gua ketika itu.Gua start duduk di Kuala Lumpur sedari umur gua 19 tahun.Memang bebetul tinggal di Kuala Lumpur.Sebenarnya tidak Kuala Lumpur pun.Ampang.Ampang kan Selangor.Chet!

2).Gaji RM1000.00
Hahaha..Gelak.Apa punya kecik la impian.Tapi lu orang ingat.Itu lah impian bagi orang yang gajinya RM450 ada asrama pekerja tapi makan sendiri.Gua cakap lu memang berimpian sangat nak gaji RM1000.Dapat?Hishhh..dapat..

3).Awek lawa.
Skip.Lawa kekadang mengerikan.Eeee takutnya nak masuk kedai vinci.

4).Kacak bergaya macho alamanda.
Dulu gua hitam.Muka minyak berkilat.Tangan hitam legam.Maklum la Mat Rempit.Rambut panjang mengurai bak pelepah kelapa sawit.Di biar mengerbang tanpa urusan sikat menyikat.Lagi ganas muka lagi Rempit masa itu.Mungkin hari-hari gua doa gua nak hensem dan setelah berusaha bermacam-macam cara termasuklah menggunakan spender sendiri untuk mengelap muka ( di ulang spender sendiri bukan spender jiran atau rakan-rakan bujang yang dibiar melepek kat lantai bilik air ) eee pengotor mereka.Tengok macam gua menggunakan kreativiti sendiri untuk tidak mengguna berus untuk menyental tapi menggunakan muka untuk membasuh sambil tu melicinkan kulit muka.Haa nampak!!Dua dalam satu.Entah macam mana gua boleh terpengaruh dengan petua tu.Akhirnya jadi lah seperti apa yang anda lihat sekarang.Pergi mana-mana pun memang akan ada gadis-gadis yang menoleh dua tiga kali sambil berkata " Eh, Adi putra ke?".Toleh kali ketiga mereka berlalu tanpa meninggalkan nombor telefon.Gua kurang senang orang memerhatikan Gua.Ni gua tegas.Tanya Cik Syira berapa kali dia cuba mengawal gadis-gadis yang histeria.( kah kah kah ) Gua nak termuntah sendiri.

5).Awek yang tak merajuk.
Tegas.Gua dah jumpa.Nak eja perkataan merajuk pun dia tak reti.Tak begitu Cik Syira.Untungkan.Pssttt..( Romantik tak saya masukkan kamu dalam Blog )Baru tadi dia hampir merajuk.Tapi tak jadi.

6).Ok ini Impian gua yang paling besar.Jepun.
Yeay.Gua berjaya.Walaupun gua impikan untuk ke Jepun pada tahun 2004.Tapi gua dapat pergi pada tahun 2009.Lama tak?5 tahun penantiankan.Jika gua tak sabar dan tidak berusaha langsung untuk mencapai impian gua tu adakah tercapai.Tidak, tidak, tidak dan tidak.Ingat, Allah maha mendengar, maha mengetahui apa yang hambanya betul-betul ingin atau sekadar di pinggiran sahaja.Dan yakin la sekiranya hari ini kita berdoa, Insyaallah akan ada satu hari nanti doa kita Allah makbulkan.

Ok cukup lah 6.Ok bagi gua doa ini macam kita menanam benih.Bukan benih tu lah.Benih pokok.Ok kalau kita tanam benih taugeh mestilah tumbuh taugeh.Takkan tubuh pokok getah pulak.Ok benih taugeh memang cepatkan mendatangkan hasil?Hari ni tanam semalam dah tumbuh.Antara dialog S.Samyvellu.Begitulah macam doa.Jika kita doakan impian yang besar takkan lah terus makbul hari tu juga.Kena ambil masa.Kena kaji juga yang berdoa tu.sungguh-sungguh ke tidak.Larat ke nak bawa doa-doa yang mereka minta tu.Contoh pinjaman bank.Jika kita nak pinjam 10k seminggu dah boleh lulus.Jika 100k?3 bulan.Mengikut pengalaman gua.Jadi yang punya impian itu jati dirikan impian anda itu.Sampai masa nanti ada lah tu.Tidak ada satu orang pun yang berhak mengatakan impian anda mustahil.Gua tegas!

-END-

1 comment:

Hajar said...

hmm, aku pernah terbaca somewhere, sebenarnya apa-apa pun yang kita doa dengan sesungguhnya + dalam masa yang sama kita berusaha untuk mencapai apa yang kita doakan itu, insya Allah DIA akan bagi. Cuma cepat atau lambat aje kita akan dapat.

Cuma kalau apa yang kita mintak tu lambat dimakbulkan tu bukan sebab DIA tak sayang, tapi sebab DIA mahu dengar kita selalu meminta, supaya kita tak lupakan DIA. :)